Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Bukhari / Kitab Wahyu / Sahih al-Bukhari – Matan & Syarah Hadith – Kitab Tentang Wahyu – Sesi 4 – Sambungan Bab Bagaimana Permulaaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah S.A.W
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sahih al-Bukhari – Matan & Syarah Hadith – Kitab Tentang Wahyu – Sesi 4 – Sambungan Bab Bagaimana Permulaaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah S.A.W

Sahih al-Bukhari – Matan & Syarah Hadith – Kitab Tentang Wahyu – Sesi 4 – 150406

 

Matan & Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

 MP3

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

1 – 00:50 – Matan Dan Terjemahan Hadis
2 – 07:36 – Kesesuaian Hadis Keempat Dengan Tajuk Bab
3 – 14:15 – Tentang Bahasa Urdu
4 – 21:56 – Rijal Abu ‘Awaanah
5 – 25:58 – Rijal Said Bin Jubair
6 – 26:37 – Rijal Abdullah Bin Abbas

 

 

 

كَيْفَ كَانَ بَدْءُ الوَحْيِ إِلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ؟

وَقَوْلُ اللَّهِ جَلَّ ذِكْرُهُ: {إِنَّا أَوْحَيْنَا إِلَيْكَ كَمَا أَوْحَيْنَا إِلَى نُوحٍ وَالنَّبِيِّينَ مِنْ بَعْدِهِ} [النساء: 163]

Bagaimana Permulaan Datangnya Wahyu Kepada Rasulullah (SAW) Dan Firman Allah Ta’ala Yang bermaksud : Sesungguhya Kami Telah Mewahyukan  Kepadamu Seperti Mana Kami Telah Mewahyukan Kepada Nuh Dan Nabi-Nabi Sesudahya

 ٤-   حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ إِسْمَاعِيلَ قَالَ حَدَّثَنَا أَبُو عَوَانَةَ قَالَ حَدَّثَنَا مُوسَى بْنُ أَبِي عَائِشَةَ قَالَ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ جُبَيْرٍ عَنِ ابْنِ عَبَّاسٍ فِي قَوْلِهِ تَعَالَى ( لا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ ) قَالَ {كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُعَالِجُ مِنَ التَّنْزِيلِ شِدَّةً وَكَانَ مِمَّا يُحَرِّكُ شَفَتَيْهِ. فَقَالَ ابْنُ عَبَّاسٍ فَأَنَا أُحَرِّكُهُمَا لَكُمْ كَمَا كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يُحَرِّكُهُمَا وَقَالَ سَعِيدٌ أَنَا أُحَرِّكُهُمَا كَمَا رَأَيْتُ ابْنَ عَبَّاسٍ يُحَرِّكُهُمَا فَحَرَّكَ شَفَتَيْهِ فَأَنْزَلَ اللَّهُ تَعَالَى ( لا تُحَرِّكْ بِهِ لِسَانَكَ لِتَعْجَلَ بِهِ إِنَّ عَلَيْنَا جَمْعَهُ وَقُرْآنَهُ ) قَالَ جَمْعُهُ لَكَ فِي صَدْرِكَ وَتَقْرَأَهُ ( فَإِذَا قَرَأْنَاهُ فَاتَّبِعْ قُرْآنَهُ ) قَالَ فَاسْتَمِعْ لَهُ وَأَنْصِتْ ( ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا بَيَانَهُ ) ثُمَّ إِنَّ عَلَيْنَا أَنْ تَقْرَأَهُ فَكَانَ رَسُولُ اللَّهِ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بَعْدَ ذَلِكَ إِذَا أَتَاهُ جِبْرِيلُ اسْتَمَعَ فَإِذَا انْطَلَقَ جِبْرِيلُ قَرَأَهُ النَّبِيُّ صلى الله عَلَيْهِ وَسَلَّمَ كَمَا قَرَأَهُ 

 

4- Musa bin Ismail telah menceritakan kepada kami: katanya Abu Awanah telah menceritakan kepada kami, katanya Musa bin Abi `Aisyah telah menceritakan kepada kami, katanya Said bin Jubair telah menceritakan kepada kami dari Ibnu Abbas berhubung dengan Firman Allah: (maksudnya) “Janganlah engkau menggerakkan lidahmu untuk segera membaca al-Quran”. Rasulullah mengalami kepayahan kerana turunnya al-Quran, baginda sering kali menggerak-gerakkan bibir. Ibnu Abbas berkata : Saya  menggerak-gerakkan bibir saya sebagaimana Rasulullah menggerak-gerakkan bibirnya.

Said berkata, “Saya mengerak-gerakkan kedua-duanya (bibir saya) sebagaimana Ibnu Abbas menggerak-gerakkannya. Maka beliau menggerak-gerakkan kedua bibirnya. Lalu Allah pun menurunkan: “Janganlah engkau menggerakkan lidah engkau untuk membaca al-Quran itu untuk engkau segera mendapatkannya, sesungguhnya kami jamin akan mengumpulkannya dan membacakannya”.

Ibnu `Abbas berkata, “Allah akan mengumpulkannya di dalam dadamu memampukanmu membacanya”. Seterusnya Allah berfirman; “Bila kami selesai membaca, maka ikutlah membacanya”. Ibnu Abbas berkata:  “(maksudnya) Dengarlah bacaan itu dan diamlah. Firman Allah seterusnya “Dan kewajipan kami menerangkannya”. Maksudnya: kami jamin engkau dapat membaca selepasnya. Setelah itu Rasulullah s.a.w apabila didatangi Jibril, Beliau mendengar saja dulu (apa yang dibacakan Jibril) dan apabila jibril pergi Baginda SAW membacanya seperti yang dibaca oleh Jibril.

 

 

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *