Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Muslim / Kitab Jihad Dan Sirah / Sahih Muslim – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 18 – Bab Peperangan Uhud
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sahih Muslim – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 18 – Bab Peperangan Uhud

Sahih Muslim – Matan Hadith – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 18 – 18-Jun-08

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sahih Muslim – Syarah Hadith – Kitab Jihad & Sirah – Sesi 18 – 18-Jun-08

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

بَاب غَزْوَةِ أُحُدٍ 

Bab Peperangan Uhud

١۰٢- و حَدَّثَنَا هَدَّابُ بْنُ خَالِدٍ الْأَزْدِيُّ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ عَلِيِّ بْنِ زَيْدٍ وَثَابِتٍ الْبُنَانِيِّ عَنْ أَنَسِ بْنِ مَالِكٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أُفْرِدَ يَوْمَ أُحُدٍ فِي سَبْعَةٍ مِنْ الْأَنْصَارِ وَرَجُلَيْنِ مِنْ قُرَيْشٍ فَلَمَّا رَهِقُوهُ قَالَ مَنْ يَرُدُّهُمْ عَنَّا وَلَهُ الْجَنَّةُ أَوْ هُوَ رَفِيقِي فِي الْجَنَّةِ فَتَقَدَّمَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ ثُمَّ رَهِقُوهُ أَيْضًا فَقَالَ مَنْ يَرُدُّهُمْ عَنَّا وَلَهُ الْجَنَّةُ أَوْ هُوَ رَفِيقِي فِي الْجَنَّةِ فَتَقَدَّمَ رَجُلٌ مِنْ الْأَنْصَارِ فَقَاتَلَ حَتَّى قُتِلَ فَلَمْ يَزَلْ كَذَلِكَ حَتَّى قُتِلَ السَّبْعَةُ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ لِصَاحِبَيْهِ مَا أَنْصَفْنَا أَصْحَابَنَا

Dan Haddab bin Khalid al-Azdi[1] telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah daripada ‘Ali bin Zaid[2] dan Tsabit al-Bunani daripada Anas bin Malik bahawa Rasulullah s.a.w. telah terasing pada hari peperangan Uhud[3] bersama tujuh orang Anshor dan dua orang Quraisy. Apabila orang-orang kafir Quraisy telah menghampiri Baginda, Nabi s.a.w. pun bersabda: “Siapakah yang akan menghalau mereka daripada kita dan dia akan menjadi temanku dalam syurga nanti.” Maka tampillah ke hadapan seorang lelaki Anshor. Beliau memerangi orang-orang kafir sehingga terbunuh. Kemudian mereka menghampiri Nabi s.a.w. lagi maka Baginda bersabda: “Siapa yang akan menolak/menghalau mereka daripada kita maka dia akan mendapat syurga” atau Nabi s.a.w. bersabda “dia akan menjadi sahabat yang akan bersamaku dalam syurga.” Maka tampil seorang lelaki Anshor ke hadapan lalu berperang sehingga terbunuh. Begitulah seterusnya sehingga terbunuhnya ketujuh-tujuh orang mereka. Pada ketika itu Rasulullah s.a.w. berkata kepada dua orang sahabatnya[4]: “Kita tidak berlaku adil[5] terhadap sahabat-sahabat kita itu.”[6]

١۰٣- حَدَّثَنَا يَحْيَى بْنُ يَحْيَى التَّمِيمِيُّ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِيهِ أَنَّهُ سَمِعَ سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ يُسْأَلُ عَنْ جُرْحِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ أُحُدٍ فَقَالَ جُرِحَ وَجْهُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَكُسِرَتْ رَبَاعِيَتُهُ وَهُشِمَتْ الْبَيْضَةُ عَلَى رَأْسِهِ فَكَانَتْ فَاطِمَةُ بِنْتُ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ تَغْسِلُ الدَّمَ وَكَانَ عَلِيُّ بْنُ أَبِي طَالِبٍ يَسْكُبُ عَلَيْهَا بِالْمِجَنِّ فَلَمَّا رَأَتْ فَاطِمَةُ أَنَّ الْمَاءَ لَا يَزِيدُ الدَّمَ إِلَّا كَثْرَةً أَخَذَتْ قِطْعَةَ حَصِيرٍ فَأَحْرَقَتْهُ حَتَّى صَارَ رَمَادًا ثُمَّ أَلْصَقَتْهُ بِالْجُرْحِ فَاسْتَمْسَكَ الدَّمُ

Yahya bin Yahya al-Tamimi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Abd al-‘Aziz bin Abi Hazim telah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya bahawa beliau mendengar Sahl bin Sa`ad ketika beliau ditanya tentang luka Rasulullah s.a.w. yang Rasulullah s.a.w. dapat pada hari Uhud. Sahl bin Sa`ad berkata: “Muka Rasulullah s.a.w. telah luka dan gigi ruba`iyyah[7]nya terserpih/retak[8] dan pecah topi besi di atas kepalanya. Fatimah anak perempuan Rasulullah s.a.w. membasuh darah dan ‘Ali bin Abi Talib pula mencurahkan air kepadanya dengan perisai. Apabila Fatimah nampak air tidak menambahkan kecuali semakin banyak keluar darah lalu dia pun mengambil secebis tikar dan dibakarnya sehingga menjadi abu dan melekatkannya pada luka Nabi s.a.w. maka pada ketika itu barulah darah berhenti mengalir.

حَدَّثَنَا قُتَيْبَةُ بْنُ سَعِيدٍ حَدَّثَنَا يَعْقُوبُ يَعْنِي ابْنَ عَبْدِ الرَّحْمَنِ الْقَارِيَّ عَنْ أَبِي حَازِمٍ أَنَّهُ سَمِعَ سَهْلَ بْنَ سَعْدٍ وَهُوَ يُسْأَلُ عَنْ جُرْحِ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ أَمَ وَاللَّهِ إِنِّي لَأَعْرِفُ مَنْ كَانَ يَغْسِلُ جُرْحَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَنْ كَانَ يَسْكُبُ الْمَاءَ وَبِمَاذَا دُووِيَ جُرْحُهُ ثُمَّ ذَكَرَ نَحْوَ حَدِيثِ عَبْدِ الْعَزِيزِ غَيْرَ أَنَّهُ زَادَ وَجُرِحَ وَجْهُهُ وَقَالَ مَكَانَ هُشِمَتْ كُسِرَتْ

Qutaibah bin Sa`id telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ya`qub iaitu Ibnu ‘Abd al-Rahman al-Qari telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Hazim bahawa beliau mendengar Sahl bin Sa`ad, beliau ditanya tentang luka Rasulullah s.a.w. maka beliau menceritakan: “Ketahuilah demi Allah. Sesungguhnya aku tahu benar siapa yang membasuh luka Nabi s.a.w, sapa yang mencurahkan air dan dengan apakah luka Nabi s.a.w. dirawat kemudian perawi menyebutkan sama seperti hadits yang diriwayatkan oleh `Abdul `Aziz cuma dalam riwayat ini perawinya menambahkan ‘dan muka Nabi s.a.w. luka’ dan perawi dalam riwayat ini menyebutkan dalam riwayat ini كُسِرَتْ di tempat هُشِمَتْ

 

و حَدَّثَنَاه أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ وَزُهَيْرُ بْنُ حَرْبٍ وَإِسْحَقُ بْنُ إِبْرَاهِيمَ وَابْنُ أَبِي عُمَرَ جَمِيعًا عَنْ ابْنِ عُيَيْنَةَ ح و حَدَّثَنَا عَمْرُو بْنُ سَوَّادٍ الْعَامِرِيُّ أَخْبَرَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ وَهْبٍ أَخْبَرَنِي عَمْرُو بْنُ الْحَارِثِ عَنْ سَعِيدِ بْنِ أَبِي هِلَالٍ ح و حَدَّثَنِي مُحَمَّدُ بْنُ سَهْلٍ التَّمِيمِيُّ حَدَّثَنِي ابْنُ أَبِي مَرْيَمَ حَدَّثَنَا مُحَمَّدٌ يَعْنِي ابْنَ مُطَرِّفٍ كُلُّهُمْ عَنْ أَبِي حَازِمٍ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ بِهَذَا الْحَدِيثِ عَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي حَدِيثِ ابْنِ أَبِي هِلَالٍ أُصِيبَ وَجْهُهُ وَفِي حَدِيثِ ابْنِ مُطَرِّفٍ جُرِحَ وَجْهُهُ

Dan Abu Bakr bin Abi Syaibah, Zuhair bin Harb dan Ishaq bin Ibrahim dan Ibnu Abi Umar, kesemuanya meriwayatkannya kepada kami daripada Ibnu Uyaynah ح dan `Amar bin Sawwad al-`Amiri telah meriwayatkan kepada kami, katanya: `Abdullah bin Wahb telah menceritakan kepada kami, katanya: `Amar bn al-Harits daripada Sa`id bin Abi Hilal telah menceritakan kepada saya daripada Sa`id bin Abi Hilal ح dan Muhammad bin Sahl at-Tamimi telah menceritakan kepada saya, katanya: Ibnu Abi Maryam telah menceritakan kepada saya, katanya: Muhammad iaitu Ibnu Mutorrif telah meriwayatkan kepada kami, semua mereka telah meriwayatkan daripada Sahl bin Sa`ad dengan hadits ini daripada Nabi s.a.w. Dalam hadits Ibnu Abi Hilal ‘muka Baginda terkena’ dan dalam hadits Ibnu Mutorrif ‘muka Baginda telah mendapat lukai’

 

١۰٤- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ مَسْلَمَةَ بْنِ قَعْنَبٍ حَدَّثَنَا حَمَّادُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ ثَابِتٍ عَنْ أَنَسٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كُسِرَتْ رَبَاعِيَتُهُ يَوْمَ أُحُدٍ وَشُجَّ فِي رَأْسِهِ فَجَعَلَ يَسْلُتُ الدَّمَ عَنْهُ وَيَقُولُ كَيْفَ يُفْلِحُ قَوْمٌ شَجُّوا نَبِيَّهُمْ وَكَسَرُوا رَبَاعِيَتَهُ وَهُوَ يَدْعُوهُمْ إِلَى اللَّهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ عَزَّ وَجَلَّ { لَيْسَ لَكَ مِنْ الْأَمْرِ شَيْءٌ }

 

‘Abdullah bin Maslamah bin Qa`nab telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hammad bin Salamah telah meriwayatkan kepada kami daripada Tsabit daripada Anas bahawa Rasulullah s.a.w. telah retak / terserpih sedikit gigi susunya pada hari Uhud dan luka kepalanya. Maka dia pun mula membuang darah itu sambil berkata: “Bagaimana akan berjaya / mendapat kelepasan golongan yang membuat kepala Nabi mereka luka / pecah dan mereka telah memecahkan / menyebakan terserpih gigi hadapannya kerana / dalam keadaan dia menyeru mereka kepada Allah. Pada ketika itu Allah Azza Wa Jalla menurunkan { Engkau tidak berhak apa-apa dalam perkara ini }

 

١۰٥- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ نُمَيْرٍ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ عَنْ شَقِيقٍ عَنْ عَبْدِ اللَّهِ قَالَ كَأَنِّي أَنْظُرُ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَحْكِي نَبِيًّا مِنْ الْأَنْبِيَاءِ ضَرَبَهُ قَوْمُهُ وَهُوَ يَمْسَحُ الدَّمَ عَنْ وَجْهِهِ وَيَقُولُ رَبِّ اغْفِرْ لِقَوْمِي فَإِنَّهُمْ لَا يَعْلَمُونَ

حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا وَكِيعٌ وَمُحَمَّدُ بْنُ بِشْرٍ عَنْ الْأَعْمَشِ بِهَذَا الْإِسْنَادِ غَيْرَ أَنَّهُ قَالَ فَهُوَ يَنْضِحُ الدَّمَ عَنْ جَبِينِهِ

 

Muhammad bin ‘Abdillah bin Numair telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-A`masy telah meriwayatkan kepada kami daripada Syaqiq daripada ‘Abdullah, beliau berkata: “Semacam saya nampak lagi Rasulullah s.a.w. menceritakan tentang salah seorang Nabi yang dipukul oleh kaumnya. Sambil Nabi itu menyapu darah daripada mukanya beliau berkata: “Tuhanku! Ampunilah kaumku kerana sesungguhnya mereka tidak mengetahui.”

Abu Bakr bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Waki` dan Muhammad bin Bisyr telah meriwayatkan kepada kami daripada al-A`masy dengan isnad ini cuma perawi menyebutkan ‘dalam keadaan Nabi s.a.w. menyapu / membasuh darah dari dahinya’.

 

بَاب اشْتِدَادِ غَضَبِ اللَّهِ عَلَى مَنْ قَتَلَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ 

Bab Murka Allah Yang Amat Sangat Terhadap Orang Yang Dibunuh Rasulullah s.a.w.

١۰٦- حَدَّثَنَا مُحَمَّدُ بْنُ رَافِعٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الرَّزَّاقِ حَدَّثَنَا مَعْمَرٌ عَنْ هَمَّامِ بْنِ مُنَبِّهٍ قَالَ هَذَا مَا حَدَّثَنَا أَبُو هُرَيْرَةَ عَنْ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَذَكَرَ أَحَادِيثَ مِنْهَا وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْتَدَّ غَضَبُ اللَّهِ عَلَى قَوْمٍ فَعَلُوا هَذَا بِرَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَهُوَ حِينَئِذٍ يُشِيرُ إِلَى رَبَاعِيَتِهِ وَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ اشْتَدَّ غَضَبُ اللَّهِ عَلَى رَجُلٍ يَقْتُلُهُ رَسُولُ اللَّهِ فِي سَبِيلِ اللَّهِ عَزَّ وَجَلَّ

Muhammad bin Rafi’ telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Abd al-Razzaq telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Ma’mar telah meriwayatkan kepada kami daripada Hammam bin Munabbih, beliau berkata: Ini hadits yang telah diriwayatkan oleh Abu Hurairah kepada kami daripada Rasulullah s.a.w. lalu beliau menyebutkan beberapa hadits daripadanya: “Dan Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah sangat murka kepada kaum yang melakukan begini kepada Rasul Allah,” sambil ketika itu Baginda mengisyaratkan kepada giginya dan Rasulullah s.a.w. bersabda: “Allah murka sangat kepada orang yang dibunuh[9] oleh Rasulullah s.a.w. di jalan Allah Azza Wa Jalla.

[1] Imam an-Nasa`ei mengatakannya dhaif.

[2] Ali bin Zaid bin Jud`an: Seorang perawi yang dipertikaikan, da`if, bahkan sesetengah ulamak mengatakannya syi`ah pelampau. Bukhari tidak mengambil riwayat daripadanya. Memandangkan riwayatnya lemah maka mengikut kaedah usul hadits perawi lain dibawa untuk menguatkan riwayatnya. Dengan sebab itu Imam Muslim mengemukakan seorang lagi yang meriwayatkan hadits yang sama iaitu Tsabit al-Bunani. Hadits ini hanya terdapat dalam sahih Muslim dan tidak ada dalam kitab-kitab Sunan Sittah yang lain. Bukhari tidak meriwayatkan hadits ini walaupun menerima riwayat-riwayat Tsabit al-Bunani.

[3] Kerana telah digempur oleh orang kafir dengan teruk sekali.

[4] iaitu dari kalangan Quraisy

[5] Ini menurut riwayat yang masyhur iaitu dengan mati fa`; مَا أَنْصَفْنَا أَصْحَابَنَا beginilah dhobit jumhur ulamak mutaqaddimin dan mutaakhkhirin yang membawa makna: Orang-orang Quraisy tidak berlaku adil terhadap Anshor kerana kedua-dua orang Quraisy tidak keluar pergi berperang bahkan selamat kedua-duanya. Qadhi `Iyad dan lain-lain berkata: Ada sesetengah perawi meriwayatkan مَا أَنْصَفَنَا أَصْحَابُنَا  bermakna: Sahabat-sahabat kita dari kalangan Muhajirin telah tidak berlaku adil terhadap kita dengan sebab mereka telah lari berselerak. [Syarah Sahih Muslim Jld.6 m/s.404

[6] Hadits ini tidak ada dalam Sunan Sittah kecuali Sahih Muslim sahaja dan kalau diperhatikan kepada riwayat-riwayat tadi terutama riwayat مَا أَنْصَفْنَا أَصْحَابَنَا memberikan makna yang tidak elok dan tidak sesuai: ‘Kita tidak berlaku adil’ ya`ni Quraisy adakah Nabi s.a.w. maksudkan orang lain sedangkan Nabi s.a.w. sendiri juga seorang muhajirin dan Quraisy. Kalau begitu adakah ini bermakna Nabi s.a.w. telah berlaku tidak adil kepada sahabat-sahabatnya? Kalau Nabi tidak adil maka siapa pula yang lebih adil daripada Nabi s.a.w.? Sekiranya tidak adil itu dengan sebab dua orang Quraisy yang bersama Nabi s.a.w. tidak pergi menghadapi perang maka siapa pula dua orang itu? Dari sini timbul syak dan kemungkinan bahawa dua orang yang biasanya berada dengannya adalah Abu Bakr ada Umar maka adakah kedua-dua tokoh besar ini yang kemudiannya menjadi khalifah adalah orang yang tidak adil. Jika kita tidak perhatikan dan perhalusi isi kandungan cerita ini berkemungkinan kita akan termakan hasutan Syiah yang cuba memburukkan sahabat-sahabat seterusnya Nabi s.a.w. Maka mengikut kaedah usul dirayah; jika riwayat tersebut menjejaskan nama Nabi s.a.w. maka riwayat tersebut tidak boleh diterima walaupun sanadnya sahih. Apatah lagi jika ia bercanggah dengan akidah, al-Quran dan riwayat-riwayat sahih yang lain yang menta`dilkan (menyatakan keadilan) sahabat-sahabat.

[7] Gigi yang berada antara gigi kapak/hadapan dan juga gigi taring

[8] Sesetengah penterjemah mengatakan gigi Nabi s.a.w. tercabut ataupun patah namun tidak ada riwayat yang menyebutkan bahawa gigi Nabi s.a.w. rongak maupun patah tetapi apa yang digambarkan adalah gigi Nabi s.a.w. sentiasa elok. Ini termasuklah apa yang diriwayatkan oleh orang-orang yang terkemudian memeluk Islam. Ini menunjukkan gigi Nabi s.a.w. tidak tercabut maupun patah.

[9] Oleh sebab itu Nabi s.a.w. tidak membunuh orang walaupun sebenarnya Baginda mampu untuk melakukannya

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *