Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Muslim / Kitab Harta Benda Temuan / Sahih Muslim – Kitab Harta Benda Temuan – Sesi 3 – Bab Elok Bertimbangrasa Terhadap Orang Lain Dengan Memberikan Harta..
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sahih Muslim – Kitab Harta Benda Temuan – Sesi 3 – Bab Elok Bertimbangrasa Terhadap Orang Lain Dengan Memberikan Harta..

Sahih Muslim – Matan Hadis  – Kitab Harta Benda Temuan – Sesi 3- 300108

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

Sahih Muslim – Syarah Hadis  – Kitab Harta Benda Temuan – Sesi 3- 300108

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

  MP3

 

بَاب اسْتِحْبَابِ الْمُؤَاسَاةِ بِفُضُولِ الْمَالِ

  1. Bab Elok Bertimbangrasa Terhadap Orang Lain Dengan Memberikan Harta Yang Lebih Daripada Keperluan Kita

١٨- حَدَّثَنَا شَيْبَانُ بْنُ فَرُّوخَ حَدَّثَنَا أَبُو الْأَشْهَبِ عَنْ أَبِي نَضْرَةَ عَنْ أَبِي سَعِيدٍ الْخُدْرِيِّ قَالَ  بَيْنَمَا نَحْنُ فِي سَفَرٍ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذْ جَاءَ رَجُلٌ عَلَى رَاحِلَةٍ لَهُ قَالَ فَجَعَلَ يَصْرِفُ بَصَرَهُ يَمِينًا وَشِمَالًا فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَنْ كَانَ مَعَهُ فَضْلُ ظَهْرٍ فَلْيَعُدْ بِهِ عَلَى مَنْ لَا ظَهْرَ لَهُ وَمَنْ كَانَ لَهُ فَضْلٌ مِنْ زَادٍ فَلْيَعُدْ بِهِ عَلَى مَنْ لَا زَادَ لَهُ قَالَ فَذَكَرَ مِنْ أَصْنَافِ الْمَالِ مَا ذَكَرَ حَتَّى رَأَيْنَا أَنَّهُ لَا حَقَّ لِأَحَدٍ مِنَّا فِي فَضْلٍ

Syaiban bin Farrukh telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abul Asyhab telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Nadhrah daripada Abi Sa’id al-Khudri, beliau berkata: “Ketika kami berada dalam satu perjalanan bersama Nabi s.a.w. tiba-tiba ada seorang lelaki di atas kenderaan. Perawi (Abu Sa’id) berkata: “Orang itu mula melemparkan pandanganya ke kanan dan ke kiri. Ketika itulah Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang ada kenderaan lebih daripada keperluannya maka hendaklah dia berbudi dengan memberikannya kepada orang yang tiada belakang (tidak ada kenderaan).  Dan sesiapa yang ada bekalan lebih dari keperluannya maka hendaklah dia menyumbangkan kepada orang yang tiada bekalan.” Perawi berkata: “Nabi s.a.w. telah menyebutkan bermacam-macam jenis harta sehingga kami fikir kami tidak mempunyai apa-apa hak lagi pada sesuatu yang lebih daripada keperluan kami.”

 

بَاب اسْتِحْبَابِ خَلْطِ الْأَزْوَادِ إِذَا قَلَّتْ وَالْمُؤَاسَاةِ فِيهَا

  1. Bab Elok Mencampurkan Bekalan Apabila Ia Sedikit Dan Elok Berbudi Dengan Diberikan Bekalan Itu

١٩- حَدَّثَنِي أَحْمَدُ بْنُ يُوسُفَ الْأَزْدِيُّ حَدَّثَنَا النَّضْرُ يَعْنِي ابْنَ مُحَمَّدٍ الْيَمَامِيَّ حَدَّثَنَا عِكْرِمَةُ وَهُوَ ابْنُ عَمَّارٍ حَدَّثَنَا إِيَاسُ بْنُ سَلَمَةَ عَنْ أَبِيهِ قَالَ  خَرَجْنَا مَعَ رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فِي غَزْوَةٍ فَأَصَابَنَا جَهْدٌ حَتَّى هَمَمْنَا أَنْ نَنْحَرَ بَعْضَ ظَهْرِنَا فَأَمَرَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَجَمَعْنَا مَزَاوِدَنَا فَبَسَطْنَا لَهُ نِطَعًا فَاجْتَمَعَ زَادُ الْقَوْمِ عَلَى النِّطَعِ قَالَ فَتَطَاوَلْتُ لِأَحْزِرَهُ كَمْ هُوَ فَحَزَرْتُهُ كَرَبْضَةِ الْعَنْزِ وَنَحْنُ أَرْبَعَ عَشْرَةَ مِائَةً قَالَ فَأَكَلْنَا حَتَّى شَبِعْنَا جَمِيعًا ثُمَّ حَشَوْنَا جُرُبَنَا فَقَالَ نَبِيُّ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَهَلْ مِنْ وَضُوءٍ قَالَ فَجَاءَ رَجُلٌ بِإِدَاوَةٍ لَهُ فِيهَا نُطْفَةٌ فَأَفْرَغَهَا فِي قَدَحٍ فَتَوَضَّأْنَا كُلُّنَا نُدَغْفِقُهُ دَغْفَقَةً أَرْبَعَ عَشْرَةَ مِائَةً قَالَ ثُمَّ جَاءَ بَعْدَ ذَلِكَ ثَمَانِيَةٌ فَقَالُوا هَلْ مِنْ طَهُورٍ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَرِغَ الْوَضُوءُ

Ahmad bin Yusuf al-Azdi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-Nadr iaitu Ibnu Muhammad al-Yamami telah meriwayatkan kepada kami, katanya: ‘Ikrimah iaitu Ibnu ‘Ammar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Iyyaas bin Salamah telah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya, beliau berkata: “Kami pernah keluar bersama Rasulullah s.a.w. dalam satu peperangan lalu kami mengalami kesukaran sehingga kami mahu menyembelih sebahagian daripada belakang (iaitu unta) kami. Nabi s.a.w. pun menyuruh supaya kami kumpulkan bekal-bekal kami lalu kami hamparkan di hadapan Nabi s.a.w. satu alas makanan daripada kulit. Ketika itu terhimpunlah bekalan orang ramai di atas suprah tadi. Perawi berkata: “Aku pun menjenguk untuk mengagak sebanyak mana bekalan makanan yang terkumpul tadi. Aku pun mengagak seperti seekor kambing yang duduk sedangkan bilangan kami seribu empat ratus orang. Perawi (Salamah) berkata: “Kami pun makan sehingga kami semua kenyang kemudian kami pun mengisi ke dalam beg-beg kami, selepas itu Nabi s.a.w. bertanya: “Adakah air ada untuk berwuduk?” Perawi berkata: “Satu orang lelaki membawa datang bekas di dalamnya ada sedikit air lalu dia menuangkan air yang sedikit itu ke dalam mangkuk. Kami semua sekali telah mengambil air sembahyang dengan mewah sekali seramai seribu empat ratus orang. Perawi berkata: “Selepas semua selesai, datang lagi lapan orang. Mereka pun berkata: “Ada lagikah air untuk berwuduk?”  Rasulullah s.a.w. bersabdaa: “Air untuk berwuduk sudah habis.”

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *