Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 40 – Bab Berhubung Dengan Orang Yang Berhenti Sembahyang Sebelum Imamnya
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 40 – Bab Berhubung Dengan Orang Yang Berhenti Sembahyang Sebelum Imamnya

Sunan Abi Daud – Matan Hadis –  Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 40 – 300706

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis –  Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 40 – 300706

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:07 : Terjemahan matan hadits
2- 17:25 : Bab Orang yang berhenti sembahyang sebelum Imamnya
3- 27:51 : Bab pakaian untuk sembahyang
4- 42:23 : Bab orang yang mengikat kainnya ditekak kemudian dia sembahyang
5- 47:47 : Bab orang yang bersembahyang dengan memakai satu kain, dan sebahagian kainnya ada pada orang lain
6- 53:19 : Bab orang yang sembahyang dengan memakai baju saja

 

 

 

 

بَاب فِيمَنْ يَنْصَرِفُ قَبْلَ الْإِمَامِ

Bab Berhubung Orang Yang Berhenti Sembahyang Sebelum Imam / Orang Yang Beredar Pergi Sebelum Imamnya

623 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ بُغَيْلٍ الْمُرْهِبِيُّ[1] حَدَّثَنَا زَائِدَةُ عَنْ الْمُخْتَارِ بْنِ فُلْفُلٍ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حَضَّهُمْ عَلَى الصَّلَاةِ وَنَهَاهُمْ أَنْ يَنْصَرِفُوا قَبْلَ انْصِرَافِهِ مِنْ الصَّلَاةِ

623 – Muhammad bin Al-`Ala’ meriwayatkan kepada kami, katanya: Hafsh bin Bughail Al-Murhibi, katanya: Za’idah meriwayatkan kepada kami daripada Al-Mukhtar bin Fulful daripada Anas bahawa Nabi s.a.w telah menggalakkan mereka supaya Bersembahyang dan melarang mereka daripada pergi sebelum perginya Baginda dari tempat sembahyang / dan melarang mereka daripada selesai bersembahyang sebelum Baginda selesai mengerjakan sembahyang.

 

بَاب جماعِ أَثْوَابِ[2] مَا يُصَلّى فِيهِ

Koleksi Bab Tentang Kain Yang Boleh Dipakai Oleh Orang Yang Bersembahyang

624 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سُئِلَ عَنْ الصَّلَاةِ فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ فَقَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَوَلِكُلِّكُمْ ثَوْبَانِ

624 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Ibn Syihab daripada Sa`id bin Al-Musayyab daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w pernah ditanya tentang bersembahyang dengan memakai sehelai kain sahaja, Baginda menjawab: “Adakah kamu semua mempunyai dua helai kain?”

625 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُصَلِّ أَحَدُكُمْ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ لَيْسَ عَلَى مَنْكِبَيْهِ مِنْهُ شَيْءٌ

625 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Abi Az-Zinad daripada Al-A`raj daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah seseorang kamu bersembahyang dengan memakai sehelai kain sahaja di mana tidak ada apa-apa pun kain yang menutupi di atas kedua-dua bahunya.”

626 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ أخبرنا يَحْيَى ح و حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ الْمَعْنَى عَنْ هِشَامِ بْنِ أَبِي عَبْدِ اللَّهِ عَنْ يَحْيَى بْنِ أَبِي كَثِيرٍ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فِي ثَوْبٍ[3] فَلْيُخَالِفْ بِطَرَفَيْهِ عَلَى عَاتِقَيْهِ[4]

626 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya ح Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il meriwayatkan kepada kami daripada Hisyam bin Abi `Abdillah daripada Yahya bin Abi Katsir daripada `Ikrimah daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu bersembahyang dengan memakai sehelai kain maka hendaklah dia menyilangkan tepi/hujung kedua-duanya di atas bahunya.

627 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ بْنِ سَهْلٍ عَنْ عُمَرَ بْنِ أَبِي سَلَمَةَ قَالَ رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ مُلْتَحِفًا مُخَالِفًا بَيْنَ طَرَفَيْهِ عَلَى مَنْكِبَيْهِ

627 – Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Laits meriwayatkan kepada kami daripada Yahya bin Sa`id daripada Abi Umamah bin Sahl daripada `Umar bin Abi Salamah, beliau berkata: “Aku pernah melihat Rasulallah s.a.w bersembahyang dengan hanya memakai sehelai kain dengan berselimut di samping menyilangkan kedua-dua tepinya pada bahunya.”

628 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا مُلَازِمُ بْنُ عَمْرٍو الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ بَدْرٍ عَنْ قَيْسِ بْنِ طَلْقٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ قَدِمْنَا عَلَى النبي[5] صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَاءَ رَجُلٌ فَقَالَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ مَا تَرَى فِي الصَّلَاةِ فِي الثَّوْبِ الْوَاحِدِ قَالَ فَأَطْلَقَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِزَارَهُ طَارَقَ بِهِ رِدَاءَهُ فَاشْتَمَلَ بِهِمَا ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى بِنَا نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أَنْ قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ أَوَكُلُّكُمْ يَجِدُ ثَوْبَيْنِ

628 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Mulazim bin `Amr Al-Hanafi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Badr meriwayatkan kepada kami daripada Qais bin Thalq daripada ayahnya, beliau berkata: Kami pergi menemui Nabi s.a.w kemudian ada seseorang datang dan berkata: Wahai Nabi Allah, apa katamu tentang bersembahyang dengan memakai sehelai kain sahaja,” Rasulullah s.a.w pun membuka kainnya dan melapisinya dengan kain yang menyelimutinya maka Baginda berselimut dengan kedua-duanya kemudian Nabi Allah s.a.w bersembahyang mengimami kami, apabila selesai bersembahyang Baginda bersabda: “Adakah semua kamu mempunyai dua helai kain?”

 

بَاب الرَّجُلِ يَعْقِدُ الثَّوْبَ فِي قَفَاهُ ثُمَّ[6]  يُصَلِّي

Bab Seseorang Yang Mengikat Kain di Tengkuknya Kemudian Bersembahyang

629 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَنْبَارِيُّ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ قَالَ لَقَدْ رَأَيْتُ الرِّجَالَ عَاقِدِي أُزُرِهِمْ فِي أَعْنَاقِهِمْ مِنْ ضِيقِ الْأُزُرِ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّلَاةِ كَأَمْثَالِ الصِّبْيَانِ فَقَالَ قَائِلٌ يَا مَعْشَرَ النِّسَاءِ لَا تَرْفَعْنَ رُءُوسَكُنَّ حَتَّى يَرْفَعَ الرِّجَالُ

629 – Muhammad bin Sulaiman Al-Anbari meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan daripada Abi Hazim daripada Sahl bin Sa`d, beliau berkata: Sesungguhnya aku pernah melihat ramai orang yang mengikat kain pada tengkuk mereka kerana sempit/pendeknya kain mereka itu di belakang Rasulillah s.a.w dalam sembahyang seperti kanak-kanak. Kemudian ada yang berkata: “Wahai orang-orang perempuan, janganlah kamu angkat kepala kamu sehinggalah orang-orang lelaki mengangkat kepala mereka.”

 

بَاب الرَّجُلِ يُصَلِّي فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ بَعْضُهُ عَلَى غَيْرِهِ

Bab Seseorang Bersembahyang Dengan Memakai Sehelai Kain Yang Mana Sebahagian Kainnya itu Berada di atas Orang Lain

630 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا زَائِدَةُ عَنْ أَبِي حصيْنٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ عَائِشَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَّى فِي ثَوْبٍ وَاحِدٍ بَعْضُهُ عَلَيَّ

630 – Abu Al-Walid Ath-Thayalisi meriwayatkan kepada kami, katanya: Za’idah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Hashin daripada Abi Shalih daripada `A’isyah bahawa Nabi s.a.w bersembahyang dengan memakai sehelai kain sahaja yang mana sebahagian daripada kainnya berada di atasku.

 

بَاب فِي الرَّجُلِ يُصَلِّي فِي قَمِيصٍ وَاحِدٍ

Bab Tentang Seseorang Yang Bersembahyang Dengan Memakai Baju Sahaja  

631 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ عَنْ مُوسَى بْنِ إِبْرَاهِيمَ عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ قَالَ قُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنِّي رَجُلٌ أَصِيدُ َفَأُصَلِّي فِي الْقَمِيصِ الْوَاحِدِ قَالَ نَعَمْ وَازْرُرْهُ وَلَوْ بِشَوْكَةٍ

631 – AL-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul `Aziz ya`ni Ibn Muhammad meriwayatkan kepada kami daripada Musa bin Ibrahim daripada Salamah bin Al-Akwa`, beliau berkata: Aku pernah bertanya: “Wahai Rasulallah, sesungguhnya aku seorang yang suka berburu, bolehkah saya bersembahyang dengan memakai baju sahaja?” Baginda menjawab: “Ya boleh, dan kancinglah baju itu walaupun dengan duri.”

632 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمِ بْنِ بَزِيعٍ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَبِي بُكَيْرٍ عَنْ[7] إِسْرَائِيلَ عَنْ أَبِي حَوْمَلٍ الْعَامِرِيِّ

قَالَ أَبُو دَاوُد كَذَا قَالَ[8] وهو أَبُو حَرْمَلٍ[9] عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي بَكْرٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ أَمَّنَا جَابِرُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ فِي قَمِيصٍ لَيْسَ عَلَيْهِ رِدَاءٌ فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ إِنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي فِي قَمِيصٍ

632 – Muhammad bin Hatim bin Bazi` meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Abi Bukair meriwayatkan kepada kami daripada Isra’il daripada Abi Haumal Al-`Amiri

Abu Daud berkata: Begitulah yang guru saya katakan, dialah juga Abu Harmal, beliau meriwayatkan daripada Muhammad bin `Abdir Rahman bin Abi Bakr daripada ayahnya, beliau berkata: Jabir telah menjadi imam kepada kami dengan memakai  baju sahaja dan tiada kain lain. Apabila selesai bersembahyang, beliau berkata: “Sesungguhnya saya pernah melihat Rasulallah s.a.w bersembahyang dengan memakai sehelai baju sahaja.”

                                             

    بَاب إِذَا كَانَ ثوبا ضَيِّقًا[10]

Bab Sekiranya Kain itu Pendek

633 – حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ وَسُلَيْمَانُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ[11] وَيَحْيَى بْنُ الْفَضْلِ السِّجِسْتَانِيُّ قَالُوا حَدَّثَنَا حَاتِمٌ يَعْنِي ابْنَ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ مُجَاهِدٍ أَبُو حَزْرَةَ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قَالَ أَتَيْنَا جَابِرًا يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ سِرْتُ مَعَ رَسُول اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةٍ فَقَامَ يُصَلِّي وَكَانَتْ عَلَيَّ بُرْدَةٌ ذَهَبْتُ أُخَالِفُ بَيْنَ طَرَفَيْهَا فَلَمْ تَبْلُغْ لِي وَكَانَتْ لَهَا ذَبَاذِبُ فَنَكَسْتُهَا ثُمَّ خَالَفْتُ بَيْنَ طَرَفَيْهَا ثُمَّ تَوَاقَصْتُ عَلَيْهَا لَا تَسْقُطُ ثُمَّ جِئْتُ حَتَّى قُمْتُ عَنْ يَسَارِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَخَذَ بِيَدِي فَأَدَارَنِي حَتَّى أَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ فَجَاءَ ابْنُ صَخْرٍ حَتَّى قَامَ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَنَا بِيَدَيْهِ جَمِيعًا حَتَّى أَقَامَنَا خَلْفَهُ قَالَ وَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْمُقُنِي وَأَنَا لَا أَشْعُرُ ثُمَّ فَطِنْتُ بِهِ فَأَشَارَ إِلَيَّ أَنْ أَتَّزِرَ بِهَا فَلَمَّا فَرَغَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَا جَابِرُ قُلْتُ لَبَّيْكَ يَا رَسُولَ اللَّهِ قَالَ إِذَا كَانَ وَاسِعًا فَخَالِفْ بَيْنَ طَرَفَيْهِ وَإِذَا كَانَ ضَيِّقًا فَاشْدُدْهُ عَلَى حِقْوِكَ

633 – Hisyam bin `Ammar, Sulaiman bin `Abdir Rahman dan Yahya bin Al-Fdhail As-Sijistani meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Hatim ya`ni Ibn Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Ya`qub bin Mujahid iaitu Abu Hazrah meriwayatkan kepada kami daripada `Ubadah bin Al-Walid bin `Ubadah bin Ash-Shamit, katanya: Kami pergi menemui Jabir ya`ni Ibn `Abdillah, beliau berkata: Aku pernah bersama Rasulillah s.a.w di dalam satu peperangan, Baginda bangun bersembahyang ketika itu aku memakai sehelai kain selimut dan cuba menyilangkan hujung kain itu di atas bahu tetapi ia tidak sampai. Kain itu mempunyai renda dan aku pun menterbalikkannya kemudian barulah aku silangkan hujung kain itu dan aku mengepitnya dengan dagu supaya kain itu tidak jatuh. Selepas itu, aku pun datang dan berdiri di sebelah kiri Rasulillah s.a.w, Baginda memegang dan memusingkan aku sehingga diperdirikan aku di sebelah kanannya. Selepas itu datang pula Ibn Shakhr dan berdiri di sebelah kiri Baginda, Baginda memegang kami dengan kedua-dua tangannya dan menolak kebelakang. Perawi (Jabir) berkata: Selepas itu Rasulullah s.a.w memerhatikan aku tetapi aku tidak perasan kemudiannya barulah aku sedar dan Baginda mengisyaratkan kepadaku supaya berpakai sebagai kain. Apabila Rasulullah s.a.w selesai urusannya, Baginda bersabda: “Wahai Jabir,” saya oun jawab: “Ya, saya wahai Rasulallah” Baginda berkata: “Sekiranya kain itu besar maka ketika itu silanglah kedua-dua tepinya tetapi jika kain itu pendek, ikatlah pada pinggang kamu itu (pakai sebagai kain).

[1] Dalam sesetengah nuskhah: الدهني

[2] Dalam sesetengah nuskhah: أبواب

[3] Dalam sesetengah nuskhah: الثوب

[4] Dalam sesetengah nuskhah: عاتقه

[5] Dalam sesetengah nuskhah: نبي الله

[6] Dalam sesetengah nuskhah: و

[7] Dalam sesetengah nuskhah: حدثنا

[8] Dalam sesetengah nuskhah: قال أبو داؤد كذا قال والصواب أبو حرمل

[9] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: العامري

[10] Dalam sesetengah nuskhah: ثوب ضيق

[11] dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: الدمشقي

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *