Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 10 – Bab Tentang Membina Masjid
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 10 – Bab Tentang Membina Masjid

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 10 – 181205

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Tentang Sembahyang – Sesi 10 – 181205

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Bab tentang Binaan Masjid,Terjemahan Hadits
2- 15:00 : Sanad Hadits ini
3- 16:32 : Maksud Aku tidak disuruh sepaya meninggikan ( menghiasi ) Masjid-masjid
4- 42:31 : Maksud Qiamat tidak akan berlaku selagi manusia tidak bermegah-megah dengan masjid
5- 52:34 : Boleh buat Gereja sebagai Masjid
6- 59:02 : Abu Daud Mengambil hadits ini ada Perbezaan Sanad Muhammad bin Yahya dengan Mujahid bin Musa
7- 01:04:04 : Binaan Masjid Nabawi semasa Para sahabat Nabi s.a.w
8- 01:06:59 : Sanad riwayat Atiyah adalah Dhaif
9- 01:14:04 : Binaan Masjid semasa Sahabat
10- 01:19:04 : Nabi s.a.w membeli Kebun untuk membuat Masjid
11- 01:25:23 : Perbezaan hadits ini dengan hadits sebelumnya

 

 

 

 

بَاب اتِّخَاذِ الْمَسَاجِدِ فِي الدُّورِ

Bab Membina Masjid  di Perkampungan-Perkampungan

453 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْعَلَاءِ حَدَّثَنَا حُسَيْنُ بْنُ عَلِيٍّ عَنْ زَائِدَةَ عَنْ هِشَامِ بْنِ عُرْوَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ قَالَتْ أَمَرَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِبِنَاءِ الْمَسجِدِ فِي الدُّورِ وَأَنْ تُنَظَّفَ وَتُطَيَّبَ 

453 – Muhammad bin Al-`Ala’ meriwayatkan kepada kami, katanya: Husain bin `Ali meriwayatkan kepada kami daripada Za’idah daripada Hisyam bin `Urwah daripada ayahnya daripada `A’isyah, katanya: Rasulullah s.a.w telah menyuruh supaya dibina masjid di perkampungan-perkampungan, dibersihkan dan diwangikan. 

454 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ دَاوُدَ بْنِ سُفْيَانَ حَدَّثَنَا يَحْيَى يَعْنِي ابْنَ حَسَّانَ حَدَّثَنَا سُلَيْمَانُ بْنُ مُوسَى حَدَّثَنَا جَعْفَرُ بْنُ سَعْدِ بْنِ سَمُرَةَ حَدَّثَنِي خُبَيْبُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ أَبِيهِ سُلَيْمَانَ بْنِ سَمُرَةَ عَنْ أَبِيهِ سَمُرَة قال إَنَّهُ كَتَبَ إِلَى بنيه أَمَّا بَعْدُ فَإِنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَانَ يَأْمُرُنَا بِالْمَسَاجِدِ أَنْ نَصْنَعَهَا فِي دورنا وَنُصْلِحَ صَنْعَتَهَا وَنُطَهِّرَهَا 

454 – Muhammad bin Daud bin Sufyan meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya iaitu Ibn Hassan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sulaiman bin Musa telah meriwayatkan kami, katanya: Ja`far bin Sa`d bin Samurah meriwayatkan kepada kami, katanya: Khubaib bin Sulaiman meriwayatkan kepada saya daripada ayahnya iaitu Sulaiman bin Samurah bahawasanya beliau telah menulis kepada anak-anaknya: Adapun selepas itu, Sesungguhnya Rasulullah s.a.w menyuruh kami membina masjid di perkampungan-perkampungan kami dan kami mengelokkan pembuatannya serta membersihkannya.

 

بَاب فِي السُّرُجِ فِي الْمَسَاجِدِ

Bab Lampu-Lampu Di Masjid 

455 – حَدَّثَنَا النُّفَيْلِيُّ حَدَّثَنَا مِسْكِينٌ عَنْ سَعِيدِ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ زِيَادِ بْنِ أَبِي سَوْدَةَ عَنْ مَيْمُونَةَ مَوْلَاةِ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنَّهَا قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ أَفْتِنَا فِي بَيْتِ الْمَقْدِسِ فَقَالَ رسول صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إيتوه فَصَلُّوا فِيهِ وَكَانَتْ الْبِلَادُ إِذْ ذَاكَ حَرْبًا فَإِنْ لَمْ تَأْتُوهُ وَتُصَلُّوا فِيهِ فَابْعَثُوا بِزَيْتٍ يُسْرَجُ فِي قَنَادِيلِهِ 

455 – An-Nufaili meriwayatkan kepada kami, katanya: Miskin meriwayatkan kepada kami daripada Sa`id bin `Abdil `Aziz daripada Ziyad bin Abi Saudah daripada Maimunah (beliau ialah) hamba bebasan Nabi s.a.w, beliau pernah bertanya: Wahai Rasulullah, ceritakan kepada kami tentang Baitil Maqdis. Rasulullah s.a.w berkata: “Pergilah ke Baitul Maqdis dan bersembahyanglah di dalamnya, negeri (Syam) pada ketika itu dalam peperangan, jika kamu tidak dapat pergi ke sana dan tidak dapat bersembahyang di dalamnya maka kamu hantarlah minyak untuk dimasukkan ke dalam pelita-pelitanya.”

 

بَاب فِي حَصَى الْمَسْجِدِ

Bab Tentang Anak Batu di Dalam masjid 

456 – حَدَّثَنَا سَهْلُ بْنُ تَمَّامِ بْنِ بَزِيعٍ حَدَّثَنَا عُمَرُ بْنُ سُلَيْمٍ الْبَاهِلِيُّ عَنْ أَبِي الْوَلِيدِ سَأَلْتُ ابْنَ عُمَرَ عَنْ الْحَصَى الَّذِي فِي الْمَسْجِدِ فَقَالَ مُطِرْنَا ذَاتَ لَيْلَةٍ فَأَصْبَحَتْ الْأَرْضُ مُبْتَلَّةً فَجَعَلَ الرَّجُلُ يَأْتِي بِالْحَصَى فِي ثَوْبِهِ فَيَبْسُطُهُ تَحْتَهُ فَلَمَّا قَضَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ الصَّلَاةَ قَالَ مَا أَحْسَنَ هَذَا 

456 – Sahl bin Tammam bin Bazi` meriwayatkan kepada kami, katanya: `Umar bin Sulaim Al-Bahili meriwayatkan kepada kami daripada Abi Al-Walid katanya: Aku bertanya Ibn `Umar tentang anak batu yang terdapat dalam masjid, Ibn `Umar menjawab: Di suatu malam kami pernah kehujanan lalu tanah menjadi basah, ada orang yang membawa anak batu dalam pakaiannya lalu ditaburnya ke lantai masjid. Apabila Rasulullah s.a.w selesai bersembahyang baginda bersabda: “Alangkah eloknya apa yang dilakukan ini.”

 

457 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو مُعَاوِيَةَ وَوَكِيعٌ قَالَا حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ أَبِي صَالِحٍ قَالَ كَانَ يُقَالُ إِنَّ الرَّجُلَ إِذَا أَخْرَجَ الْحَصَى مِنْ الْمَسْجِدِ يُنَاشِدُهُ 

457 – `Utsman bin Ibn Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Mu`awiyah dan Waki` meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Al-A`masy meriwayatkan daripada Abi Shalih, katanya: “Dikatakan apabila seseorang mengeluarkan anak batu dari masjid, ia minta sangat-sangat kerana Allah (supaya tidak dikeluarkan).” 

458 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ إِسْحَقَ أَبُو بَكْرٍ يَعْنِي الصَّاغَانِيَّ حَدَّثَنَا أَبُو بَدْرٍ شُجَاعُ بْنُ الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا شَرِيكٌ حَدَّثَنَا أَبُو حصيْنٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ أَبُو بَدْرٍ أُرَاهُ قَدْ رَفَعَهُ إِلَى النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِنَّ الْحَصَاةَ لَتُنَاشِدُ الَّذِي يُخْرِجُهَا مِنْ الْمَسْجِدِ 

458 – Muhammad bin Is-haq iaitu Abu Bakr As-Shaghani meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Badr iaitu Syuja` bin Al-Walid meriwayatkan kepada kami, katanya: Syarik meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin meriwayatkan kepada kami daripada Abi Shalih daripada Abi Hurairah (saya percaya beliau memarfu`kan hadits ini kepada Nabi s.a.w), baginda bersabda: “Anak batu itu benar-benar bersumpah meminta dengan nama Allah kepada orang yang mengeluarkannya dari masjid.”

 

بَاب فِي كَنْسِ الْمَسْجِدِ

Bab Menyapu Masjid

459 – حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَهَّابِ بْنُ عَبْدِ الْحَكيمِ الْخَزَّازُ أَخْبَرَنَا عَبْدُ الْمَجِيدِ بْنُ عَبْدِ الْعَزِيزِ بْنِ أَبِي رَوَّادٍ عَنْ ابْنِ جُرَيْجٍ عَنْ الْمُطَّلِبِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ حَنْطَبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عُرِضَتْ عَلَيَّ أُجُورُ أُمَّتِي حَتَّى الْقَذَاةُ يُخْرِجُهَا الرَّجُلُ مِنْ الْمَسْجِدِ وَعُرِضَتْ عَلَيَّ ذُنُوبُ أُمَّتِي فَلَمْ أَرَ ذَنْبًا أَعْظَمَ مِنْ سُورَةٍ مِنْ الْقُرْآنِ أَوْ آيَةٍ أُوتِيَهَا رَجُلٌ ثُمَّ نَسِيَهَا 

459 – `Abdul Wahhab bin `Abdil hakim Al-Khazzaz meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul Majid bin `Abdil `Aziz bin Abi Rawwad meriwayatkan kepada kami daripada Ibn Juraij daripada Al-Mutthalib bin `Abdillah bin Hanthab daripada Anas bin Malik, katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: “Dikemukakan kepadaku pahala-pahala ummatku sehinggakan sampah yang dikeluarkan oleh seseorang dari masjid, dan dikemukakan kepadaku dosa-dosa ummatku tidakku kulihat satu pun dosa yang lebih besar daripada satu surah ataupun ayat Al-Quran yang telah diberikan kepada seseorang kemudian dia terlupa.”

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *