Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 46 – Bab Orang Bersembahyang Sendirian Dan Berasingan Di Belakang Saf
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 46 – Bab Orang Bersembahyang Sendirian Dan Berasingan Di Belakang Saf

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 46 – 051106

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 46 – 051106

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadits
2- 14:00 : Bab seorang yang sembahyang seorang diri di belakang sof
3- 30:04 : Sahabat-sahabat berseliseh pendapat tentang berjalan ketika rukuk
4- 36:54 : Bab sesuatu yang boleh menjadikan sutrah bagi orang yang bersembahyang
5- 46:13 : Bab Garisan Jika tidak sesuatu untuk dipacak untuk dijadikan sebagai sutrah
6- 47:15 : Sanad hadits ini Mutthorik

 

 

 

 

بَاب الرَّجُلِ يُصَلِّي وَحْدَهُ خَلْفَ الصَّفِّ

Bab Seseorang Bersembahyang Bersendirian di Belakang Shaf

681 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ وَحَفْصُ بْنُ عُمَرَ قَالَا حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَمْرِو بْنِ مُرَّةَ عَنْ هِلَالِ بْنِ يَسَافٍ عَنْ عَمْرِو بْنِ رَاشِدٍ عَنْ وَابِصَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى رَجُلًا يُصَلِّي خَلْفَ الصَّفِّ وَحْدَهُ فَأَمَرَهُ أَنْ يُعِيدَ قَالَ سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ الصَّلَاةَ

681 – Sulaiman bin Harb dan Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada `Amr bin Murrah daripada Hilal bin Yasaf daripada `Amr bin Rasyid daripada Wabishah bahawa Rasulallah s.a.w pernah melihat seseorang yang sedang bersembahyang seorang diri di belakang shaf maka Baginda memerintahkan dia supaya mengulangi. Sulaiman bin Harb berkata: Sembahyang.

 

 

بَاب الرَّجُلِ يَرْكَعُ دُونَ الصَّفِّ[1]

Bab Seseorang Yang Ruku` Sebelum Sampai ke Shaf

682 – حَدَّثَنَا حُمَيْدُ بْنُ مَسْعَدَةَ أَنَّ يَزِيدَ بْنَ زُرَيْعٍ حَدَّثَهُمْ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي عَرُوبَةَ عَنْ زِيَادٍ الْأَعْلَمِ[2] حَدَّثَنَا الْحَسَنُ أَنَّ أَبَا بَكْرَةَ حَدَّثَ أَنَّهُ دَخَلَ الْمَسْجِدَ وَنَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَاكِعٌ قَالَ فَرَكَعْتُ دُونَ الصَّفِّ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَادَكَ اللَّهُ حِرْصًا وَلَا تعد

682 – Humaid bin Mas`adah meriwayatkan kepada kami bahawa Yazid bin Zurai` telah menceritakan kepada mereka, katanya: Sa`id bin Abi `Arubah meriwayatkan kepada kami daripada Ziyad Al-A`lam, katanya: Al-Hasan meriwayatkan kepada kami bahawa Aba Bakrah telah menceritakan bahawa beliau telah masuk ke dalam masjid pada ketika Nabi Allah s.a.w sedang ruku`, beliau (Abu Bakrah) berkata: Maka aku pun ruku` sebelum sampai ke shaf. Selepas itu, Nabi s.a.w bersabda: Semoga Allah menambahkan lagi keinginanmu untuk beribadah itu tetapi jangan engkau ulangi lagi.

683 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا زِيَادٌ الْأَعْلَمُ عَنْ الْحَسَنِ أَنَّ أَبَا بَكْرَةَ جَاءَ وَرَسُولُ اللَّهِ رَاكِعٌ فَرَكَعَ دُونَ الصَّفِّ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّفِّ فَلَمَّا قَضَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاتَهُ قَالَ أَيُّكُمْ الَّذِي رَكَعَ دُونَ الصَّفِّ ثُمَّ مَشَى إِلَى الصَّفِّ فَقَالَ أَبُو بَكْرَةَ أَنَا فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ زَادَكَ اللَّهُ حِرْصًا وَلَا تَعُدْ

683 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Ziyad Al-A`lam meriwayatkan kepada kami daripada Al-Hasan bahawa Aba Bakrah datang (ke masjid) pada ketika itu Rasulullah sedang ruku` maka dia pun ruku` sebelum sampai ke shaf kemudian barulah dia berjalan ke shaf itu. Apabila Nabi s.a.w selesai bersembahyang, Baginda bertanya: Siapakah antara kamu yang ruku` sebelum sampai ke shaf kemudian berjalan ke shaf? Abu Bakrah pun menjawab: Saya. Lantas Nabi s.a.w bersabda: Semoga Allah menambahkan lagi kesungguhanmu itu tetapi jangan ulangi lagi.

 

بَاب مَا يَسْتُرُ الْمُصَلِّيَ

Bab Sesuatu Yang Boleh Menjadi Sutrah/Penghadang kepada Orang Yang Bersembahyang

684 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ الْعَبْدِيُّ حَدَّثَنَا إِسْرَائِيلُ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ مُوسَى بْنِ طَلْحَةَ عَنْ أَبِيهِ طَلْحَةَ بْنِ عُبَيْدِ اللَّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا جَعَلْتَ بَيْنَ يَدَيْكَ مِثْلَ مُؤَخِّرَةِ الرَّحْلِ فَلَا يَضُرُّكَ مَنْ مَرَّ بَيْنَ يَدَيْكَ

684 – Muhammad bin Katsir Al-`Abdi meriwayatkan kepada kami, katanya: Isra’il meriwayatkan kepada kami daripada Simak daripada Musa bin Thalhah daripada ayahnya iaitu Thalhah bin `Ubaidillah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sekiranya kamu meletakkan sesuatu di hadapanmu kadar penyandar pelana unta maka orang yang lalu di hadapanmu tidak akan menjejaskan (sembahyangmu).”

685 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ عَطَاءٍ قَالَ آخِرَةُ الرَّحْلِ ذِرَاعٌ فَمَا فَوْقَهُ

685 – Al-Hasan bin `Ali meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Razzaq meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Juraij daripada `Atha’, beliau berkata: Bahagian tempat menyandar daripada pelana unta itu tingginya kadar sehasta ke atas.

686 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ إِذَا خَرَجَ يَوْمَ الْعِيدِ أَمَرَ بِالْحَرْبَةِ فَتُوضَعُ بَيْنَ يَدَيْهِ فَيُصَلِّي إِلَيْهَا وَالنَّاسُ وَرَاءَهُ وَكَانَ يَفْعَلُ ذَلِكَ فِي السَّفَرِ فَمِنْ ثَمَّ اتَّخَذَهَا الْأُمَرَاءُ

686 – Al-Hasan bin `Ali meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Numair meriwayatkan kepada kami daripada Nafi` daripada Ibn `Umar bahawa apabila Rasulallah s.a.w keluar pada hari raya, Baginda akan memerintahkan supaya dipacakkan lembing di hadapannya dan bersembahyang menghadapnya manakala orang ramai berada di belakang Baginda. Demikianlah juga Baginda melakukan semasa berperjalanan dan sebab itulah pemimpin-pemimpin kemudian menggunakan lembing tadi juga.

687 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَوْنِ بْنِ أَبِي جُحَيْفَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى بِهِمْ بِالْبَطْحَاءِ وَبَيْنَ يَدَيْهِ عَنَزَةٌ الظُّهْرَ رَكْعَتَيْنِ وَالْعَصْرَ رَكْعَتَيْنِ يَمُرُّ خَلْفَ الْعَنَزَةِ الْمَرْأَةُ وَالْحِمَارُ

687 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada `Aun bin Abi Juhaifah daripada ayahnya bahawa Nabi s.a.w telah mengimami mereka sembahyang Zhuhur dua raka`at dan `Ashar dua raka`at di Bathha’, terdapat lembing hadapan baginda. Ada orang perempuan dan keldainya lalu dari sebelah atas lembing tersebut

 

بَاب الْخَطِّ إِذَا لَمْ يَجِدْ عَصًا

Bab Garisan Sekiranya Tidak Mempunyai Tongkat  

688 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا بِشْرُ[3] بْنُ الْمُفَضَّلِ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ أُمَيَّةَ حَدَّثَنِي أَبُو عَمْرِو بْنُ مُحَمَّدِ بْنِ حُرَيْثٍ أَنَّهُ سَمِعَ جَدَّهُ حُرَيْثًا يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلْيَجْعَلْ تِلْقَاءَ وَجْهِهِ شَيْئًا فَإِنْ لَمْ يَجِدْ فَلْيَنْصِبْ عَصًا فَإِنْ لَمْ يَكُنْ مَعَهُ عَصًا فَلْيَخْطُطْ خَطًّا ثُمَّ لَا يَضُرُّهُ مَا[4] مَرَّ أَمَامَهُ

688 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Bisyr bin Al-Mufadhdhal meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il bin Umayyah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Amr bin Muhammad bin Huraits meriwayatkan kepada saya bahawa beliau telah mendengar datuknya iaitu Huraits menceritakan daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu bersembahyang maka diletakkan sesuatu di sebelah hadapannya, sekiranya ia tidak mendapati (sesuatu) maka hendaklah dipacakkan tongkat. Sekiranya dia tida mendapati tongkat maka hendaklah dia menggariskan di bahagian depannya. Selepas itu tidak ada apa-apa lagi yang menjejaskan (sembahyangnya) yang lalu di hadapannya.

689 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ فَارِسٍ حَدَّثَنَا عَلِيٌّ يَعْنِي ابْنَ الْمَدِينِيِّ عَنْ سُفْيَانَ[5] عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ أُمَيَّةَ عَنْ أَبِي مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرِو بْنِ حُرَيْثٍ عَنْ جَدِّهِ حُرَيْثٍ رَجُل مِنْ بَنِي عُذْرَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ أَبِي الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَذَكَرَ حَدِيثَ الْخَطِّ قَالَ سُفْيَانُ لَمْ نَجِدْ شَيْئًا نَشُدُّ بِهِ هَذَا الْحَدِيثَ وَلَمْ يَجِئْ إِلَّا مِنْ هَذَا الْوَجْهِ قَالَ قُلْتُ لِسُفْيَانَ إِنَّهُمْ يَخْتَلِفُونَ فِيهِ فَفَكَّرَ[6] سَاعَةً ثُمَّ قَالَ مَا أَحْفَظُ إِلَّا أَبَا مُحَمَّدِ بْنَ عَمْرٍو قَالَ سُفْيَانُ قَدِمَ هُنَا[7] رَجُلٌ بَعْدَ مَا مَاتَ إِسْمَعِيلُ بْنُ أُمَيَّةَ فَطَلَبَ هَذَا الشَّيْخُ أَبَا مُحَمَّدٍ حَتَّى وَجَدَهُ فَسَأَلَهُ عَنْهُ فَخَلَطَ عَلَيْهِ

قَالَ أَبُو دَاوُد و سَمِعْت أَحْمَدَ يعني ابْنَ حَنْبَلٍ سُئِلَ عَنْ وَصْفِ الْخَطِّ غَيْرَ مَرَّةٍ فَقَالَ هَكَذَا[8] عَرْضًا مِثْلَ الْهِلَالِ قَالَ أَبُو دَاوُد و سَمِعْت مُسَدَّدًا قَالَ قَالَ ابْنُ دَاوُدَ الْخَطُّ بِالطُّولِ

689 – Muhammad bin Yahya bin Faris meriwayatkan kepada kami, katanya: `Ali ya`ni Ibn Al-Madini meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan daripada Isma`il bin Umayyah daripada Abi Muhammad bin `Amr bin Huraits daripada datuknya iaitu Huraits seorang lelaki dari Bani `Udzrah daripada Abi Hurairah daripada Abi Al-Qasim s.a.w, beliau berkata: Lalu perawi menyebutkan hadits tentang garisan itu tadi. Sufyan berkata: Kami tidak mendapati sesuatu (hadits lain) yang dapat kami kuatkannya dengan hadits ini dan hadits ini hanya ada melalui sanad ini. Dia (`Ali bin Al-Madini) berkata: Saya pun kata kepada Sufyan: Mereka berselisih pendapat tentang hadits ini, maka Sufyan pun berfikir sejenak kemudian berkata: Saya tidak ingat kecuali Aba Muhammad bin `Amr. Sufyan berkata: Ada seorang As-Syaikh yang datang ke sini selepas Isma`il bin Umayyah meninggal dan mencari Aba Muhammad sehinggalah dia menemuinya dan bertanya kepada Aba Muhammad tentang hadits ini. Pada ketika itu Aba Muhammad telah bercelaru fikirannya.

Abu Daud berkata: Saya relah mendengar Ahmad ya`ni/maksud beliau Ibn Hanbal ditanya bukan sekali tentang bentuk/cara garisan, beliau mengatakan begini secara melintang seperti anak bulan. Abu Daud berkata: Dan saya juga telah mendenga Musaddad berkata: Ibn Daud ada berkata: Garisan itu memanjang.

690 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ الزُّهْرِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ بْنُ عُيَيْنَةَ قَالَ رَأَيْتُ شَرِيكًا صَلَّى بِنَا فِي جَنَازَةٍ الْعَصْرَ فَوَضَعَ قَلَنْسُوَتَهُ بَيْنَ يَدَيْهِ يَعْنِي فِي فَرِيضَةٍ حَضَرَتْ

690 – `Abdullah bin Muhammad Az-Zuhri meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan bin `Uyainah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: Aku telah melihat Syarik mengimami kami dalam sembahyang jenazah pada waktu `Ashar, beliau meletakkan songkoknya di hadapan ya`ni/maksud beliau pada sembahyang fardhu (`Ashar) yang ia hadiri (sebagai sutrah)

[1] Dalam sesetengah nuskhah: الصفوف

[2] Dalam sesetengah nuskhah: زياد بن حسان

[3] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: يعني

[4] Dalam sesetengah nuskhah: من

[5] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: يعني ابن عيينة

[6] Dalam sesetengah nuskhah: فتفكر

[7] Dalam sesetengah nuskhah: ها هنا

[8] dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: يعني

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *