Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Muslim / Kitab Jihad Dan Sirah / Sahih Muslim – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 3 – Bab Perintah Supaya Mempermudahkan Perkara Dan Tidak Meliarkan Orang
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sahih Muslim – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 3 – Bab Perintah Supaya Mempermudahkan Perkara Dan Tidak Meliarkan Orang

Sahih Muslim – Matan Hadith – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 3 – 20-Feb-08

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sahih Muslim – Syarah Hadith – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 3 – 20-Feb-08

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

بَاب فِي الْأَمْرِ بِالتَّيْسِيرِ وَتَرْكِ التَّنْفِيرِ

Bab Perintah Supaya Mempermudahkan Perkara Dan Tidak Meliarkan Orang[1].

3262 – حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَأَبُو كُرَيْبٍ وَاللَّفْظُ لِأَبِي بَكْرٍ قَالَا حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ عَنْ بُرَيْدِ بْنِ عَبْدِ اللَّهِ عَنْ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِي مُوسَى قَالَ كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا بَعَثَ أَحَدًا مِنْ أَصْحَابِهِ فِي بَعْضِ أَمْرِهِ قَالَ بَشِّرُوا وَلَا تُنَفِّرُوا وَيَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا

Abu Bakr bin Abi Syaibah dan Abu Kurayb telah meriwayatkan kepada kami dan lafaz adalah dari Abi Bakr, mereka berdua berkata: Abu Usamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Buraid bin Abdillah daripada Abi Burdah daripada Abi Musa, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. apabila mahu menghantar seseorang dari sahabatnya untuk mana-mana urusannya Baginda akan bersabda: “Berilah berita gembira, janganlah  kamu membuatkan orang menjadi liar. Permudahkan jangan kamu payahkan.[2]

3263 – حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ  أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعَثَهُ وَمُعَاذًا إِلَى الْيَمَنِ فَقَالَ يَسِّرَا وَلَا تُعَسِّرَا وَبَشِّرَا وَلَا تُنَفِّرَا وَتَطَاوَعَا وَلَا تَخْتَلِفَا

Abu Bakr bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki’ telah meriwayatkan kepada kami daripada Syu’bah daripada Sa’id bin Abi Burdah daripada ayahnya daripada datuknya bahawa Nabi s.a.w. telah menghantarnya bersama Mu’az ke Yaman. Ketika itu Nabi s.a.w. bersada: “Hendaklah kamu berdua mempermudahkan, jangan kamu payahkan. Kamu senangkan hati orang dan jangan kamu liarkan mereka. Hendaklah kamu bersepakat dan jangan kamu berselisih.”

و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ عَنْ عَمْرٍو  ح  و حَدَّثَنَا إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَابْنُ أَبِي خَلَفٍ عَنْ زَكَرِيَّاءَ بْنِ عَدِيٍّ أَخْبَرَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ عَنْ زَيْدِ بْنِ أَبِي أُنَيْسَةَ كِلَاهُمَا عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي بُرْدَةَ عَنْ أَبِيهِ عَنْ جَدِّهِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نَحْوَ حَدِيثِ شُعْبَةَ وَلَيْسَ فِي حَدِيثِ زَيْدِ بْنِ أَبِي أُنَيْسَةَ وَتَطَاوَعَا وَلَا تَخْتَلِفَا

Muhammad bin Abbad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami daripada ‘Amar ح dan Ishaq bin Ibrahim dan Ibnu Abi Khalaf telah meriwayatkan kepada kami daripada Zakariyyaa’ bin ‘Adiy, katanya: ‘Ubaidullah telah menceritakan kepada kami daripada Zaid bin Abi Unaisah, kedua-duanya meriwayatkannya daripada Sa’id bin Abi Burdah daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi s.a.w. sama seperti hadits Syu’bah tetapi tidak ada di dalam hadits Zaid bin Abi Unaisah ‘hendaklah kamu bersepakat dan jangan kamu berselisih’.

3264 – حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ مُعَاذٍ الْعَنْبَرِيُّ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ عَنْ أَنَسٍ  ح  و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ جَعْفَرٍ كِلَاهُمَا عَنْ شُعْبَةَ عَنْ أَبِي التَّيَّاحِ قَالَ سَمِعْتُ أَنَسَ بْنَ مَالِكٍ يَقُولُ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَسِّرُوا وَلَا تُعَسِّرُوا وَسَكِّنُوا وَلَا تُنَفِّرُوا

Ubaidullah bin Muaz al-Anbari telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayahku telah meriwayatkan kepadaku, katanya: Syubah telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi al-Tayyah daripada Anas ح dan Abu Bakr bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ubaidullah bin Sai’d telah meriwayatkan kepada kami ح dan Muhammad bin al-Walid telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Ja’far telah meriwayatkan kepada kami kedua-duanya daripada Syu’bah bin Abi al-Tayyah. Beliau berkata: Aku mendengar Anas bin Malik berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hendaklah kamu mempermudahkan. Janganlah kamu menyusahkan. Kamu tenangkanlah orang dan jangan kamu liarkan/buat orang menjadi gelisah.”

بَاب تَحْرِيمِ الْغَدْرِ

Bab Haram Khianat

3265 – حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ وَأَبُو أُسَامَةَ ح و حَدَّثَنِي زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَعُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ يَعْنِي أَبَا قُدَامَةَ السَّرَخْسِيَّ قَالَا حَدَّثَنَا يَحْيَى وَهُوَ الْقَطَّانُ كُلُّهُمْ عَنْ عُبَيْدِ اللَّهِ  ح و حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ وَاللَّفْظُ لَهُ حَدَّثَنَا أَبِي حَدَّثَنَا عُبَيْدُ اللَّهِ عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ قَالَ  قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا جَمَعَ اللَّهُ الْأَوَّلِينَ وَالْآخِرِينَ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرْفَعُ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ فَقِيلَ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانِ بْنِ فُلَانٍ

Abu Bakr bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Muhammad bin Bisyr dan Abu Usamah ح dan Zuhair bi Harb dan ‘Ubaidullah bin Sai’d iaitu Aba Qudamah al-Sarakhsi, mereka berdua berkata: Yahya iaitu al-Qattan, kesemua mereka meriwayatkan daripada ‘Ubaidillah ح dan Muhammad bin ‘Abdullah bin Numair telah meriwayatkan kepada kami dan lafaz hadits adalah daripadanya. Katanya, Ayahku telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Ubaidullah telah meriwayatkan kepada kami daripada Nafi’ daripada Ibnu ‘Umar, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Apabila Allah mengumpulkan orang-orang dahulu dan orang-orang kemudian pada hari kiamat nanti, akan diangkat untuk setiap pengkhianat[3] bendera lalu dikatakan inilah pengkhianatan fulan bin fulan.”[4]

حَدَّثَنَا أَبُو الرَّبِيعِ الْعَتَكِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادٌ حَدَّثَنَا أَيُّوبُ ح و حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدَّارِمِيُّ حَدَّثَنَا عَفَّانُ حَدَّثَنَا صَخْرُ بْنُ جُوَيْرِيَةَ كِلَاهُمَا عَنْ نَافِعٍ عَنْ ابْنِ عُمَرَ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِهَذَا الْحَدِيثِ

Abu Rabi’ al-‘Atakiy telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ayyub telah meriwayatkan kepada kami ح ‘Abdullah bin ‘Abd Rahman al-Darimi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Affaan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Shokhr bin Juwairiyah telah meriwayatkan kepada kami, kedua-dua mereka meriwayatkan hadits ini daripada Nafi’ daripada Ibnu ‘Umar daripada Nabi s.a.w. hadits yang sama lafaz dan makna.

3266 – و حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ أَيُّوبَ وَقُتَيْبَةُ وَابْنُ حُجْرٍ عَنْ إِسْمَعِيلَ بْنِ جَعْفَرٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ دِينَارٍ أَنَّهُ سَمِعَ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ يَقُولُ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِنَّ الْغَادِرَ يَنْصِبُ اللَّهُ لَهُ لِوَاءً يَوْمَ الْقِيَامَةِ فَيُقَالُ أَلَا هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانٍ

Yahya bin Ayyub, Qutaibah dan Ibnu Hujr telah meriwayatkan kepada kami daripada Ismail bin ja’far daripada Abdullah bin Dinar, bahawasanya beliau telah mendengar Abdullah bin Umar berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya orang yang curang kepada pemerintah, Allah akan memacak satu bendera untuknya pada hari kiamat nanti dan dikatakan: “Inilah kecurangan/pembatalan taat setia/khianat si fulan.”

3267 – حَدَّثَنِي حَرْمَلَةُ بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ عَنْ حَمْزَةَ وَسَالِمٍ ابْنَيْ عَبْدِ اللَّهِ أَنَّ عَبْدَ اللَّهِ بْنَ عُمَرَ قَالَ  سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Harmalah bin Yahya telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ibnu Wahb telah menceritakan kepada kami, katanya: Yunus telah menceritakan kepada saya daripada Ibnu Syihab daripada Hamzah dan Salim (iaitu) dua orang anak lelaki bagi Abdullah bahawasanya Abdullah bin Umar berkata: “Aku mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap pengkhinat ada bendera di hari kiamat nanti.”

3268 – حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَابْنُ بَشَّارٍ قَالَا حَدَّثَنَا ابْنُ أَبِي عَدِيٍّ  ح و حَدَّثَنِي بِشْرُ بْنُ خَالِدٍ أَخْبَرَنَا مُحَمَّدٌ يَعْنِي ابْنَ جَعْفَرٍ كِلَاهُمَا عَنْ شُعْبَةَ عَنْ سُلَيْمَانَ عَنْ أَبِي وَائِلٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ  عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانٍ

Muhammad bin al-Mutsanna dan Ibnu Basysyar telah meriwayatkan kepada saya, mereka berdua berkata: Ibnu Abi ‘Abdi telah meriwayatkan kepada kami ح dan Bisyr bin Khalid telah meriwayatkan kepada saya, katanya: Muhammad iaitu Ibnu Ja’far telah menceritakan kepada kami. Kedua-dua mereka telah meriwayatkan daripada Syubah daripada Sulaiman daripada Abi Wail daripada Abdillah (Ibnu Mas`ud) daripada Nabi s.a.w. Baginda bersabda: “Setiap pengkhinat ada bendera di hari kiamat nanti, dikatakan: “Inilah kecurangan/pembatalan taat setia/pengkhianatan si fulan.”

و حَدَّثَنَاه إِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ أَخْبَرَنَا النَّضْرُ بْنُ شُمَيْلٍ  ح و حَدَّثَنِي عُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ جَمِيعًا عَنْ شُعْبَةَ فِي هَذَا الْإِسْنَادِ وَلَيْسَ فِي حَدِيثِ عَبْدِ الرَّحْمَنِ يُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانٍ

Ishaq bin Ibrahim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Nadhr bin Syumail telah menceritakan kepada kami ح dan Ubaidullah bin Sai’d telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul Rahman telah meriwayatkan kepada kami kesemuanya daripada Syu’bah dalam isnad ini dan tidak ada dalam hadits Abdul Rahman dikatakan: Inilah kecurangan/pembatalan taat setia/khianat si fulan.’

3269 – و حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ آدَمَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ عَبْدِ الْعَزِيزِ عَنْ الْأَعْمَشِ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُعْرَفُ بِهِ يُقَالُ هَذِهِ غَدْرَةُ فُلَانٍ

Abu Bakr bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yahya bin Adam telah meriwayatkan kepada kami daripada Yazid bin ‘Abd al-‘Aziz daripada al-A`masy daripada Syaqiq daripada ‘Abdillah, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap pengkhinat ada bendera di hari kiamat nanti yang dikenali dengannya, dikatakan: “Inilah kecurangan/pembatalan taat setia/pengkhianatan si fulan.”

3270 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَعُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ بْنُ مَهْدِيٍّ عَنْ شُعْبَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ قَالَ :قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُعْرَفُ بِهِ

Muhammad bin al-Mutsanna dan Ubaidullah bin Sai’d telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Abdul Rahman bin Mahdi telah meriwayatkan kepada kami daripada Syu’bah daripada Tsabit daripada Anas, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: “Setiap pengkhinat ada bendera di hari kiamat nanti yang mana dia di kenali dengannya (sebagai pengkhianat)”

3271 – حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ الْمُثَنَّى وَعُبَيْدُ اللَّهِ بْنُ سَعِيدٍ قَالَا حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّحْمَنِ حَدَّثَنَا شُعْبَةُ عَنْ خُلَيْدٍ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ  عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ عِنْدَ اسْتِهِ يَوْمَ الْقِيَامَةِ

Muhammad bin al-Mutsanna dan Ubaidullah bin Sai’d telah meriwayatkan kepada kami, mereka berdua berkata: Abdul Rahman telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Syu’bah bin Khulaid telah meriwayatkan kepada kami daripada Khulaid daripada Abi Nadhrah daripada Abi Sai’d daripada Nabi s.a.w., sabdanya: “Setiap pengkhianat ada bendera dekat punggungnya[5] pada hari kiamat.

3272 – حَدَّثَنَا زُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الصَّمَدِ بْنُ عَبْدِ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا الْمُسْتَمِرُّ بْنُ الرَّيَّانِ حَدَّثَنَا أَبُو نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ قَالَ: قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِكُلِّ غَادِرٍ لِوَاءٌ يَوْمَ الْقِيَامَةِ يُرْفَعُ لَهُ بِقَدْرِ غَدْرِهِ أَلَا وَلَا غَادِرَ أَعْظَمُ غَدْرًا مِنْ أَمِيرِ عَامَّةٍ

Zuhair bin Harb telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd al-Shomad bin Abd al-Waris telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Mustamir bin al-Rayyan telah meriwayatkan kepada kami, katanya, Abu Nadhrah telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Sa`id, beliau berkata: Rasulullah s.a.w. bersabda: Setiap pengkhianat ada bendera pada hari kiamat nanti dan diangkat bendera itu mengikut sejauh mana pengkhianatannya. Ketahuilah tidak ada pengkhianatan yang lebih besar daripada pengkhianatan seorang pemimpin umum/masyarakat.[6]

[1] Pentingnya pendekatan taysir iaitu mempermudahkan dalam setiap perkara sehingga dalam urusan da’wah, jihad dan peperangan perlu diberikan perhatian.

[2] Pengajaran hadits ini antaranya, pertama, perintah Rasulullah s.a.w. supaya mengutamakan tabsyir iaitu memberi berita gembira, kesenangan, kelegaan kepada semua orang  iaitu mendapati kurniaan Allah, pahala dan rahmat. Da’wah hendaklah berasaskan  berita gembira, rahmat, tidak menyebabkan orang putus asa dan kecewa dan memberikan harapan kepada mereka. Orang Islam dituntut supaya menda’wahkan orang ramai dengan menyebutkan pahala yang banyak walaupun amalan yang dikerjakan itu kecil. Ini kerana besarnya kedudukan niat dalam Islam.  Memberikan berita gembira iaitu tidak mati tetapi hidup di sisi Allah dan mendapat syurga. Jika menang akan memperolehi harta kekayaan daripada hasil ghanimah. Jika dia syahid, anak-anaknya itu menjadi tanggungjawab kerajaan dan segala hutang yang ditinggalkannya itu terserah kepada kerajaan untuk melangsaikannya. Begitu juga pentingnya pendekatan tabsyir dan taysir dalam pencarian ilmu, pendidikan, perniagaan, pentadbiran dan sebagainya.

Kedua, jangan menyebabkan orang lari dengan cara takhwif semata-mata tanpa tabsyir, jangan sampai orang Islam sendiri menjauhkan diri daripada Islam.

[3] Al-Ghadir ialah orang yang berjanji untuk setia atas sesuatu perkara tetapi dia memungkirinyan. Maksud di sini membatalkan taat setia kepada pemimpin. Ketaatan kepada pemerintah adalah wajib selagi dia mentaati Allah. Apatah lagi dalam bab peperangan dan jihad. Taat setia untuk berperang di bawah kepimpinan panglima perang.

[4] Sebagaimana  Rasulullah s.a.w. mempunyai bendara di hari akhirat iaitu liwa` al-Hamd ya’ni khusus untuk mereka yang hidup dengan semangat hamd, mengikuti cara Rasulullah s.a.w.

[5] Sebagai tanda kehinaan di akhirat kerana pengkhianatan di dunia.

[6] Pemerintah mempunyai kuasa untuk mengubah dan membaiki sesuatu . Keputusannya akan menentukan kemajuan, kebinasaan, keamanan dan kucar kacir negara. Pengkhianatannya kerana memberi janji kepada rakyat tetapi tidak ditunaikan. Pengkhianatannya membawa kemudhratan kepada ramai orang ramai. Besar dosanya kerana dia tidak terdesak untuk membatalkan janjinya dan amanah yang dipikulnya untuk menjaga, membela dan bersimpati kepada rakyat.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *