Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 12 – Bab Tentang Bersembahyang Ketika Masuk Ke Masjid Dan Orang Perempuan & Bab Kelebihan Duduk Di Dalam Masjid & Bab Larangan Mencari Sesuatu Barang Yang Hilang Dengan Mengangkat Suara Di Dalam Masjid
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 12 – Bab Tentang Bersembahyang Ketika Masuk Ke Masjid Dan Orang Perempuan & Bab Kelebihan Duduk Di Dalam Masjid & Bab Larangan Mencari Sesuatu Barang Yang Hilang Dengan Mengangkat Suara Di Dalam Masjid

Sunan Abi Daud – Matan Hadis Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 12 – 010106

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 12 – 010106

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Bab tentang Sembahyang ketika masuk kemasjid, terjemahan hadits
2- 17:23 : Sembahyang Sunat Tahiyatul Masjid apabila masuk masjid
3- 26:05 : Sanad hadits ini
4- 29:44 : Bab kelebihan duduk dalam masjid
5- 44:04 : Hadits yang ada Usman bin Abi Al-Atikah Al-Azdi Tidak Kuat,Dhaif
6- 47:51 : Bab Larangan mengangkat suara mencari barang yang hilang dalam Masjid

 

 

 

 

بَاب مَا جَاءَ فِي الصَّلَاةِ عِنْدَ دُخُولِ الْمَسْجِدِ

Bab Hadits-Hadits Tentang Bersembahyang ketika Masuk Ke Dalam Masjid

465 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ حَدَّثَنَا مَالِكٌ عَنْ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ عَمْرِو بْنِ سُلَيْمٍ الزُّرَقِيِّ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا جَاءَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيُصَلِّ سَجْدَتَيْنِ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَجْلِسَ

465 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami, katanya: Malik meriwayatkan kepada kami daripada `Amir bin `Abdillah bin Az-Zubair daripada `Amr bin Sulaim Az-Zuraqi daripada Abi Qatadah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu pergi ke masjid maka hendaklah dia mengerjakan dua sujud (dua raka`at sembahyang) sebelum duduk.

466 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَاحِدِ بْنُ زِيَادٍ حَدَّثَنَا أَبُو عُمَيْسٍ عُتْبَةُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ عَامِرِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الزُّبَيْرِ عَنْ رَجُلٍ مِنْ بَنِي زُرَيْقٍ عَنْ أَبِي قَتَادَةَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نحوه وزَادَ ثُمَّ لِيَقْعُدْ بَعْدُ إِنْ شَاءَ أَوْ لِيَذْهَبْ لِحَاجَتِهِ

466 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Wahid bin Ziyad meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu `Umais iaitu `Utbah bin `Abdillah meriwayatkan kepada kami daripada `Amir bin `Abdullah bin Az-Zubair daripada seorang dari kalangan Bani Zuraiq daripada Abi Qatadah daripada Nabi s.a.w – sama dari segi ma`nanya (dengan hadits yang tersebut sebelum ini) cuma (di dalam riwayat ini) perawi menambah ‘selepas itu bolehlah dia duduk jika dia mahu atau bolehlah dia pergi untuk menunaikan hajatnya’

 

بَاب فِي فَضْلِ الْقُعُودِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab Kelebihan Duduk Di Dalam Masjid

467 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ الْمَلَائِكَةُ تُصَلِّي عَلَى أَحَدِكُمْ مَا دَامَ فِي مُصَلَّاهُ الَّذِي يصلى فِيهِ مَا لَمْ يُحْدِثْ أَوْ يَقُمْ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ

467 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Abi Az-Zinad daripada Al-A`raj daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Para Malaikat berselawat kepada seseorang kamu selagi mana dia berada di tempat sembahyang yang mana dia mengerjakan sembahyangnya di situ selagi dia tidak berhadats ataupun dia tidak bangkit berdiri (dengan selawatnya)  اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ  Ya Allah ampunilah dia, Ya Allah rahmatilah dia.

468 – حَدَّثَنَا الْقَعْنَبِيُّ عَنْ مَالِكٍ عَنْ أَبِي الزِّنَادِ عَنْ الْأَعْرَجِ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ أَحَدُكُمْ فِي صَلَاةٍ مَا كَانَتْ الصَّلَاةُ تَحْبِسُهُ لَا يَمْنَعُهُ أَنْ يَنْقَلِبَ إِلَى أَهْلِهِ إِلَّا الصَّلَاةُ

468 – Al-Qa`nabi meriwayatkan kepada kami daripada Malik daripada Abi Az-Zinad daripada Al-A`raj daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Seseorang kamu akan terus berada dalam sembahyang selagi mana sembahyang yang menahannya itu tidak menegahnya untuk pulang kepada ahli keluarganya kecuali sembahyang”

469 – حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَعِيلَ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَبِي رَافِعٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَا يَزَالُ الْعَبْدُ فِي صَلَاةٍ مَا كَانَ فِي مُصَلَّاهُ يَنْتَظِرُ الصَّلَاةَ تَقُولُ الْمَلَائِكَةُ اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ حَتَّى يَنْصَرِفَ أَوْ يُحْدِثَ فَقِيلَ مَا يُحْدِثُ قَالَ يَفْسُو و يَضْرِطُ

469 – Musa bin Isma`il meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit daripada Abi Rafi` daripada Abi Hurairah bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Seseorang hamba itu terus berada dalam sembahyang selagi mana dia berada di tempat sembahyangnya dengan maksud menunggu sembahyang, para malaikat berkata  اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَهُ اللَّهُمَّ ارْحَمْهُ  Ya Allah ampunilah dia Ya Allah rahmatilah dia, sehinggalah dia berpaling pergi ataupun dia berihdats” lalu ditanya orang: Apakah ihdats itu? Beliau (Abu Hurairah) menjawab: dia berkentut (samada berbunyi atau tidak berbunyi)

470 – حَدَّثَنَا هِشَامُ بْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا صَدَقَةُ بْنُ خَالِدٍ حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي الْعَاتِكَةِ الْأَزْدِيُّ عَنْ عُمَيْرِ بْنِ هَانِئٍ الْعَنْسِيِّ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ أَتَى الْمَسْجِدَ لِشَيْءٍ فَهُوَ حَظُّهُ

470 – Hisyam bin `Ammar meriwayatkan kepada kami, katanya: Shadaqah bin Khalid meriwayatkan kepada kami, katanya: `Utsman bin Abi Al-`Atikah Al-Azdi meriwayatkan kepada kami daripada `Umair bin Hani’ Al-`Ansi daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w telah bersabda: “Sesiapa yang pergi ke masjid kerana sesuatu maka itulah bahagiannya.

 

َاب فِي كَرَاهِيَةِ إِنْشَادِ الضَّالَّةِ فِي الْمَسْجِدِ

Bab Larangan Mencari Suatu Barang Yang Hilang Dengan Mengangkat Suara Di Dalam Masjid

400 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ عُمَرَ الْجُشَمِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ يَزِيدَ حَدَّثَنَا حَيْوَةُ يَعْنِي ابْنَ شُرَيْحٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا الْأَسْوَدِ يَعْنِي مُحَمَّدَ بْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ نَوْفَلٍ يَقُولُ أَخْبَرَنِي أَبُو عَبْدِ اللَّهِ مَوْلَى شَدَّادٍ أَنَّهُ سَمِعَ أَبَا هُرَيْرَةَ يَقُولُ  سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ مَنْ سَمِعَ رَجُلًا يَنْشُدُ ضَالَّةً فِي الْمَسْجِدِ فَلْيَقُلْ لَا أَدَّاهَا اللَّهُ إِلَيْكَ فَإِنَّ الْمَسَاجِدَ لَمْ تُبْنَ لِهَذَا

 

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *