Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 32 – Bab Orang-Orang Perempuan Menjadi Imam & Bab Seseorang Yang Mengimami Orang Ramai Padahal Mereka Tidak Suka Padanya & Bab Orang Yang Baik Dan Orang Yang Tidak Baik Menjadi Imam
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 32 – Bab Orang-Orang Perempuan Menjadi Imam & Bab Seseorang Yang Mengimami Orang Ramai Padahal Mereka Tidak Suka Padanya & Bab Orang Yang Baik Dan Orang Yang Tidak Baik Menjadi Imam

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 32 – 280506

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3
 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 32 – 280506

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:08 : Terjemahan matan hadits
2- 09:47 : Bab Orang-orang perempuan menjadi Imam
3- 19:14 : Ummu Haram di antara Kumpulan pertama pergi berperang meredah lautan
4- 26:25 : Khilaf Orang perempuan boleh menjadi Imam
5- 54:09 : Bab Seseorang menjadi Imam kepada satu Qaum sedangkan mereka tidak suka kepadanya
6- 01:01:50 : Sanad hadits ini ada Imran bin Abdul Ma’afiriy, Abdurrahman bin Ziad, dan Abdullah bin Umar bin Ghanim
7- 01:04:08 : Bab Orang baik dan tidak baik menjadi Imam

 

 

 

 

بَاب إِمَامَةِ النِّسَاءِ[1]

Bab Orang Perempuan Menjadi Imam /

Bab Jawatan Imam bagi Orang-orang Perempuan

590 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعُ بْنُ الْجَرَّاحِ حَدَّثَنَا وَلِيدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ جُمَيْعٍ قَالَ حَدَّثَتْنِي جَدَّتِي وَعَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ خَلَّادٍ الْأَنْصَارِيُّ عَنْ أُمِّ وَرَقَةَ بِنْتِ نَوْفَلٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمَّا غَزَا بَدْرًا قَالَتْ قُلْتُ لَهُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ائْذَنْ لِي فِي الْغَزْوِ مَعَكَ أُمَرِّض مَرْضَاكُمْ لَعَلَّ اللَّهَ أَنْ يَرْزُقَنِي شَهَادَةً قَالَ قَرِّي فِي بَيْتِكِ فَإِنَّ اللَّهَ عز وجل يَرْزُقُكِ الشَّهَادَةَ قَالَ فَكَانَتْ تُسَمَّى الشَّهِيدَةُ قَالَ وَكَانَتْ قَدْ قَرَأَتْ الْقُرْآنَ فَاسْتَأْذَنَتْ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ تَتَّخِذَ فِي دَارِهَا مُؤَذِّنًا فَأَذنَ[2] لَهَا قَالَ وَكَانَتْ دَبَّرَتْ غُلَامًا لَهَا وَجَارِيَةً فَقَامَا إِلَيْهَا بِاللَّيْلِ فَغَمَّاهَا بِقَطِيفَةٍ لَهَا حَتَّى مَاتَتْ وَذَهَبَا فَأَصْبَحَ عُمَرُ فَقَامَ فِي النَّاسِ فَقَالَ مَنْ كَانَ عِنْدَهُ مِنْ هَذَيْنِ عِلْمٌ أَوْ مَنْ رَآهُمَا فَلْيَجِئْ بِهِمَا فَأَمَرَ بِهِمَا فَصُلِبَا فَكَانَا أَوَّلَ مَصْلُوبٍ بِالْمَدِينَةِ

590 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` bin Al-Jarrah meriwayatkan kepada kami, katanya: Walid bin `Abdillah bin Jumaih meriwayatkan kepada kami, katanya: Nenek saya dan `Abdur Rahman bin Khallad Al-Anshari meriwayatkan kepada saya daripada Ummi Waraqah binti Naufal bahawa Rasulallah s.a.w ketika baginda hendak pergi berperang Badar, –beliau (Ummu Waraqah) berkata kepadanya s.a.w- saya berkata kepada baginda: “Wahai Rasulallah, izinkan saya untuk pergi berperang bersamamu supaya bolehlah saya merawat orang-orang yang sakit dan mudah-mudahan Allah mengurniakan mati syahid untuk saya.” Rasulullah s.a.w bersabda: “Kamu duduklah di rumah kamu, sesungguhnya Allah`Azza Wa Jalla akan mengrniakan mati syahid untukmu.” Perawi berkata: “Kerana itu beliau dipanggil dengan gelaran Asy-Syahidah.” Perawi menambah: Beliau banyak mempelajari Al-quran, beliau meminta daripada Nabi s.a.w untuk mengambil seorang mu’dzdzin di perkampungannya lalu baginda mengizinkannya. Perawi berkata lagi: Beliau telah memudabbarkan seorang hamba lelaki dan seorang hamba perempuan miliknya. Pada suatu malam, kedua-dua hambanya menutup/menekup mulut dan hidungnya dengan selimut sehingga mati kemudian mereka berdua menghilangkan diri. Keesokan paginya, `Umar berdiri di kalangan orang ramai dan berkata: “Sesiapa yang tahu tentang dua orang hamba ini atau beliau berkata (syak perawi): Sesiapa yang ada ternampak kedua-dua orang hamba ini maka bawalah mereka ke mari.” Setelah itu, mereka ditangkap dan `Umar memerintahkan supaya mereka disalib. Mereka berdualah orang yang mula-mula disalib di Madinah.

591 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ حَمَّادٍ الْحَضْرَمِيُّ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الفُضَيْلٍ[3] عَنْ الْوَلِيدِ بْنِ جُمَيْعٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ خَلَّادٍ عَنْ أُمِّ وَرَقَةَ بِنْتِ[4] عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْحَارِثِ بِهَذَا الْحَدِيثِ وَالْأَوَّلُ أَتَمُّ قَالَ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَزُورُهَا فِي بَيْتِهَا وَجَعَلَ لَهَا مُؤَذِّنًا يُؤَذِّنُ لَهَا وَأَمَرَهَا أَنْ تَؤُمَّ أَهْلَ دَارِهَا قَالَ عَبْدُ الرَّحْمَنِ فَأَنَا رَأَيْتُ مُؤَذِّنَهَا شَيْخًا كَبِيرًا

591 – Al-Hasan bin Hammad Al-Hadrami meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Fudhail meriwayatkan kepada kami daripada Al-Walid bin Jumaih daripada `Abdir Rahman bin Khallad daripada Ummi Waraqah binti `Abdillah bin Al-Harits akan hadits ini -cuma  yang pertama tadi lebih sempurna daripada yang kemudian ini- beliau berkata: Rasulullah s.a.w selalu menziarahinya di rumahnya dan Rasulullah telah menentukan untuknya seorang muadzdzin, Baginda juga telah menyuruhnya supaya menjadi imam kepada penduduk di perkampungannya. `Abdur Rahman berkata (perawi): Saya pernah lihat muadzdzinnya itu seorang yang sangat tua.”

 

 

بَاب الرَّجُلِ يَؤُمُّ الْقَوْمَ وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ

Bab Seseorang Yang Mengimamkan Orang Ramai Sedangkan Mereka Tidak Sukakannya

592 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ بْنِ غَانِمٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ زِيَادٍ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ عَبْدٍ الْمَعَافِرِيِّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَقُولُ ثَلَاثَةٌ لَا يَقْبَلُ اللَّهُ مِنْهُمْ صَلَاةً مَنْ تَقَدَّمَ قَوْمًا وَهُمْ لَهُ كَارِهُونَ وَرَجُلٌ أَتَى الصَّلَاةَ دِبَارًا وَالدِّبَارُ أَنْ يَأْتِيَهَا بَعْدَ أَنْ تَفُوتَهُ وَرَجُلٌ اعْتَبَدَ مُحَرَّرَة[5]

592 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin `Umar bin Ghanim meriwayatkan kepada kami daripada `Abdir Rahman bin Ziyad daripada `Imran bin `Abdil Ma`afiri daripada `Abdillah bin `Amr bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Tiga jenis orang yang Allah tidak menerima sembahyang mereka iaitu seseorang yang tampil ke hadapan untuk menjadi imam kepada orang ramai sedangkan mereka tidak sukakannya, seseorang yang pergi bersembahyang lewat-lewat, Ad-dibar ialah orang yang pergi bersembahyang ketika waktu sudah terlepas dan seseorang yang yang memperhambakan orang perempuan yang merdeka.”

 

بَاب إِمَامَةِ الْبَرِّ وَالْفَاجِرِ

Bab Orang Baik dan Orang Tidak Baik Menjadi Imam

593 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ حَدَّثَنِي مُعَاوِيَةُ بْنُ صَالِحٍ عَنْ الْعَلَاءِ بْنِ الْحَارِثِ عَنْ مَكْحُولٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةُ الْمَكْتُوبَةُ وَاجِبَةٌ خَلْفَ كُلِّ مُسْلِمٍ بَرًّا كَانَ أَوْ فَاجِرًا وَإِنْ عَمِلَ الْكَبَائِرَ

593 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Mu`awiyah bin Shalih meriwayatkan kepada saya daripada Al-`Ala’ bin Al-Harits daripada Makhul daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sembahyang fardhu itu wajib di belakang setiap orang muslim samada ia seorang yang baik ataupun seorang yang jahat sekalipun ia melakukan dosa-dosa besar.”

[1] Dalam sesetengah nuskhah: باب ما جاء في إمامة النساء

[2] Dalam sesetengah nuskhah: فيؤذن

[3] Dalam sesetengah nuskhah: فضيل

[4] Dalam sesetengah nuskhah: ابنة

[5] Dalam sesetengah nuskhah: محرره

 

 

 

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *