Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 37 – Bab Dua Orang Bersembahyang Salah Seorang Daripadanya Menjadi Imam Kepada Yang Seorang lagi Bagaimana Seharusnya Mereka Berdiri
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 37 – Bab Dua Orang Bersembahyang Salah Seorang Daripadanya Menjadi Imam Kepada Yang Seorang lagi Bagaimana Seharusnya Mereka Berdiri

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 37 – 090706

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 37 – 090706

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan Hadits
2- 08:38 : Bab dua orang bersembahyang, salah seorang menjadi Imam kepada yang seorang lagi,bagaimana seharusnya mereka berdiri
3- 13:04 : Khilaf sembahyang jamaah dua orang bahawa Makmum berada sebelah kiri
4- 15:05 : Khilaf tentang kita pergi ziarah rumah orang, kemadia tuan rumah angkat makanan untuk kita sedangkan kita sedang berpuasa
5- 19:16 : Sunnah ghairu tasyri’iyyah
6- 24:23 : Sahabat-sahabat sembahyang tidak memakai kepiah
7- 28:15 : Sesetengah Sembahyang sunat boleh berjamaah
8- 30:32 : Kedudukan Perempuan dalam sembahyang jamaah bawah lagi dari Makmum lelaki
9- 34:06 : Khilaf tentang orang perempuan duduk sebaris dengan makmum lelaki
10- 38:51 : Boleh Jemput makan seseorang pergi kerumah
11- 47:40 : Bab Kalau mereka tiga orang, bagaimana seharusnya mereka berdiri untuk sembahyang
12- 52:14 : Maksud Tikar guna perkataan pakai
13- 54:04 : Lama berada duduk didalam rumah orang jangan kita bersangka buruk, Kalau mereka tiga orang, bagaimana seharusnya mereka berdiri untuk sembahyang
14- 01:00:35 : sanad hadits No 2 ini ada Harun Bin Antarah

 

 

 

 

بَاب الرَّجُلَيْنِ يَؤُمُّ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ[1] كَيْفَ يَقُومَانِ

Bab Dua Orang Bersembahyang, Salah Seorang Menjadi Imam Kepada Yang Seorang Lagi. Bagaimana Seharusnya Mereka Berdiri

607 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا ثَابِتٌ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ دَخَلَ عَلَى أُمِّ حَرَامٍ فَأَتَوْهُ بِسَمْنٍ وَتَمْرٍ فَقَالَ رُدُّوا هَذَا فِي وِعَائِهِ وَهَذَا فِي سِقَائِهِ فَإِنِّي صَائِمٌ ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى بِنَا رَكْعَتَيْنِ تَطَوُّعًا فَقَامَتْ أُمُّ سُلَيْمٍ وَأُمُّ حَرَامٍ خَلْفَنَا قَالَ ثَابِتٌ وَلَا أَعْلَمُهُ إِلَّا قَالَ أَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ عَلَى بِسَاطٍ

607 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Tsabit meriwayatkan kepada kami daripada Anas bahawa Rasulallah s.a.w  telah pergi ke rumah Ummi Haram, mereka pun membawakan minyak sapi dan tamar kepada Baginda tetapi Baginda bersabda: “Kembalikan yang ini ke bekasnya dan yang ini ke bekasnya kerana aku berpuasa.” Kemudian Baginda berdiri lalu bersembahyang sunat dua raka`at dengan menjadi imam kepada kami, Ummu Sulaim dan Ummu Haram berdiri di belakang kami. Tsabit (perawi) berkata: Saya tidak mengetahui kecuali dia berkata: Baginda memperdirikan aku di sebelah kanannya di atas satu hamparan.

608 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُخْتَارِ[2] عَنْ مُوسَى بْنِ أَنَسٍ يُحَدِّثُ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَّهُ وَامْرَأَةً مِنْهُمْ فَجَعَلَهُ عَنْ يَمِينِهِ وَالْمَرْأَةَ خَلْفَ ذَلِكَ

608 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada `Abdillah bin Al-Mukhtar daripada Musa bin Anas, beliau menceritakan daripada Anas bahawa Rasulallah s.a.w telah menjadi imam kepadanya bersama seorang perempuan dari kalangan mereka, Baginda meletakkannya di sebelah kanan Baginda dan perempuan tersebut di belakangnya.

609 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ أَبِي سُلَيْمَانَ عَنْ عَطَاءٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ بِتُّ فِي بَيْتِ خَالَتِي مَيْمُونَةَ فَقَامَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ اللَّيْلِ فَأَطْلَقَ الْقِرْبَةَ فَتَوَضَّأَ ثُمَّ أَوْكَأَ الْقِرْبَةَ ثُمَّ قَامَ إِلَى الصَّلَاةِ فَقُمْتُ فَتَوَضَّأْتُ كَمَا تَوَضَّأَ ثُمَّ جِئْتُ فَقُمْتُ عَنْ يَسَارِهِ فَأَخَذَنِي بِيَمِينِهِ فَأَدَارَنِي مِنْ وَرَائِهِ فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ فَصَلَّيْتُ مَعَهُ

609 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada `Abdil Malik bin Abi Sulaiman daripada `Atha’ daripada Ibn `Abbas, beliau berkata: Aku pernah bermalam di rumah ibu saudaraku iaitu Maimunah, pada malamnya Rasulullah s.a.w bangkit lalu membuka mulut gereba dan berwudhu’ kemudian menutup/mengikatnya kembali. Selepas itu, Baginda berdiri untuk bersembahyang lalu aku pun bangun dan berwudhu’ seperti mana Baginda berwudhu’ kemudian aku datang dan berdiri di sebelah kirinya tetapi Baginda memegang tangan kananku sambil memusingkan aku dari sebelah belakangnya dan terus memperdirikan aku di sebelah kanannya kemudian aku pun bersembahyang bersamanya.

610 – حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ عَوْنٍ حَدَّثَنَا هُشَيْمٌ عَنْ أَبِي بِشْرٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ جُبَيْرٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي هَذِهِ الْقِصَّةِ قَالَ فَأَخَذَ بِرَأْسِي أَوْ بِذُؤَابَتِي فَأَقَامَنِي عَنْ يَمِينِهِ

610 – `Amr bin `Aun meriwayatkan kepada kami, katanya: Husyaim meriwayatkan kepada kami daripada Abi Bisyr daripada Sa`id bin Jubair daripada Ibn `Abbas berhubung kisah ini, beliau berkata: Baginda memegang kepalaku ataupun jambulku lalu memperdirikan aku di sebelah kanannya.

 

بَاب إِذَا كَانُوا ثَلَاثَةً كَيْفَ يَقُومُونَ

Bab Sekiranya Mereka Tiga Orang, Bagaimanakah Seharusnya Mereka Berdiri

611 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ إِسْحَقَ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قال إنّ جَدَّتَهُ مُلَيْكَةَ دَعَتْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِطَعَامٍ صَنَعَتْهُ فَأَكَلَ مِنْهُ[3]  ثُمَّ قَالَ قُومُوا فَلَأُصَلِّيَ لَكُمْ قَالَ أَنَسٌ فَقُمْتُ إِلَى حَصِيرٍ لَنَا قَدْ اسْوَدَّ مِنْ طُولِ مَا لُبِسَ فَنَضَحْتُهُ بِمَاءٍ فَقَامَ عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَصَفَفْتُ[4] أَنَا وَالْيَتِيمُ وَرَاءَهُ وَالْعَجُوزُ مِنْ وَرَائِنَا فَصَلَّى لَنَا رَكْعَتَيْنِ ثُمَّ انْصَرَفَ

611 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Ishaq bin `Abdillah bin Abi Thalhah daripada Anas bin Malik, beliau berkata: Sesungguhnya neneknya iaitu Mulaikah telah menjemput Rasulallah s.a.w makan makanan yang dibuatnya, Baginda pun makan kemudian berkata: “Bangun, biar aku sembahyang mengimami kamu.” Anas berkata: “Aku pun pergi mengambil satu tikar yang telahpun hitam kerana lama digunakan lalu merenjiskannya dengan air. Rasulullah s.a.w berdiri di atas tikar itu manakala aku dengan seorang anak yatim berada dalam shaf di belakangnya dan nenek pula di belakang kami. Baginda mengimami kami sembahyang dua raka`at kemudian berangkat pergi.”

612 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ فُضَيْلٍ عَنْ هَارُونَ بْنِ عَنْتَرَةَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ الْأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ اسْتَأْذَنَ عَلْقَمَةُ وَالْأَسْوَدُ عَلَى عَبْدِ اللَّهِ وَقَدْ كُنَّا أَطَلْنَا الْقُعُودَ عَلَى بَابِهِ فَخَرَجَتْ الْجَارِيَةُ فَاسْتَأْذَنَتْ لَهُمَا فَأَذِنَ لَهُمَا ثُمَّ قَامَ فَصَلَّى بَيْنِي وَبَيْنَهُ ثُمَّ قَالَ هَكَذَا رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَعَلَ

612 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Fudhail meriwayatkan kepada kami daripada Harun bin `Antarah daripada `Abdir Rahman bin Al-Aswad daripada ayahnya, beliau berkata: `Alqamah dan Al-Aswad meminta izin untuk bertemu `Abdallah (bin Mas`ud), pada ketika itu sudah lama kami berada di luar rumahnya. Selepas itu hamba sahaya perempuan keluar dan meminta izin daripada `Abdillah untuk mereka mereka berdua, beliau pun mengizinkan (supaya masuk). Kemudian beliau berdiri dan bersembahyang di antaraku dan dia (`Alqamah) kemudian berkata: “Beginilah aku pernah melihat Rasulallah s.a.w lakukan.”

[1] Dalam sesetengah nuskhah: الأخر

[2] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: قال سمعت

[3] Dalam sesetengah nuskhah: منها

[4] Dalam sesetengah nuskhah: فصففت

 

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *