Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 45 – Bab Tentang Saf – Saf Di Antara Tiang-Tiang
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 45 – Bab Tentang Saf – Saf Di Antara Tiang-Tiang

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 45 – 170906

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 45 – 170906

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadits
2- 11:34 : Bab Membuat Sof diantara tiang-tiang
3- 19:15 : Sebab-sebab yang melarangkan bersof diantara tiang-tiang
4- 24:55 : Bab Galakan seseorang berada dibelakang Imam dalam sof dan larangan berada dibelakang
5- 37:02 : Kelebihan sof sebelah kanan berbanding dengan sebelah kiri
6- 42:04 : Bab kedudukan kanak-kanak dalam sof
7- 43:40 : Bab kedudukan perampuan dalam sof dan larangan berada dibelakang dari sof pertama
8- 01:00:29 : Bab kedudukan Imam dalam Sof dan sanad hadits ini ada Yahya bin Basyir bin Khallad

 

 

 

 

بَاب الصُّفُوفِ بَيْنَ السَّوَارِي [1]

Bab Shaf di antara Tiang-tiang dalam Masjid

672 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بَشَّارٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ يَحْيَى بْنِ هَانِئٍ عَنْ عَبْدِ الْحَمِيدِ بْنِ مَحْمُودٍ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ يَوْمَ الْجُمُعَةِ فَدُفِعْنَا إِلَى السَّوَارِي فَتَقَدَّمْنَا وَتَأَخَّرْنَا فَقَالَ أَنَسٌ كُنَّا نَتَّقِي هَذَا عَلَى عَهْدِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

672 – Muhammad bin Basysyar meriwayatkan kepada kami, katanya:`Abdur Rahman meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Yahya bin Hani daripada `Abdil Hamid bin Mahmud, beliau berkata: Aku telah bersembahyang bersama Anas bin Malik pada hari Jumu`at, lalu membuatkan kami terpaksa bersembahyang di tiang-tiang. Ada antara kami yang terkedepan dan ada yang undur ke belakang. Maka, Anas berkata: Di di zaman Rasulillah s.a.w dahulu, kami sentiasa menjaga daripada berlakunya perkara sebegini.

 

بَاب مَنْ يسْتَحبُّ أَنْ يَلِيَ الْإِمَام فِي الصَّفِّ وَكَرَاهِيَةِ التَّأَخُّرِ

Bab Orang Yang Suka Berada di Belakang Imam dalam Shaf dan Larangan Lewat/Berada di Belakang

673 – حَدَّثَنَا ابْنُ كَثِيرٍ أَخْبَرَنَا سُفْيَانُ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ عُمَارَةَ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي مَعْمَرٍ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الأنصاري  قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيَلِنِي مِنْكُمْ أُولُو الْأَحْلَامِ وَالنُّهَى ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ ثُمَّ الَّذِينَ يَلُونَهُمْ

673 – Ibn Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada `Umarah bin `Umair daripada Ma`mar dariapda Abi Mas`ud Al-Anshari, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: Pastikan orang-orang yang cerdik dan bijaksana antara kamu itu yang mengiringiku kemudian pada shaf berikutnya hendaklah berada orang-orang yang kurang daripada orang-orang yang berada di shaf tadi. Kemudian pada shaf yang ketiga pula hendaklah berada orang-orang yang kurang lagi daripada orang-orang yang berada pada shaf yang kedua tadi (kemudian begitulah seterusnya).

674 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا خَالِدٌ عَنْ أَبِي مَعْشَرٍ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ عَلْقَمَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلهُ وَزَادَ وَلَا تَخْتَلِفُوا فَتَخْتَلِفَ قُلُوبُكُمْ وَإِيَّاكُمْ وَهَيْشَاتِ الْأَسْوَاقِ

674 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Zurai` meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid meriwayatkan kepada kami dariapda Abi Ma`syar dariapda Ibrahim daripada `Alqamah daripada `Abdillah daripada Nabi s.a.w sama dari segi lafaz dan maknanya cuma perawi (`Abdullah) menambah: Jangan kamu berselisih dalam shaf kerana nanti akan berbeza-beza pula hati-hati kamu dan elakkan hati kamu daripada melakukan hingar-bingar seperti pasar.”

675 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مُعَاوِيَةُ بْنُ هِشَامٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أُسَامَةَ بْنِ زَيْدٍ عَنْ عُثْمَانَ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ عُرْوَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ اللَّهَ وملائكة  يُصَلُّونَ عَلَى مَيَامِنِ الصُّفُوفِ

675 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Mu`awiyah bin Hisyam meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami dariapda Usamah bin Zaid daripada `Utsman bin `Urwah daripada `Urwah daripada `A’isyah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Allah dan para malaikat berselawat untuk orang-orang yang berada dalam shaf-shaf di sebelah kanan.”

 

بَاب مَقَامِ الصِّبْيَانِ مِنْ الصَّفِّ

Bab Kedudukan Kanak-kanak di dalam Shaf

676 – حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ شَاذَانَ حَدَّثَنَا عَيَّاشٌ الرَّقَّامُ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْأَعْلَى حَدَّثَنَا قُرَّةُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا بُدَيْلٌ حَدَّثَنَا شَهْرُ بْنُ حَوْشَبٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ غنْمٍ قَالَ قَالَ أَبُو مَالِكٍ الْأَشْعَرِيُّ أَلَا أُحَدِّثُكُمْ بِصَلَاةِ النَّبِيِّ[2] صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ فَأَقَامَ الصَّلَاةَ وَصَفَّ الرِّجَالَ وَصَفَّ الْغِلْمَانَ خَلْفَهُمْ[3]  ثُمَّ صَلَّى بِهِمْ فَذَكَرَ صَلَاتَهُ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا صَلَاة قَالَ عَبْدُ الْأَعْلَى لَا أَحْسَبُهُ إِلَّا قَالَ أُمَّتِي[4]

676 – `Isa bin Syadzan meriwayatkan kepada kami, katanya: `Ayyasy Ar-Raqqam meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul A`la meriwayatkan kepada kami, katanya: Qurrah bin Khalid meriwayatkan kepada kami, katanya: Budail meriwayatkan kepada kami, katanya: Syahr bin Hausyab meriwayatkan kepada kami daripada `Abdir Rahman bin Ghunm, beliau berkata: Abu Malik Al-Asy`ari ada berkata: Mahukah kamu aku ceritakan tentang sembahyang Nabi s.a.w, perawi (`Abdur Rahman) berkata: Beliau pun menyuruh orang supaya beriqamat, dia membuat shaf orang-orang lelaki dewasa dan shaf kanak-kanak di belakang mereka kemudian dia mengimami mereka. ( Abu Daud berkaya: )selepas itu dia (Abu Malik) menyebutkan sembahyangnya. Kemudian dia berkata: Beginilah sembahyang. `Abdul A`la berkata: Aku rasa dia ada berkata أمتي  yakni selepas هكذا صلاة

 

بَاب صَفِّ النِّسَاءِ وَكَرَاهِيَةِ التَّأَخُّرِ عَنْ الصَّفِّ الْأَوَّلِ

Bab Shaf Perempuan dan Karahah Berada di Belakang daripada Shaf Yang Pertama

677 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الصَّبَّاحِ الْبَزَّازُ حَدَّثَنَا خَالِدٌ وَإِسْمَعِيلُ بْنُ زَكَرِيَّاءَ عَنْ سُهَيْلِ بْنِ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ خَيْرُ صُفُوفِ الرِّجَالِ أَوَّلُهَا وَشَرُّهَا آخِرُهَا وَخَيْرُ صُفُوفِ النِّسَاءِ آخِرُهَا وَشَرُّهَا أَوَّلُهَا

677 – Muhammad bin Ash-Shabbah Al-Bazzaz meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid dan Isma`il bin Zakariyya’ meriwayatkan kepada kami daripada Suhail bin Abi Shalih daripada ayahnya daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sebaik-baik shaf bagi lelaki adalah yang awal dan seburuk-buruknya ialah yang akhir/di belakang manakala sebaik-baik shaf bagi orang-orang perempuan ialah yang terakhir/di belakang dan seburuk-buruknya ialah yang awal berada di hadapan

678 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ عَنْ عِكْرِمَةَ بْنِ عَمَّارٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ عَنْ الصَّفِّ الْأَوَّلِ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمْ اللَّهُ فِي النَّارِ

678 – Yahya bin Ma`in meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Razzaq meriwayatkan kepada kami daripada `Ikrimah bin `Ammar meriwayatkan kepada kami daripada Yahya bin Abi Katsir daripada Abi Salamah daripada `A’isyah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesuatu golongan akan terus berada di belakang daripada shaf yang pertama sehingga akhirnya Allah mengakhirkan mereka/meletakkan mereka di belakang di dalam neraka

679 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ الْخُزَاعِيُّ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَأَى فِي أَصْحَابِهِ تَأَخُّرًا فَقَالَ لَهُمْ تَقَدَّمُوا فَأْتَمُّوا بِي وَلْيَأْتَمَّ بِكُمْ مَنْ بَعْدَكُمْ وَلَا يَزَالُ قَوْمٌ يَتَأَخَّرُونَ حَتَّى يُؤَخِّرَهُمْ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ

679 – Musa bin Isma`il dan Muhammad bin `Abdillah Al-Khuza`i meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Abu Al-Asyhab meriwayatkan kepada kami daripada Abi Nadhrah daripada Abi Sa`id Al-Khudri bahawa Rasulallah s.a.w pernah melihat kelewatan pada sahabat-sahabatnya maka Baginda pun berkata kepada mereka: “Tampil ke depan dan ikutlah aku (sebagai imam) dan biarlah mereka yang selepas kamu mengikut kamu pula dengan terus-menerus sesuatu golongan itu berada di belakang, akhirnya Allah membelakangkan/ meletakkan mereka di belakang

 

بَاب مَقَامِ الْإِمَامِ مِنْ الصَّفِّ

Bab Kedudukan Imam di dalam Shaf

680 – حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ مُسَافِرٍ حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي فُدَيْكٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ بَشِيرِ بْنِ خَلَّادٍ عَنْ أُمِّهِ أَنَّهَا دَخَلَتْ عَلَى مُحَمَّدِ بْنِ كَعْبٍ الْقُرَظِيِّ فَسَمِعَتْهُ يَقُولُ حَدَّثَنِي أَبُو هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَسِّطُوا الْإِمَامَ وَسُدُّوا الْخَلَلَ

680 – Ja`far bin Musafir meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Abi Fudaik meriwayatkan kepada kami daripada Yahya bin Basyir bin Khallad daripada ibunya bahawa beliau (ibunya) pergi menemui Muhammad bin Ka`b Al-Qurazhi dan mendengar beliau (Muhammad) berkata: Abu Hurairah telah menceritakan kepadaku, katanya: rasulullah s.a.w bersabda: “Biarlah imam berada di tengah-tengah kamu dan kamu penuhilah ruang-ruang kosong.”

[1] Dalam sesetengah nuskhah: باب الصلاة والصف بين السوارى

[2] Dalam sesetengah nuskhah: رسول الله

[3] dalam sesetengah nuskhah: خلفهم الغلمان

[4] Dalam sesetengah nuskhah: إِلَّا قَالَ صَلَاةُ أُمَّتِي

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *