Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Abu Daud / Kitab Solat / Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 38 – Bab Imam Berpaling Dan Berpusing Selepas Memberi Salam & Bab Imam Bersembahyang Sunat Di Tempatnya
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sunan Abi Daud – Kitab Sembahyang – Sesi 38 – Bab Imam Berpaling Dan Berpusing Selepas Memberi Salam & Bab Imam Bersembahyang Sunat Di Tempatnya

Sunan Abi Daud – Matan Hadis – Kitab Sembahyang – Sesi 38 – 160706

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3
 

Sunan Abi Daud – Syarah  Hadis – Kitab Sembahyang – Sesi 38 – 160706

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1- 00:10 : Terjemahan matan hadits
2- 03:35 : Bab Imam Berpusing Selepas memberi Salam
3- 25:50 : Ulamak Khilaf tentang berpusing selepas Salam
4- 29:03 : Bukan Semua Doa masti angkat tangan
5- 33:01 : Bab Imam sembahyang sunat ditempatnya
6- 42:57 : Sanad hadits ini Abdul Aziz Bin Abdul Malik Al-Quraisy dan Athok Al-Khurasani
7- 46:25 : Bab Imam berhadas selepas mengangkat kepalanya daripada rakaat yang Akhir, ( Sujud yang Akhir )

 

 

 

 

بَاب الْإِمَامِ يَنْحَرِفُ بَعْدَ التَّسْلِيمِ

Bab Imam Berpusing Selepas Memberi Salam

613 – حَدَّثَنَا مُسَدَّدٌ حَدَّثَنَا يَحْيَى عَنْ سُفْيَانَ حَدَّثَنِي يَعْلَى بْنُ عَطَاءٍ عَنْ جَابِرِ بْنِ يَزِيدَ بْنِ الْأَسْوَدِ عَنْ أَبِيهِ قَالَ صَلَّيْتُ خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَكَانَ إِذَا انْصَرَفَ انْحَرَفَ

613 – Musaddad meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya meriwayatkan kepada kami daripada Sufyan, katanya: Ya`la bin `Atha’ meriwayatkan kepada saya daripada Jabir bin Yazid bin Al-Aswad daripada ayahnya, beliau berkata: “Aku telah bersembahyang di belakang Rasulillah s.a.w, Baginda akan berpusing apabila selesai sembahyang.”

614 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا أَبُو أَحْمَدَ الزُّبَيْرِيُّ حَدَّثَنَا مِسْعَرٌ عَنْ ثَابِتِ بْنِ عُبَيْدٍ عَنْ عُبَيْدِ بْنِ الْبَرَاءِ عَنْ الْبَرَاءِ بْنِ عَازِبٍ قَالَ كُنَّا إِذَا صَلَّيْنَا خَلْفَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَحْبَبْنَا أَنْ نَكُونَ عَنْ يَمِينِهِ فَيُقْبِلُ عَلَيْنَا بِوَجْهِهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ

614 – Muhammad bin Rafi` meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Ahmad Az-Zubairi meriwayatkan kepada kami, katanya: Mis`ar meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit daripada `Ubaid bin Al-Bara’ daripada Al-Bara’ bin `Azib, beliau berkata: Apabila bersembahyang di belakang Rasulillah s.a.w, kami suka sekiranya berada di sebelah kanan Baginda kerana Baginda akan menghadap kami dengan wajahnya.

 

بَاب الْإِمَامِ يَتَطَوَّعُ فِي مَكَانِهِ

Bab Imam Bersembahyang Sunat di Tempat Sembahyangnya

615 – حَدَّثَنَا أَبُو تَوْبَةَ الرَّبِيعُ بْنُ نَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ عَبْدِ الْمَلِكِ الْقُرَشِيُّ حَدَّثَنَا عَطَاءٌ الْخُرَاسَانِيُّ عَنْ الْمُغِيرَةِ بْنِ شُعْبَةَ قَالَ قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لَا يُصَلِّ الْإِمَامُ فِي الْمَوْضِعِ الَّذِي صَلَّى فِيهِ حَتَّى يَتَحَوَّلَ

قَالَ أَبُو دَاوُد عَطَاءٌ الْخُرَاسَانِيُّ لَمْ يُدْرِكْ الْمُغِيرَةَ بْنَ شُعْبَةَ

615 – Abu Taubah iaitu Ar-Rabi` bin Nafi` meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdul `Aziz bin `Abdil Malik Al-Qurasyi meriwayatkan kepada kami, katanya: `Atha’ Al-Khurasani meriwayatkan kepada kami daripada Al-Mughirah bin Syu`bah, beliau berkata: Rasulullah s.a.w bersabda: “Imam tidak boleh bersembahyang di tempat yang telah ia bersembahyang sehinggalah dia berpindah/beralih tempat.”

Abu Daud berkata: `Atha’ Al-Khurasani tidak sempat bertemu Al-Mughirah bin Syu`bah.

 

بَاب الْإِمَامِ يُحْدِثُ بَعْدَ مَا يَرْفَعُ رَأْسَهُ

Bab Imam Berhadats Sejurus Mengangkat Kepalanya

616 – حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا زُهَيْرٌ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ زِيَادِ بْنِ أَنْعُمَ عَنْ عَبْدِ الرَّحْمَنِ بْنِ رَافِعٍ وَبَكْرِ بْنِ سَوَادَةَ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ عَمْرٍو أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ إِذَا قَضَى الْإِمَامُ الصَّلَاةَ وَقَعَدَ فَأَحْدَثَ قَبْلَ أَنْ يَتَكَلَّمَ فَقَدْ تَمَّتْ صَلَاتُهُ وَمَنْ كَانَ خَلْفَهُ مِمَّنْ أَتَمَّ الصَّلَاةَ

616 – Ahmad bin Yunus meriwayatkan kepada kami, katanya: Zuhair meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdur Rahman bin Ziyad bin An`um meriwayatkan kepada kami daripada `Abdir Rahman bin Rafi` dan Bakr bin Sawadah daripada `Abdillah bin `Amr bahawa Rasulallah s.a.w bersabda: “Apabila Imam telah selesai bersembahyang dan duduk lalu berhadats sebelum bercakap maka sesungguhnya sembahyangnya telahpun sempurna dan (begitu juga) orang-orang yang dibelakangnya yang telah menyempurnakan sembahyangnya.”

 

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *