Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 13 – Bab Larangan Meludah Di Dalam Masjid & Bab Hadits Tentang Musyrik Yang Memasuki
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 13 – Bab Larangan Meludah Di Dalam Masjid & Bab Hadits Tentang Musyrik Yang Memasuki

Sunan Abi Daud -Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 13 – 150106

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3
 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 13 – 150106

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Bab larangan meludah dalam Masjid, Terjemahan Hadits
2- 16:55 : Larangan meluduh dalam masjid
3- 46:25 : Sanad hadits yang terakhir dalam bab ini dhaif kerana ada Al-Faraj bin Fadhalah
4- 50:00 : Buat makan malam pertama malam kedua
5- 54:07 : Bab Orang Kafir boleh masuk dalam Masjid,
6- 01:03:55 : Sanad hadits ini ada Muhammad bin Ishaq dan Salamah bin Al-Fadhal

 

 

بَاب فِي كَرَاهِيَةِ إِنْشَادِ الضَّالَّةِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab Tentang Larangan Mencari Barang Yang Hilang Dengan Mengangkat Suara di dalam Masjid

471 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْجُشَمِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ يَعْنِي ابْنَ شُرَيْحٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْأَسْوَدِ يَعْنِي مُحَمَّدَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ نَوْفَلٍ يَقُولُ أَخْبَرَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مَوْلَى شَدَّادٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَمِعَ رَجُلًا ينشد ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لَا أَدَّاهَا اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا

471 – `Ubaidullah bin `Umar Al-Jusyami meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Yazid meriwayatkan kepada kami, katanya: Haiwah ya`ni Ibn Syuraih meriwayatkan kepada kami, katanya: Aku telah mendengar Aba Al-Aswad ya`ni Muhammad bin `Abdir Rahman bin Naufal berkata: Abu `Abdillah hamba bebasan Syaddad telah menceritakan padaku bahawa dia telah mendengar Aba Hurairah berkata: “Saya telah mendengar Rasulallah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang mendengar seseorang mencari sesuatu barang yang hilang dengan mengangkat suara di dalam masjid maka katakanlah padanya: Semoga Allah tidak mengembalikan barang itu kepadamu, kerana sesungguhnya masjid-masjid itu tidak dibina untuk tujuan tersebut.”

 

بَاب فِي كَرَاهِيَةِ الْبُزَاقِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab Tentang Larangan Berludah Di Dalam Masjid

472 – حَدَّثَنَا مُسْلِمُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ وَشُعْبَةُ وَأَبَانُ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ التَّفْلُ فِي الْمَسْجِدِ خَطِيئَةٌ وَكَفَّارَتُهُ أَنْ يُوَارِيَهُ

472 – Muslim bin Ibrahim meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam, Syu`bah dan Aban meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Anas bin Malik bahawa Nabi s.a.w bersabda: “Berludah di dalam masjid adalah satu kesalahan dan penghapus kesalahannya itu adalah dengan menimbuskannya (dengan pasir atau tanah).”

473 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَس قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنّ الْبُزَاق فِي الْمَسْجِدِ خَطِيئَةٌ وَكَفَّارَتُهَا دَفْنُهَا

473 – Musaddad  meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Awanah meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah dariapda Anas, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya berludah di dalam masjid itu adalah satu kesalahan dan penghapus kesalahannya itu adalah dengan menimbusnya.”

474 – حَدَّثَنَا أَبُو كَامِلٍ حَدَّثَنَا يَزِيدُ يَعْنِي ابْنَ زُرَيْعٍ عَنْ سَعِيدٍ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ النُّخَاعَةُ فِي الْمَسْجِدِ فَذَكَرَ مِثْلَهُ

474 – Abu Kamil meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid ya`ni Ibn Zurai` meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id dariapda Qatadah daripada Anas bin Malik bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Membuang hingus atau kahak di dalam masjid – seterusnya perawi menyebutkan sama dari segi ma`nanya dengan hadits yang tersebut sebelum ini.”

475 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ حَدَّثَنَا أَبُو مَوْدُودٍ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي حَدْرَدٍ الْأَسْلَمِيِّ سَمِعْتُ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ دَخَلَ هَذَا الْمَسْجِدَ فَبَزَقَ فِيهِ أَوْ تَنَخَّمَ فَلْيَحْفِرْ ولْيَدْفِنْهُ فَإِنْ لَمْ يَفْعَلْ فَلْيَبْزُقْ فِي ثَوْبِهِ ثُمَّ لِيَخْرُجْ بِهِ

475 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu  Maudud meriwayatkan kepada kami daripada `Abdir Rahman bin Abi Hadrad Al-Aslami, katanya: Aku telah mendengar Aba Hurairah berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesiapa yang memasuki masjid ini kemudian dia berludah di dalamnya atau dia mengeluarkan kahaknya maka hedaklah dia mengorek tanah/pasir dan menimbusinya, jika dia tidak dapat berbuat begitu maka hendaklah dia berludah di dalam kainnya kemudian membawanya keluar.”

476 – حَدَّثَنَا هَنَّادُ بْنُ السَّرِيِّ عَنْ أَبِي الْأَحْوَصِ عَنْ مَنْصُورٍ عَنْ رِبْعِيٍّ عَنْ طَارِقِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ الْمُحَارِبِيِّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا قَامَ الرَّجُلُ إِلَى الصَّلَاةِ أَوْ إِذَا صَلَّى أَحَدُكُمْ فَلَا يَبْزُقنّ أَمَامَهُ وَلَا عَنْ يَمِينِهِ وَلَكِنْ عَنْ تِلْقَاءِ يَسَارِهِ إِنْ كَانَ فَارِغًا أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ الْيُسْرَى ثُمَّ لِيَقُلْ بِهِ

476 – Hannad bin As-Sariy meriwayatkan kepada kami dariapda Abi Al-Ahwas daripada Manshur daripada Rib`i daripada Thariq bin `Abdillah Al-Muharibi, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang bangkit untuk mengerjakan sembahyang atau (syak perawi) Apabila seseorang kamu mengerjakan sembahyang maka janganlah sekali-kali dia berludah kehadapannya dan jangan juga ke sebelah kanannya tetapi (berludahlah) ke sebelah kirinya jika kirinya itu kosong atau (berludahlah) di bawah tapak kakinya yang sebelah kiri kemudian hendaklah dia (baginda mengisyaratkan dengan kaki) supaya menimbusinya.”

477 – حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ دَاوُدَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ بَيْنَمَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَخْطُبُ يَوْمًا إِذْ رَأَى نُخَامَةً فِي قِبْلَةِ الْمَسْجِدِ فَتَغَيَّظَ عَلَى النَّاسِ ثُمَّ حَكَّهَا قَالَ وَأَحْسبُهُ قَالَ فَدَعَا بِزَعْفَرَانٍ فَلَطَّخَهُ بِهِ قال وَقَالَ إِنَّ اللَّهَ قِبَلَ وَجْهِ أَحَدِكُمْ إِذَا صَلَّى فَلَا يَبْزُقْ بَيْنَ يَدَيْهِ

477 – Sulaiman bin Daud meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub meriwayatkan daripada Nafi` daripada Ibn `Umar, katanya: “Pada suatu hari ketika Rasulullah s.a.w sedang berkhutbah, tiba-tiba dilihatnya kahak di sebelah kiblat masjid maka baginda s.a.w pun menampakkan kemarahannya kepada orang ramai kemudian baginda menggosok-gosoknya (dengan sesuatu),” perawi berkata: “Saya rasa beliau (Nafi`) berkata: “Selepas itu, baginda s.a.w meminta za’faran lalu melumurkan pada bekas kahak tadi”. Perawi berkata: “Dan baginda s.a.w bersabda: ” Sesungguhnya Allah berada di sebelah hadapan seseorang kamu apabila dia bersenbahyang. Oleh itu, janganlah dia meludah ke sebelah hadapannya.”

478 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ حَبِيبِ بْنِ عَرَبِيٍّ حَدَّثَنَا خَالِدٌ يَعْنِي ابْنَ الْحَارِثِ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ عَجْلَانَ عَنْ عِيَاضِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يُحِبُّ الْعَرَاجِينَ وَلَا يَزَالُ فِي يَدِهِ مِنْهَا فَدَخَلَ الْمَسْجِدَ فَرَأَى نُخَامَةً فِي قِبْلَةِ الْمَسْجِدِ فَحَكَّهَا ثُمَّ أَقْبَلَ عَلَى النَّاسِ مُغْضَبًا فَقَالَ أَيَسُرُّ أَحَدَكُمْ أَنْ يُبْصَقَ فِي وَجْهِهِ إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا اسْتَقْبَلَ الْقِبْلَةَ فَإِنَّمَا يَسْتَقْبِلُ رَبَّهُ عَزَّ وَجَلَّ وَالْمَلَكُ عَنْ يَمِينِهِ فَلَا يَتْفُلْ عَنْ يَمِينِهِ وَلَا فِي قِبْلَتِهِ وَلْيَبْصُقْ عَنْ يَسَارِهِ أَوْ تَحْتَ قَدَمِهِ فَإِنْ عَجِلَ بِهِ أَمْرٌ فَلْيَقُلْ هَكَذَا وَوَصَفَ لَنَا ابْنُ عَجْلَانَ ذَلِكَ أَنْ يَتْفُلَ فِي ثَوْبِهِ ثُمَّ يَرُدَّ بَعْضَهُ عَلَى بَعْضٍ

478 – Yahya bin Hubaib bin `Arabi meriwayatkan kepada kami, katanya: Khalid ya`ni Ibn Al-Harits meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin `Ajlan daripada `Iyadh bin `Abdillah daripada Abi Sa`id Al-Khudri bahawa Nabi s.a.w suka akan pelepah tamar dan pelepah itu sentiasa ada di tangan baginda s.a.w. Pernah suatu hari baginda s.a.w masuk ke dalam masjid dilihatnya kahak di sebelah kiblat masjid lalu menggosok-gosokkannya kemudian mengadap orang ramai dengan marah. Baginda s.a.w berkata: “Sukakah kamu sekiranya diludahkan ke mukanya. Sesungguhnya apabila seseorang kamu menghadap ke arah kiblat, sebenarnya dia menghadap Tuhannya `Azza Wa Jalla dan para malaikat di sebelah kanannya. Oleh itu, janganlah dia meludah ke sebelah kanannya dan jangan ke sebelah kiblatnya tetapi hendaklah dia meludah ke sebelah kirinya atau di bawah tapak kakinya. Jika dalam keadaan terdesak maka hendaklah dibuatnya begini – Ibn `Ajlan menunjukkan kepada kami cara tersebut iaitu seseorang meludah ke dalam kainnya/sapu tangannya kemudian menggosok-gosokkannya.

479 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ الْفَضْلِ السِّجِسْتَانِيُّ وَهِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ وَسُلَيْمَانُ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدِّمَشْقِيَّانِ قَالُوا حَدَّثَنَا حَاتِمُ يعنى ابْن إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ بْنُ مُجَاهِدٍ أَبُو حَزْرَةَ عَنْ عُبَادَةَ بْنِ الْوَلِيدِ بْنِ عُبَادَةَ بْنِ الصَّامِتِ قال أَتَيْنَا جَابِرًا يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ اللَّهِ وَهُوَ فِي مَسْجِدِهِ فَقَالَ أَتَانَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي مَسْجِدِنَا هَذَا وَفِي يَدِهِ عُرْجُونُ ابْنِ طَابٍ فَنَظَرَ فَرَأَى فِي قِبْلَةِ الْمَسْجِدِ نُخَامَةً فَأَقْبَلَ عَلَيْهَا فَحَتَّهَا بِالْعُرْجُونِ ثُمَّ قَالَ أَيُّكُمْ يُحِبُّ أَنْ يُعْرِضَ اللَّهُ عَنْهُ بِوَجْهِهِ ثُمَّ قَالَ إِنَّ أَحَدَكُمْ إِذَا قَامَ يُصَلِّي فَإِنَّ اللَّهَ قِبَلَ وَجْهِهِ فَلَا يَبْصُقَنَّ قِبَلَ وَجْهِهِ وَلَا عَنْ يَمِينِهِ ليبصق عَنْ يَسَارِهِ تَحْتَ رِجْلِهِ الْيُسْرَى فَإِنْ عَجِلَتْ بِهِ بَادِرَةٌ فَلْيَقُلْ بِثَوْبِهِ هَكَذَا وَوَضَعَهُ عَلَى فِيهِ ثُمَّ دَلَكَهُ ثُمَّ قَالَ أَرُونِي عَبِيرًا فَقَامَ فَتًى مِنْ الْحَيِّ يَشْتَدُّ إِلَى أَهْلِهِ فَجَاءَ بِخَلُوقٍ فِي رَاحَتِهِ فَأَخَذَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَعَلَهُ عَلَى رَأْسِ الْعُرْجُونِ ثُمَّ لَطَّخَ بِهِ عَلَى أَثَرِ النُّخَامَةِ قَالَ جَابِرٌ فَمِنْ هُنَاكَ جَعَلْتُمْ الْخَلُوقَ فِي مَسَاجِدِكُمْ

479 – Yahya bin Al-Fadhl as-Sijistani, Hisyam bin `Ammar ad-Dimasyqi dan Sulaiman bin `Abdur Rahman ad-Dimasyqi meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Hatim ya`ni Ibn Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Ya`qub bin Mujahid iaitu Abu Hazrah meriwayatkan kepada kami daripada `Ubadah bin Al-Walid bin `Ubadah bin As-Shamit, katanya: Kami telah berjumpa Jabir ya`ni Ibn `Abdillah, ketika itu beliau sedang berada di dalam masjid, katanya (Jabir): Rasulullah s.a.w pernah datang ke masjid kami ini dan di tangan baginda ada pelepah tamar Ibn Thab. Baginda terlihat di sebelah masjid itu ada kahak lalu menuju ke tempat itu dan menggonyohnya dengan pelepah tamar tadi kemudian bertanya: “Siapakah di antara kamu yang suka Allah berpaling daripadanya?” Kemudian baginda bersabda: “Sesungguhnya apabila seseorang kamu berdiri bersenbahyang maka Allah berada di sebelah hadapannya. Oleh itu, janganlah sesekali dia meludah ke sebelah hadapannya dan jangan juga ke sebelah kanannya tetapi hendaklah dia meludah di sebelah kaki kirinya, sekiranya dia terdesak maka hendaklah dia lakukan begini dengan kain/sapu tangannya – baginda meletakkan di mulutnya lalu menggonyohkannya. Kemudian baginda berkata: “Bawakan kepadaku `abir (sejenis pewangi),” maka bangunlah seorang pemuda dari kaum itu dan bersegera pulang kepada ahli keluarganya dan datang kembali dengan membawa wangi-wangian di tangannya, Rasulullah s.a.w mengambilnya dan diletakkan di hujung pelepah tamar itu lalu melumurkannya di atas bekas kahak tadi. Jabir berkata: “Sebab itulah kamu melumurkan wangi-wangian di masjid-masjid kamu.”

480 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ صَالِحٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي عَمْرٌو عَنْ بَكْرِ بْنِ سَوَادَةَ الْجُذَامِيِّ عَنْ صَالِحِ بْنِ خَيْوَانَ عَنْ أَبِي سَهْلَةَ السَّائِبِ بْنِ خَلَّادٍ قَالَ أَحْمَدُ مِنْ أَصْحَابِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إنَّ رَجُلًا أَمَّ قَوْمًا فَبَصَقَ فِي الْقِبْلَةِ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْظُرُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ حِينَ فَرَغَ لَا يُصَلِّي لَكُمْ فَأَرَادَ بَعْدَ ذَلِكَ أَنْ يُصَلِّيَ لَهُمْ فَمَنَعُوهُ وَأَخْبَرُوهُ بِقَوْلِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ ذَلِكَ لِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ نَعَمْ وَحَسِبْتُ أَنَّهُ قَالَ إِنَّكَ آذَيْتَ اللَّهَ وَرَسُولَهُ

480 – Ahmad bin Shalih meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Wahb meriwayatkan kepada kami, katanya: `Amr meriwayatkan kepada kami dariapda Bakr bin Saudah Al-Juzami daripada Shalih bin Haiwah daripada Abi Sahlah As-Sa’ib bin Khallad – Ahmad (bin Shalih)berkata: Beliau adalah di antara sahabat Nabi s.a.w – bahawa ada seorang lelaki telah menjadi imam kepada satu kumpulan orang, dia pun meludah ke arah kiblat. Rasulullah memerhatikan kemudian berkata ketika dia selesai bersembahyang: “Dia tidak boleh menjadi imam kepada kamu.” Selepas itu, orang tadi mahu menjadi imam kepada mereka tetapi mereka menegahnya dan mereka memberitahunya tentang kata-kata Rasulillah s.a.w. Dia pun pergi bertemu menceritakan perkara itu kepada Rasulillah s.a.w dan baginda mengiyakannya. (Perawi berkata): “Dan saya rasa baginda ada berkata: “Sesungguhnya engkau telah menyakiti Allah dan Rasul-Nya.”

481 –  حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ أَخْبَرَنَا سَعِيدٌ الْجُرَيْرِيُّ عَنْ أَبِي الْعَلَاءِ عَنْ مُطَرِّفٍ عَنْ أَبِيهِ قَالَ أَتَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ يُصَلِّي فَبَزَقَ تَحْتَ قَدَمِهِ الْيُسْرَى

481 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa`id Al-Jurairi meriwayatkan kepada kami daripada Abi Al-`Ala’ daripada Mutharrif daripada ayahnya, katanya: “Saya pergi bertemu Rasulallah s.a.w pada ketika itu baginda sedang bersembahyang lalu baginda berludah di bawah tapak kaki kirinya.”

482 –  حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ زُرَيْعٍ عَنْ سَعِيدٍ الْجُرَيْرِيِّ عَنْ أَبِي الْعَلَاءِ عَنْ أَبِيهِ بِمَعْنَاهُ زَادَ ثُمَّ دَلَكَهُ بِنَعْلِهِ

482 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya Yazid bin Zurai` meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id Al-Jurairi daripada Abi Al-`Ala’ daripada ayahnya sama dari segi ma`nanya dengan hadits yang tersebut tadi, dengan tambahan “kemudian baginda megosoknya dengan seliparnya.”

483 –  حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا الْفَرَجُ بْنُ فَضَالَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ رَأَيْتُ وَاثِلَةَ بْنَ الْأَسْقَعِ فِي مَسْجِدِ دِمَشْقَ بَصَقَ عَلَى الْبُورِيِّ ثُمَّ مَسَحَهُ بِرِجْلِهِ فَقِيلَ لَهُ لِمَ فَعَلْتَ هَذَا قَالَ لِأَنِّي رَأَيْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَفْعَلُهُ

483 – Qutaibah bin Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Farj bin Fadhalah meriwayatkan kepada kami daripada Abu Sa`id[1], katanya: “Saya lihat Watsilah bin Al-Asqa` berada di dalam masjid Dimasyq, beliau berludah di atas tikar kemudian menggosoknya dengan kakinya lalu orang bertanya: “Kenapa engkau lakukan begitu?” Beliau menjawab: “Kerana saya pernah melihat Rasulallah  s.a.w lakukan begitu.

 

بَاب مَا جَاءَ فِي الْمُشْرِكِ يَدْخُلُ الْمَسْجِدَ

Bab Hadits-Hadits Tentang Orang Musyrik Boleh Memasuki Masjid

484 – حَدَّثَنَا عِيسَى بْنُ حَمَّادٍ حَدَّثَنَا اللَّيْثُ عَنْ سَعِيدٍ الْمَقْبُرِيِّ عَنْ شَرِيكِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي نَمِرٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ دَخَلَ رَجُلٌ عَلَى جَمَلٍ فَأَنَاخَهُ فِي الْمَسْجِدِ ثُمَّ عَقَلَهُ ثُمَّ قَالَ أَيُّكُمْ مُحَمَّدٌ وَرَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُتَّكِئٌ بَيْنَ ظَهْرَانَيْهِمْ فَقُلْنَا لَهُ هَذَا الْأَبْيَضُ الْمُتَّكِئُ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ يَا ابْنَ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَقَالَ لَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَدْ أَجَبْتُكَ فَقَالَ لَهُ الرَّجُلُ يَا مُحَمَّدُ إِنِّي سَائِلُكَ وَسَاقَ الْحَدِيثَ

484 – `Isa bin Hammad meriwayatkan kepada kami, katanya: Al-Laits meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id Al-Maqburi daripada Syarik bin `Abdillah bin Abi Namir bahawasanya dia telah mendengar Anas bin Malik berkata: “Pernah ada seorang lelaki yang menaiki unta, dia mendudukkan untanya di dalam masjid dan mengikat kaki untanya. Kemudian dia bertanya: “Siapakah di antara kamu Muhammad?” Pada ketika itu, Rasulullah s.a.w sedang bertelekan di hadapan mereka (para sahabat). Kami pun menjawabnya: “Ini! Yang putih, yang sedang bertelekan. Orang itu pun berkata: “Wahai anak `Abd Al-Mutthalib.” Nabi s.a.w pun menjawab: “Telah saya sahut,” orang itu berkata pula: “Wahai Muhammad! Saya ingin bertanya kepadamu” – seterusnya perawi mengemukakan hadits yang selebihnya.

485 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَمْرٍو حَدَّثَنَا سَلَمَةُ حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ حَدَّثَنِي سَلَمَةُ بْنُ كُهَيْلٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ الْوَلِيدِ بْنِ نُوَيْفِعٍ عَنْ كُرَيْبٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ قَالَ بَعَثَ بَنُو سَعْدِ بْنِ بَكْرٍ ضِمَامَ بْنَ ثَعْلَبَةَ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَدِمَ عَلَيْهِ فَأَنَاخَ بَعِيرَهُ عَلَى بَابِ الْمَسْجِدِ ثُمَّ عَقَلَهُ ثُمَّ دَخَلَ الْمَسْجِدَ فَذَكَرَ نَحْوَهُ قَالَ فَقَالَ أَيُّكُمْ ابْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَا ابْنُ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ قَالَ يَا ابْنَ عَبْدِ الْمُطَّلِبِ وَسَاقَ الْحَدِيثَ

485 – Muhammad bin `Amr meriwayatkan kepada kami, katanya Salamah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Is-haq meriwayatkan kepada saya, katanya: Salamah bin Kuhail dan Muhammad bin Al-Walid bin Nuwaifi` meriwayatkan kepada saya daripada Kuraib daripada Ibn `Abbas, katanya: Banu Sa`d bin Bakr telah mengutuskan Dhimam bin Tsa`labah kepada Rasulillah s.a.w, dia pun pergi kepada baginda dan mendudukkan untanya di pintu masjid lalu mengikatnya. Kemudian dia memasuki masjid – seterusnya perawi mengemukakan sama dari segi ma`nanya dengan hadits yang tersebut sebelum ini, cuma perawi berkata: “Orang itu bertanya: Siapakah di antara kamu anak `Abd Al-Mutthalib?” kemudian perawi mengemukakan hadits seterusnya.

486 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ فَارِسٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ أَخْبَرَنَا مَعْمَرٌ عَنْ الزُّهْرِيِّ حَدَّثَنَا رَجُلٌ مِنْ مُزَيْنَةَ وَنَحْنُ عِنْدَ سَعِيدِ بْنِ الْمُسَيِّبِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ الْيَهُودُ أَتَوْا النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ جَالِسٌ فِي الْمَسْجِدِ فِي أَصْحَابِهِ فَقَالُوا يَا أَبَا الْقَاسِمِ فِي رَجُلٍ وَامْرَأَةٍ زَنَيَا مِنْهُمْ

486 – Muhammad bin Yahya bin Faris meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Razzaq meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma`mar meriwayatkan kepada kami daripada Az-Zuhri, katanya: Seorang lelaki dari Muzainah meriwayatkan kepada kami -pada ketika itu kami bersama Sa`id bin Al-Musayyab- daripada Abi Hurairah, katanya: “Orang-orang Yahudi datang kepada Nabi s.a.w ketika mana baginda sedang duduk di antara sahabat-sahabatnya di dalam masjid, mereka pun memanggil: “Wahai Aba Al-Qasim” (ya`ni) berhubung peristiwa seorang lelaki dan perempuan dari kalangan mereka yang telah berzina.

[1] Di dalam sesetengah nuskhah, Abu Sa`d. Inilah yang tepat

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Bab larangan meludah dalam Masjid, Terjemahan Hadits
2- 16:55 : Larangan meluduh dalam masjid
3- 46:25 : Sanad hadits yang terakhir dalam bab ini dhaif kerana ada Al-Faraj bin Fadhalah
4- 50:00 : Buat makan malam pertama malam kedua
5- 54:07 : Bab Orang Kafir boleh masuk dalam Masjid,
6- 01:03:55 : Sanad hadits ini ada Muhammad bin Ishaq dan Salamah bin Al-Fadhal

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *