Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 11 – Bab Tentang Membuat Masjid-Masjid Di Kampung-Kampung & Bab Lampu-Lampu Atau Pelita-Pelita Di Dalam Masjid & Bab Tentang Anak batu Dalam Masjid & Bab Tentang Menyapu Masjid & Bab Orang Perempuan Mengasingkan Diri Di Masjid Dari Orang-Orang Lelaki & Bab Tentang Apa Yang Dibaca Atau Diucapkan Oleh Seseorang Ketika Masuk Ke Masjid
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 11 – Bab Tentang Membuat Masjid-Masjid Di Kampung-Kampung & Bab Lampu-Lampu Atau Pelita-Pelita Di Dalam Masjid & Bab Tentang Anak batu Dalam Masjid & Bab Tentang Menyapu Masjid & Bab Orang Perempuan Mengasingkan Diri Di Masjid Dari Orang-Orang Lelaki & Bab Tentang Apa Yang Dibaca Atau Diucapkan Oleh Seseorang Ketika Masuk Ke Masjid

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 11 – 251205

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 11 – 251205

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Bab membuat masjid-masjid di perkampongan, terjemahan hadits
2- 12:32 : Membuat masjid-masjid di perkampongan,maksud membuat masjid dan menghiasi masjid
3- 23:35 : Hadits riwayat Samurah tidak sahih kerana ada Sulaiman bin Musa, Ja’afar bin Sa’ad bin Samurah, dan Khubaib bin Sulaiman
4- 26:37 : Bab Lampu-lampu dalam Masjid,Sanad hadits ini Dhaif kerana ada Ziad bin Abi Saudah tetapi Matan Sahih
5- 28:39 : Lampu-lampu dalam masjid
6- 34:33 : Bab anak batu dalam Masjid, Sanad hadits ini Dhaif kerana ada Sahal bin Tammam bin Bazi’ dan Abi Al-Walid
7- 42:25 : Bab Sapu Majid, hadits ini dhaif kerana ada Abdul Majid bin Abdul Aziz bin Abi Rawwad, matan sahih
8- 50:40 : Bab perempuan berasingan dengan Lelaki didalam Masjid, dan Sanad hadits ini
9- 01:01:13 : Bab apa yang diucapkan seseorang ketika hendak masuk masjid

 

 

 

 

بَاب فِي اعْتِزَالِ النِّسَاءِ فِي الْمَسَاجِدِ عَنْ الرِّجَالِ

Bab Orang Perempuan Mengasingkan Diri Daripada Orang Lelaki Di Dalam Masjid 

460 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَوْ تَرَكْنَا هَذَا الْبَابَ لِلنِّسَاءِ

قَالَ نَافِعٌ فَلَمْ يَدْخُلْ مِنْهُ ابْنُ عُمَرَ حَتَّى مَاتَ وَقَالَ غَيْرُ عَبْدِ الْوَارِثِ قَالَ عُمَرُ وَهُوَ أَصَحُّ

460 – `Abdullah bin `Amr iaitu Abu Ma`mar meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Warits meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub meriwayatkan kepada kami daripada Nafi` daripada Ibn `Umar, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Alangkah baiknya jika kita tinggalkan (khususkan) pintu ini untuk orang-orang perempuan.”

Nafi` berkata: “Ibn `Umar tidak lagi masuk melalui pintu itu sehinggalah dia meninggal.” Tetapi  selain `Abdul Warits berkata (anak murid Ayyub As-Sakhtiani): `Umar berkata, “dan inilah yang lebih shahih.”

461 –  حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ قُدَامَةَ بْنِ أَعْيَنَ حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ عَنْ أَيُّوبَ عَنْ نَافِعٍ قَالَ قَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ فذكربِمَعْنَاهُ وَهُوَ أَصَحُّ

461 – Muhammad bin Qudamah bin A`yan meriwayatkan kepada kami, katanya: Isma`il meriwayatkan kepada kami daripada Ayyub daripada Nafi`, katanya: `Umar bin Al-Khatthab r.a pernah berkata – lalu perawi menyebutkan hadits ini sama dari segi ma`nanya (dengan hadits yang tersebut sebelum ini), dan inilah yang lebih shahih lagi.

462 – حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ يَعْنِي ابْنَ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا بَكْرٌ يَعْنِي ابْنَ مُضَرَ عَنْ عَمْرِو بْنِ الْحَارِثِ عَنْ بُكَيْرٍ عَنْ نَافِعٍ  قال إنَّ عُمَرَ بْنَ الْخَطَّابِ كَانَ يَنْهَى أَنْ يدْخُلَ مِنْ بَابِ النِّسَاءِ

462 – Qutaibah iaitu Ibn Sa`id meriwayatkan kepada kami, katanya: Bakr iaitu Ibn Mudhar meriwayatkan kepada kami daripada `Amr bin Al-Harits daripada Bukair daripada Nafi`, katanya: `Umar Al-khatthab melarang seseorang masuk melalui pintu orang-orang perempuan.

بَاب فِيمَا يَقُولُهُ الرَّجُلُ عِنْدَ دُخُولِهِ الْمَسْجِدَ

Bab Bacaan ketika Seseorang Memasuki Masjid

463 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عُثْمَانَ الدِّمَشْقِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ يَعْنِي الدَّرَاوَرْدِيَّ عَنْ رَبِيعَةَ بْنِ أَبِي عَبْدِ الرَّحْمَنِ عَنْ عَبْدِ الْمَلِكِ بْنِ سَعِيدِ بْنِ سُوَيْدٍ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا حُمَيْدٍ و أَبَا أُسَيْدٍ الْأَنْصَارِيَّ يَقُولُ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيُسَلِّمْ عَلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ لِيَقُلْ اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ فَإِذَا خَرَجَ فَلْيَقُلْ اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ

463 – Muhammad bin `Utsman Ad-Dimasyqi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul `Aziz ya`ni Ad-Darawardi meriwayatkan kepada kami daripada Rabi`ah bin Abi `Abdir Rahman daripada `Abdil Malik bin Sa`id bin Suwaid, katanya: Saya telah mendengar Aba Humaid dan Aba Usaid Al-Anshari berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila seseorang kamu mahu masuk ke dalam masjid, hendaklah dia memberi salam kepada Nabi s.a.w kemudian mengucapkan  اللَّهُمَّ افْتَحْ لِي أَبْوَابَ رَحْمَتِكَ  Ya Allah bukalah pintu-pintu rahmat kepadaku. Apabila dia keluar hendaklah dia mengucapkan  اللَّهُمَّ إِنِّي أَسْأَلُكَ مِنْ فَضْلِكَ  Ya Allah aku memohon kepada-Mu limpah kurnia-Mu

464 – حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ بِشْرِ بْنِ مَنْصُورٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ الْمُبَارَكِ عَنْ حَيْوَةَ بْنِ شُرَيْحٍ قَالَ لَقِيتُ عُقْبَةَ بْنَ مُسْلِمٍ فَقُلْتُ لَهُ بَلَغَنِي أَنَّكَ حَدَّثْتَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرِو بْنِ الْعَاصِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهُ كَانَ إِذَا دَخَلَ الْمَسْجِدَ قَالَ أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ قَالَ أَقَطْ قُلْتُ نَعَمْ قَالَ فَإِذَا قَالَ ذَلِكَ قَالَ الشَّيْطَانُ حُفِظَ مِنِّي سَائِرَ الْيَوْمِ

464 – Isma`il bin Bisyr bin Manshur meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Rahman bin Mahdi meriwayatkan kepada kami daripada `Abdillah Al-Mubarak daripada Haiwah bin Syuraih, katanya: Saya bertemu dengan `Uqbah bin Muslim lalu saya berkata kepadanya: “Saya mendapat tahu bahawa anda telah meriwayatkan daripada `Abdillah bin `Amr bin Al-`Ash daripada Nabi s.a.w bahawa baginda apabila mahu masuk ke dalam masjid mengucapkan  أَعُوذُ بِاللَّهِ الْعَظِيمِ وَبِوَجْهِهِ الْكَرِيمِ وَسُلْطَانِهِ الْقَدِيمِ مِنْ الشَّيْطَانِ الرَّجِيمِ  Aku berlindung dengan Allah Yang Maha Agung dengan Dzatnya Yang Maha Mulia dan dengan kekuasaan-Nya Yang Sediakala dari syaithan yang direjam. Beliau bertanya: Setakat itu sahajakah (yang sampai kepadamu)? Saya menjawab: “Ya.” Beliau menambah: “Apabila seseorang mengucapkan demikian, syaithan berkata: Dia telah terpelihara dariku sepanjang hari.”

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *