Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 39 – Bab Tahrimnya Ialah Takbir Dan Tahlilnya Ialah Taslim
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 39 – Bab Tahrimnya Ialah Takbir Dan Tahlilnya Ialah Taslim

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Sembahyang – Sesi 39 – 230706

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Sembahyang – Sesi 39 – 230706

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3
 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:06 : Terjemahan Matan Hadits
2- 05:40 : Bab Tahrimnya Takbir dan Tahlilnya Taslim
3- 10:47 : Sanad hadits ini ada Ibnu Aqil
4- 13:48 : Ulamak berselisih pendapat tentang Takbiratul ihram
5- 35:29 : Diantara Mereka yang tidak mahu meriwayatkan hadits dari Ibnu Aqil
6- 40:37 : Diantara Ulamak yang mengatakan Salam itu tidak Fardhu
7- 43:10 : Bab Ma’mum masti ikut Imam
8- 46:34 : Riwayat Muawiyah bin Abu Sufian dalam hadits
9- 50:31 : Ma’mum masti ikut Imam
10- 51:44 : Nabi s.a.w. badannya berisi semasa tuanya
11- 54:02 : Ma’mum masti ikut Imam
12- 56:08 : Sanad hadits no 3 ini ada Aban bin Taghlib

 

 

 

 

بَاب تحريمها التكبير وتحليلها التسليم[1]

Bab Perkara Yang Mengharamkan dalam Sembahyang ialah Takbir dan Yang Menghalalkan Apa-apa Yang Haram dalam Sembahyang Ialah Memberi Salam/Tahrim Bagi Sembahyang Ialah Takbir dan Tahlihnya Ialah Takbir

617 – حَدَّثَنَا عُثْمَانُ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ سُفْيَانَ عَنْ ابْنِ عَقِيلٍ عَنْ مُحَمَّدِ ابْنِ الْحَنَفِيَّةِ عَنْ عَلِيٍّ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِفْتَاحُ الصَّلَاةِ الطُّهُورُ وَتَحْرِيمُهَا التَّكْبِيرُ وَتَحْلِيلُهَا التَّسْلِيمُ

617 – `Utsman bin Abi Syaibah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan daripada Ibn `Aqil daripada Muhammad Ibn Al-Hanafiah darpada `Ali, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Kunci sembahyang ialah beruci manakala perkara yang menandakan permulaan haramnya sesuatu yang halal di luar sembahyang ialah takbir dan perkara yang menghalalkan sesuatu yang haram dilakukan semasa bersembahyang ialah taslim.”

 

بَاب مَاجاء ما يُؤْمَرُ بِهِ الْمَأْمُومُ مِنْ اتِّبَاعِ الْإِمَامِ

Bab Hadits Yang Datang Tentang Perintah Kepada Ma’mum Supaya Mengikut Imam

618 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ ابْنِ عَجْلَانَ حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ يَحْيَى بْنِ حبَّانَ عَنْ ابْنِ مُحَيْرِيزٍ عَنْ مُعَاوِيَةَ بْنِ أَبِي سُفْيَانَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا تُبَادِرُونِي بِرُكُوعٍ وَلَا بِسُجُودٍ[2] فَإِنَّهُ مَهْمَا أَسْبِقْكُمْ بِهِ إِذَا رَكَعْتُ تُدْرِكُونِي بِهِ إِذَا رَفَعْتُ إِنِّي قَدْ بَدَّنْتُ

618 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Ibn `Ajlan, katanya: Muhammad bin Yahya bin Hibban meriwayatkan kepada saya daripada Ibn Muhairiz daripada Mu`awiyah bin Abi Sufyan, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Janganlah kamu ruku` ataupu sujud mendahului aku, biarlah aku mendahului kamu dalam mengerjakannya, apabila aku ruku` kamu akan mendapatkannya apabila aku telah mengangkat kepala, sesungghnya aku telah tua.”

619 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ يَزِيدَ الْخَطْمِيَّ يَخْطُبُ النَّاسَ قَالَ حَدَّثَنَا الْبَرَاءُ وَهُوَ غَيْرُ كَذُوبٍ أَنَّهُمْ كَانُوا إِذَا رَفَعُوا رُءُوسَهُمْ مِنْ الرُّكُوعِ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَامُوا قِيَامًا فَإِذَا رَأَوْهُ قَدْ سَجَدَ سَجَدُوا

619 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Is-haq, katanya: Aku telah mendengar `Abdallah bin Yazid Al-Khathmi memberi ucapan kepada orang ramai, beliau berkata: Al-Bara’ telah menceritakan kepada kami -dan dia ialah seorang yang tidak dusta- bahawa mereka(para sahabat) apabila mengangkat kepala daripada ruku` bersama Rasulillah s.a.w, mereka berdiri betul sehingga apabila mereka nampak Baginda Bersujud barulah mereka bersujud.

620 – حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَهَارُونُ بْنُ مَعْرُوفٍ الْمَعْنَى قَالَا حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ أَبَانَ بْنِ تَغْلِبَ قَالَ زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا الْكُوفِيُّونَ أَبَانُ وَغَيْرُهُ عَنْ الْحَكَمِ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ أَبِي لَيْلَى عَنْ الْبَرَاءِ قَالَ كُنَّا نُصَلِّي مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَلَا يَحْنُو أَحَدٌ مِنَّا ظَهْرَهُ حَتَّى يَرَى النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضَعُ

620 – Zuhair bin Harb dan harun bin ma`ruf meriwayatkan kepada kami, mereka berkata: Sufyan meriwayatkan kepada kami daripada Aban bin Taghlib, Zuhair (dalam riwayatnya) berkata: Al-Kufiyyun Aban dan orang-orang selainnya meriwayatkan kepada kami daripada Al-Hakam daripada `Abdir Rahman bin Abi Laila daripada Al-Bara’, beliau berkata: Kami selalu bersembahyang bersama Nabi s.a.w tetapi tidak ada sesiapa pun di antara kami membongkokkan belakangnya sehinggalah dia melihat Nabi s.a.w meletakkan (dahinya ke lantai)

621 – حَدَّثَنَا الرَّبِيعُ بْنُ نَافِعٍ حَدَّثَنَا أَبُو إِسْحَقَ يَعْنِي الْفَزَارِيَّ عَنْ أَبِي إِسْحَقَ عَنْ مُحَارِبِ بْنِ دِثَارٍ قَالَ سَمِعْتُ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ يَزِيدَ يَقُولُ عَلَى الْمِنْبَرِ حَدَّثَنِي الْبَرَاءُ أَنَّهُمْ كَانُوا يُصَلُّونَ مَعَ رَسُولِ اللَّهِ[3] صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَإِذَا رَكَعَ رَكَعُوا وَإِذَا قَالَ سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ لَمْ نَزَلْ قِيَامًا حَتَّى يَرَوْنهُ[4] قَدْ وَضَعَ جَبْهَتَهُ بِالْأَرْضِ ثُمَّ يَتبعُونَهُ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

621 – Ar-Rabi` bin Nafi` meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Is-haq ya`ni Al-Fazari meriwayatkan kepada kami daripada Abi Is-haq daripada Muharib bin Dinar, katanya: Aku telah mendengar `Abdallah bin Yazid berkata di atas minbar: Al-Bara’ telah meneritakan kepada aku bahawasanya mereka bersembahyang bersama Rasulillah s.a.w, apabila baginda telah ruku` baharulah mereka ruku` dan apabila Baginda mengucapkan سَمِعَ اللَّهُ لِمَنْ حَمِدَهُ , kami terus berdiri sehinggalah kami melihat Baginda meletakkan dahinya ke bumi kemudian barulah mereka mengikuti Baginda s.a.w

 

بَاب ما جاء في التَّشْدِيدِ فِيمَنْ يَرْفَعُ قَبْلَ الْإِمَامِ أَوْ يَضَعُ قَبْلَهُ

Bab Ancaman Terhadap Orang Yang Mengangkat Kepalanya Sebelum Imam Ataupun Meletakkan Sebelumnya

622 – حَدَّثَنَا حَفْصُ بْنُ عُمَرَ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ مُحَمَّدِ بْنِ زِيَادٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَمَا يَخْشَى أَوْ أَلَا يَخْشَى أَحَدُكُمْ إِذَا رَفَعَ رَأْسَهُ وَالْإِمَامُ سَاجِدٌ أَنْ يُحَوِّلَ اللَّهُ رَأْسَهُ رَأْسَ حِمَارٍ أَوْ صُورَتَهُ صُورَةَ حِمَارٍ

622 – Hafsh bin `Umar meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu`bah meriwayatkan kepada kami daripada Muhammad bin Ziyad daripada Abi Hurairah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Adakah seseorang kamu tidak takut apabila dia mengangkat kepalanya sedangkan imam masih lagi bersujud bahawa Allah akan menukarkan kepalanya dengan kepala himar ataupun menukarkan rupanya dengan rupa himar

[1] Dalam sesetengah nuskhah: باب في تحريم الصلاة وتحليلها

[2] Dalam sesetengah nuskhah:  لا سجود

[3] Dalam sesetengah nuskhah: النبي

[4] Dalam sesetengah nuskhah: يروه

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *