Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 15 – Bab Larangan Bersembahyang Di kandang Unta & Bab Bilakah Kanak-Kanak Disuruh Bersembahyang
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 15 – Bab Larangan Bersembahyang Di kandang Unta & Bab Bilakah Kanak-Kanak Disuruh Bersembahyang

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 15 – 290106

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 15 – 290106

 

 Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3
 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan
2- 07:43 : Bab tempat-tempat yang tidak harus mengerjakan sembahyang,
3- 38:30 : Sanad Hadits No 2 ini ada Abi Soleh Al-Ghifari,Ibnu Lahi’ah, Yahya bin Azhar,dan Ammar bin Sa’ad Al-Muradiy
4- 43:20 : Nabi s.a.w. Melarang sembahyang di tempat perkuburan
5- 59:57 : Sanad hadits No 3
6- 01:02:31 : Sanad hadits NO 4 , dan perbezaan dengan hadits sebelumnya
7- 01:05:20 : Bumi ini boleh dijadikan Masjid kecuali 2 tempat iaitu Bilik mandi dan perkuburan

 

 

 

 

بَاب النَّهْيِ عَنْ الصَّلَاةِ فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ

Bab Larangan Bersembahyang di Kandang Unta

491 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الرَّازِيِّ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ سُئِلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ الصَّلَاةِ فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ فَقَالَ لَا تُصَلُّوا فِي مَبَارِكِ الْإِبِلِ فَإِنَّهَا مِنْ الشَّيَاطِينِ وَسُئِلَ عَنْ الصَّلَاةِ فِي مَرَابِضِ الْغَنَمِ فَقَالَ صَلُّوا فِيهَا فَإِنَّهَا بَرَكَةٌ

491 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-A`masy meriwayatkan kepada kami daripada `Abdillah bin `Abdillah Ar-Razi daripada `Abdir Rahman bin Abi Laila daripada Al-Bara’ bin `Azib, katanya: Rasulullah s.a.w pernah ditanya tentang bersembahyang di kandang unta, baginda bersabda: “Janganlah kamu  bersembahyang di kandang unta kerana sesungguhnya ia daripada syaithan.” Baginda juga ditanya tentang bersembahyang di kandang kambing, baginda menjawab: “Bersembahyanglah kamu di situ kerana sesungguhnya ia adalah barakah.”

 

بَاب مَتَى يُؤْمَرُ الْغُلَامُ بِالصَّلَاةِ

Bab Bilakah Kanak-Kanak Disuruh Bersembahyang

492 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عِيسَى يَعْنِي ابْنَ الطَّبَّاعِ حَدَّثَنَا إِبْرَاهِيمُ بْنُ سَعْدٍ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ الرَّبِيعِ بْنِ سَبْرَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا الصَّبِيَّ بِالصَّلَاةِ إِذَا بَلَغَ سَبْعَ سِنِينَ وَإِذَا بَلَغَ عَشْرَ سِنِينَ فَاضْرِبُوهُ عَلَيْهَا

492 – Muhammad bin `Isa iaitu Ibn At-Thabba` meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibrahim bin Sa`d meriwayatkan kepada kami daripada `Abdil Malik bin Ar-Rabi` bin Sabrah daripada ayahnya daripada datuknya, katanya: Nabi s.a.w bersabda: “Suruhlah kanak-kanak bersembahyang apabila sampai umurnya tujuh tahun dan apabila telah berumur sepuluh tahun maka pukullah dia kerana meninggalkannya.”

493 – حَدَّثَنَا مُؤَمَّلُ بْنُ هِشَامٍ يَعْنِي الْيَشْكُرِيَّ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ عَنْ سَوَّارٍ أَبِي حَمْزَةَ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهُوَ سَوَّارُ بْنُ دَاوُدَ أَبُو حَمْزَةَ الْمُزَنِيُّ الصَّيْرَفِيُّ عَنْ عَمْرِو بْنِ شُعَيْبٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُرُوا أَوْلَادَكُمْ بِالصَّلَاةِ وَهُمْ أَبْنَاءُ سَبْعِ سِنِينَ وَاضْرِبُوهُمْ عَلَيْهَا وَهُمْ أَبْنَاءُ عَشْرٍ وَفَرِّقُوا بَيْنَهُمْ فِي الْمَضَاجِعِ

493 – Mu’ammal bin Hisyam iaitu Al-Yasykuri meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il meriwayatkan kepada kami daripada Sawwar daripada Abi Hamzah – Abu Berkata: Dia ialah Sawwar bin Daud iaitu Abu Hamzah Al-Muzani Ash-Shairafi – daripada `Amr bin Syu`aib daripada ayahnya daripada datuknya, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Suruhlah anak-anak kamu bersembahyang pada ketika mereka berumur tujuh tahun dan pukullah mereka kerana meninggalkannya pada ketika mereka sepuluh tahun dan pisahkan tempat tidur di antara mereka.”

494 – حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنِي دَاوُدُ بْنُ سَوَّارٍ الْمُزَنِيُّ بِإِسْنَادِهِ وَمَعْنَاهُ وَزَادَ وَإِذَا زَوَّجَ أَحَدُكُمْ خَادِمَهُ عَبْدَهُ أَوْ أَجِيرَهُ فَلَا ينظر إِلَى مَا دُونَ السُّرَّةِ وَفَوْقَ الرُّكْبَةِ قَالَ أَبُو دَاوُد وَهِمَ وَكِيعٌ فِي اسْمِهِ وَرَوَى عَنْهُ أَبُو دَاوُدَ الطَّيَالِسِيُّ هَذَا الْحَدِيثَ فَقَالَ حَدَّثَنَا أَبُو حَمْزَةَ سَوَّارٌ الصَّيْرَفِيُّ

494 – Zuhair bin Harb meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` meriwayatkan kepada kami, katanya: Daud bin Sawwar Al-Muzani[1] meriwayatkan kepada saya dengan sanadnya sama dari segi ma`nanya dengan hadits yang tersebut sebelum ini (Mu’ammal bin Hisyam) cuma  dia menambah: “Apabila seseorang kamu menikahkan khadamnya dengan hambanya atau pekerjanya, maka tidak boleh dilihat bahagian bawah pusat dan atas lututnya.”

Abu Daud telah keliru berhubung namanya. Abu Daud At-Thayalisi telah meriwayatkan hadits ini daripadanya (Sawwar) dengan katanya: Abu Hamzah iaitu Sawwar Ash-Shairafi telah meriwayatkan kepadanya.

495 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ الْمَهْرِيُّ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أخبرنى هِشَامُ بْنُ سَعْدٍ حَدَّثَنِي مُعَاذُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ خُبَيْبٍ الْجُهَنِيُّ قَالَ دَخَلْنَا عَلَيْهِ فَقَالَ لِامْرَأَتِهِ مَتَى يُصَلِّي الصَّبِيُّ فَقَالَتْ كَانَ رَجُلٌ مِنَّا يَذْكُرُ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ سُئِلَ عَنْ ذَلِكَ فَقَالَ إِذَا عَرَفَ يَمِينَهُ مِنْ شِمَالِهِ فَمُرُوهُ بِالصَّلَاةِ

495 – Sulaiman bin Daud Al-Mahri meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam bin Sa`d meriwayatkan kepada kami, katanya: Mu`adz bin `Abdillah bin Hubaib Al-Juhani meriwayatkan kepada saya, katanya (Hisyam): Pernah kami masuk untuk bertemu dengannya (Mu`adz), lalu beliau berkata kepada isterinya: “Bilakah kanak-kanak bersembahyang?” Isterinya berkata: “Ada seorang lelaki dari kalangan kami menyebutkan daripada Rasulillah s.a.w bahawa baginda pernah ditanya tentang perkara ini, baginda menjawab: “Apabila kanak-kanak itu sudah dapat membezakan tangan kanan dan kirinya maka suruhlah dia bersembahyang.”

[1] Sebetulnya ialah Sawwar bin Daud Al-Muzani

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan hadits,
2- 12:37 : Bab Larangan Bersembahyang di kandang unta,
3- 47:45 : Bilakah perlu di suruh Kanak-kanak Sembahyang
4- 01:13:55 : Sanad riwayat hadits no 2
5- 01:17:27 : Sanad riwayat hadits no 3

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *