Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Muslim / Kitab Jihad Dan Sirah / Sahih Muslim – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 25 – Bab Orang-Orang Perempuan Ikut Serta Berperang Bersama Dengan Lelaki
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sahih Muslim – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 25 – Bab Orang-Orang Perempuan Ikut Serta Berperang Bersama Dengan Lelaki

Sahih Muslim – Matan Hadith – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 25 – 06-Ogs-08

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sahih Muslim – Syarah Hadith – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 25 – 06-Ogs-08

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

بَاب غَزْوَةِ النِّسَاءِ مَعَ الرِّجَالِ

Bab Orang-Orang Perempuan Ikut Serta Berperang Bersama Lelaki[1]

١٣٤-  حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا يَزِيدُ بْنُ هَارُونَ أَخْبَرَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ أُمَّ سُلَيْمٍ اتَّخَذَتْ يَوْمَ حُنَيْنٍ خِنْجَرًا فَكَانَ مَعَهَا فَرَآهَا أَبُو طَلْحَةَ فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذِهِ أُمُّ سُلَيْمٍ مَعَهَا خِنْجَرٌ فَقَالَ لَهَا رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هَذَا الْخِنْجَرُ قَالَتْ اتَّخَذْتُهُ إِنْ دَنَا مِنِّي أَحَدٌ مِنْ الْمُشْرِكِينَ بَقَرْتُ بِهِ بَطْنَهُ فَجَعَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَضْحَكُ قَالَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ اقْتُلْ مَنْ بَعْدَنَا مِنْ الطُّلَقَاءِ انْهَزَمُوا بِكَ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَا أُمَّ سُلَيْمٍ إِنَّ اللَّهَ قَدْ كَفَى وَأَحْسَنَ

Abu Bakr bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Yazid bin Harun telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah telah menceritakan kepada kami daripada Tsabit daripada Anas bahawa sesungguhnya Ummu Sulaim telah menyimpan khanjar pada hari Hunain, pisau khanjar itu ada bersamanya lalu dilihat oleh Abu Talhah[2]. Kerana itu Abu Talhah berkata: “Wahai Rasulullah! Ini Ummu Sulaim[3] ada pisau Khanjar bersamanya maka Rasulullah s.a.w. bertanya kepadanya: “Untuk apa pisau ini?”  Beliau menjawab: “Saya simpan pisau ini dengan maksud kalau ada sesiapa dari kalangan musyrikin menghampiri saya, saya akan belah perutnya dengan pisau ini”. Rasulullah s.a.w. pun ketawa. Ummu Sulaim pun berkata lagi: “Wahai Rasulullah! Bunuhlah selain dari puak kami iaitu dari golongan Tulaqaa`[4] mereka telah melarikan diri dalam peperangan bersamamu.” Rasulullah s.a.w. bersabda: “Wahai Ummu Sulaim! Sesungguhnya Allah telah menyelesaikan perkara ini dengan baik.”

و حَدَّثَنِيهِ مُحَمَّدُ بْنُ حَاتِمٍ حَدَّثَنَا بَهْزٌ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ أَخْبَرَنَا إِسْحَقُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ أَبِي طَلْحَةَ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ فِي قِصَّةِ أُمِّ سُلَيْمٍ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِثْلَ حَدِيثِ ثَابِتٍ

Muhammad bin Hatim telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Bahz telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ishaq bin Abdullah bin Abi Tolhah telah menceritakan kepada kami daripada Anas bin Malik dalam kisah Ummu Sulaim daripada Nabi s.a.w. sama seperti hadits Tsabit.

3375 – حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى أَخْبَرَنَا جَعْفَرُ بْنُ سُلَيْمَانَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ :كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَغْزُو بِأُمِّ سُلَيْمٍ وَنِسْوَةٍ مِنْ الْأَنْصَارِ مَعَهُ إِذَا غَزَا فَيَسْقِينَ الْمَاءَ وَيُدَاوِينَ الْجَرْحَى

Yahya bin Yahya telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ja’far bin Sulaiman telah menceritakan kepada kami daripada Tsabit daripada Anas bin Malik, beliau berkata: “Rasulullah s.a.w. berperang dengan Ummu Sulaim dan beberapa orang perempuan Ansor bersamanya. Ketika baginda berperang mereka memberi air dan merawat orang-orang yang luka”.

3376 – حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الدَّارِمِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ عَمْرٍو وَهُوَ أَبُو مَعْمَرٍ الْمِنْقَرِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ وَهُوَ ابْنُ صُهَيْبٍ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ قَالَ :لَمَّا كَانَ يَوْمُ أُحُدٍ انْهَزَمَ نَاسٌ مِنْ النَّاسِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَأَبُو طَلْحَةَ بَيْنَ يَدَيْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مُجَوِّبٌ عَلَيْهِ بِحَجَفَةٍ قَالَ وَكَانَ أَبُو طَلْحَةَ رَجُلًا رَامِيًا شَدِيدَ النَّزْعِ وَكَسَرَ يَوْمَئِذٍ قَوْسَيْنِ أَوْ ثَلَاثًا قَالَ فَكَانَ الرَّجُلُ يَمُرُّ مَعَهُ الْجَعْبَةُ مِنْ النَّبْلِ فَيَقُولُ انْثُرْهَا لِأَبِي طَلْحَةَ قَالَ وَيُشْرِفُ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَنْظُرُ إِلَى الْقَوْمِ فَيَقُولُ أَبُو طَلْحَةَ يَا نَبِيَّ اللَّهِ بِأَبِي أَنْتَ وَأُمِّي لَا تُشْرِفْ لَا يُصِبْكَ سَهْمٌ مِنْ سِهَامِ الْقَوْمِ نَحْرِي دُونَ نَحْرِكَ قَالَ وَلَقَدْ رَأَيْتُ عَائِشَةَ بِنْتَ أَبِي بَكْرٍ وَأُمَّ سُلَيْمٍ وَإِنَّهُمَا لَمُشَمِّرَتَانِ أَرَى خَدَمَ سُوقِهِمَا تَنْقُلَانِ الْقِرَبَ عَلَى مُتُونِهِمَا ثُمَّ تُفْرِغَانِهِ فِي أَفْوَاهِهِمْ ثُمَّ تَرْجِعَانِ فَتَمْلَآَنِهَا ثُمَّ تَجِيئَانِ تُفْرِغَانِهِ فِي أَفْوَاهِ الْقَوْمِ وَلَقَدْ وَقَعَ السَّيْفُ مِنْ يَدَيْ أَبِي طَلْحَةَ إِمَّا مَرَّتَيْنِ وَإِمَّا ثَلَاثًا مِنْ النُّعَاسِ

Abdullah bin Abd Rahman al-Darimi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdullah bin Amar, dia adalah Abu Ma’mar al-Minqariy telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul Waris telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abdul Aziz, dia adalah Ibnu Shuhaib telah telah meriwayatkan kepada kami daripada Anas bin Malik, beliau berkata: “Pada Hari Uhud[5], segolongan orang telah berselerak meninggalkan Nabi s.a.w. tetapi Abu Tolhah tetap berada di hadapan Nabi s.a.w. menjadi perisai kepada Baginda, dia melindungi Nabi s.a.w. dengan perisainya. Anas berkata: Abu Tolhah adalah seorang yang (hebat) kuat memanah. Pada hari itu dia telah mematahkan dua atau tiga busur panah. Perawi (Anas) berkata: “Apabila orang lalu dekat dia dan bersamanya ada anak panah maka Nabi s.a.w. berkata kepada orang itu: “Kamu taburkan anak panah itu untuk Abu Tolhah”. Nabi s.a.w. menjenguk untuk melihat orang ramai. Tolhah berkata: “Wahai Nabiyyallah! Ku tebus Engkau dengan ayah dan ibuku. Janganlah Engkau menjeguk begitu nanti terkena Engkau mana-mana anak panah orang kafir itu. Leher aku ini berada di hadapan lehermu (aku menjadi pelindung bagimu). Anas berkata: “Sesungguhnya aku nampak ‘Aisyah binti Abi Bakr dan Ummu Sulaim dalam keadaan kedua-dua mereka menyingsing kain mereka[6], aku nampak betis mereka berdua[7]. Kedua-dua mereka[8] memikul gereba di atas belakang kemudian menuangkan airnya di mulut tentera-tentera pasukan Islam kemudian kembali semula untuk memenuhkan air, mereka mengisi air ke dalam greba dan kemudian mereka datang menuangkan air itu pula ke mulut orang-orang ramai. Pedang telah terjatuh daripada Abu Tolhah sama ada dua kali atau tiga kali kerana mengantuk.”[9]

[1] Ini menunjukkan orang perempuan juga boleh turut serta dalam peperangan dan gambaran hadits juga menunjukkan bahawa:

  1. Mereka mempunyai peranan mereka yang tersendiri iaitu peranan yang sesuai dengan mereka dalam peperangan.

  2. Peperangan yang disertai kaum wanita bukan sahaja pada ketika darurat ataupun pada ketika ummat Islam sedikit tetapi juga dalam keadaan Islam sudahpun berkembang jauh seperti yang berlaku pada pemerintahan Saidina Utsman, ‘Ali dan Mu`awiyah.

  • Mereka juga mati syahid sama seperti orang-orang lelaki di zaman Rasulullah s.a.w. dan zaman kemudian.

  1. Dakwaan yang mengatakan isteri-isteri Rasulullah hanya duduk diam di rumah dan tidak tahu apa-apa adalah tidak benar sama sekali bahkan mereka juga memainkan peranan penting samada dalam bidang ilmu maupun peperangan.

  2. Isteri-isteri yang ‘ideal’ di zaman Rasulullah s.a.w. dan para sahabat adalah mereka yang aktif dan berperanan besar.

[2] Tolhah adalah bapa tiri kepada Anas bin Malik..

[3] Ibu Anas ya`ni Ummu Sulaim bercerai dengan ayah Anas ya`ni Malik kerana Malik tidak mahu memeluk Islam sedangkan Ummu Sulaim mahu memeluk Islam, maka mereka bercerai. Setelah berada di Madinah Ummu Sulaim dinikahi Abu Tolhah dan dia tidak mahukan apa-pa mas kahwin kecuali Islam sahaja. Beliau adalah seorang yang kuat imannya dan Nabi s.a.w. dengan mesra seperti kelaurganya sendiri. Beliau juga membawa anaknya Anas supaya berkhidmat dengan Nabi s.a.w. sejak berumur 10 tahun.

[4] Tulaqaa`: Golongan orang-orang yang dilepaskan oleh Nabi s.a.w. dengan tanpa dikenakan apa-apa hukuman walaupun telah banyak melakukan kesalahan pada masa lampau. Inilah yang betul dan bukannya seperti dalam kamus Munjid yang menterjemahkan dengan makna: Orang-orang yang dipaksa memeluk agama Islam sedangkan ‘talaq’ bemaksud bebas. Ini jelas menampakkan cubaan menggambarkan Islam sebagai ganas dan tidak baik.

[5] Ini adalah salah satu dalil kepalsuan cerita yang mengatakan Aisyah dinikahi Nabi s.a.w. pada umur 6 tahun dan duduk sekali pada umur 9 tahun. Ini adalah kerana perang Uhud berlaku pada tahun ke-3 Hijrah dan ini diterima oleh semua ulamak. Bermakna umur Aisyah pada ketika berlakunya perang Uhud baru mencecah 11 tahun. Bagaimana pula dia boleh dibenarkan turut serta dalam peperangan sedangkan Ibnu Umar, seorang lelaki yang lebih tua darinya berumur 14 tahun pada ketika itu tidak dibenarkan turut serta? Tetapi jika kita menerima pendapat yang sahih maka ia lebih munasabah dan senang diterima akal yang waras iaitu beliau menikah dengan Nabi s.a.w. pada ketika umurnya 16 tahun, tinggal bersama 19 tahun dan menyertai perang Uhud pada ketika berumur 21 tahun. Dengan itu barulah kita dapat bayangkan kesesuaian umurnya dengan peristiwa ini. Oleh kerana peperangan Uhud ini dan peperangan Badar maka di zaman pemerintahan Umar beliau mendapat ganjaran yang lebih berbanding isteri-isteri Nabi yang lain disebabkan beliau adalah ahli Uhud dan Ahli Badar dan bukannya kerana dakwaan yang mengatakan Nabi s.a.w. paling menyayanginya. Beliaulah satu-satunya isteri Nabi s.a.w. yang menyertai perang-perang awal Islam. Maka dengan itu beliau mendapat 2 bahagian iaitu bahagiannya sebagai Ummul Mukminin dan bahagiannya sebagai ahli Badar dan ahli Uhud.

[6] Ya`ni kerana sibuk dalam peperangan itu

[7] atau aku nampak gelang kaki mereka berdua ya`ni dalam kekalutan itu dan bukan dengan sengaja.

[8] Ya`ni Aisyah dan Ummu Sulaim.

[9] Imam an-Nawawi membuat beberapa kesimpulan (Syarah Sahih Muslim Jld.6 m/s.429) bahawa harus bagi orang perempuan bercampul gaul dengan lelaki semasa peperangan untuk memberi air.

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *