Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 30 – Bab Berjemaah Dalam Masjid Dua Kali & Bab Tentang Orang Yang Telah Bersembahyang Di Rumahya Kemudian Dia Sempat Dengan Jema’ah, Adakah Dia Perlu Bersembahyang Bersama Mereka?
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 30 – Bab Berjemaah Dalam Masjid Dua Kali & Bab Tentang Orang Yang Telah Bersembahyang Di Rumahya Kemudian Dia Sempat Dengan Jema’ah, Adakah Dia Perlu Bersembahyang Bersama Mereka?

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 30 – 140506

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 30 – 140506

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadits
2- 09:16 : Bab berjamaah dua kali dalam masjid
3- 23:43 : Bab orang yang sembahyang di rumahnya kemudian dia sempat dengan jumaah
4- 46:49 : Riwayat haidits ini riwayat “Syaazzah” dan Sanad hadits ini
5- 59:58 : Bab orang yang sudah sembahyang jumaah kemadian ada jumaah lain , adakah dia perlu mengulangi sembahyangnya ?

 

 

 

بَاب[1] فِي الْجَمْعِ فِي الْمَسْجِدِ[2] مَرَّتَيْنِ

Bab Tentang Berjama`ah di Dalam Masjid Dua Kali

573 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا وُهَيْبٌ عَنْ سُلَيْمَانَ الْأَسْوَدِ عَنْ أَبِي الْمُتَوَكِّلِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ[3] صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَبْصَرَ رَجُلًا يُصَلِّي وَحْدَهُ فَقَالَ أَلَا رَجُلٌ يَتَصَدَّقُ عَلَى هَذَا فَيُصَلِّيَ مَعَهُ

573 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Wuhaib meriwayatkan kepada kami daripada Sulaiman Al-Aswad daripada Abi Al-Mutawakkil daripada Abi Sa`id Al-Khudri bahawa Rasulallah s.a.w nampak seorang lelaki sedang bersembahyang seorang diri maka Nabi s.a.w bersabda: “Tidak adakah sesiapa yang akan bersedekah kepada dia ni dengan mengerjakan sembahyang bersamanya.”

 

بَاب فِيمَنْ صَلَّى فِي مَنْزِلِهِ ثُمَّ أَدْرَكَ الْجَمَاعَةَ يُصَلِّي مَعَهُمْ[4]

Bab Tentang Orang Yang Telah Bersembahyang di Rumahnya Kemudian Sempat Dengan Jama`ah, Adakah Dia Perlu/Boleh Bersembahyang Bersama Mereka

574 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي يَعْلَى بْنُ عَطَاءٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الْأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ صَلَّى مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ غُلَامٌ شَابٌّ فَلَمَّا صَلَّى إِذَا رَجُلَانِ لَمْ يُصَلِّيَا فِي نَاحِيَةِ الْمَسْجِدِ فَدَعَا بِهِمَا فَجِئَ بِهِمَا تُرْعَدُ فَرَائِصُهُمَا فَقَالَ مَا مَنَعَكُمَا أَنْ تُصَلِّيَا مَعَنَا قَالَا قَدْ صَلَّيْنَا فِي رِحَالِنَا فَقَالَ لَا تَفْعَلُوا إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فِي رَحْلِهِ ثُمَّ أَدْرَكَ الْإِمَامَ وَلَمْ يُصَلِّ فَلْيُصَلِّ مَعَهُ فَإِنَّهَا لَهُ نَافِلَةٌ

574 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ya`la bin `Atha’ meriwayatkan kepada kami daripada Jabir bin Yazid bin Al-Aswad daripada ayahnya bahawa pernah dia bersembahyang bersama Rasulillah s.a.w pada ketika dia masih muda belia, apabila Nabi s.a.w telah selesai bersembahyang tiba-tiba Baginda mendapati ada dua orang lelaki yang berada di penjuru masjid tidak bersembahyang lalu memanggil kedua-duanya maka dibawakan mereka berdua kepada Baginda dalam keadaan menggeletar daging bahunya. Baginda s.a.w bertanya: “Apakah yang menegah kamu berdua untuk menegah bersembahyang bersama kami?” Mereka menjawab: “Kami telah bersembahyang di kediaman kami,” perawi berkata: Lalu Nabi s.a.w bersabda: “Jangan kamu lakukan begitu, sekiranya seseorang kamu telah bersembahyang di kediamannya kemudian dia sempat dengan imam yang belum lagi bersembahyang maka hendaklah dia bersembahyang bersamanya kerana sembahyang itu menambahkan pahala untuknya.

575حَدَّثَنَا ابْنُ مُعَاذٍ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ يَعْلَى بْنِ عَطَاءٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ صَلَّيْتُ مَعَ النَّبِيِّ[5] صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصُّبْحَ بِمَعْنَاهُ

575 – Ibn Mu`adz meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayah saya meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Ya`la bin `Atha’ daripada Jabir bin Yazid daripada ayahnya, beliau berkata: Saya pernah bersembahyang Shubuh bersama Nabi s.a.w dan seterusnya perawi mengemukakan sama dari segi ma`nanya dengan hadits yang tersebut tadi.

576حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ[6] حَدَّثَنَا مَعْنُ بْنُ عِيسَى عَنْ سَعِيدِ بْنِ السَّائِبِ عَنْ نُوحِ بْنِ صَعْصَعَةَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ عَامِرٍ قَالَ جِئْتُ وَالنَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّلَاةِ فَجَلَسْتُ وَلَمْ أَدْخُلْ مَعَهُمْ فِي الصَّلَاةِ قَالَ فَانْصَرَفَ عَلَيْنَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرَأَى يَزِيدَ جَالِسًا فَقَالَ أَلَمْ تُسْلِمْ يَا يَزِيدُ قَالَ بَلَى يَا رَسُولَ اللَّهِ قَدْ أَسْلَمْتُ قَالَ فَمَا[7] مَنَعَكَ أَنْ تَدْخُلَ مَعَ النَّاسِ فِي صَلَاتِهِمْ قَالَ إِنِّي كُنْتُ قَدْ صَلَّيْتُ فِي مَنْزِلِي وَأَنَا أَحْسَبُ أَنْ قَدْ صَلَّيْتُمْ فَقَالَ إِذَا جِئْتَ إِلَى الصَّلَاةِ[8] فَوَجَدْتَ النَّاسَ فَصَلِّ مَعَهُمْ وَإِنْ كُنْتَ قَدْ صَلَّيْتَ تَكُنْ لَكَ نَافِلَةً وَهَذِهِ مَكْتُوبَةٌ

576 – Qutaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma`n bin `Isa meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id bin As-Sa’ib daripada Nuh bin Sha`sha`ah daripada Yazid bin `Amir, beliau berkata: Aku sampai ke masjid ketika Nabi s.a.w sedang bersembahyang lalu aku pun duduk, aku tidak turut serta mengerjakan sembahyang bersama mereka. Perawi berkata: Rasulullah s.a.w pun berpaling kepada kami dilihatnya Yazid sedang duduk lantas bertanya: “Engkau belum Islam lagi Yazid? Dia menjawab: “Bahkan ya saya telah Islam wahai Rasulallah.” Nabi s.a.w bertanya pula: “Kalau begitu apakah yang menegah engkau untuk turut bersama-sama orang ramai mengerjakan sembahyang? Yazid menjawab: “Sebenarnya saya telah bersembahyang di rumah saya kerana saya ingat kamu telah selesai bersembahyang maka Nabi s.a.w bersabda: “Sekiranya kamu datang untuk bersembahyang dan kamu dapati orang (sedang/akan besembahyang) maka kerjakanlah sembahyang itu bersama-sama mereka walaupun engkau telah mengerjakannya, nescaya sembahyang itu akan memberi pahala yang lebih kepadamu/nescaya sembahyang itu menjadi yang sunat dan yang ini menjadi fardhu.”

577حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ قَالَ قَرَأْتُ عَلَى ابْنِ وَهْبٍ قَالَ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو عَنْ بُكَيْرٍ أَنَّهُ سَمِعَ عَفِيفَ بْنَ عَمْرِو بْنِ الْمُسَيّبِ يَقُولُ حَدَّثَنِي رَجُلٌ مِنْ بَنِي أَسَدِ بْنِ خُزَيْمَةَ أَنَّهُ سَأَلَ أَبَا أَيُّوبَ الْأَنْصَارِيَّ فَقَالَ[9] يُصَلِّي أَحَدُنَا فِي مَنْزِلِهِ الصَّلَاةَ ثُمَّ يَأْتِي الْمَسْجِدَ وَتُقَامُ الصَّلَاةُ فَأُصَلِّي مَعَهُمْ فَأَجِدُ فِي نَفْسِي مِنْ ذَلِكَ شَيْئًا فَقَالَ أَبُو أَيُّوبَ سَأَلْنَا عَنْ ذَلِكَ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لَهُ[10] سَهْمُ جَمْعٍ

577 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya baca di hadapan  Ibn Wahb, katanya: `Amr meriwayatkan kepada kami daripada Bukair bahawa dia telah mendengar `Afif bin `Amr bin Al-Musayyab, katanya: Seorang lelaki di kalangan Bani Asad bin Khuzaimah meriwayatkan kepada saya bahawa dia telah bertanya Aba Ayyub Al-Anshari dengan berkata: “Seseorang daripada kami bersembahyang di rumahnya kemudian pergi ke masjid ketika sembahyang sedang didirikan, adakah aku perlu bersembahyang bersama mereka? Saya berasa sesuatu di dalam diri saya (tidak sedap hati). Abu Ayyub berkata: Kami telah bertanya Nabi s.a.w tentang perkara ini, Baginda menjawab: “(Sembahyangnya) Itu membawa pahala jama`ah untuknya.”

 

بَاب إِذَا صَلَّى فِي جَمَاعَةٍ ثُمَّ أَدْرَكَ جَمَاعَةً يعيد

Bab Apabila Seseorang Telah Bersembahyang Dengan Berjama`ah Kemudian Dia Mendapati Jama`ah Lain, Adakah Dia Perlu Mengulangi Sembahyangnya

578حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ[11] بْنُ زُرَيْعٍ حَدَّثَنَا حُسَيْنٌ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ سُلَيْمَانَ بْنِ يَسَارٍ يَعْنِي مَوْلَى مَيْمُونَةَ قَالَ أَتَيْتُ ابْنَ عُمَرَ عَلَى الْبَلَاطِ وَهُمْ يُصَلُّونَ فَقُلْتُ أَلَا تُصَلِّي مَعَهُمْ قَالَ قَدْ صَلَّيْتُ إِنِّي سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لَا تُصَلُّوا صَلَاةً فِي يَوْمٍ مَرَّتَيْنِ

578 – Abu Kamil meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Zurai` meriwayatkan kepada kami, katanya: Husain bin `Amr bin Syu`aib meriwayatkan kepada kami daripada Sulaiman bin Yasar iaitu hamba bebasan Maimunah, beliau berkata: Saya telah datang menemui Ibn `Umar di Balath, pada ketika itu orang ramai sedang bersembahyang. Saya bertanya kepadanya: Mengapakah engkau tidak bersembahyang bersama mereka? Beliau (Ibn `Umar) menjawab: “Sesungguhnya aku telah bersembahyang dan aku telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Janganlah kamu mengerjakan sesuatu sembahyang (fardhu) dua kali dalam sehari.”

[1] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: ما جاء

[2] Dalam sesetengah nuskhah: مسجد

[3] Dalam sesetengah nuskhah: النبى

[4] Dalam sesetengah nuskhah: باب فيمن صلى في منزله ثم أدرك جماعة يصلى معهم إذا كان في المسجد

[5] Dalam sesetengah nuskhah: رسول الله

[6] Dalam sesetengah nuskhah: بن سعيد

[7] Dalam sesetengah nuskhah: وما

[8] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: في المسجد

[9] Dalam sesetengah nuskhah: قال

[10] Dalam sesetengah nuskhah: لهم

[11] Dalam sesetengah nuskhah: يعنى

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *