Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 4 – Bab Tentang Waktu Sembahyang Zuhur & Bab Berkenaan Waktu Sembahyang Asar
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 4 – Bab Tentang Waktu Sembahyang Zuhur & Bab Berkenaan Waktu Sembahyang Asar

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 4 – 021005

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 4 – 021005

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00m6s Terjemahan hadits
2- 14m19s Tujuan Imam Abu Daud membawakan hadits-hadits berbeza untuk menyatakan punca khilaf ulama’ atau dalil/sandaran ulama’2 dlm bab ini.
3- 15m35s Dalil bagi waktu solat zuhur ketika masih awal ya`ni semasa masih panas
4- 16m52s Wajib sujud dengan mengenakan dahi
5- 18m31s Pergerakan sedikit sebanyak tidak membatalkan solat berdasarkan hadits ini
6- 19m8s Hujjah & Jawapan ulama` yg tidak bersetuju & tidak berpegang dengan hadits ini antaranya: – hadits ini telah masukh – perbuatan mengambil pasir letak supaya sejuk tidak semestinya diawal waktu
7- 25m0s Khilaf tentang masalah lengan baju, bolehkah dibuat lapik dahi? Sesetengah ulama` mazhab as-Syafiiyyah tidak mengharuskan berbeza dengan Imam Abu Hanifah, Bukhari & lain2 yg berpendapat harus berbuat demikian.
8- 26m56s Antara yg ulama` berpendapat hadits ini sudah mansukh adalah Imam Tohawi (mazhab hanafi) dan Imam Subki (mazhab syafi`e).
9- 27m27s Waktu Nabi s.a.w. sembahyang zohor selepas gelincir, seqadar manakah gelincir (bayang itu)?
10- 30m38s Hadits ini juga menjadi dalil harus memperlewatkan sembahyang seandainya ada sebab yg boleh mengganggu kekhusyukannya.
11- 33m02s Imam Abu Hanifah berpendapat tidak afdhal bagi orang perempuan bersembahyang jemaah di masjid bahkan mereka lebih elok sembahyang di rumah.
12- 36m56s Wap neraka.
13- 46m41s Neraka terlalu kuat sehingga memakan dirinya sendiri lalu dia memohon kepada Allah agar dibenarkan dia meluahkan nafasnya dua kali setahun iaitu sejuk & panas.
14- 52m01s Waktu yang ketiga
16- 57m17s Hanya sekadar menunjukkan harus dan bukannya sbg amalan, hadis ini juga tidak kuat berbanding hadis2 lain sblm ini.
17- 1h2m42s Khilaf tentang sembahyang wusto, adakah ianya sembahyang zohor atau `asar?
18- 1h6m49s 20 pendapat tentang apa yang dimaksudkan dengan sembahyang wusto

 

 

 

بَاب فِي وَقْتِ صَلَاةِ الْعَصْرِ

Bab Waktu Sembahyang `Ashar

404 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّهُ أَخْبَرَهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ بَيْضَاءُ مُرْتَفِعَةٌ حَيَّةٌ وَيَذْهَبُ الذَّاهِبُ إِلَى الْعَوَالِي وَالشَّمْسُ مُرْتَفِعَةٌ

404 – Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami katanya Al-Laits meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Syihab daripada Anas bin Malik bahawasanya dia telah menceritakan kepadanya (Ibn Syihab) bahawa Rasulallah s.a.w bersembahyang `Ashar ketika mana matahari masih lagi putih, tinggi dan masih hidup. Orang yang pergi ke kawasan pinggir Madinah dapat sampai ke sana dalam keadaan matahari masih lagi tinggi.

405 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ قَالَ وَالْعَوَالِي عَلَى مِيلَيْنِ أَوْ ثَلَاثَةٍ قَالَ وَأَحْسبُهُ قَالَ أَوْ أَرْبَعَةٍ

405 – Al-Hasan bin `Ali meriwayatkan kepada kami katanya `Abdur Razzaq meriwayatkan kepada kami katanya: Ma`mar meriwayatkan kepada kami daripada Az-Zuhri, beliau berkata: kawasan pinggir Madinah itu terletak kira-kira dua batu ataupun tiga batu (dari pusat bandar Madinah), perawi berkata: dan saya rasa beliau (Zuhri) ada juga berkata: Atau empat batu.

406- حَدَّثَنَا يُوسُفُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ خَيْثَمَةَ قَالَ حَيَاتُهَا أَنْ تَجِدَ حَرَّهَا

406 – Yusuf bin Musa meriwayatkan kepada kami katanya: Jarir meriwayatkan kepada kami daripada Manshur daripada Khaitsamah, beliau berkata:H matahari itu ialah engkau masih lagi dapat merasakan kepanasannya.

407 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ قَالَ قَرَأْتُ عَلَى مَالِكِ بْنِ أَنَسٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ قَالَ عُرْوَةُ وَلَقَدْ حَدَّثَتْنِي عَائِشَةُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُصَلِّي الْعَصْرَ وَالشَّمْسُ فِي حُجْرَتِهَا قَبْلَ أَنْ تَظْهَرَ

407 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami katanya: saya membaca (hadits) di hadapan Malik bin Anas daripada Ibn Syihab katanya, `Urwah berkata: “`A’isyah telah menceritakan kepadaku sesungguhnya Rasulallah bersembahyang `Ashar ketika matahari masih lagi berada di dalam rumahnya (kelihatan dari dalam rumahnya) sebelum matahari itu menghilang.”

408 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْعَنْبَرِيُّ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ أَبِي الْوَزِيرِ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَزِيدَ الْيَمَامِيُّ حَدَّثَنِي يَزِيدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ عَلِيِّ بْنِ شَيْبَانَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَلِيِّ بْنِ شَيْبَانَ قَالَ قَدِمْنَا عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الْمَدِينَةَ فَكَانَ يُؤَخِّر الْعَصْرَ مَا دَامَتْ الشَّمْسُ بَيْضَاءَ نَقِيَّةً

408 – Muhammad bin `Abdur Rahman Al-`Anbari meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibrahim bin Abil Wazir meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Yazid al-Yamami meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin `Abdir Rahman bin `Ali bin Syaiban meriwayatkan kepada saya daripada ayahnya (`Abdur Rahman) daripada datuknya `Ali bin Syaiban, katanya: Kami telah pergi menemui Rasulullah s.a.w  di Madinah, baginda melewatkan sembahyang `Ashar selagi matahari itu putih dan bersih.

409 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ زَكَرِيَّا بْنِ أَبِي زَائِدَةَ وَيَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ هِشَامِ بْنِ حَسَّانَ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ سِيرِينَ عَنْ عَبِيدَةَ عَنْ عَلِيٍّ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ يَوْمَ الْخَنْدَقِ حَبَسُونَا عَنْ صَلَاةِ الْوُسْطَى صَلَاةِ الْعَصْرِ مَلَأَ اللَّهُ بُيُوتَهُمْ وَقُبُورَهُمْ نَارًا

409 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Zakariyya bin Abi Za’idah dan Yazid bin Harun meriwayatkan kepada kami daripada HIsyam bin Hassan daripada Muhammad bin Sirin daripada `Abidah daripada `Ali r.a bahawa Rasulallah s.a.w telah besabda pada hari Khandaq: “Mereka telah menghalang kita mengerjakan sembahyang wustha iaitu sembahyang `Ashar. Semoga Allah memenuhkan rumah-rumah dan kubur-kubur mereka dengan api.”

410 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ الْقَعْقَاعِ بْنِ حَكِيمٍ عَنْ أَبِي يُونُسَ مَوْلَى عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا أَنَّهُ قَالَ أَمَرَتْنِي عَائِشَةُ أَنْ أَكْتُبَ لَهَا مُصْحَفًا وَقَالَتْ إِذَا بَلَغْتَ هَذِهِ الْآيَةَ فَآذِنِّي { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى } فَلَمَّا بَلَغْتُهَا آذَنْتُهَا فَأَمْلَتْ عَلَيَّ حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَصَلَاةِ الْعَصْرِ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ ثُمَّ قَالَتْ عَائِشَةُ سَمِعْتُهَا مِنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

410 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Zaid bin Aslam daripada Al-Qa`qa` bin Hakim daripada Abi Yunus Maula (hamba bebasan) `A’isyah bahawa beliau berkata: `A’isyah telah menyuruhku menuliskan untuknya mushaf (sebuah al-quran) dan beliau berpesan: apabila engkau sampai kepada ayat ini { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى }, engkau beritahu kepadaku. Apabila saya telah sampai kepada ayat tersebut, saya beritahu kepadanya, beliau pun mengimla’kan begini kepada saya حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى وَصَلَاةِ الْعَصْرِ وَقُومُوا لِلَّهِ قَانِتِينَ  Kemudian `A’isyah berkata: saya telah mendengar seperti yang saya baca tadi daripada Rasulullah s.a.w

411 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ حَدَّثَنِي عَمْرُو بْنُ أَبِي حَكِيمٍ قَالَ سَمِعْتُ الزِّبْرِقَانَ يُحَدِّثُ عَنْ عُرْوَةَ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ زَيْدِ بْنِ ثَابِتٍ قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُصَلِّي الظُّهْرَ بِالْهَاجِرَةِ وَلَمْ يَكُنْ يُصَلِّي صَلَاةً أَشَدَّ عَلَى أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْهَا فَنَزَلَتْ { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى } وَقَالَ إِنَّ قَبْلَهَا صَلَاتَيْنِ وَبَعْدَهَا صَلَاتَيْنِ

411 – Muhammad bin Al-Mutsanna meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ja`far meriwayatkan kepada saya, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Amr bin Abi Hakim meriwayatkan kepada saya, katanya: Saya telah mendengar Az-Zibriqan menceritakan daripada `Urwah bin Az-Zubair daripada Zaid bin Tsabit katanya: Rasulullah s.a.w bersembahyang Zhuhur sebaik sahaja matahari tergelincir dan tidak ada satu sembahyang yang baginda mengerjakannya yang mana lebih sukar kepada sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w daripada sembahyang Zhuhur itu, lalu turunlah ayat { حَافِظُوا عَلَى الصَّلَوَاتِ وَالصَّلَاةِ الْوُسْطَى }  Perawi (Zaid bin Tsabit) berkata: Sesungguhnya terdapat dua sembahyang sebelum dan selepasnya.

412 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ الرَّبِيعِ حَدَّثَنِي ابْنُ الْمُبَارَكِ عَنْ مَعْمَرٍ عَنْ ابْنِ طَاوُسٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَدْرَكَ مِنْ الْعَصْرِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَغْرُبَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ وَمَنْ أَدْرَكَ مِنْ الْفَجْرِ رَكْعَةً قَبْلَ أَنْ تَطْلُعَ الشَّمْسُ فَقَدْ أَدْرَكَ

412 – Al-Hasan bin Ar-Rabi` meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Al-Mubarak meriwayatkan kepada kami daripada Ma`mar daripada Ibn Thawus daripada ayahnya daripada Ibn `Abbas daripada Abi Hurairah, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang sempat mendapat satu raka`at sembahyang `Ashar sebelum matahari terbenam maka bererti dia telah mendapat (sembahyang `Ashar tersebut) dan sesiapa yang telah mendapat satu raka`at sembahyang Fajar sebelum matahari terbit maka bererti dia telah mendapat (sembahyang fajar tersebut).”

413 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهُ قَالَ دَخَلْنَا عَلَى أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ بَعْدَ الظُّهْرِ فَقَامَ يُصَلِّي الْعَصْرَ فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ صَلَاتِهِ ذَكَرْنَا تَعْجِيلَ الصَّلَاةِ أَوْ ذَكَرَهَا فَقَالَ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ تِلْكَ صَلَاةُ الْمُنَافِقِينَ تِلْكَ صَلَاةُ الْمُنَافِقِينَ تِلْكَ صَلَاةُ الْمُنَافِقِينَ يَجْلِسُ أَحَدُهُمْ حَتَّى إِذَا اصْفَرَّتْ الشَّمْسُ فَكَانَتْ بَيْنَ قَرْنَيْ شَيْطَانٍ أَوْ عَلَى قَرْنَيْ الشَّيْطَانِ قَامَ فَنَقَرَ أَرْبَعًا لَا يَذْكُرُ اللَّهَ فِيهَا إِلَّا قَلِيلًا

413 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Al-`Ala’ bin `Abdir Rahman bahawasanya beliau telah berkata: Kami masuk menemui Anas bin Malik selepas Zhuhur, selepas itu beliau mengerjakan sembahyang `Ashar. Apabila beliau telah selesai bersembahyang kami pun menyebutkan tentang segeranya beliau bersembahyang `Ashar itu atau (perawi syak) Anas itu sendiri yang menyebutkan sebab dia bersembahyang cepat itu dengan mengatakan saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Itulah sembahyang orang-orang munafiq, itulah sembahyang orang-orang munafiq, itulah sembahyang orang-orang munafiq. Seseorang daripada mereka duduk sehingga warna matahari menjadi kuning dan matahari telah berada di antara dua tanduk syaitan atau berada di atas dua tanduk syaitan barulah dia bangun dan mematuk empat kali di mana dia tidak mengingati Allah `Azza wa Jalla kecuali sedikit.” 

414 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ عَنْ مَالِكٍ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الَّذِي تَفُوتُهُ صَلَاةُ الْعَصْرِ فَكَأَنَّمَا وُتِرَ أَهْلهُ وَمَالهُ قَالَ أَبُو دَاوُد و قَالَ عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ أُوتِرَ وَاخْتُلِفَ عَلَى أَيُّوبَ فِيهِ و قَالَ الزُّهْرِيُّ عَنْ سَالِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ وُتِرَ

414 – `Abdur Rahman bin Maslamah meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Nafi` daripada Ibn `Umar bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: orang yang telah terlepas sembahyang `Ashar seolah-olah dia telah kehilangan keluarga dan harta bendanya. `Ubaidullah bin `Umar menyebutkan أُوتِرَ  Perselisihan tentang lafaz ini berlaku pada Ayyub. Az-Zuhri meriwayatakan daripada Salim daripada ayahnya daripada Nabi s.a.w dengan lafaz وُتِرَ

415-حَدَّثَنَا مَحْمُودُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا الْوَلِيدُ قَالَ قَالَ أَبُو عَمْرٍو يَعْنِي الْأَوْزَاعِيَّ وَذَلِكَ أَنْ تَرَى مَا عَلَى الْأَرْضِ مِنْ الشَّمْسِ صَفْرَاءَ

415 – Mahmud bin Khalid meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Walid meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Amr ya`ni Al-Auza`i telah berkata: Itu (waktu yang dimaksudkan dengan seolah-olah seseorang itu telah kehilangan keluarga dan harta benda) adalah pada ketika engkau nampak sesuatu di atas tanah menjadi kuning.

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *