Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 14 – Bab Tentang Tempat-Tempat Yang Tidak Harus Atau Tidak Boleh Di Kerjakan Sembahyang
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 14 – Bab Tentang Tempat-Tempat Yang Tidak Harus Atau Tidak Boleh Di Kerjakan Sembahyang

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 14 – 220106

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 14 – 220106

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3
 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan matan
2- 07:43 : Bab tempat-tempat yang tidak harus mengerjakan sembahyang,
3- 38:30 : Sanad Hadits No 2 ini ada Abi Soleh Al-Ghifari,Ibnu Lahi’ah, Yahya bin Azhar,dan Ammar bin Sa’ad Al-Muradiy
4- 43:20 : Nabi s.a.w. Melarang sembahyang di tempat perkuburan
5- 59:57 : Sanad hadits No 3
6- 01:02:31 : Sanad hadits NO 4 , dan perbezaan dengan hadits sebelumnya
7- 01:05:20 : Bumi ini boleh dijadikan Masjid kecuali 2 tempat iaitu Bilik mandi dan perkuburan

 

 

 

 

بَاب فِي الْمَوَاضِعِ الَّتِي لَا تَجُوزُ فِيهَا الصَّلَاةُ

Bab Tentang Tempat-Tempat Yang Tidak Diperbolehkan Bersembahyang Padanya 

487 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا جَرِيرٌ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ مُجَاهِدٍ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ عُمَيْرٍ عَنْ أَبِي ذَرٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ جُعِلَتْ لِي الْأَرْضُ طَهُورًا وَمَسْجِدًا 

487 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Jarir meriwayatkan kepada kami daripada Al- `A’masy daripada Mujahid daripada `Ubaid bin `Umair daripada Abi Dzar, katanya: “Rasulullah s.a.w bersabda: “Dijadikan tanah untukku sebagai pencuci dan sebagai tempat bersembahyang.” 

488 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ قَالَ حَدَّثَنِي ابْنُ لَهِيعَةَ وَيَحْيَى بْنُ أَزْهَرَ عَنْ عَمَّارِ بْنِ سَعْدٍ الْمُرَادِيِّ عَنْ أَبِي صَالِحٍ الْغِفَارِيِّ أَنَّ عَلِيًّا رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ مَرَّ بِبَابِلَ وَهُوَ يَسِيرُ فَجَاءَهُ الْمُؤَذِّنُ يُؤَذِّنُ بِصَلَاةِ الْعَصْرِ فَلَمَّا بَرَزَ مِنْهَا أَمَرَ الْمُؤَذِّنَ فَأَقَامَ الصَّلَاةَ فَلَمَّا فَرَغَ قَالَ إِنَّ حَبِيبِي صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَهَانِي أَنْ أُصَلِّيَ فِي الْمَقْبَرَةِ وَنَهَانِي أَنْ أُصَلِّيَ فِي أَرْضِ بَابِلَ فَإِنَّهَا مَلْعُونَةٌ

488 – Sulaiman bin Daud meriwayatkan kepada kami, katanya Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Lahi`ah dan Yahya bin Azhar meriwayatkan kepada saya daripada `Ammar bin Sa`d Al-Muradi daripada Abi Shalih Al-Ghifari bahawa `Ali r.a pernah lalu di Babil. Ketika beliau sedang berjalan, mu’adzdzin datang memberitahu kepadanya berkenaan sembahyang `Ashar. Apabila beliau telah keluar dari kawasan itu barulah disuruhnya mu’adzdzin (melaungkan adzan dan mengiqamatkan) maka mua’dzdzin pun mengiqamatkan untuk sembahyang tersebut. Apabila selesai beliau (`Ali) berkata: “Sesungguhnya kekasihku s.a.w telah melarang aku bersembahyang di perkuburan dan di bumi Babil kerana kawasan itu dikutuk.”

489 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يَحْيَى بْنُ أَزْهَرَ وَابْنُ لَهِيعَةَ عَنْ الْحَجَّاجِ بْنِ شَدَّادٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ الْغِفَارِيِّ عَنْ عَلِيٍّ بِمَعْنَى سُلَيْمَانَ بْنِ دَاوُدَ قَالَ فَلَمَّا خَرَجَ مَكَانَ فَلَمَّا بَرَزَ

489 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibn Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Azhar dan Ibn Lahi`ah meriwayatkan kepada saya daripada Al-Hajjaj bin Syaddad daripada Abi Shalih Al-Ghifari daripada `Ali sama dari segi ma`na dengan hadit Sulaiman bin Daud tadi cuma perawi berkata: ” فَلَمَّا خَرَجَ di tempat فَلَمَّا بَرَزَ.”

490 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ ح و حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ عَنْ عَمْرِو بْنِ يَحْيَى عَنْ أَبِيهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَقَالَ مُوسَى فِي حَدِيثِهِ فِيمَا يَحْسَبُ عَمْرٌو إِنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْأَرْضُ كُلُّهَا مَسْجِدٌ إِلَّا الْحَمَّامَ وَالْمَقْبَرَةَ

490 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad ح Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abd Al-Wahid meriwayatkan kepada kami daripada `Amr bin Yahya daripada ayahnya daripada Abi Sa`id, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda, sedangkan Musa (bin Isma`il) di dalam haditsnya berhubung apa yang dikatakan oleh `Amr bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Bumi ini semuanya masjid kecuali bilik mandi dan perkuburan.”

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *