Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 24 – Bab Keluar Daripada Masjid Selepas Azan & Bab Berkenaan Muazzin Menunggu Imam & Bab Berkenaan Taswib
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 24 – Bab Keluar Daripada Masjid Selepas Azan & Bab Berkenaan Muazzin Menunggu Imam & Bab Berkenaan Taswib

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 24 – 020406

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 24 – 020406

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadits
2- 09:04 : Bab keluar Masjid selepas Azan
3- 23:29 : Sanad hadits ini, ada Abu as-Sya’tsa’
4- 26:04 : Bab Mu’azzim menunggu Imam
5- 29:28 : Sanad hadits ini ada Syababah dan Berfahaman Murji’ah
6- 32:13 : Fahaman Murji’ah
7- 45:02 : Bab Taswir, ( Mengulangi sesuatu yang telah disebut ) dan Perkara Bid’ah

 

 

 

 

بَاب الْخُرُوجِ مِنْ الْمَسْجِدِ بَعْدَ الْأَذَانِ

Bab Keluar Dari Masjid Selepas Dikumandangkan Adzan

535 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أخبرنا سُفْيَانُ عَنْ إِبْرَاهِيمَ بْنِ الْمُهَاجِرِ عَنْ أَبِي الشَّعْثَاءِ قَالَ كُنَّا مَعَ أَبِي هُرَيْرَةَ فِي الْمَسْجِد قالِ فَخَرَجَ رَجُلٌ حِينَ أَذَّنَ الْمُؤَذِّنُ لِلْعَصْرِ[1] فَقَالَ أَبُو هُرَيْرَةَ أَمَّا هَذَا فَقَدْ عَصَى أَبَا الْقَاسِمِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

535 – Muhammad  bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Ibrahim bin Al-Muhajir daripada Abi Asy-Sya`tsa’, beliau berkata: Kami pernah bersama Abi Hurairah di dalam masjid, beliau menambah lagi: Kemudian ada seseorang keluar ketika mu’dzdzin mengumandangkan adzan untuk sembahyang ‘Ashar lalu Abu Hurairah pun berkata: Adapun dia ini sesungguhnya telah derhaka kepada Abal Qashim s.a.w

 

بَاب فِي الْمُؤَذِّنِ يَنْتَظِرُ الْإِمَامَ

Bab Tentang Mu’adzdzin Menunggu Imam

536 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا شَبَابَةُ عَنْ إِسْرَائِيلَ عَنْ سِمَاكٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ سَمُرَةَ قَالَ كَانَ بِلَالٌ يُؤَذِّنُ ثُمَّ يُمْهِلُ فَإِذَا رَأَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ خَرَجَ أَقَامَ الصَّلَاةَ

536 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syababah meriwayatkan kepada kami daripada Isra’il daripada Simak daripada Jabir bin Samurah, beliau berkata: Bilal beradzan kemudian menunggu seketika, apabila beliau nampak Nabi s.a.w telah keluar barulah dia iqamat untuk sembahyang.

 

بَاب فِي التَّثْوِيبِ[2]

Bab Tentang Tatswib

537 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ كَثِيرٍ أخبرنا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا أَبُو يَحْيَى الْقَتَّاتُ عَنْ مُجَاهِدٍ قَالَ كُنْتُ مَعَ ابْنِ عُمَرَ[3] فَثَوَّبَ رَجُلٌ فِي الظُّهْرِ أَوْ الْعَصْرِ قَالَ[4]  اخرِجْ بِنَا فَإِنَّ هَذِهِ بِدْعَةٌ

537 – Muhammad bin Katsir meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Yahya Al-Qattat meriwayatkan kepada kami daripada Mujahid, beliau berkata: Kami pernah bersama Ibn `Umar tiba-tiba ada orang yang melakukan tatswib pada ketika mahu sembahyang Zhuhur atau `Ashar, beliau berkata: Bawa kami keluar kerana ini adalah bid`ah.

[1] Dalam sesetengah nuskhah: بالعصر

[2] Dalam sesetengah nuskhah dengan tambahan: فى الظهر

[3] Dalam sesetengah nuskhah: عبدالله بن عمر

[4] Dalam sesetengah nuskhah: فقال

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *