Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 3 – Sambungan Bab Waktu-Waktu Sembahyang
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 3 – Sambungan Bab Waktu-Waktu Sembahyang

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 3 – 250905

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 3 – 250905

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00m6s Terjemahan hadits
2- 08m49s Perawi hadis: Abu Bakr bin Abu Musa al-`Asy`ari, saudara Abu Burdah bin Abu Musa al-`As`ari. Kebanyakan ulama` mengatakan dia sempat dengan ayahnya berbanding Abu Burdah tetapi Imam Ahmad mengatkan tidak sempat.
3- 10m45s Nabi s.a.w. nak ajar kepada kita adakalanya sesuatu perkara itu lebih baik ditunjukkan secara amali / praktikal daripada secara teori shj
4- 14m5s Makna ‘iqamat’ dlm istilah hadits2 adalah azan & iqamat
5- 19m29s Hadis ini menjadi hujjah (tidak menyokong) ke atas qaul jadid imam as-Syafi`i & imam Malik tentang pendapat mereka ttg sempitnya waktu magrib
6- 26m23s Tarjih dari Imam an-Nawawi & 3 jawapan kpd hadis jibril yg menjadi dalil kpd Imam as-Syafi`i, Imam Malik & ulama`2 yg sependapat dgn mereka.
7- 29m8s 14 masalah yg difatwakan dlm mazhab Syafie (antara qaul daqim & qaul jadid).
8- 36m45s Bagaimana Nabi s.a.w. pada waktu2 yg berlainan.
9- 48m39s Percanggahan hadis-hadis kelebihan sembahyang diawal waktu dengan hadis-hadis yang lain. Benarkah kelebihan hanya kerana sembahyang pada awal waktu?
10- 52m19s Kelebihan sembahyang diawal waktu bukan secara mutlak tp hanya pd waktu-waktu yg tertentu yg munasabah. Hadis-hadis kelebihan sembahyang di awal waktu boleh dikatakan semuanya dhaif (lemah).
11- 53m27s Tiada satu dalil yg kukuh mengatakan sembahyang di awal waktu afdhal
12- 53m32s Kekeliruan kerana hadis dhaif dlm Abu Daud & Tirmizi berbanding hadis Bukhari & Muslim.
13- 55m29s Membedah hadis2 yg menjadi dalil kelebihan sembahyang diawal waktu.
14- 58m11s Ibnu Mas`ud sendiri tidak pakai hadis yg diriwayatkannya iaitu hadis ttg kelebihan sembahyang awal waktu bahkan beliau sembahyang Subuh pd waktu isfar. Begitu juga dengan Saidina `Ali.
15- 58m36s Hadits Ibnu `Umar: “Sembahyang awal waktu mendapat keredhaan Allah dan sembahyang diakhir waktu mendapat keampunan Allah” & jawapan kepada hadis ini, antaranya; Perawinya Ya`qub bin al-Walid al-Madani – Ibnu Hibban mengatakan dia seorang pereka hadits, Imam Ahmad mengatakannya seorang pendusta besar.

 

 

 

بَاب فِي وَقْتِ صَلَاةِ الظُّهْرِ

Bab Tentang Waktu Sembahyang Zhuhur

٣٩٩- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ حَنْبَلٍ وَمُسَدَّدٌ قَالَا حَدَّثَنَا عَبَّادُ بْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْحَارِثِ الْأَنْصَارِيِّ عَنْ جَابِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كُنْتُ أُصَلِّي الظُّهْرَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَآخُذُ قبْضَةً مِنْ الْحَصَى لِتَبْرُدَ فِي كَفِّي أَضَعُهَا لِجَبْهَتِي أَسْجُدُ عَلَيْهَا لِشِدَّةِ الْحَرِّ

399 – Ahmad bin Hanbal dan Musaddad meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: `Abbad bin `Abbad meriwayatkan kepada kami katanya Muhammad bin `Amr meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id bin Al-Harits Al-Anshari daripada Jabir bin `Abdillah, katannya: Saya bersembahyang Zhuhur bersama Rasulillah s.a.w kemudian saya mengambil segenggam pasir / anak batu supaya ia sejuk dalam genggaman saya untuk saya letakkannya di tempat letak dahi saya, saya sujud di atasnya kerana terlalu panas. 

400 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عَبِيدَةُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ أَبِي مَالِكٍ الْأَشْجَعِيِّ سَعْدِ بْنِ طَارِقٍ عَنْ كَثِيرِ بْنِ مُدْرِكٍ عَنْ الْأَسْوَدِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ مَسْعُودٍ قَالَ كَانَتْ قَدْرُ صَلَاةِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي الصَّيْفِ ثَلَاثَة أَقْدَامٍ إِلَى خَمْسَةِ أَقْدَامٍ وَفِي الشِّتَاءِ خَمْسَة أَقْدَامٍ إِلَى سَبْعَةِ أَقْدَامٍ

400 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami katanya `Abidah bin Humaid meriwayatkan kepada kami daripada Abi Malik Al-Asyja`i iaitu Sa`d bin Thariq daripada Katsir bin Mudrik daripada Al-Aswad bahawa `Abdallah bin Mas`ud berkata: Kadar sembahyang (Zhuhur) Rasulillah s.a.w pada musim panas iaitu pada ketika bayang-bayang berukuran tiga tapak kaki hingga lima tapak kaki dan pada musim sejuk pula (pada ketika bayang berukuran) lima tapak kaki hingga tujuh tapak kaki.

401 – حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ الطَّيَالِسِيُّ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ أَخْبَرَنِي أَبُو الْحَسَنِ قَالَ أَبُو دَاوُد أَبُو الْحَسَنِ هُوَ مُهَاجِرٌ قَالَ سَمِعْتُ زَيْدَ بْنَ وَهْبٍ يَقُولُ سَمِعْتُ أَبَا ذَرٍّ يَقُولُ كُنَّا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَأَرَادَ الْمُؤَذِّنُ أَنْ يُؤَذِّنَ الظُّهْرَ فَقَالَ أَبْرِدْ ثُمَّ أَرَادَ أَنْ يُؤَذِّنَ فَقَالَ أَبْرِدْ مَرَّتَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا حَتَّى رَأَيْنَا فَيْءَ التُّلُولِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ فَإِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ فَأَبْرِدُوا بِالصَّلَاةِ

401 – Abul Walid At-Thayalisi meriwayatkan kepada kami katanya Syu`bah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abul Hasan meriwayatkan kepada kami – Abu Daud berkata Abul Hasan ialah seorang Muhajir – katanya: Aku telah mendengar Zaid bin Wahb berkata: Aku telah mendengar Aba Dzar berkata: Pernah kami bersama Rasulillah s.a.w lalu mu’adzdzin mahu melaungkan adzan Zhuhur, Baginda terus bersabda: “Tunggu sejuk”, kemudian mu’adzdzin mahu melaungkan adzan lagi, Nabi s.a.w bersabda: “Tunggu sejuk”. Dua atau tiga kali baginda berkata begitu sehingga kami nampak bayang-bayang longgokan-longgokan pasir (pusu) yang rendahkemudian Baginda bersabda: “Sesungguhnya panas yang terlalu kuat itu adalah daripada wap neraka jahannam, apabila bersangatan panas, tunggulah teduh sedikit untuk kamu mengerjakan sembahyang (Zhuhur).”

 

402 – حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ خَالِدِ بْنِ مَوْهَبٍ الْهَمْدَانِيُّ وَقُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ الثَّقَفِيُّ أَنَّ اللَّيْثَ حَدَّثَهُمْ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيّبِ وَأَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا اشْتَدَّ الْحَرُّ فَأَبْرِدُوا عَنْ الصَّلَاةِ قَالَ ابْنُ مَوْهَبٍ بِالصَّلَاةِ فَإِنَّ شِدَّةَ الْحَرِّ مِنْ فَيْحِ جَهَنَّمَ 

402 – Yazid bin Khalid bin Mauhab Al-Hamdani dan Qutaibah bin Sa`id Ats-Tsaqafi meriwayatkan kepada kami bahawa Al-Laits meriwayatkan kepada mereka daripada Ibn Syihab daripada Sa`id bin Al-Musayyib dan Abi Salamah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w telah bersabda: “Apabila panas bersangatan maka tunggulah teduh sedikit untuk kamu mengerjakan sembahyang – Ibn Mauhab berkata بِالصَّلَاةِ – kerana panas yang bersangatan itu daripada wap neraka jahannam.

403 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ سِمَاكِ بْنِ حَرْبٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ أَنَّ بِلَالًا كَانَ يُؤَذِّنُ الظُّهْرَ إِذَا دَحَضَتْ الشَّمْسُ

403 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami katanya Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Simak bin Harb daripada Jabir bin Samurah bahawasanya Bilal selalu mengumandangkan adzan zhuhur ketika tergelincir matahari.

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00m6s Terjemahan hadits
2- 08m49s Perawi hadis: Abu Bakr bin Abu Musa al-`Asy`ari, saudara Abu Burdah bin Abu Musa al-`As`ari. Kebanyakan ulama` mengatakan dia sempat dengan ayahnya berbanding Abu Burdah tetapi Imam Ahmad mengatkan tidak sempat.
3- 10m45s Nabi s.a.w. nak ajar kepada kita adakalanya sesuatu perkara itu lebih baik ditunjukkan secara amali / praktikal daripada secara teori shj
4- 14m5s Makna ‘iqamat’ dlm istilah hadits2 adalah azan & iqamat
5- 19m29s Hadis ini menjadi hujjah (tidak menyokong) ke atas qaul jadid imam as-Syafi`i & imam Malik tentang pendapat mereka ttg sempitnya waktu magrib
6- 26m23s Tarjih dari Imam an-Nawawi & 3 jawapan kpd hadis jibril yg menjadi dalil kpd Imam as-Syafi`i, Imam Malik & ulama`2 yg sependapat dgn mereka.
7- 29m8s 14 masalah yg difatwakan dlm mazhab Syafie (antara qaul daqim & qaul jadid).
8- 36m45s Bagaimana Nabi s.a.w. pada waktu2 yg berlainan.
9- 48m39s Percanggahan hadis-hadis kelebihan sembahyang diawal waktu dengan hadis-hadis yang lain. Benarkah kelebihan hanya kerana sembahyang pada awal waktu?
10- 52m19s Kelebihan sembahyang diawal waktu bukan secara mutlak tp hanya pd waktu-waktu yg tertentu yg munasabah. Hadis-hadis kelebihan sembahyang di awal waktu boleh dikatakan semuanya dhaif (lemah).
11- 53m27s Tiada satu dalil yg kukuh mengatakan sembahyang di awal waktu afdhal
12- 53m32s Kekeliruan kerana hadis dhaif dlm Abu Daud & Tirmizi berbanding hadis Bukhari & Muslim.
13- 55m29s Membedah hadis2 yg menjadi dalil kelebihan sembahyang diawal waktu.
14- 58m11s Ibnu Mas`ud sendiri tidak pakai hadis yg diriwayatkannya iaitu hadis ttg kelebihan sembahyang awal waktu bahkan beliau sembahyang Subuh pd waktu isfar. Begitu juga dengan Saidina `Ali.
15- 58m36s Hadits Ibnu `Umar: “Sembahyang awal waktu mendapat keredhaan Allah dan sembahyang diakhir waktu mendapat keampunan Allah” & jawapan kepada hadis ini, antaranya; Perawinya Ya`qub bin al-Walid al-Madani – Ibnu Hibban mengatakan dia seorang pereka hadits, Imam Ahmad mengatakannya seorang pendusta besar.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *