Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 35 – Bab Imam Bersembahyang Sambil Duduk
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 35 – Bab Imam Bersembahyang Sambil Duduk

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 35 -250606

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 35 -250606

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadits
2- 10:39 : Maksud Imam Abu Daud bawa dalil sebelah pehak
3- 19:20 : Bab Imam Sembahyang dalam keadaan duduk
4- 54:20 : Khilaf masaalah Apabila dia membaca kamu diam

 

 

 

بَاب الْإِمَامِ يُصَلِّي مِنْ قُعُودٍ

Bab Imam Bersembahyang Secara Duduk

600 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَكِبَ فَرَسًا فَصُرِعَ عَنْهُ فَجُحِشَ شِقُّهُ الْأَيْمَنُ فَصَلَّى صَلَاةً مِنْ الصَّلَوَاتِ وَهُوَ قَاعِدٌ فَصَلَّيْنَا[1] وَرَاءَهُ قُعُودًا فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا أَجْمَعُونَ

600 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Ibn Syihab daripada Anas bin Malik bahawa Rasulallah s.a.w pernah menunggang seekor kuda lalu terjatuh menyebabkan luka lambung kanannya. Selepas itu, Baginda bersembahyang salah satu daripada sembahyangnya secara duduk, kami pun bersembahyang di belakang Baginda secara duduk juga. Apabila selesai, Baginda bersabda: “Sesungguhnya imam itu ditentukan supaya dituruti/diikuti. Oleh itu, sekiranya imam itu bersembahyang secara berdiri maka kamu bersembahyanglah dengan berdiri. Apabila dia ruku` maka ruku`lah, apabila dia mengangkat kepalanya maka angkatlah kepala kamu. Apabila dia mengucapkan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ maka ucapkanlah رَبَّنَا وَلَكَ الْحَمْدُ . Dan sekiranya dia bersembahyang secara duduk maka kamu semua bersembahyanglah secara duduk.”

601 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ وَوَكِيعٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي سُفْيَانَ عَنْ جَابِرٍ قَالَ رَكِبَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَسًا بِالْمَدِينَةِ[2] فَصَرَعَهُ عَلَى جِذْمِ نَخْلَةٍ فَانْفَكَّتْ قَدَمُهُ فَأَتَيْنَاهُ نَعُودُهُ فَوَجَدْنَاهُ فِي مَشْرُبَةٍ لِعَائِشَةَ يُسَبِّحُ جَالِسًا قَالَ فَقُمْنَا خَلْفَهُ فَسَكَتَ عَنَّا ثُمَّ أَتَيْنَاهُ مَرَّةً أُخْرَى نَعُودُهُ فَصَلَّى الْمَكْتُوبَةَ جَالِسًا فَقُمْنَا خَلْفَهُ فَأَشَارَ إِلَيْنَا فَقَعَدْنَا قَالَ فَلَمَّا قَضَى الصَّلَاةَ قَالَ إِذَا صَلَّى الْإِمَامُ جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا وَإِذَا صَلَّى الْإِمَامُ قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَلَا تَفْعَلُوا كَمَا يَفْعَلُ أَهْلُ فَارِسَ بِعُظَمَائِهَا

601 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir dan Waki` meriwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Abi Sufyan daripada Jabir, beliau berkata: Rasulullah s.a.w pernah menunggang kuda di Madinah lalu kuda itu telah membuat Baginda terjatuh di atas pangkal/umbi pokok kurma menyebabkan sendi kaki Baginda terpisah/renggang. Selepas itu kami pergi melawat Baginda, kami dapati Baginda sedang berada di bahagian loteng rumah `A’isyah. Baginda sedang bersembahyang secara duduk, perawi (Jabir) berkata: Lalu kami pun duduk di belakang Baginda tetapi Baginda tidak berkata apa-apa terhadap kami. Kemudian pada kali yang lain kami datang menziarahi Baginda lagi. Selepas itu, Baginda bersembahyang fardhu secara duduk kami pun berdiri di belakangnya lalu Baginda mengisyaratkan kepada kami dan kami pun duduk. Perawi berkata: Apabila Baginda telah selesai menunaikan sembahyang, Baginda bersabda: “Sekiranya imam sembahyang secara duduk maka sembahyanglah kamu secara duduk, sekiranya imam bersembahyang secara berdiri maka berdirilah kamu, jangan kamu lakukan seperti yang dilakukan oleh orang-orang Farsi terhadap pembesar-pembesarnya.”

602 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ وَمُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ الْمَعْنَى عَنْ وُهَيْبٍ عَنْ مُصْعَبِ بْنِ مُحَمَّدٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ[3] صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا كَبَّرَ فَكَبِّرُوا وَلَا تُكَبِّرُوا حَتَّى يُكَبِّرَ وَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَلَا تَرْكَعُوا حَتَّى يَرْكَعَ وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ فَقُولُوا اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ قَالَ مُسْلِمٌ وَلَكَ الْحَمْدُ وَإِذَا سَجَدَ فَاسْجُدُوا وَلَا تَسْجُدُوا حَتَّى يَسْجُدَ وَإِذَا صَلَّى قَائِمًا فَصَلُّوا قِيَامًا وَإِذَا صَلَّى قَاعِدًا فَصَلُّوا قُعُودًا أَجْمَعُونَ[4]

قَالَ أَبُو دَاوُد اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ أَفْهَمَنِي بَعْضُ أَصْحَابِنَا عَنْ سُلَيْمَانَ

602 – Sulaiman bin Harb dan Muslim bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami daripada Wuhaib daripada Mush`ab bin Muhammad daripada Abi Shalih daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sebenarnya imam itu ditentukan supaya dituruti. Oleh itu, apabila dia telah bertakbir maka bertakbirlah kamu, jangan kamu bertakbir sebelum dia bertakbir. Apabila dia ruku` maka ruku`lah kamu, jangan kamu ruku` sebelum dia ruku`. Apabila dia mengucapkan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ maka kamu ucapkanlah اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ . Tapi Muslim (bin Ibrahim) berkata (dalam riwayatnya): وَلَكَ الْحَمْدُ . Apabila  imam sujud maka sujudlah kamu, jangan kamu sujud selagi dia tidak sujud. Dan sekiranya imam bersembahyang secara berdiri maka sembahyanglah kamu secara berdiri, sekiranya dia bersembahyang secara duduk maka sembahyanglah kamu semua secara duduk.”

Abu Daud berkata: Aku difahamkan oleh beberapa orang sahabat kami daripada Sulaiman (bin Harb) dengan lafazh اللَّهُمَّ رَبَّنَا لَكَ الْحَمْدُ.

603 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ آدَمَ الْمِصِّيصِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو خَالِدٍ عَنْ ابْنِ عَجْلَانَ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَسْلَمَ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ بِهَذَا الْخَبَرِ زَادَ وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا

قَالَ أَبُو دَاوُد وَهَذِهِ الزِّيَادَةُ وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا لَيْسَتْ بِمَحْفُوظَةٍ والْوَهْمُ عِنْدَنَا مِنْ أَبِي خَالِدٍ[5]

603 – Muhammad bin Adam Al-Mishshishi meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Khalid meriwayatkan kepada kami daripada Ibn `Ajlan daripada Zaid bin Aslam daripada Shalih daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w, sabda Baginda: “Sebenarnya imam itu ditentukan supaya dituruti,” selanjutnya perawi (Muhammad bin Adam) mengemukakan hadits seperti yang dikemukakan oleh perawi sebelumnya tadi, cuma  beliau menambah (di dalam riwayatnya daripada Abi Khalid ini) وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا dan apabila imam membaca maka kamu diamlah.

Abu Daud berkata: Tambahan ini iaitu وَإِذَا قَرَأَ فَأَنْصِتُوا tidak mahfuzh, bagi kami kekeliruan berpunca daripada Abi Khalid.

604 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ صَلَّى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي بَيْتِهِ وَهُوَ جَالِسٌ فَصَلَّى وَرَاءَهُ قَوْمٌ قِيَامًا فَأَشَارَ إِلَيْهِمْ أَنْ اجْلِسُوا فَلَمَّا انْصَرَفَ قَالَ إِنَّمَا جُعِلَ الْإِمَامُ لِيُؤْتَمَّ بِهِ فَإِذَا رَكَعَ فَارْكَعُوا وَإِذَا رَفَعَ فَارْفَعُوا وَإِذَا صَلَّى جَالِسًا فَصَلُّوا جُلُوسًا

604 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada `A’isyah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w pernah bersembahyang di rumahnya secara duduk maka sekumpulan orang pun bersembahyang di belakang Baginda secara berdiri, kemudian Baginda mengisyaratkan kepada mereka supaya duduk. Apabila selesai bersembahyang Baginda bersabda: “Sesungguhnya imam itu ditentukan supaya dituruti, Oleh itu, apabila dia ruku` maka ruku`lah kamu, apabila dia mengangkat kepalanya maka angkatlah kepalamu, dan sekiranya dia bersembahyang secara duduk maka sembahyanglah kamu secara duduk juga.”

605 –حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَيَزِيدُ بْنُ خَالِدِ بْنِ مَوْهَبٍ الْمَعْنَى أَنَّ اللَّيْثَ حَدَّثَهُمْ عَنْ أَبِي الزُّبَيْرِ عَنْ جَابِرٍ قَالَ اشْتَكَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَصَلَّيْنَا وَرَاءَهُ وَهُوَ قَاعِدٌ وَأَبُو بَكْرٍرضي الله عنه يُكَبِّرُ لِيسْمع النَّاس تَكْبِيرَهُ ثُمَّ سَاقَ الْحَدِيثَ

605 – Qutaibah bin Sa`id dan Yazid bin Khalid bin Mauhab meriwayatkan kepada kami bahawa Al-Laits telah menceritakan kepada mereka daripada Abi Az-Zubair daripada Jabir, beliau berkata: Nabi s.a.w pernah jatuh sakit maka kami bersembahyang di belakang Baginda dalam keadaan Baginda duduk. Abu Bakr r.a pula bertakbir untuk memperdengarkan kepada orang ramai, kemudian perawi (Qutaibah dan Yazid) mengemukakan hadits selanjutnya.

606 – حَدَّثَنَا عَبْدَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ أَخْبَرَنَا زَيْدٌ يَعْنِي ابْنَ الْحُبَابِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ صَالِحٍ حَدَّثَنِي حُصَيْنٌ مِنْ ولدِ سَعْدِ بْنِ مُعَاذٍ عَنْ أُسَيْدِ بْنِ حُضَيْرٍ أَنَّهُ كَانَ يَؤُمُّهُمْ قَالَ فَجَاءَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَعُودُهُ فَقَال يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ إِمَامَنَا مَرِيضٌ فَقَالَ إِذَا صَلَّى قَاعِدًا فَصَلُّوا قُعُودًا

قَالَ أَبُو دَاوُد وَهَذَا الْحَدِيثُ لَيْسَ بِمُتَّصِلٍ

606 – `Abdah bin `Abdillah meriwayatkan kepada kami, katanya: Zaid ya`ni Ibn Al-Hubab meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Shalih, katanya: Hushain salah seorang anak Sa`d bin Mu`adz meriwayatkan kepada saya daripada Usaid bin Hudhair bahawasanya beliau (Usaid) selalu menjadi imam kepada orang tempatannya, perawi (Hushain) berkata: Pernah Rasulullah s.a.w datang melawatnya lalu beliau berkata: Wahai Rasulallah, sesungguhnya imam kami sakit. Baginda pun bersabda: “Sekiranya dia bersembahyang secara duduk maka kamu pun duduklah.”

Abu Daud berkata: Hadits ini tidak muttashil.

[1] Dalam sesetengah nuskhah: وصلينا

[2] Dalam sesetengah nuskhah: في المدينة

[3] Dalam sesetengah nuskhah: النبي

[4] Dalam sesetengah nuskhah: أجمعين

[5] Dalam sesetengah nuskhah: من أبي خالد عندنا

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *