Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 33 – Bab Orang Buta Menjadi Imam & Bab Orang Yang Datang Berziarah Menjadi Imam
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 33 – Bab Orang Buta Menjadi Imam & Bab Orang Yang Datang Berziarah Menjadi Imam

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 33 – 110606

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 33 – 110606

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:20 : Terjemahan matan hadits
2- 06:26 : Bab Orang buta menjadi Imam
3- 10:00 : Perawi hadits yang bernama Imran al-Qatthon
4- 16:30 : Nabi s.a.w menyuruh orang yang buta menjadi Imam
5- 31:49 : Bab orang yang datang berziarah menjadi Imam
6- 39:11 : Bab Imam berada ditempat tinggi daripada orang ramai
7- 55:10 : Imam yang buta ada kaitan dengan kekurangan

 

 

 

بَاب إِمَامَةِ الْأَعْمَى

Bab Orang Buta Menjadi Imam

594 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْعَنْبَرِيُّ أَبُو عَبْدِ اللَّهِ حَدَّثَنَا ابْنُ مَهْدِيٍّ حَدَّثَنَا عِمْرَانُ الْقَطَّانُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اسْتَخْلَفَ ابْنَ أُمِّ مَكْتُومٍ يَؤُمُّ النَّاسَ وَهُوَ أَعْمَى

594 – Muhammad bin `Abdir Rahman Al-`Anbari meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Abdillah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Mahdi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Imran Al-Qaththan meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Anas bahawa Nabi s.a.w telah meminta Ibn Ummi Maktum supaya menggantikannya menjadi imam kepada orang ramai dan beliau ialah seorang yang buta.

 

بَاب إِمَامَةِ الزَّائِرِ

Bab Orang Yang Berziarah Menjadi Imam

595 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا أَبَانُ عَنْ بُدَيْلٍ حَدَّثَنِي أَبُو عَطِيَّةَ مَوْلًى مِنَّا قَالَ كَانَ مَالِكُ بْنُ حُوَيْرِثٍ يَأْتِينَا إِلَى مُصَلَّانَا هَذَا فَأُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَقُلْنَا لَهُ تَقَدَّمْ فَصَلِّهْ فَقَالَ لَنَا قَدِّمُوا[1] رَجُلًا مِنْكُمْ يُصَلِّي بِكُمْ وَسَأُحَدِّثُكُمْ لِمَ لَا أُصَلِّي بِكُمْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ زَارَ قَوْمًا فَلَا يَؤُمَّهُمْ وَلْيَؤُمَّهُمْ رَجُلٌ مِنْهُمْ

595 – Muslim bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Aban meriwayatkan kepada kami daripada Budzail, katanya: Abu `Athiyyah hamba bebasan dari kalangan kami meriwayatkan kepada saya, beliau berkata: “Malik bin Huwairits pernah datang ke mushalla kami ini lalu diiqamatkan untuk sembahyang, kami pun berkata kepadanya: Tampillah ke depan untuk menjadi imam, beliau pun berkata kepada kami: Kamu suruhlah sesiapa di antara kamu yang ke depan menjadi imam, nanti aku ceritakan kepadamu kenapa aku tidak mahu menjadi imam. Aku telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mengunjungi sesuatu gologan maka janganlah dia menjadi imam kepada mereka tetapi hendaklah seseorang daripada mereka yang menjadi imam.”

 

بَاب الْإِمَامِ يَقُومُ مَكَانًا[2] أَرْفَعَ مِنْ مَكَانِ الْقَوْمِ

Bab Imam Berdiri di Suatu Tempat Yang Lebih Tinggi Daripada Orang Lain

596 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ سِنَانٍ[3] وَأَحْمَدُ بْنُ الْفُرَاتِ أَبُو مَسْعُودٍ الرَّازِيُّ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا يَعْلَى حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ عَنْ هَمَّامٍ أَنَّ حُذَيْفَةَ أَمَّ النَّاسَ بِالْمَدَائِنِ عَلَى دُكَّانٍ فَأَخَذَ أَبُو مَسْعُودٍ بِقَمِيصِهِ فَجَبَذَهُ فَلَمَّا فَرَغَ مِنْ صَلَاتِهِ قَالَ أَلَمْ تَعْلَمْ أَنَّهُمْ كَانُوا ينْهوْنَ عَنْ ذَلِكَ قَالَ بَلَى قَدْ ذَكَرْتُ حِينَ مَدَدْتَنِي

596 – Ahmad bin Sinan dan Ahmad bin Al-Furat iaitu Abu Mas`ud Ar-Razi meriwayatkan kepada kami, kata mereka: Ya`la meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-A`masy meriwayatkan kepada kami daripada Ibrahim daripada Hammam bahawa Hudzaifah pernah mengimamkan orang ramai di atas pentas di Mada’in, Abu Mas`ud pun memegang bajunya lalu dan menariknya. Apabila dia (Hudzaifah) selesai bersembahyang dia (Abu Mas`ud) berkata: Tidakkah engkau tahu bahawa mereka melarang daripada melakukan begini? Hudzaifah menjawab: “Memanglah, aku teringat apabila engkau menarik aku tadi.”

597 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا حَجَّاجٌ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ أَخْبَرَنِي أَبُو خَالِدٍ عَنْ عَدِيِّ بْنِ ثَابِتٍ الْأَنْصَارِيِّ حَدَّثَنِي رَجُلٌ أَنَّهُ كَانَ مَعَ عَمَّارِ بْنِ يَاسِرٍ بِالْمَدَائِنِ فَأُقِيمَتْ الصَّلَاةُ فَتَقَدَّمَ عَمَّارٌ وَقَامَ عَلَى دُكَّانٍ يُصَلِّي وَالنَّاسُ أَسْفَلَ مِنْهُ فَتَقَدَّمَ حُذَيْفَةُ فَأَخَذَ عَلَى يَدَيْهِ فأتبعه عَمَّارٌ حَتَّى أَنْزَلَهُ حُذَيْفَةُ فَلَمَّا فَرَغَ عَمَّارٌ مِنْ صَلَاتِهِ قَالَ لَهُ حُذَيْفَةُ أَلَمْ تَسْمَعْ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا أَمَّ الرَّجُلُ الْقَوْمَ فَلَا يَقُمْ فِي مَكَانٍ أَرْفَعَ مِنْ مَقَامِهِمْ أَوْ نَحْوَ ذَلِكَ قَالَ عَمَّارٌ لِذَلِكَ اتَّبَعْتُكَ حِينَ أَخَذْتَ عَلَى يدي

597 – Ahmad bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Hajjaj meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Juraij, katanya: Abu Khalid meriwayatkan kepada kami daripada `Adi bin Tsabit Al-Anshari, beliau berkata: Ada seseorang lelaki telah menceritakan kepadaku bahawa dia pernah bersama `Ammar bin Yasir di Mada’in, kemudian diiqamatkan untuk sembahyang. `Ammar pun tampil ke hadapan dan berdiri di atas pentas untuk bersembahyang manakala orang lain berada di bawah, kemudian Hudzaifah mara ke hadapan lalu memegang kedua-dua tangannya dan `Ammar pun mengikutnya sehingga Hudzaifah menurunkannya dari atas pentas itu. Apabila `Ammar selesai bersembahyang, Hudzaifah pun bekata kepadanya: Tidakkah engkau pernah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila seseoran itu menjadi imam kepada orang ramai maka janganlah dia berdiri di suatu tempat yang lebih tinggi daripada tempat mereka atau lebih kurang begitulah maksud kata Baginda. `Ammar menjawab: Kerana itulah aku menurut engkau ketika engkau memegang tangan aku tadi.”

[1] Dalam sesetengah nuskhah dengan tamnbahan : لنا

[2] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan : بمكان

[3] Dalam sesetengah nuskhah: dengan tambahan : الواسطي

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *