Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Muslim / Kitab Nazar / Sahih Muslim – Kitab Nazar – Sesi 2 – Bab Tidak Boleh Ditunaikan Nazar Pada Maksiat Terhadap Allah Dan Pada Apa Yang Seseorang Itu Tidak Miliki.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sahih Muslim – Kitab Nazar – Sesi 2 – Bab Tidak Boleh Ditunaikan Nazar Pada Maksiat Terhadap Allah Dan Pada Apa Yang Seseorang Itu Tidak Miliki.

Sahih Muslim – Matan Hadith – Kitab Nazar – Sesi 2 – 31-Jan-07

 

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sahih Muslim – Syarah Hadith – Kitab Nazar – Sesi 2 – 31-Jan-07

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

بَاب لَا وَفَاءَ لِنَذْرٍ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ وَلَا فِيمَا لَا يَمْلِكُ الْعَبْدُ

Bab Tidak Boleh Ditunaikan Nazar Pada Maksiat Terhadap Allah Dan Pada Apa Yang Seseorang Itu Tidak Miliki

٨- و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَعَلِيُّ بْنُ حُجْرٍ السَّعْدِيُّ وَاللَّفْظُ لِزُهَيْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا إِسْمَعِيلُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ عَنْ أَبِي قِلَابَةَ عَنْ أَبِي الْمُهَلَّبِ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ قَالَ : كَانَتْ ثَقِيفُ حُلَفَاءَ لِبَنِى عُقَيْلٍ فَأَسَرَتْ ثَقِيفُ رَجُلَيْنِ مِنْ أَصْحَابِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَسَرَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَجُلًا مِنْ بَنِي عُقَيْلٍ وَأَصَابُوا مَعَهُ الْعَضْبَاءَ فَأَتَى عَلَيْهِ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ فِي الْوَثَاقِ قَالَ يَا مُحَمَّدُ فَأَتَاهُ فَقَالَ مَا شَأْنُكَ فَقَالَ بِمَ أَخَذْتَنِي وَبِمَ أَخَذْتَ سَابِقَةَ الْحَاجِّ فَقَالَ إِعْظَامًا لِذَلِكَ أَخَذْتُكَ بِجَرِيرَةِ حُلَفَائِكَ ثَقِيفَ ثُمَّ انْصَرَفَ عَنْهُ فَنَادَاهُ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ يَا مُحَمَّدُ وَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ رَحِيمًا رَقِيقًا فَرَجَعَ إِلَيْهِ فَقَالَ مَا شَأْنُكَ قَالَ إِنِّي مُسْلِمٌ قَالَ لَوْ قُلْتَهَا وَأَنْتَ تَمْلِكُ أَمْرَكَ أَفْلَحْتَ كُلَّ الْفَلَاحِ ثُمَّ انْصَرَفَ فَنَادَاهُ فَقَالَ يَا مُحَمَّدُ يَا مُحَمَّدُ فَأَتَاهُ فَقَالَ مَا شَأْنُكَ قَالَ إِنِّي جَائِعٌ فَأَطْعِمْنِي وَظَمْآنُ فَأَسْقِنِي قَالَ هَذِهِ حَاجَتُكَ فَفُدِيَ بِالرَّجُلَيْنِ قَالَ وَأُسِرَتْ امْرَأَةٌ مِنْ الْأَنْصَارِ وَأُصِيبَتْ الْعَضْبَاءُ فَكَانَتْ الْمَرْأَةُ فِي الْوَثَاقِ وَكَانَ الْقَوْمُ يُرِيحُونَ نَعَمَهُمْ بَيْنَ يَدَيْ بُيُوتِهِمْ فَانْفَلَتَتْ ذَاتَ لَيْلَةٍ مِنْ الْوَثَاقِ فَأَتَتْ الْإِبِلَ فَجَعَلَتْ إِذَا دَنَتْ مِنْ الْبَعِيرِ رَغَا فَتَتْرُكُهُ حَتَّى تَنْتَهِيَ إِلَى الْعَضْبَاءِ فَلَمْ تَرْغُ قَالَ وَنَاقَةٌ مُنَوَّقَةٌ فَقَعَدَتْ فِي عَجُزِهَا ثُمَّ زَجَرَتْهَا فَانْطَلَقَتْ وَنَذِرُوا بِهَا فَطَلَبُوهَا فَأَعْجَزَتْهُمْ قَالَ وَنَذَرَتْ لِلَّهِ إِنْ نَجَّاهَا اللَّهُ عَلَيْهَا لَتَنْحَرَنَّهَا فَلَمَّا قَدِمَتْ الْمَدِينَةَ رَآهَا النَّاسُ فَقَالُوا الْعَضْبَاءُ نَاقَةُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَتْ إِنَّهَا نَذَرَتْ إِنْ نَجَّاهَا اللَّهُ عَلَيْهَا لَتَنْحَرَنَّهَا فَأَتَوْا رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرُوا ذَلِكَ لَهُ فَقَالَ سُبْحَانَ اللَّهِ بِئْسَمَا جَزَتْهَا نَذَرَتْ لِلَّهِ إِنْ نَجَّاهَا اللَّهُ عَلَيْهَا لَتَنْحَرَنَّهَا لَا وَفَاءَ لِنَذْرٍ فِي مَعْصِيَةٍ وَلَا فِيمَا لَا يَمْلِكُ الْعَبْدُ وَفِي رِوَايَةِ ابْنِ حُجْرٍ لَا نَذْرَ فِي مَعْصِيَةِ اللَّهِ

Zuhair bin Harb dan Ali bin Hujr al-Sa’diy telah meriwayatkan kepada saya dan lafaz hadits adalah melalui Zuhair, mereka berkata: Ismail bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Qilabah daripada Abi Muhallab daripada Imran bin Hushain, beliau berkata: “Banu Tsaqif adalah sekutu bagi Bani Uqail maka Banu Tsaqif telah menawan dua orang sahabat Rasulullah s.a.w. Sahabat-sahabat Rasulullah pula telah menawan seorang lelaki daripada Bani Uqail, mereka telah mendapat bersama lelaki Bani Uqail seekor unta yang dinamakan ‘Adbaa`. Rasulullah s.a.w. pun pergi kepada tawanan itu ketika dia sedang diikat dalam ikatannya. Tawanan itu berkata: “Wahai Muhammad!”. Nabi s.a.w. pun datang lalu berkata: “Kenapa denganmu?” Dia pun berkata: “Kenapa engkau mengambil aku dan kenapa engkau mengambil unta yang mendahului sekalian unta yang lain pada ketika pergi haji?” Maka dia berkata kerana menganggap tindakan itu sebagai kesalahan yang besar (atau kerana Baginda menganggap besar/berat kata-kata tawanan itu). Aku telah menahan engkau dengan sebab kesalahan sekutu-sekutumu. Kemudian Nabi s.a.w. pun pergi meninggalkannya kemudian dia memanggil pula Nabi, “Wahai Muhammad!” Rasulullah s.a.w. adalah seorang pengasih dan seorang yang lembut hatinya. Baginda pun pergi semula kepadanya, Baginda berkata: “Kenapa denganmu?” Orang itu berkata: “Sesungguhnya saya seorang Islam”. Baginda berkata: “Kalau engakau berkata begitu ketika engkau bebas (belum ditawan) nesacaya engkau betul-betul berjaya (bebas). Kemudian Nabi s.a.w. pun pergi meninggalkan orang itu. Dia memanggil lagi, dia berkata: “Wahai Muhammad! Wahai Muhammad!”. Nabi s.a.w. pergi lagi kepadanya, Baginda bertanya: “Kenapa denganmu”. Orang itu berkata: “Saya lapar, berilah makan kepada saya. Saya dahaga, berilah saya minum”.  Nabi s.a.w. bersabda: “Ini keperluanmu”. Kemudian tawanan tadi ditebus dengan dua orang sahabat yang telah ditawan orang kafir. Perawi (Imran bin Hushain) berkata: “Ada seorang perempuan dari kalangan Anshor telah ditawan dan unta (Nabi s.a.w.) al-‘Adbaa` itu juga diambil oleh musuh. Ketika perempuan itu dalam ikatan dan orang-orang kafir sedang merehatkan binatang-binatang ternakan mereka dihadapan rumah, tiba-tiba perempuan itu terlepas daripada ikatan lalu pergi kepada unta. Apabila dia menghampiri seekor unta, unta itu berbunyi, dia pun meninggalkannya. Apabila dia menghampiri unta al-‘Adbaa`, unta itu tidak berbunyi. Perawi berkata: “Ini unta yang boleh digunakan”. Dia pun duduk diatas unta itu kemudian mengerakkannya. Kemudian unta itu pun pergi. Orang-orang kafir pun sedar tentang perempuan tadi, mereka pun keluar mencari tetapi perempuan itu melemahkan mereka (tidak menjumpai perempuan itu). Perawi berkata: Perempuan ini telah bernazar kerana Allah, jika Allah melepaskannya di atas unta itu nescaya dia pasti akan menyembelih unta itu. Bila dia sampai ke Madinah, orang ramai pun nampak dia. Orang ramai pun berkata: “’Adbaa` unta Rasulullah s.a.w.” Perempuan itu berkata sesungguhnya dia telah bernazar jika Allah menyelamatkannya di atas unta itu pasti dia akan menyembelihkannya. Mereka pun pergi kepda Rasulullah s.a.w. dan menyebutkan perkara itu kepada Baginda. Baginda pun bersabda: “Subhanallah! Alangakah buruk balasannya terhadap unta itu, dia bernazar pula kerana Allah jika Allah melepaskannya di atas unta itu pasti dia kan menyembelihkannya. Nazar tidak boleh ditunaikan dlama perkara maksiat dan pada perkara yang tidak dimiliki seseorang itu. Dalam riwayat Ibnu Hujr: Tidak ada nazar (nazar tidak perlu di penuhi) dalam maksiat kepada Allah.

حَدَّثَنَا أَبُو الرَّبِيعِ الْعَتَكِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ يَعْنِي ابْنَ زَيْدٍ ح و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ عَنْ عَبْدِ الْوَهَّابِ الثَّقَفِيِّ كِلَاهُمَا عَنْ أَيُّوبَ بِهَذَا الْإِسْنَادِ نَحْوَهُ وَفِي حَدِيثِ حَمَّادٍ قَالَ كَانَتْ الْعَضْبَاءُ لِرَجُلٍ مِنْ بَنِي عُقَيْلٍ وَكَانَتْ مِنْ سَوَابِقِ الْحَاجِّ وَفِي حَدِيثِهِ أَيْضًا فَأَتَتْ عَلَى نَاقَةٍ ذَلُولٍ مُجَرَّسَةٍ وَفِي حَدِيثِ الثَّقَفِيِّ وَهِيَ نَاقَةٌ مُدَرَّبَةٌ

Abu al-rabi’ al-‘Abkiy telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad iaitu Ibnu Zaid telah meriwayatkan kepada kami  ح  Ishaq bin Ibrahim dan Abi Umar telah meriwayatkan kepada kami daripada Abd Wahhab al-Tsaqafi, kedua-duanya meriwayatkan daripada Ayyub dengan sanad ini dan makna seperti hadits ini. Dan dalam hadits Hammad, bellau berkata: Unta al-Adbaa` adalah kepunyaan seorang lelaki daripada Bani Uqail dan unta ini mendahului unta-unta lain membawa orang Haji pergi ke Mekah. Dalam haditsnya juga disebutkan: perempuan itu pergi dekat unta yang menurut kehendak orang, yang berpengalaman. Dalam hadits al-Tsaqafiy: ia adalah unta yang terlatih.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …