Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 5 – Bab Berkenaan Waktu Maghrib & Bab Berkenaan Waktu Isya’ & Bab Berkenaan Waktu Subuh
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 5 – Bab Berkenaan Waktu Maghrib & Bab Berkenaan Waktu Isya’ & Bab Berkenaan Waktu Subuh

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 5 – 131005

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 5 – 131005

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Bab tentang Waktu Maghrib, terjemahan Hadits
2- 09:27 : Huraian Hadits Waktu Maghrib
3- 12:17 : Salamah bin Al-‘Akwa’
4- 14:01 : Hadits riwayat Muhammad bin Ishaq
5- 19:40 : Bab solat Isya’, riwayat Nu’man bin Basyir
6- 26:40 : Kilaf solat isya’ di awal waktu atau di akhir waktu
7- 45:31 : apa maksud kamu dilebihkan dengan sebab solat isya’ dari sekalian umat yg lain
8- 51:32 : apa maksud tunggu untuk solat
9- 01:04:15 : Maksud Imam Abu daud membuat tajuk bab
10- 01:06:46 : Bab waktu solat Subuh
11- 01:07:30 : Peringatan tentang terjemahan Mengenai “In atau Inna”
12- 01:11:37 : Solat subuh di awal waktu dan solat subuh telah agak cerah sedikit

 

 

 

بَاب فِي وَقْتِ الْمَغْرِبِ

Bab Tentang Waktu Maghrib

416 – حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ شَبِيبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ ثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ كُنَّا نُصَلِّي الْمَغْرِبَ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ نَرْمِي فَيَرَى أَحَدُنَا مَوْضِعَ نَبْلِهِ

416 – Daud bin Syabib meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit Al-Bunani daripada Anas bin Malik, katanya: Kami selalu bersembahyang Maghrib besama Nabi s.a.w kemudian kami memanah dan seseorang daripada kami nampak tempat jatuh anak panahnya.

417 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَلِيٍّ عَنْ صَفْوَانَ بْنِ عِيسَى عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي عُبَيْدٍ عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ قَالَ كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الْمَغْرِبَ سَاعَةَ تَغْرُبُ الشَّمْسُ إِذَا غَابَ حَاجِبُهَا

417 – `Amr bin `Ali meriwayatkan kepada kami daripada Safwan bin `Isa daripada Yazid bin Abi `Ubaid daripada Salamah bin Al-Akwa`, katanya: Nabi s.a.w bersembahyang Maghrib pada waktu matahari terbenam iaitu ketika lenyap kening matahari.

418 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ أَبِي حَبِيبٍ عَنْ مَرْثَدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ لَمَّا قَدِمَ عَلَيْنَا أَبُو أَيُّوبَ غَازِيًا وَعُقْبَةُ بْنُ عَامِرٍ يَوْمَئِذٍ عَلَى مِصْرَ فَأَخَّرَ الْمَغْرِبَ فَقَامَ إِلَيْهِ أَبُو أَيُّوبَ فَقَالَ لَهُ مَا هَذِهِ الصَّلَاةُ يَا عُقْبَةُ فَقَالَ شُغِلْنَا قَالَ أَمَا سَمِعْتَ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تَزَالُ أُمَّتِي بِخَيْرٍ أَوْ قَالَ عَلَى الْفِطْرَةِ مَا لَمْ يُؤَخِّرُوا الْمَغْرِبَ إِلَى أَنْ تَشْتَبِكَ النُّجُومُ

418 – `Ubaidullah bin `Umar meriwayatkan kepaad kami, katanya: Yazid bin Zurai` meriwayatkan kepada kami katanya Muhammad bin Is-haq meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Abi Habib meriwayatkan kepada saya daripada Martsad bin `Abdillah, katanya: Ketika Abu Ayyub datang kepada kami sebagai pejuang, ketika itu `Uqbah bin `Amir menjadi gabenor di Mesir, beliau (`Uqbah bin `Amir) melewatkan sembayang Maghrib, Abu Ayyub pun bangkit mengadapnya sambil bertanya kepadanya “Sembahyang apa ini wahai `Uqbah?” `Uqbah menjawab: “Kami kesibukan” Abu Ayyub berkata “Tidakkah engkau mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Umatku akan tetap dengan kebaikan atau baginda bersabda: Akan tetap berada di atas kesucian / ketulenan selagi mereka tidak melewatkan Maghrib sehingga kelihatan banyak bintang-bintang.”

 

بَاب فِي وَقْتِ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ

Bab Tentang Waktu `Isya’

419 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ بَشِيرِ بْنِ ثَابِتٍ عَنْ حَبِيبِ بْنِ سَالِمٍ عَنْ النُّعْمَانِ بْنِ بَشِيرٍ قَالَ أَنَا أَعْلَمُ النَّاسِ بِوَقْتِ هَذِهِ الصَّلَاةِ صَلَاةِ الْعِشَاءِ الْآخِرَةِ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّيهَا لِسُقُوطِ الْقَمَرِ لِثَالِثَةٍ

419 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Awanah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Bisyr bin Tsabit daripada Habib bin Salim daripada An-Nu`man bin Basyir, katanya: Aku adalah orang yang paling mengetahui tentang sembahyang ini iaitu sembahyang `Isya’, Rasulullah s.a.w mengerjakannya pada waktu lenyap bulan bagi malam yang ke-tiga dari awal setiap bulan.

420 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عُمَرَ قَالَ مَكَثْنَا ذَاتَ لَيْلَةٍ نَنْتَظِرُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِصَلَاةِ الْعِشَاءِ فَخَرَجَ إِلَيْنَا حِينَ ذَهَبَ ثُلُثُ اللَّيْلِ أَوْ بَعْدَهُ فَلَا نَدْرِي أَشَيْءٌ شَغَلَهُ أَمْ غَيْرُ ذَلِكَ فَقَالَ حِينَ خَرَجَ أَتَنْتَظِرُونَ هَذِهِ الصَّلَاةَ لَوْلَا أَنْ تَثْقُلَ عَلَى أُمَّتِي لَصَلَّيْتُ بِهِمْ هَذِهِ السَّاعَةَ ثُمَّ أَمَرَ الْمُؤَذِّنَ فَأَقَامَ الصَّلَاةَ

420 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir meriwayatkan kepada kami daripada Manshur daripada Al-Hakam daripada Nafi` daripada `Abdillah bin `Umar, katanya: Pernah pada suatu malam kami menunggu Rasulallah s.a.w untuk bersembahyang `Isya’ tetapi baginda keluar kepada kami setelah berlalu sepertiga malam atau selepasnya lagi, kami tidak tahu adakah kerana sesuatu yang telah menyibukkan baginda atau kerana sebab lain. Setelah baginda keluar baginda bersabda: “Adakah kamu sedang menunggu sembahyang ini? Kalaulah tidak kerana akan menyusahkan umatku nescaya aku bersembahyang bersama mereka pada waktu ini” Kemudian baginda menyuruh mu’adzdzin supaya mengiqamatkan sembahyang lalu mu’adzdzin mengiqamatkan untuk sembahyang tersebut.

421 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عُثْمَانَ الْحِمْصِيُّ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا حَرِيزٌ عَنْ رَاشِدِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ عَاصِمِ بْنِ حُمَيْدٍ السَّكُونِيِّ أَنَّهُ سَمِعَ مُعَاذَ بْنَ جَبَلٍ يَقُولُ أَبْقَيْنَا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي صَلَاةِ الْعَتَمَةِ فَأَخَّرَ حَتَّى ظَنَّ الظَّانُّ أَنَّهُ لَيْسَ بِخَارِجٍ وَالْقَائِلُ مِنَّا يَقُولُ صَلَّى فَإِنَّا لَكَذَلِكَ حَتَّى خَرَجَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالُوا لَهُ كَمَا قَالُوا فَقَالَ لَهُمْ أَعْتِمُوا بِهَذِهِ الصَّلَاةِ فَإِنَّكُمْ قَدْ فُضِّلْتُمْ بِهَا عَلَى سَائِرِ الْأُمَمِ وَلَمْ تُصَلِّهَا أُمَّةٌ قَبْلَكُمْ

421 – `Amr bin `Utsman Al-Himshi meriwayatkan kepada kami katanya ayahku meriwayatkan kepada kami, katanya: Hariz meriwayatkan kepada kami daripada Rasyid bin Sa’d daripada `Ashim bin Humaid As-Sakuni bahawasanya beliau mendengar Mu`adz bin Jabal berkata: Kami menunggu nabi s.a.w untuk bersembahyang `Isya’ tetapi baginda keluar lewat sehingga ada yang menyangka bahawa baginda tidak akan keluar dan ada juga yang berkata bahawa baginda telah bersembahyang, saya pun begitu juga sehinggalah Nabi s.a.w keluar. Merekapun berkata kepada baginda sepertimana yang telah mereka katakan sebelum itu, baginda bersabda: “Perlewatkan sembahyang ini kerana sesungguhnya kamu telah dilebihkan dengan sembahyang ini daripada umat-umat yang lain, tidak ada satu umat pun sebelum kamu yang mengerjakannya.”

422 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا بِشْرُ بْنُ الْمُفَضَّلِ حَدَّثَنَا دَاوُدُ بْنُ أَبِي هِنْدٍ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ صَلَّيْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةَ الْعَتَمَةِ فَلَمْ يَخْرُجْ حَتَّى مَضَى نَحْوٌ مِنْ شَطْرِ اللَّيْلِ فَقَالَ خُذُوا مَقَاعِدَكُمْ فَأَخَذْنَا مَقَاعِدَنَا فَقَالَ إِنَّ النَّاسَ قَدْ صَلَّوْا وَأَخَذُوا مَضَاجِعَهُمْ وَإِنَّكُمْ لَنْ تَزَالُوا فِي صَلَاةٍ مَا انْتَظَرْتُمْ الصَّلَاةَ وَلَوْلَا ضَعْفُ الضَّعِيفِ وَسَقَمُ السَّقِيمِ لَأَخَّرْتُ هَذِهِ الصَّلَاةَ إِلَى شَطْرِ اللَّيْلِ

422 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Bisyr bin Al-Mufadhdhal meriwayatkan kepada kami, katanya: Daud bin Abi Hind meriwayatkan kepada kami daripada Abi Nadhrah daripada Abi Sa`id Al-Khudri, katanya: Kami mahu bersembahyang `Isya’ bersama Rasulillah s.a.w tetapi baginda tidak keluar sehingga berlalu kira-kira separuh malam. Baginda bersabda : “Duduklah kamu di tempat kamu” Kami pun duduk di tempat kami masing-masing. Baginda bersabda: “Orang ramai telahpun bersembahyang dan mereka pun telah pergi ke tempat tidur masing-masing. Kamu dikira berada terus di dalam sembahyang selagi kamu menunggu sembahyang, kalaulah tidak kerana kelemahan orang yang lemah dan kesakitan orang sakit nescaya aku lewatkan sembahyang ini hingga ke separuh malam.

 

بَاب  فِي وَقْتِ الصُّبْحِ

Bab Tentang Waktu Shubuh

423 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهَا قَالَتْ إِنْ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَيُصَلِّي الصُّبْحَ فَيَنْصَرِفُ النِّسَاءُ مُتَلَفِّعَاتٍ بِمُرُوطِهِنَّ مَا يُعْرَفْنَ مِنْ الْغَلَسِ

423 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Yahya bin Sa`id daripada `Amrah binti `Abdir Rahman daripada `A’isyah r.a bahawasanya beliau berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersembahyang Shubuh, setelah baginda selesai bersembahyang, orang-orang perempuan pergi dengan berselimut, mereka tidak dikenali kerana masih gelap (mereka pergi pada waktu masih gelap).

424 – حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ ابْنِ عَجْلَانَ عَنْ عَاصِمِ بْنِ عُمَرَ بْنِ قَتَادَةَ بْنِ النُّعْمَانِ عَنْ مَحْمُودِ بْنِ لَبِيدٍ عَنْ رَافِعِ بْنِ خَدِيجٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَصْبِحُوا بِالصُّبْحِ فَإِنَّهُ أَعْظَمُ لِأُجُورِكُمْ أَوْ أَعْظَمُ لِلْأَجْرِ

424 – Is-haq bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Ibn `Ajlan daripada `Ashim bin `Umar bin Qatadah bin Nu`man daripada Mahmud bin Labid daripada Rafi` bin Khadij, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sembahyanglah Shubuh pada waktu telah agak cerah kerana bersembahyang pada waktu itu mendatangkan pahala yang lebih besar kepada kamu.

 

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *