Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 31 – Bab Tentang Pelbagai Persoalan Imamah Dan Kelebihannya & Bab Tidak Elok Bertolak-Tolak Kerana Tidak Mahu Menjadi Imam & Bab Siapakah Yang Lebih Berhak Menjadi Imam
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 31 – Bab Tentang Pelbagai Persoalan Imamah Dan Kelebihannya & Bab Tidak Elok Bertolak-Tolak Kerana Tidak Mahu Menjadi Imam & Bab Siapakah Yang Lebih Berhak Menjadi Imam

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 31 – 210506

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 31 – 210506

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:38 : Terjemahan matan hadits
2- 19:57 : Bab Perbagai persoalan Imamah dan kelebihannya
3- 31:00 : Bab larangan bertolak-tolak untuk menjadi Imam, atau Bab tidak bertolak-tolak kerana tidak mahu menjadi Imam
4- 43:10 : Bab Siapa yang lebih berhak menjadi Imam
5- 01:01:02 : Khilaf masalah nampak aurat ketika sembahyang

 

 

 

بَاب فِي جُمَّاعِ الْإِمَامَةِ وَفَضْلِهَا[1]

Bab Tentang Pelbagai Persoalan Imamah dan Kelebihannya

579 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْمَهْرِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ حَرْمَلَةَ عَنْ أَبِي عَلِيٍّ الْهَمْدَانِيِّ قَالَ سَمِعْتُ عُقْبَةَ بْنَ عَامِرٍ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ أَمَّ النَّاسَ فَأَصَابَ الْوَقْتَ فَلَهُ وَلَهُمْ وَمَنْ انْتَقَصَ مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَعَلَيْهِ وَلَا عَلَيْهِمْ

579 – Sulaiman bin Daud Al-Mahri meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Ayyub meriwayatkan kepada saya daripada `Abdir Rahman bin Harmalah daripada `Ali Al-Hamdani, katanya: Saya telah mendengar `Uqbah bin `Amir, beliau berkata: Saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang menjadi imam kepada orang ramai di samping menepati waktunya maka dia mendapat kelebihan dan pahalanya, begitu juga dengan makmum. Sesiapa yang mengurangi apa-apa daripada sembahyang itu maka kesalahannya tertanggung olehnya sendiri dan para makmum tidak menanggung apa-apa kesalahan,”

 

بَاب[2] فِي كَرَاهِيَةِ التَّدَافُعِ عن الْإِمَامَةِ

Bab Larangan Bertolak-tolak Kerana Tidak Mahu Menjadi Imam

580 – حَدَّثَنَا هَارُونُ بْنُ عَبَّادٍ الْأَزْدِيُّ حَدَّثَنَا مَرْوَانُ حَدَّثَتْنِي طَلْحَةُ أُمُّ غُرَابٍ عَنْ عَقِيلَةَ امْرَأَةٍ مِنْ بَنِي فَزَارَةَ مَوْلَاةٍ لَهُمْ عَنْ سَلَامَةَ بِنْتِ الْحُرِّ أُخْتِ خَرَشَةَ بْنِ الْحُرِّ الْفَزَارِيِّ قَالَتْ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِنَّ مِنْ أَشْرَاطِ السَّاعَةِ أَنْ يَتَدَافَعَ أَهْلُ الْمَسْجِدِ لَا يَجِدُونَ إِمَامًا يُصَلِّي بِهِمْ

580 – Harun bin `Abbad Az-Azdi meriwayatkan kepada kami, katanya: Marwan meriwayatkan kepada kami, katanya: Thalhah iaitu Ummu Ghurab meriwayatkan kepada saya daripada `Aqilah –salah seorang hamba bebasan perempuan dari kalangan Bani Fazarah- daripada Salamah binti Al-Hur iaitu saudara perempuan kepada Kharasyah binti Al-Hur Al-Fazari, beliau berkata: Saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya antara tanda kiamat ialah ahli masjid bertolak-tolak, mereka tidak mendapati imam yang boleh mengimami mereka.”

 

بَاب مَنْ أَحَقُّ بِالْإِمَامَةِ

Bab Siapakah Yang Lebih Layak Menjadi Imam

581 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي[3] إِسْمَعِيلُ بْنُ رَجَاءٍ سَمِعْتُ أَوْسَ بْنَ ضَمْعَجٍ يُحَدِّثُ عَنْ أَبِي مَسْعُودٍ الْبَدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَؤُمُّ الْقَوْمَ أَقْرَؤُهُمْ لِكِتَابِ اللَّهِ وَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً فَإِنْ كَانُوا فِي الْهِجْرَةِ سَوَاءً فَلْيَؤُمَّهُمْ أَكْبَرُهُمْ سِنًّا وَلَا يُؤَمُّ الرَّجُلُ فِي بَيْتِهِ وَلَا فِي سُلْطَانِهِ وَلَا يُجْلَسُ عَلَى تَكْرِمَتِهِ إِلَّا بِإِذْنِهِ قَالَ شُعْبَةُ فَقُلْتُ لِإِسْمَعِيلَ مَا تَكْرِمَتُهُ قَالَ فِرَاشُهُ

581 – Abu Al-Walid Ath-Thayalisi meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami, katanya: isma`il bin Raja’ meriwayatkan kepada saya, katanya: Aus bin Dham`aj menceritakan daripada Abi Mas`ud Al-Badri, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah yang menjadi imam kepada orang ramai itu orang yang paling pandai tentang kitab Allah dan yang paling menonjol dalam bacaan Al-quran. Sekiranya mereka sama dalam bacaan Al-quran maka hendaklah yang menjadi imam itu orang yang terlebih dahulu hijrahnya. Sekiranya mereka sama dalam penghijrahan maka hendaklah yang menjadi imam itu orang yang lebih tua umurnya. Tidak boleh seseorang itu diimami di rumahnya, tidak boleh juga dalam kawasan pemerintahannya. Tidak boleh sesiapa duduk di atas tempat yang khusus untuk seseorang itu kecuali dengan izinnya.” Syu`bah berkata: Saya berkata kepada Isma`il: Apakah تَكْرِمَتُهُ itu, beliau menjawab: فِرَاشُهُ tempat duduknya.

582 – حَدَّثَنَا ابْنُ مُعَاذٍ حَدَّثَنَا أَبِي عن[4] شُعْبَةُ بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ فِيهِ وَلَا يَؤُمُّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ [5]

قَالَ أَبُو دَاوُد وَكَذَا قَالَ يَحْيَى الْقَطَّانُ عَنْ شُعْبَةَ أَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً

582 – Ibn Mu`adz meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayah saya meriwayatkan hadits tersebut kepada kami daripada Syu`bah, cuma dalam riwayat ini perawi (Mu`adz) menyebutkan وَلَا يَؤُمُّ الرَّجُلُ الرَّجُلَ tidak boleh seseorang menjadi imam kepada seseorang yang lain.

Abu Daud berkata: Demikian juga Yahya Al-Qaththan meriwayatkan daripada Syu`bah iaitu أَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً yang lebih menonjol/kedepan dalam bacaan qurannya.

583 – حَدَّثَنَا الْحَسَنُ بْنُ عَلِيٍّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ نُمَيْرٍ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ رَجَاءٍ عَنْ أَوْسِ بْنِ ضَمْعَجٍ الْحَضْرَمِيِّ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا مَسْعُودٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا الْحَدِيثِ قَالَ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً وَلَمْ يَقُلْ فَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً

583 – Al-Hasan bin `Ali meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Numair meriwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Isma`il bin Raja’ daripada Aus bin Dham`aj al-Hadhrami, beliau berkata: Saya telah mendengar Aba Mas`ud meriwayatkan daripada Nabi s.a.w hadits tersebut, perawi (Al-A`masy) berkata: قَالَ فَإِنْ كَانُوا فِي الْقِرَاءَةِ سَوَاءً فَأَعْلَمُهُمْ بِالسُّنَّةِ فَإِنْ كَانُوا فِي السُّنَّةِ سَوَاءً فَأَقْدَمُهُمْ هِجْرَةً “sekiranya mereka sama dalam bacaan Al-quran maka hendaklah yang menjadi imam itu orang yang lebih `alim tentang sunnah, sekiranya mereka sama dalam sunnah maka hendaklah yang menjadi imam itu orang yang terlebih dahulu berhijrah” dan di dalam riwayatnya tidak ada disebutkan فَأَقْدَمُهُمْ قِرَاءَةً .

584 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا أَيُّوبُ عَنْ عَمْرِو بْنِ سَلمَةَ قَالَ كُنَّا بِحَاضِرٍ يَمُرُّ بِنَا النَّاسُ إِذَا أَتَوْا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانُوا إِذَا رَجَعُوا مَرُّوا بِنَا فَأَخْبَرُونَا أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ كَذَا وَكَذَا وَكُنْتُ غُلَامًا حَافِظًا فَحَفِظْتُ مِنْ ذَلِكَ قُرْآنًا كَثِيرًا فَانْطَلَقَ أَبِي وَافِدًا إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي نَفَرٍ مِنْ قَوْمِهِ فَعَلَّمَهُمْ الصَّلَاةَ وقال[6] يَؤُمُّكُمْ أَقْرَؤُكُمْ وَكُنْتُ أَقْرَأَهُمْ لِمَا كُنْتُ أَحْفَظُ فَقَدَّمُونِي فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ وَعَلَيَّ بُرْدَةٌ لِي صَغِيرَةٌ صَفْرَاءُ فَكُنْتُ إِذَا سَجَدْتُ تَكَشَّفَتْ[7] عَنِّي فَقَالَتْ امْرَأَةٌ مِنْ النِّسَاءِ وَارُوا عَنَّا عَوْرَةَ قَارِئِكُمْ فَاشْتَرَوْا لِي قَمِيصًا عُمَانِيًّا فَمَا فَرِحْتُ بِشَيْءٍ بَعْدَ الْإِسْلَامِ فَرَحِي بِهِ[8] فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ وَأَنَا ابْنُ سَبْعِ سِنِينَ أَوْ ثَمَانِ سِنِينَ

584 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub meriwayatkan kepada kami daripada `Amr bin Salimah, beliau berkata: Kami berada di satu perhimpunan yang mana orang lalu dekat kami, apabila mereka pergi kepada Nabi s.a.w, ketika pulangnya mereka akan lalu dekat kami. Mereka ceritakan kepada kami bahawa Rasulallah s.a.w telah bersabda begini begini, pada ketika itu, saya adalah seorang budak yang dapat menghafazh. Ini kerana orang yang berulang-alik begitu, saya telah banyak menghafazh Al-quran. Ayah saya pun pergi berkunjung kepada Rasulillah s.a.w dalam satu kumpulan, baginda mengajar mereka sembahyang dan baginda bersabda: “Hendaklah menjadi imam kepada kamu orang yang paling pandai membaca Al-quran.” Akulah yang paling pandai antara mereka kerana aku telah menghafazh sekian banyak al-quran, kerana itulah mereka menyuruh saya kedepan dan oleh sebab itulah saya menjadi imam kepada mereka, saya memakai selimut kecil saya yang berwarna kuning. Apabila saya sujud maka terdedahlah aurat saya lalu ada seorang perempuan berkata: Tolonglah tutup aurat imam kamu itu. Kemudiannya mereka membelikan saya baju `Umani, tidak pernah saya berasa gembira mendapat sesuatu selepas memeluk Islam sepertimana saya gembira mendapat baju yang dihadiahkan ini. Dan saya terus menjadi imam kepada mereka walhal ketika itu umur saya tujuh tahun atau lapan tahun.”

585 – حَدَّثَنَا النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا عَاصِمٌ الْأَحْوَلُ عَنْ عَمْرِو بْنِ سَلمَةَ بِهَذَا الْخَبَرِ[9] قَالَ فَكُنْتُ أَؤُمُّهُمْ فِي بُرْدَةٍ مُوَصَّلَةٍ فِيهَا فَتْقٌ فَكُنْتُ[10] إِذَا سَجَدْتُ خَرَجَتْ اسْتِي

585 – An-Nufaili meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair meriwayatkan kepada kami, katanya: `Ashim Al-Ahwal meriwayatkan hadits tersebut tadi kepada kami daripada `Amr bin Salimah, beliau berkata: Saya menjadi imam kepada mereka dengan memakai satu selimut yang ditampal-tampal dan berlubang, apabila saya sujud maka kelihatan punggung saya.

586 – أخبرنا قُتَيْبَةُ[11] حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ مِسْعَرِ بْنِ حَبِيبٍ الْجَرْمِيِّ حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ سَلمَةَ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُمْ وَفَدُوا إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَمَّا أَرَادُوا أَنْ يَنْصَرِفُوا قَالُوا يَا رَسُولَ اللَّهِ مَنْ يَؤُمُّنَا قَالَ أَكْثَرُكُمْ جَمْعًا لِلْقُرْآنِ أَوْ أَخْذًا لِلْقُرْآنِ قَالَ فَلَمْ يَكُنْ أَحَدٌ مِنْ الْقَوْمِ جَمَعَ مَا جَمَعْتُهُ قَالَ فَقَدَّمُونِي وَأَنَا غُلَامٌ وَعَلَيَّ شَمْلَةٌ لِي قال فَمَا شَهِدْتُ مَجْمَعًا مِنْ جَرْمٍ إِلَّا كُنْتُ إِمَامَهُمْ وَكُنْتُ أُصَلِّي عَلَى جَنَائِزِهِمْ إِلَى يَوْمِي هَذَا

قَالَ أَبُو دَاوُد وَرَوَاهُ يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ عَنْ مِسْعَرِ بْنِ حَبِيبٍ الْجَرْمِيِّ عَنْ عَمْرِو بْنِ سَلمَةَ قَالَ لَمَّا وَفَدَ قَوْمِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَمْ يَقُلْ عَنْ أَبِيهِ

586 – Qutaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` meriwayatkan kepada kami daripada Mis`ar bin Habib Al-Jarmi, katanya: `Amr bin Salimah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya bahawa mereka pergi mengunjungi Nabi s.a.w, apabila mereka mahu pulang mereka bertanya: Wahai Rasulallah, siapakah yang patut menjadi imam kepada kami? Nabi s.a.w menjawab: “Orang yang paling banyak menghafazh al-quran.” Perawi (`Amr bin Salimah) berkata: Tidak ada sesiapun di kalangan orang ramai itu yang telah menghafazh al-quran seperti saya,” beliau menambah: “Kerana itulah mereka menampilkan saya, pada ketika itu saya masih lagi budak dan saya berselimut. Beliau berkata lagi: Tidak saya pergi ke mana-mana perhimpunan orang-orang Jarm melainkan sayalah yang menjadi imam mereka dan sayalah juga yang menjadi imam sembahyang jenazah mereka hingga ke hari ini.

Abu Daud berkata: Yazid bin Harun meriwayatkannya daripada Mis`ar bin Habib bin Al-Jarmi daripada `Amr bin Salimah, beliau berkata: لَمَّا وَفَدَ قَوْمِي إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ “apabila kaumku mengunjungi Nabi s.a.w”, beliau tidak ada menyebutkan عَنْ أَبِيهِ “daripada ayahnya.”

587 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ حَدَّثَنَا أَنَسٌ يَعْنِي ابْنَ عِيَاضٍ ح و حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ بْنُ خَالِدٍ الْجُهَنِيُّ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ نُمَيْرٍ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ أَنَّهُ قَالَ لَمَّا قَدِمَ الْمُهَاجِرُونَ الْأَوَّلُونَ نَزَلُوا الْعصبَةَ قَبْلَ مَقْدَمِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ يَؤُمُّهُمْ سَالِمٌ مَوْلَى أَبِي حُذَيْفَةَ وَكَانَ أَكْثَرَهُمْ قُرْآنًا زَادَ الْهَيْثَمُ وَفِيهِمْ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ وَأَبُو سَلَمَةَ بْنُ عَبْدِ الْأَسَدِ

587 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami, katanya: Anas ya`ni Ibn `Iyadh ح Al-Haitsam bin Khalid Al-Juhani (meriwayatkan sama dari segi ma`na) mereka berkata: Ibn Numair meriwayatkan kepada kami daripada `Ubaidillah daripada Nafi` daripada Ibn `Umar bahawasanya beliau berkata: “Apabila orang-orang Muhajirun yang sampai dahulu ke Madinah berhenti di `Ashabah sebelum kedatangan Rasulillah s.a.w ke Madinah, Salim hamba bebasan Abi Hudzaifahlah yang menjadi imam kepada mereka. Dialah orang yang paling banyak mengingati Al-quran antara mereka.” Haitsam menambah di dalam riwayatnya: “Di kalangan mereka (makmum) ialah `Umar bin Al-Khaththab dan Abu Salamah bin `Abdil Asad.”

588 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ ح و حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا مَسْلَمَةُ بْنُ مُحَمَّدٍ الْمَعْنَى وَاحِدٌ عَنْ خَالِدٍ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ مَالِكِ بْنِ الْحُوَيْرِثِ[12] أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَهُ أَوْ لِصَاحِبٍ لَهُ إِذَا حَضَرَتْ الصَّلَاةُ فَأَذِّنَا ثُمَّ أَقِيمَا ثُمَّ لِيَؤُمَّكُمَا أَكْبَرُكُمَا سِنًّا وقال َفِي حَدِيثِ مَسْلَمَةَ قَالَ وَكُنَّا يَوْمَئِذٍ مُتَقَارِبَيْنِ فِي الْعِلْمِ و قَالَ فِي حَدِيثِ إِسْمَعِيلَ قَالَ خَالِدٌ قُلْتُ لِأَبِي قِلَابَةَ فَأَيْنَ الْقُرْآنُ[13] قَالَ إِنَّهُمَا[14] كَانَا مُتَقَارِبَيْنِ

588 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il meriwayatkan kepada kami ح Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Maslamah bin Muhammad meriwayatkan kepada kami (sama dari segi ma`nanya) daripada Khalid daripada Abi Qilabah daripada Malik bin Al-Huwairits bahawa Nabi s.a.w berkata kepadanya atau kepada sahabatnya: “Apabila tiba waktu sembahyang maka adzanlah kemudian iqamatkanlah kemudian hendaklah yang lebih tua daripada kamu berdua ni menjadi imam.” Dalam hadits Maslamah beliau berkata: Pada ketika itu kami lebih kurang sama dalam ilmu. Dalan hadits Isma`il, Khalid berkata: Saya berkata kepada Abi Qilabah: Di mana Al-quran,” perawi (Abu Qilabah) berkata: “Mereka berdua (Malik bin Al-Huwairits dan sahabatnya) lebih kurang sama juga dalam Al-quran.”

589 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عِيسَى الْحَنَفِيُّ حَدَّثَنَا الْحَكَمُ بْنُ أَبَانَ عَنْ عِكْرِمَةَ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِيُؤَذِّنْ لَكُمْ خِيَارُكُمْ وَلْيَؤُمَّكُمْ قُرَّاؤُكُمْ

589 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Husain bin `Isa Al-Hanafi meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Hakam bin Aban meriwayatkan kepada kami daripada `Ikrimah daripada Ibn `Abbas, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Hendaklah orang yang terpilih antara kamu yang mengadzankan untuk kamu dan hendaklah orang yang pandai membaca Al-quran memjadi imam kepada kamu.”

[1] Dalam sesetengah nuskhah: باب في جماع الإمامة في فضل الإمامة

[2] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: ما جاء

[3] Dalam sesetengah nuskhah: أخبرنا

[4] Dalam sesetengah nuskhah: حدثنا

[5] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: في سلطانه

[6] Dalam sesetengah nuskhah: قال

[7] Dalam sesetengah nuskhah: انكشفت

[8] Dalam sesetengah nuskhah: ما فرحت به

[9] Dalam sesetengah nuskhah: في هذا الخبر

[10] Dalam sesetengah nuskhah: وكنت

[11] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: بن سعيد

[12] Dalam sesetengah nuskhah: حويرث

[13] Dalam sesetengah nuskhah: القراءة

[14] Dalam sesetengah nuskhah: فإنهما

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *