Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Muslim / Kitab Jihad Dan Sirah / Sahih Muslim – Syarah Hadith – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 21 – Sambungan Bab Perang Khaibar
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sahih Muslim – Syarah Hadith – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 21 – Sambungan Bab Perang Khaibar

Sahih Muslim – Syarah Hadith – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 21 – 09-Jul-08

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

Sambungan- Bab Perang Khaibar

١٢٣- حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ وَمُحَمَّدُ بْنُ عَبَّادٍ وَاللَّفْظُ لِابْنِ عَبَّادٍ قَالَا حَدَّثَنَا حَاتِمٌ وَهُوَ ابْنُ إِسْمَعِيلَ عَنْ يَزِيدَ بْنِ أَبِي عُبَيْدٍ مَوْلَى سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ عَنْ سَلَمَةَ بْنِ الْأَكْوَعِ قَالَ خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِلَى خَيْبَرَ فَتَسَيَّرْنَا لَيْلًا فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ لِعَامِرِ بْنِ الْأَكْوَعِ أَلَا تُسْمِعُنَا مِنْ هُنَيْهَاتِكَ وَكَانَ عَامِرٌ رَجُلًا شَاعِرًا فَنَزَلَ يَحْدُو بِالْقَوْمِ يَقُولُ : اللَّهُمَّ لَوْلَا أَنْتَ مَا اهْتَدَيْنَا * وَلَا تَصَدَّقْنَا وَلَا صَلَّيْنَا*  فَاغْفِرْ فِدَاءً لَكَ مَا اقْتَفَيْنَا * وَثَبِّتْ الْأَقْدَامَ إِنْ لَاقَيْنَا * وَأَلْقِيَنْ سَكِينَةً عَلَيْنَا * إِنَّا إِذَا صِيحَ بِنَا أَتَيْنَا * وَبِالصِّيَاحِ عَوَّلُوا عَلَيْنَا

فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ هَذَا السَّائِقُ قَالُوا عَامِرٌ قَالَ يَرْحَمُهُ اللَّهُ فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ الْقَوْمِ وَجَبَتْ يَا رَسُولَ اللَّهِ لَوْلَا أَمْتَعْتَنَا بِهِ قَالَ فَأَتَيْنَا خَيْبَرَ فَحَاصَرْنَاهُمْ حَتَّى أَصَابَتْنَا مَخْمَصَةٌ شَدِيدَةٌ ثُمَّ قَالَ إِنَّ اللَّهَ فَتَحَهَا عَلَيْكُمْ قَالَ فَلَمَّا أَمْسَى النَّاسُ مَسَاءَ الْيَوْمِ الَّذِي فُتِحَتْ عَلَيْهِمْ أَوْقَدُوا نِيرَانًا كَثِيرَةً فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا هَذِهِ النِّيرَانُ عَلَى أَيِّ شَيْءٍ تُوقِدُونَ فَقَالُوا عَلَى لَحْمٍ قَالَ أَيُّ لَحْمٍ قَالُوا لَحْمُ حُمُرِ الْإِنْسِيَّةِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَهْرِيقُوهَا وَاكْسِرُوهَا فَقَالَ رَجُلٌ أَوْ يُهْرِيقُوهَا وَيَغْسِلُوهَا فَقَالَ أَوْ ذَاكَ قَالَ فَلَمَّا تَصَافَّ الْقَوْمُ كَانَ سَيْفُ عَامِرٍ فِيهِ قِصَرٌ فَتَنَاوَلَ بِهِ سَاقَ يَهُودِيٍّ لِيَضْرِبَهُ وَيَرْجِعُ ذُبَابُ سَيْفِهِ فَأَصَابَ رُكْبَةَ عَامِرٍ فَمَاتَ مِنْهُ قَالَ فَلَمَّا قَفَلُوا قَالَ سَلَمَةُ وَهُوَ آخِذٌ بِيَدِي قَالَ فَلَمَّا رَآنِي رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ سَاكِتًا قَالَ مَا لَكَ قُلْتُ لَهُ فَدَاكَ أَبِي وَأُمِّي زَعَمُوا أَنَّ عَامِرًا حَبِطَ عَمَلُهُ قَالَ مَنْ قَالَهُ قُلْتُ فُلَانٌ وَفُلَانٌ وَأُسَيْدُ بْنُ حُضَيْرٍ الْأَنْصَارِيُّ فَقَالَ كَذَبَ مَنْ قَالَهُ إِنَّ لَهُ لَأَجْرَيْنِ وَجَمَعَ بَيْنَ إِصْبَعَيْهِ إِنَّهُ لَجَاهِدٌ مُجَاهِدٌ قَلَّ عَرَبِيٌّ مَشَى بِهَا مِثْلَهُ وَخَالَفَ قُتَيْبَةُ مُحَمَّدًا فِي الْحَدِيثِ فِي حَرْفَيْنِ وَفِي رِوَايَةِ ابْنِ عَبَّادٍ وَأَلْقِ سَكِينَةً عَلَيْنَا

123- Qutaibah bin Sa`id dan Muhammad bin ‘Abbad telah meriwayatkan kepada kami dan lafaz hadits adalah melalui Ibnu ‘Abbad, mereka berdua berkata: Hatim, dia adalah anak Ismail telah meriwayatkan kepada kami daripada Yazid bin Abi Ubaid hamba bebasan Salamah bin al-Akwa’ daripada Salamah bin al-Akwa’ bahawa beliau menceritakan: “Kami keluar bersama Rasulullah s.a.w. ke Khaibar, kami berjalan pada waktu malam lalu ada seorang lelaki daripada kalangan orang ramai itu berkata kepada ‘Amir bin al-Akwa’[1]: “Kenapa tidak kamu perdengarkan nyanyian kamu kepada kami?” Amir adalah seorang penyair, dia pun terus turun daripada kenderaannya sambil dia mengheret unta-unta orang ramai itu sambil mengungkapkan[2] syair: “Ya Allah! Kalaulah tidak kerana-Mu tentu kami tidak mendapat hidayah. Kami tidak tahu bersedekah, tidak tahu bersembahyang. Ampunilah! – Ku tebus Engkau[3] – kesalahan yang telah kami lakukan dan teguhkanlah pendirian kami apabila kami bersemuka dengan musuh. Turunkanlah ketenangan kepada kami, kami apabila saja diteriakkan laungan perang kami terus datang[4]. Mereka mempercayai kami dengan melaungkan seruan mereka. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. bertanya: “Siapakah pemandu kenderaan itu?” Mereka menjawab: “’Amir”. Nabi s.a.w. berkata: “Semoga dia dirahmati Allah”. Ketika itu ada seorang lelaki[5] daripada kalangan mereka berkata: “Sudah pasti wahai Rasulullah! Kenapa engkau tidak biarkan dia bersama kami untuk seketika lagi?” Perawi berkata: “Kami pun sampai ke sampai ke Khaibar dan mengepung mereka sehingga kami mengalami kelaparan yang teruk. Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya Allah akan memenangkan kamu dalam menghadapi mereka.” Perawi berkata: “Pada petang hari mereka dikalahkan, para sahabat menyalakan api yang banyak. Rasulullah s.a.w. bertanya: “Api apa ini? Untuk apa kamu nyalakan api begini?” Mereka menjawab: “Untuk memasak daging”. Nabi s.a.w. pun bertanya: “Daging apa?” Mereka menjawab: “Daging himar kampung”. Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Kamu curahkan[6] gulai itu dan pecahkannya (bekas-bekas).” Ketika itu ada seseorang berkata: “Atau mereka buangkan sahaja dan basuh (bekas-bekas itu)?” Barulah Nabi s.a.w. bersabda: “Ataupun begitu”. Apabila kedua golongan berhadapan, pedang ‘Amir ini pendek sedikit dan beliau bermaksud hendak menetak betis seorang Yahudi tetapi tetakannya berbalik kepadanya dan mata pedangnya mengenai lututnya sendiri maka matilah dia akibat daripada itu. Perawi berkata: Apabila mereka pulang Salamah pun berkata sambil memegang tanganku: “Apabila Rasulullah s.a.w. melihat aku diam, Baginda pun bertanya: “Kenapa dengan engkau ini?” Aku berkata kepadanya: “Ku tebus engkau dengan ayah dan ibuku, mereka mengatakan ‘Amir sia-sia sahaja amalannya.” Nabi s.a.w. pun bertanya: “Siapa yang mengatakan begitu?” Saya pun menceritakan: “Si fulan, si fulan dan Usaid bin Hudhair al-Anshori.” Nabi s.a.w. berkata: “Tak betul semua itu. Sesungguhnya dia (‘Amir) mendapat dua pahala,” dan Nabi s.a.w. mengumpul dua jari “kerana dia adalah seorang yang serius dan bersungguh-sungguh dalam ibadat dan hidupnya di samping beliau ini seorang pejuang di jalan Allah. Jarang sekali ditemui seorang Arab sepertinya berjalan[7] di atas muka bumi ini. Qutaibah meriwayatkan hadits tidak sama seperti Muhammad pada dua tempat. Dalam riwayat Ibnu `Abbad disebutkan: وَأَلْقِ سَكِينَةً عَلَيْنَا

١٢٤ – و حَدَّثَنِي أَبُو الطَّاهِرِ أَخْبَرَنَا ابْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي يُونُسُ عَنْ ابْنِ شِهَابٍ أَخْبَرَنِي عَبْدُ الرَّحْمَنِ وَنَسَبَهُ غَيْرُ ابْنِ وَهْبٍ فَقَالَ ابْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ كَعْبِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ سَلَمَةَ بْنَ الْأَكْوَعِ قَالَ لَمَّا كَانَ يَوْمُ خَيْبَرَ قَاتَلَ أَخِي قِتَالًا شَدِيدًا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَارْتَدَّ عَلَيْهِ سَيْفُهُ فَقَتَلَهُ فَقَالَ أَصْحَابُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي ذَلِكَ وَشَكُّوا فِيهِ رَجُلٌ مَاتَ فِي سِلَاحِهِ وَشَكُّوا فِي بَعْضِ أَمْرِهِ قَالَ سَلَمَةُ فَقَفَلَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ خَيْبَرَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ ائْذَنْ لِي أَنْ أَرْجُزَ لَكَ فَأَذِنَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ عُمَرُ بْنُ الْخَطَّابِ أَعْلَمُ مَا تَقُولُ قَالَ فَقُلْتُ وَاللَّهِ لَوْلَا اللَّهُ مَا اهْتَدَيْنَا  * وَلَا تَصَدَّقْنَا وَلَا صَلَّيْنَا  فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ صَدَقْتَ وَأَنْزِلَنْ سَكِينَةً عَلَيْنَا وَثَبِّتْ الْأَقْدَامَ إِنْ لَاقَيْنَا وَالْمُشْرِكُونَ قَدْ بَغَوْا عَلَيْنَا قَالَ فَلَمَّا قَضَيْتُ رَجَزِي قَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ قَالَ هَذَا قُلْتُ قَالَهُ أَخِي فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَرْحَمُهُ اللَّهُ قَالَ فَقُلْتُ يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّ نَاسًا لَيَهَابُونَ الصَّلَاةَ عَلَيْهِ يَقُولُونَ رَجُلٌ مَاتَ بِسِلَاحِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَاتَ جَاهِدًا مُجَاهِدًا قَالَ ابْنُ شِهَابٍ ثُمَّ سَأَلْتُ ابنا لسلمة ابن الأكوع. فحدثني عن أبيه مثل ذلك. غير أنه قال (حين قلت: إن ناسا يهابون الصلاة عليه) فقال رسول الله صلى الله عليه وسلم (كذبوا. مات جاهدا مجاهدا. فله أجره مرتين) وأشار بإصبعيه.

124- Abu al-Tohir telah meriwayakan kepada saya, katanya: Ibnu Wahb telah menceritakan kepada kami, katanya: Yunus telah menceritakan kepada saya daripada Ibnu Syihab, katanya: Abd al-Rahman telah menceritakan kepada saya dan selain Ibnu Wahb menisbahkannya[8].; IbnuAbdullah bin Ka`ab bin Malik berkata bahawa Salamah bin al-Akwa’, berkata: “Pada hari Khaibar saudaraku berperang dengan hebat bersama Rasulullah s.a.w. tetapi pedangnya berpusing sehingga mengenai dirinya sendiri lalu dia mati kerananya. Sahabat-sahabat Rasulullah s.a.w. bercakap kerana itu,  mereka meraguinya dengan mengatakan seorang yang mati kerana senjatanya sendiri dan mereka meragui pada sesetengah perkara yang dilakukan oleh ‘Amir. Salamah berkata: “Ketika Rasulullah s.a.w. pulang dari Khaibar aku pun berkata: “Izinkan aku untuk mengungkapkan syair ini kepadamu.” Rasulullah s.a.w. pun izinkan kepadanya. Umar bin al-Kattab berkata pada ketika itu: “Aku tahu apa yang akan engkau ungkapkan.” Salamah berkata: “Demi Allah! Kalaulah tidak kerana Allah kita tidak akan mendapat petunjuk. Kami tidak tahu bersedekah, tidak tahu bersembahyang.” Maka Rasulullah s.a.w. berkata: “Benar engkau.” “Turunkanlah ketenangan kepada kami dan tetapkanlah kaki kami apabila kami berhadapan dengan musuh. Orang-orang musyrikun telahpun menyerang kita.” Perawi berkata: “Apabila aku selesai mengungkapkan syairku maka Rasulullah s.a.w. berkata: “Siapakah yang telah mengungkapkan syair ini dahulu?” Saya pun menjawab: “Saudara saya yang mengungkapkan syair ini dahulu.” Rasulullah s.a.w. berkata: “Semoga Allah merahmatinya.” Salamah bin al-Akwa’ berkata: Aku pun berkata: “Ada beberapa orang, mereka tidak mahu berdoa kepadanya. Mereka mengatakannya seorang yang mati kerana senjatanya sendiri” tetapi Rasulullah s.a.w. bersabda: “Dia mati dalam keadaan sebagai seorang pejuang sejati.” Ibnu Syihab berkata: “Kemudian aku bertanya kepada anak lelaki Salamah bin al-Akwa’, dia menceritakan kepadaku, dia ambil cerita itu daripada ayahnya sama seperti tadi juga cuma dia berkata apabila aku berkata: “Ada beberapa orang takut berdoa kepada ‘Amir. Maka Rasulullah s.a.w. berkata: “Dusta mereka, dia mati sebagai pejuang sejati. Kerana itu dia akan mendapat dua pahala dan Nabi s.a.w. isyaratkan dengan dua jari.”

[1] Bapa saudara kepada Salamah bin al-Awa` dan ada sebahagian ulamak berpendapat bahawa adik beradik Salamah bin al-Akwa` berdasarkan kepada riwayat selepas ini.

[2] Ya`ni menyanyikan lagu yang baik untuk menaikkan semangat jihad sahabat-sahabat Nabi s.a.w. yang lain dan juga unta yang menjadi tunggangan kerana unta adalah sejenis binatang yang suka kepada irama dan menjadi cergas apabila mendengarnya.

Inilah dalil harusnya lagu atau nyanyian yang baik untuk mencergaskan diri selagi tiada unsur-unsur yang tidak baik.

[3] Ini adalah jumlah mu`taridoh – iaitu ayat asing yang tiada kaitan dengan ayat sebelumnya dan selepasnya. Ayat ini ditujukan / dimaksudkan kepada Nabi s.a.w.

[4] Hadits ini juga menjadi dalil kepada harus memuji diri sendiri dalam lagu untuk menaikkan semangat kerana tiada teguran daripada Nabi s.a.w. berhubung perkara ini.

[5] Dalam riwayat lain ada menyebutkan bahawa orang tersebut adalah Saidina Umar r.a

[6] Ulamak berselisih pendapat berhubung sebab larangan dalam hadis ini:

  1. Nabi s.a.w. memerintahkan supaya dicurahkan daging himar tersebut menunjukkan ianya tidak boleh dimakan manakala peintah supaya bekas-bekasnya dibasuh menunjukkan ianya najis. Oleh sebab itu as-Syafi`eyyah dan jumhur ulamak yang berpendapat haram memakan daging keldai berdalilkan hadits ini.

  2. Sebahagian ulamak lain pula berpendapat bahawa larangan Nabi s.a.w. adalah disebabkan keldai kampung dperlukan sebagai kenderaan pada masa itu tetapi jika pada waktu sudah tidak diperlukan sebagai kenderaan utama maka hukumnya harus. Ini adalah salah satu pendapat Imam Malik.

  • Golongan ketiga pula berpendapat bahawa larangan tersebut adalah disebabkan ia termasuk dalam harta ghanimah yang belum dibahagikan bahagiannya.

[7] Imam an-Nawawi dalan Syarah Sahih Muslim (jld.6 m/s.410) ada menukilkan dari Qadhi `Iyad:

  1. قَلَّ عَرَبِيٌّ مَشَى بِهَا مِثْلَهُ (bermaksud): Jarang sekali ditemui seorang Arab sepertinya berjalan[7] di atas muka bumi ini. Ini adalah mengikut riwayat sahih dan masyhur yang diriwayatkan oleh kebanyakan ulamak termasuk Bukhari dan Muslim

  2. Dalam riwayat lain ada menyebutkan مُشَابهًِا مِثْلَهُ قَلَّ عَرَبِيٌّ (bermaksud): Jarang sekali orang Arab menyerupainya.

  • Sesetengah perawi Bukhari pula menyebutkan مِثْلَهُ نَشَأَ بِهَا قَلَّ عَرَبِيٌّ (bermaksud): Jarang sekali orang Arab yang membesar dalam keadaan sepertinya (yang senantiasa berjuang)

[8] Ya`ni ini waham Ibnu Wahb. Yang betul adalah mengikut riwayat orang lain sepertimana yang telah ditunjukkan oleh Imam Muslim dalam sanad ini, ya`ni Abdul Rahman bin Abdullah bin Ka`ab dan bukannya Abdul Rahman dan Abdullah bin Ka`ab

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *