Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 28 – Bab Tentang Berjalan Untuk Bersembahyang Di Dalam Gelap & Bab Bertenang Dalam Perjalanan Untuk Bersembahyang
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 28 – Bab Tentang Berjalan Untuk Bersembahyang Di Dalam Gelap & Bab Bertenang Dalam Perjalanan Untuk Bersembahyang

Sunan Abi Daud –  Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 28 – 300406

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3
 

Sunan Abi Daud –  Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 28 – 300406

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadits
2- 11:58 : Bab berjalan kaki untuk Sembahyang dalam keadaan gelap
3- 31:13 : Bab Bertenang dalam perjalanan pergi Sembahyang
4- 32:44 : Sanad hadits ini ada Abu Sumamah al-Hanna’
5- 34:11 : Maksud Tasybih dalam sembahyang
6- 41:52 : Baca hadits mendapat pahala dan berjalan tenang untuk sembahyang mendatangkan pahala
7- 54:53 : Bab Keluar untuk sembahyang sedangkan sembahyang sudah selesai dan sanad hadits ini ada Muhsin bin Ali,
8- 57:16 : Bab Orang-orang perempuan keluar pergi ke Masjid
9- 01:05:58 : Sohabiah yang bernama Atikah Isteri Kepada Abdullah, Saidina Umar dan Zubair
10- 01:09:49 : Khilaf Orang perempuan pergi Masjid
11- 01:15:11 : Sembahyang seseorang perempuan didalam bilik
12- 01:19:30 : Pintu masuk masjid lelaki dan perempuan berlainan, dan Sanad hadits ini

 

 

 

 

بَاب مَا جَاءَ فِي الْمَشْيِ إِلَى الصَّلَاةِ فِي الظلم[1]

Bab Hadits Tentang Berjalan Kaki di Kegelapan Menuju Sembahyang 

560 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ مَعِينٍ حَدَّثَنَا أَبُو عُبَيْدَةَ الْحَدَّادُ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ أَبُو سُلَيْمَانَ الْكَحَّالُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَوْسٍ عَنْ بُرَيْدَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ بَشِّرْ الْمَشَّائِينَ فِي الظُّلَمِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِالنُّورِ التَّامِّ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

560 – Yahya bin Ma`in meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Ubaidah Al-Haddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il iaitu Abu Sulaiman Al-Kahhal meriwayatkan kepada kami daripada `Abdillah bin Aus daripada Buraidah daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Berilah berita gembira kepada orang-orang yang berjalan kaki dalam gelap untuk pergi ke masjid bahawa mereka akan mendapat cahaya yang sempurna pada hari kiamat nanti.”

 

بَاب مَا جَاءَ فِي الْهَدْيِ فِي الْمَشْيِ إِلَى الصَّلَاةِ

Bab Hadits Tentang Bertenang Dalam Perjalanan Menuju Sembahyang

561 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ سُلَيْمَانَ الْأَنْبَارِيُّ أَنَّ عَبْدَ الْمَلِكِ بْنَ عَمْرٍو حَدَّثَهُمْ عَنْ دَاوُدَ بْنِ قَيْسٍ قَالَ حَدَّثَنِي سَعْدُ بْنُ إِسْحَقَ حَدَّثَنِي أَبُو ثُمَامَةَ الْحَنَّاطُ أَنَّ كَعْبَ بْنَ عُجْرَةَ أَدْرَكَهُ وَهُوَ يُرِيدُ الْمَسْجِدَ أَدْرَكَ أَحَدُهُمَا صَاحِبَهُ قَالَ فَوَجَدَنِي وَأَنَا مُشَبِّكٌ بِيَدَيَّ[2] فَنَهَانِي عَنْ ذَلِكَ وَقَالَ إِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ خَرَجَ عَامِدًا إِلَى الْمَسْجِدِ فَلَا يُشَبِّكَنَّ يَدَيْهِ فَإِنَّهُ فِي صَلَاةٍ

561 – Muhammad bin Sulaiman Al-Anbari meriwayatkan kepada kami bahawa `Abdil Malik bin `Amr dan beliau telah meriwayatkan kepada mereka daripada Daud bin Qais, katanya: Sa`d bin Is-haq meriwayatkan kepada saya, katanya: Abu Tsumamah Al-Hannath meriwayatkan kepada saya bahawa Ka`b bin `Ujrah telah bertemu dengannya ketika dia sedang menuju ke masjid, salah seorang daripada mereka berdua (terlebih dahulu) menemui yang seorang lagi. Beliau kemudian berkata: Dia (Ka`b) mendapati saya sedang menyilangkan kedua-dua jari-jemari tangan saya lantas menegah saya daripada berbuat begitu dan berkata: Sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu telah berwudhu’ dengan memperelokkan wudhu’nya kemudian keluar menuju ke masjid maka janganlah sesekali dia menyilang jari-jemari tangannya kerana sesungguhnya dia (dikira) berada di dalam sembahyang.”

562 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ مُعَاذِ بْنِ عَبَّادٍ الْعَنْبَرِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ يَعْلَى بْنِ عَطَاءٍ عَنْ مَعْبَدِ بْنِ هُرْمُزَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ قَالَ حَضَرَ رَجُلًا مِنْ الْأَنْصَارِ الْمَوْتُ فَقَالَ إِنِّي مُحَدِّثُكُمْ حَدِيثًا مَا أُحَدِّثُكُمُوهُ إِلَّا احْتِسَابًا سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ إِذَا تَوَضَّأَ أَحَدُكُمْ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ ثُمَّ خَرَجَ إِلَى الصَّلَاةِ لَمْ يَرْفَعْ قَدَمَهُ الْيُمْنَى إِلَّا كَتَبَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ لَهُ حَسَنَةً وَلَمْ يَضَعْ قَدَمَهُ الْيُسْرَى إِلَّا حَطَّ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ عَنْهُ سَيِّئَةً فَلْيُقَرِّبْ أَحَدُكُمْ أَوْ لِيُبَعِّدْ فَإِنْ أَتَى الْمَسْجِدَ فَصَلَّى فِي جَمَاعَةٍ غُفِرَ لَهُ فَإِنْ أَتَى الْمَسْجِدَ وَقَدْ صَلَّوْا بَعْضًا وَبَقِيَ بَعْضٌ صَلَّى مَا أَدْرَكَ وَأَتَمَّ مَا بَقِيَ كَانَ كَذَلِكَ فَإِنْ أَتَى الْمَسْجِدَ وَقَدْ صَلَّوْا فَأَتَمَّ الصَّلَاةَ كَانَ كَذَلِكَ

562 – Muhammad bin Mu`adzbin `Abbad Al-`Anbari meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Awanah meriwayatkan kepada kami daripada Ya`la bin Ya`la bin `Atha’ daripada Ma`bad bin Hurmuz daripada Sa`id bin Al-Musayyib, beliau berkata: Ada seorang lelaki Anshar yang hampir mati tiba-tiba dia berkata: Sesungguhnya saya mahu menceritakan satu hadits kepada kamu, tidaklah saya mahu menceritakan kepada kamu hadits ini melainkan mengharapkan pahala. Saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang kamu berwudhu’ dengan diperelokkan wudhu’nya kemudian pergi bersembahyang, tidak diangkat kaki kanannya melainkan Allah `Azza Wa Jalla menuliskan satu kebajikan untuknya dan tidak diletak kaki kirinya melainkan Allah menggugurkan satu dosa daripadanya. Terpulanglah pada kamu samada mahu dekat rumahnya ataupun mahu jauh (dari masjid). Sekiranya dia telah sampai ke masjid kemudian bersembahyang secara berjama`ah nescaya diampuni dosanya, sekiranya dia sampai di masjid ketika orang ramai telahpun mengerjakan sebahagian daripada sembahyang dan tinggal sebahagian lagi lalu dia pun bersembahyang apa-apa yang sempat dan menyempurnakan yang tertinggal, begitu juga keadaannya (diampuni dosanya). Sekiranya dia pergi ke masjid dan orang ramai telahpun selesai bersembahyang maka dia menyempurnakan sembahyangnya secara berseorangan, begitu juga keadaanya (diampuni dosanya).”

 

بَاب فِيمَنْ خَرَجَ يُرِيدُ الصَّلَاةَ فَسُبِقَ بِهَا

Bab Tentang Orang Yang Keluar Untuk Bersembahyang Tetapi Sembahyang Telahpun Ditunaikan

563 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ عَنْ مُحَمَّدٍ يَعْنِي ابْنَ طَحْلَاءَ عَنْ مُحْصِنِ بْنِ عَلِيٍّ عَنْ عَوْفِ بْنِ الْحَارِثِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ النبي[3] صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ وُضُوءَهُ ثُمَّ رَاحَ فَوَجَدَ النَّاسَ قَدْ صَلَّوْا أَعْطَاهُ اللَّهُ عَزَّ وجَلَّ مِثْلَ أَجْرِ[4] مَنْ صَلَّاهَا وَحَضَرَهَا لَا يَنْقُصُ ذَلِكَ مِنْ أَجْرِهِمْ شَيْئًا

563 – `Abdullah bin Maslamah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul `Aziz ya`ni Ibn Muhammad daripada Muhammad ya`ni Ibn Thahla’ daripada Muhsin bin `Ali daripada `Auf bin Al-Harits daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang berwudhu’ dengan mengelokkan wudhu’nya kemudian berangkat (ke masjid) kemudian mendapati orang ramai telahpun selesai mengerjakan sembahyang, Allah memberikan padanya seperti pahala orang yang telah bersembahyang dan orang yang hadir dalam jama`ah tersebut dengan tidak kurang sedikitpun pahala mereka.”

 

بَاب مَا جَاءَ فِي خُرُوجِ النِّسَاءِ إِلَى الْمَسْجِدِ

Bab Hadits-Hadits Tentang Orang Perempuan Keluar ke Masjid 

564 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَمْرٍو عَنْ أَبِي سَلَمَةَ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ وَلَكِنْ لِيَخْرُجْنَ وَهُنَّ تَفِلَاتٌ

564 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin `Amr daripada Abi Salamah daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Jangan kamu tegah orang-orang perempuan pergi ke masjid-masjid Allah tetapi hendaklah mereka keluar dalam keadaan bersahaja.”

565 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَمْنَعُوا إِمَاءَ اللَّهِ مَسَاجِدَ اللَّهِ

565 – Sulaiman bin Harb meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Nafi` daripada Ibn `Umar, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu larang orang-orang perempuan pergi ke masjid-masjid Allah.”

566 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا الْعَوَّامُ بْنُ حَوْشَبٍ حَدَّثَنِي حَبِيبُ بْنُ أَبِي ثَابِتٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ  رضى الله عنهما قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تَمْنَعُوا نِسَاءَكُمْ الْمَسَاجِدَ وَبُيُوتُهُنَّ خَيْرٌ لَهُنَّ

566 – `Utsman bin Ibn Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Harun meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-`Awwam bin Hausyab meriwayatkan kepada kami, katanya: Habib bin Abi Tsabit meriwayatkan kepada saya daripada Ibn `Umar, beliau berkata: Raulullah s.a.w bersabda: “Jangan kamu larang perempuan-perempuan/isteri-isteri kamu pergi ke masjid walau bagaimanapun rumah-rumah mereka adalah lebih baik untuk mereka.”

567 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ وَأَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ قَالَ عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ائْذَنُوا لِلنِّسَاءِ إِلَى الْمَسَاجِدِ بِاللَّيْلِ فَقَالَ ابْنٌ لَهُ وَاللَّهِ لَا نَأْذَن لَهُنَّ فَيَتَّخِذْنَهُ دَغَلًا وَاللَّهِ لَا نَأْذَنُ لَهُنَّ قَالَ فَسَبَّهُ وَغَضِبَ عليه وَقَالَ أَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ائْذَنُوا لَهُنَّ وَتَقُولُ لَا نَأْذَنُ لَهُنَّ

567 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir dan Abu Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Mujahid, beliau berkata: `Abdullah bin `Umar berkata: Nabi s.a.w bersabda: “Izinkan orang-orang perempuan pergi ke masjid pada waktu malam.” Maka ada seorang anaknya yang berkata kepadanya: Demi Allah kami tidak akan mengizinkan kepada mereka, nanti mereka akan mengambilnya sebagai helah, Demi Allah kami tidak akan izinkan kepada mereka. Perawi (Mujahid) berkata: Lalu Ibn `Umar pun memaki serta marah terhadapnya dan berkata: Saya kata Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Izinkan mereka sedangkan engkau pula kata: Kami tidak izinkan mereka.

568 – حَدَّثَنَا[5] الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ سَعِيدٍ عَنْ عَمْرَةَ بِنْتِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ أَنَّهَا أَخْبَرَتْهُ أَنَّ عَائِشَةَ رضى الله عنها زَوْجَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَتْ لَوْ أَدْرَكَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا أَحْدَثَ النِّسَاءُ[6] لَمنعَهُنَّ الْمَسْجِدَ كَمَا مُنِعَهُ[7] نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ قَالَ يَحْيَى فَقُلْتُ لِعَمْرَةَ أَمُنِعَهُ[8] نِسَاءُ بَنِي إِسْرَائِيلَ قَالَتْ نَعَمْ

568 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Yahya bin Sa`id daripada `Amrah binti `Abdir Rahman bahawa beliau memberitahu Yahya bin Sa`id bahawa `A’isyah r.a isteri Nabi s.a.w berkata: Kalaulah Rasulullah s.a.w sempat dengan apa yang diada-adakan oleh orang perempuan (di kemudian hari) nescayabaginda akan melarang mereka pergi ke masjid seperti mana dilarang perempuan-perempuan Bani Isra’il (pergi ke masjid). Yahya (perawi) berkata: Saya pun berkata kepada `Amrah: Adakah perempuan-perempuan Bani Isra’il telah dilarang? Beliau menjawab: Ya.”

569 – حَدَّثَنَا ابْنُ الْمُثَنَّى أَنَّ عَمْرَو بْنَ عَاصِمٍ حَدَّثَهُمْ قَالَ حَدَّثَنَا هَمَّامٌ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ مُوَرِّقٍ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صَلَاةُ الْمَرْأَةِ فِي بَيْتِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي حُجْرَتِهَا وَصَلَاتُهَا فِي مَخْدَعِهَا أَفْضَلُ مِنْ صَلَاتِهَا فِي بَيْتِهَا

569 – Ibn Al-Mutsanna meriwayatkan kepada kami bahawa `Amr bin `Ashim telah menceritakan kepada mereka, katanya: Hammam meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Muwarriq daripada Abi Al-Ahwash daripada `Abdillah daripada Nabi s.a.w, sabdanya: “Sembahyang perempuan di dalam rumahnya adalah lebih baik daripada sembahyangnya di perkarangan rumahnya dan sembahyangnya di dalam bilik kecil di dalam rumahnya adalah lebih baik daripada sembhayangnya di rumahnya.”

570 – حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكْنَا هَذَا الْبَابَ لِلنِّسَاءِ قَالَ نَافِعٌ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ ابْنُ عُمَرَ حَتَّى مَاتَ

قَالَ أَبُو دَاوُد رَوَاهُ إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ قَالَ قَالَ عُمَرُ وَهَذَا أَصَحُّ

570 – Abu Ma`mar meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Warits meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub  meriwayatkan kepada kami daripada Nafi` daripada Ibn `Umar, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Alangkah baik sekiranya kita tinggalkan pintu ini (khususkan) untuk orang-orang perempuan. Nafi` berkata: Ibn `Umar tidak lagi masuk melalui pintu itu sehingga dia mati.

Abu Daud berkata: Isma`il bin Ibrahim juga telah meriwayatkan hadits ini daripada Ayyub daripada Nafi`, beliau berkata: `Umar berkata, dan yang inilah lebih shahih.

[1] Dalam sesetengah nuskhah: الظلام

[2] Dalam sesetengah nuskhah: يدى

[3] Dalam sesetengah nuskhah: رسول الله

[4] Dalam sesetengah nuskhah: أجور

[5] Dalam sesetengah nuskhah: باب التشديد في ذلك

[6] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: بعده

[7] Dalam sesetengah nuskhah: منعت

[8] Dalam sesetengah nuskhah: أمنعت

 

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *