Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 27 – Bab Hadis Tentang Kelebihan Berjalan Untuk Pergi Bersembahyang
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 27 – Bab Hadis Tentang Kelebihan Berjalan Untuk Pergi Bersembahyang

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 27 – 230406

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 27 – 230406

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3
 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadits
2- 16:49 : Bab Kelebihan berjalan kaki untuk pergi sembahyang
3- 44:34 : Khilaf masalah orang yang berjamaah dapat 25 darjat atau 27 darjat,
4- 48:07 : Maksud Memperilokkan wudhu’
5- 51:38 : Kelebihan pergi masjid dan maksud malaikat Selawat
6- 58:30 : Menyakiti Malaikat
7- 01:03:10 : Sembahyang Jumaah Menyamai 25 sembahyang

 

 

 

 

بَاب مَا جَاءَ فِي فَضْلِ الْمَشْيِ إِلَى الصَّلَاةِ

Bab Hadits-Hadits Tentang Kelebihan Berjalan Menuju Sembahyang

555 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ ابْنِ أَبِي ذِئْبٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ مِهْرَانَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ سَعْدٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ

عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْأَبْعَدُ فَالْأَبْعَدُ مِنْ الْمَسْجِدِ أَعْظَمُ أَجْرًا

555 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Abi Dzi’b daripada `Abdir Rahman bin Mihran daripada `Abdir Rahman bin Sa`d daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w, baginda bersabda: “Orang yang lebih jauh kemudian yang lebih jauh lagi dari masjid adalah lebih besar pahalanya.”

556 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مُحَمَّدٍ النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ التَّيْمِيُّ أَنَّ أَبَا عُثْمَانَ حَدَّثَهُ عَنْ أُبَيِّ بْنِ كَعْبٍ قَالَ كَانَ رَجُلٌ لَا أَعْلَمُ أَحَدًا مِنْ النَّاسِ مِمَّنْ يُصَلِّي الْقِبْلَةَ مِنْ أَهْلِ الْمَدِينَةِ أَبْعَدَ مَنْزِلًا مِنْ الْمَسْجِدِ مِنْ ذَلِكَ الرَّجُلِ وَكَانَ لَا تُخْطِئُهُ صَلَاةٌ فِي الْمَسْجِدِ فَقُلْتُ لَوْ اشْتَرَيْتَ حِمَارًا تَرْكَبُهُ[1] فِي الرَّمْضَاءِ وَالظُّلْمَةِ فَقَالَ مَا أُحِبُّ أَنَّ مَنْزِلِي إِلَى جَنْبِ الْمَسْجِدِ فَنُمِيَ الْحَدِيثُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ  صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَسَأَلَهُ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ أَرَدْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَنْ يُكْتَبَ لِي إِقْبَالِي إِلَى الْمَسْجِدِ وَرُجُوعِي إِلَى أَهْلِي إِذَا رَجَعْتُ فَقَالَ أَعْطَاكَ اللَّهُ ذَلِكَ كُلَّهُ أَنْطَاكَ اللَّهُ مَا احْتَسَبْتَ كُلَّهُ أَجْمَعَ

556 – `Abdullah bin Muhammad An-Nufaili meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman At-Taimi meriwayatkan kepada kami bahawa Aba `Utsman telah menceritakan kepadanya daripada Ubai bin Ka`b, beliau berkata: Ada seorang lelaki yang mana saya tidak mengetahui ada sesiapapun antara orang yang menghadap qiblat dari kalangan penduduk Madinah yang lebih jauh rumahnya dari masjid daripada lelaki tersebut tetapi dia tidak pernah terlepas sembahyang di masjid. Saya pernah berkata kepadanya: Alangkah baik sekiranya engkau beli keldai untuk engkau tunggangi pada ketika panas dan gelap lalu dia menjawab: Aku tidak suka jikalau rumahku berada dekat dengan masjid. Kemudian ceritanya itu disampaikan kepada Rasulillah s.a.w lalu baginda bertanya kepadanya tentang kata-katanya, dia menjawab: Wahai Rasulallah ,saya bermaksud agar ditulis untuk kepergian saya ke masjid dan untuk kepulangan saya kepada keluarga apabila saya pulang. Nabi s.a.w seraya bersabda: “Semoga Allah berikan padamu pahalanya semua sekali, semoga Allah berikan padamu apa yang kamu harapkan itu  semua sekali.”

557 – حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ حَدَّثَنَا الْهَيْثَمُ بْنُ حُمَيْدٍ عَنْ يَحْيَى بْنِ الْحَارِثِ عَنْ الْقَاسِمِ أَبِي[2] عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ أَبِي أُمَامَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ مَنْ خَرَجَ مِنْ بَيْتِهِ مُتَطَهِّرًا إِلَى صَلَاةٍ مَكْتُوبَةٍ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْحَاجِّ الْمُحْرِمِ وَمَنْ خَرَجَ إِلَى تَسْبِيحِ الضُّحَى لَا ينْصِبُهُ إِلَّا إِيَّاهُ فَأَجْرُهُ كَأَجْرِ الْمُعْتَمِرِ وَصَلَاةٌ عَلَى اثر صَلَاةٍ لَا لَغْوَ بَيْنَهُمَا كِتَابٌ فِي عِلِّيِّينَ

557 – Abu Taubah meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Haitsam bin Humaid meriwayatkan kepada kami daripada Yahya bin Al-Harits daripada Al-Qashim iaitu Abi `Abdir Rahman daripada Abi Umamah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: ” Sesiapa yang keluar dari rumahnya dalam keadaan bersuci menuju sembahyang fardhu maka pahalanya seperti pahala orang haji yang berihram dan sesiapa yang keluar untuk bersembahyang dhuha, tiada yang mendorongnya selain untuk sembahyang dhuha itu maka pahalanya adalah seperti pahala orang yang melakukan `umrah dan sembahyang selepas satu sembahyang yang tidak ada antara kedua-duanya sebarang perkara yang melalaikan adalah termasuk dalam catitan `illiyyin.

558 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَلَاةُ الرَّجُلِ فِي جَمَاعَةٍ تَزِيدُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي بَيْتِهِ وَصَلَاتِهِ فِي سُوقِهِ خَمْسًا وَعِشْرِينَ دَرَجَةً وَذَلِكَ بِأَنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا تَوَضَّأَ فَأَحْسَنَ الْوُضُوءَ وَأَتَى الْمَسْجِدَ لَا يُرِيدُ إِلَّا الصَّلَاةَ وَلَا يَنْهَزُهُ يعنى إِلَّا الصَّلَاةُ لَمْ يَخْطُ خطْوَةً إِلَّا رُفِعَ لَهُ[3] دَرَجَةٌ وَحُطَّ عَنْهُ بِهَا خَطِيئَةٌ حَتَّى يَدْخُلَ الْمَسْجِدَ فَإِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ كَانَ فِي صَلَاةٍ مَا كَانَتْ الصَّلَاةُ هِيَ تَحْبِسُهُ وَالْمَلَائِكَةُ[4]  يُصَلُّونَ عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مَجْلِسِهِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ يَقُولُونَ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ مَا لَمْ يُؤْذِ فِيهِ أَوْ يُحْدِثْ فِيهِ

558 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami daripada Al-A`masy daripada Abi Shalih daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sembahyang seseorang secara berjama`ah melebihi sembahyangnya di rumahnya dan sembahyang di kedainya dengan dua puluh lima darjat. Ini kerana apabila seseorang kamu berwudhu’ dan diperelokkan wudhu’nya lalu pergi ke masjid, tidak dikehendakinya sesuatu yang lain selain daripada sembahyang. Tidak ada yang mendorongnya untuk pergi (maksud beliau) kecuali sembahyang, tidaklah dia melangkah walau satu langkah melainkan diangkatkan dengan satu langkah itu satu darjat dan digugurkan dengan sebab satu langkah itu satu dosanya sehinggalah dia masuk ke masjid. Apabila dia masuk ke masjid, dia dikira berada dalam sembahyang selagi mana sembahyang menahannya (untuk berada di masjid). Para malaikat pula berselawat (beristighfar) untuk seseorang kamu selagi dia berada di tempat duduk di mana dia bersembahyang di situ, mereka mendo`adakan اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ اللَّهُمَّ تُبْ عَلَيْهِ Ya Allah, ampunilah dia Ya Allah rahmatilah dia Ya Allah terimalah taubatnya, selagi dia tidak mengganggu (orang lain) di tempat itu atau selagi dia tidak berhadats di situ.

559 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ عَنْ هِلَالِ بْنِ مَيْمُونٍ عَنْ عَطَاءِ بْنِ يَزِيدَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةُ فِي جَمَاعَةٍ[5] تَعْدِلُ خَمْسًا وَعِشْرِينَ صَلَاةً فَإِذَا صَلَّاهَا فِي فَلَاةٍ فَأَتَمَّ رُكُوعَهَا وَسُجُودَهَا بَلَغَتْ خَمْسِينَ صَلَاةً

قَالَ أَبُو دَاوُد قَالَ عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ فِي هَذَا الْحَدِيثِ صَلَاةُ الرَّجُلِ فِي الْفَلَاةِ تُضَاعَفُ عَلَى صَلَاتِهِ فِي الْجَمَاعَةِ وَسَاقَ الْحَدِيثَ

559 – Muhammad bin `Isa meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami daripada Hilal bin Maimun daripada `Atha’ bin Yazid daripada Abi Sa`id Al-Khudri, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sembahyang secara berjama`ah menyama’i dua puluh lima sembahyang. Sekkiranya seseorang mengerjakannya di tanah lapang dengan disempurnakan ruku` dan sujudnya, pahalanya boleh meningkat hingga/seperti lima puluh sembahyang.

Abu Daud berkata: `Abdul Wahid bin Ziyad berkata di dalam hadits ini : sembahyang seseorang di tanah lapang, digandakan pahala sembahyangnya dengan berjama`ah dan dia seterusnya mengemukakan hadits selanjutnya.

[1] Dalam sesetengah nuskhah: فتركبه

[2] Dalam sesetengah nuskhah: ابن

[3] dalam sesetengah nuskhah: رفع الله بها درجة

[4] Dalam sesetengah nuskhah: فالملائكة

[5] Dalam sesetengah nuskhah: الجماعة

 

 

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *