Home / darulkautsar.net / Syarahan Hadis / Bukhari / Kitab Melembutkan Hati / Sahih al-Bukhari – Kitab Melembut Hati – Sesi 4 – Bab Kaya Sejati Ialah Kaya Jiwa & Bab Kelebihan Miskin.
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sahih al-Bukhari – Kitab Melembut Hati – Sesi 4 – Bab Kaya Sejati Ialah Kaya Jiwa & Bab Kelebihan Miskin.

Sahih al-Bukhari – Matan Hadith – Kitab Melembut Hati – Sesi 4 – 05-Jul-05

 

Matan MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

MP3

 

 

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Melembut Hati – Sesi 4 – 05-Jul-05

 

Syarah MP3: STREAMING atau DOWNLOAD

MP3

 

 

 

KLIK LINK DI BAWAH UNTUK TONTON TERUS KE TAJUK PERBINCANGAN

Sahih al – Bukhari – Sesi 4 – Syarah – Kitab Riqaq – Maulana Asri -050705
1- 00:08 : Bab kaya sejati ialah kaya jiwa,Terjemahan Hadits
2- 09:15 : Ayat umum makhsus
3- 13:10 : Abu zar salah seorang yang paling zahid dikalangan sahabat,kisah hidupnya dan para sahabat Nabi S.A.W
4- 20:50 : Pegangan Ahli Sunnah Wal Jamaah
5- 27:48 : Kepentingan berpegang dengan Hadits Shahih
6- 30:40 : Pengertian Talkin dan penjelasan
7- 37:20 : Kepentingan wakaf harta dan kesedaran masyarakat
8- 44:30 : Keistimewaan bahasa Arab
9- 45:50 : Maksud kaya jiwa
10- 59:43 : Miskin dunia akhirat

 

 

بَاب الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Bab Kaya Sejati Ialah Kaya Jiwa

وَقَوْلُ اللَّهِ تَعَالَى} أَيَحْسِبُونَ أَنَّ مَا نُمِدُّهُمْ بِهِ مِنْ مَالٍ وَبَنِينَ  {إِلَى قَوْلِهِ تَعَالَى} مِنْ دُونِ ذَلِكَ هُمْ لَهَا عَامِلُونَ  {قَالَ ابْنُ عُيَيْنَةَ لَمْ يَعْمَلُوهَا لَا بُدَّ مِنْ أَنْ يَعْمَلُوهَا

Dan firman Allah ta’ala { Adakah mereka menyangka bahawa apa yang Kami berikan kepada mereka dari harta benda dan anak-pinak itu } sehingga firman-Nya { lalai daripada (memahami ajaran Al-Quran) ini; dan mereka pula mempunyai lagi amal-amal (yang jahat) selain dari itu, yang mereka terus-menerus mengerjakannya } Ibnu ‘Uyaynah berkata: Mereka belum mengerjakannya tetapi  mesti mengerjakannya.

٦٤٤٤- حَدَّثَنَا أَحْمَدُ بْنُ يُونُسَ حَدَّثَنَا أَبُو بَكْرٍ حَدَّثَنَا أَبُو حَصِينٍ عَنْ أَبِي صَالِحٍ عَنْ أَبِي هُرَيْرَةَعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ لَيْسَ الْغِنَى عَنْ كَثْرَةِ الْعَرَضِ وَلَكِنَّ الْغِنَى غِنَى النَّفْسِ

Ahmad bin Yunus telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Bakr telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Hashin telah meriwayatkan kepada kami daripada Abi Soleh daripada Abi Hurairah daripada Nabi s.a.w. beliau berkata: “Kekayaan sebenar bukanlah dengan kerana banyaknya harta benda tetapi kaya yang sebenar itu adalah kaya jiwa.”

 

بَاب فَضْلِ الْفَقْرِ

Bab Kelebihan Miskin

٦٤٤٥- حَدَّثَنَا إِسْمَاعِيلُ قَالَ حَدَّثَنِي عَبْدُ الْعَزِيزِ بْنُ أَبِي حَازِمٍ عَنْ أَبِيهِ عَنْ سَهْلِ بْنِ سَعْدٍ السَّاعِدِيِّ أَنَّهُ قَالَمَرَّ رَجُلٌ عَلَى رَسُولِ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ فَقَالَ لرَجُلٍ عِنْدَهُ جَالِسٍ مَا رَأْيُكَ فِي هَذَا فَقَالَ رَجُلٌ مِنْ أَشْرَافِ النَّاسِ هَذَا وَاللَّهِ حَرِيٌّ إِنْ خَطَبَ أَنْ يُنْكَحَ وَإِنْ شَفَعَ أَنْ يُشَفَّعَ قَالَ فَسَكَتَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ ثُمَّ مَرَّ رَجُلٌ آخَرُ فَقَالَ لَهُ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مَا رَأْيُكَ فِي هَذَا فَقَالَ يَا رَسُولَ اللَّهِ هَذَا رَجُلٌ مِنْ فُقَرَاءِ الْمُسْلِمِينَ هَذَا حَرِيٌّ إِنْ خَطَبَ أَنْ لَا يُنْكَحَ وَإِنْ شَفَعَ أَنْ لَا يُشَفَّعَ وَإِنْ قَالَ أَنْ لَا يُسْمَعَ لِقَوْلِهِ فَقَالَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ هَذَا خَيْرٌ مِنْ مِلْءِ الْأَرْضِ مِثْلَ هَذَا

Ismail telah meriwayatkan kepada kami, beliau berkata: Abd al-Aziz bin Abi Hazim telah meriwayatkan kepada saya daripada ayahnya daripada Sahl bin Sa`ad al-Saa`idi bahawasanya beliau berkata: “Ada seorang lalu di hadapan Rasulullah s.a.w. lalu Baginda berkata kepada seorang di sisinya yang sedang duduk: “Apa pandanganmu tentang orang yang lalu itu?” Orang yang duduk itu berkata: “Salah seorang pembesar masyarakat. Dia ini – Demi Allah! Pasti, kalau dia meminang akan diterima pinangannya / akan dikahwinkan. Kalau diminta pertolongan akan diberi pertolongan. Perawi berkata: “Rasulullah s.a.w. pun diam kemudian lalu pula seseorang yang lain maka Rasulullah s.a.w. berkata lagi kepada orang yang duduk itu: “Apa pandanganmu tentang orang ini?” Lalu orang itu menjawab: “Wahai Rasulullah! Ini adalah orang Islam yang miskin. Dia ini sudah tentu kalau meminang tidak akan diterima pinangannya. Kalau dia meminta pertolongan tidak akan diberi pertolongan dan kalau dia memberi pendapat maka tidak akan didengar pendapatnya.” Maka Rasulullah s.a.w. bersabda: “Yang ini lebih baik dari yang itu sepenuh bumi ini.”

٦٤٤٦- حَدَّثَنَا الْحُمَيْدِيُّ حَدَّثَنَا سُفْيَانُ حَدَّثَنَا الْأَعْمَشُ قَالَ سَمِعْتُ أَبَا وَائِلٍ قَالَ عُدْنَا خَبَّابًا فَقَالَهَاجَرْنَا مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ نُرِيدُ وَجْهَ اللَّهِ فَوَقَعَ أَجْرُنَا عَلَى اللَّهِ فَمِنَّا مَنْ مَضَى لَمْ يَأْخُذْ مِنْ أَجْرِهِ مِنْهُمْ مُصْعَبُ بْنُ عُمَيْرٍ قُتِلَ يَوْمَ أُحُدٍ وَتَرَكَ نَمِرَةً فَإِذَا غَطَّيْنَا رَأْسَهُ بَدَتْ رِجْلَاهُ وَإِذَا غَطَّيْنَا رِجْلَيْهِ بَدَا رَأْسُهُ فَأَمَرَنَا النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ أَنْ نُغَطِّيَ رَأْسَهُ وَنَجْعَلَ عَلَى رِجْلَيْهِ شَيْئًا مِنْ الْإِذْخِرِ وَمِنَّا مَنْ أَيْنَعَتْ لَهُ ثَمَرَتُهُ فَهُوَ يَهْدِبُهَا

Al-Humaidi telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sufyan telah meriwayatkan kepada kami, katanya: al-A’masy telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Saya mendengar Aba Wa`il berkata: “Kami telah menziarahi Khabbab maka beliau berkata: “Kami telah berhijrah bersama Nabi s.a.w., kerana Allah, sudah tentu pahala kami dijamin oleh Allah. Di antara kami ada yang telah pergi dalam keadaan tidak mendapat sedikit pun balasannya. Di antara mereka adalah Mus`ab bin Umair, dia telah terbunuh pada hari Uhud dan telah meninggalkan sehelai kain. Apabila kami tutup kepalanya akan kelihatan dua kakinya dan apabila kami tutup dua kakinya maka akan kelihatan kepalanya. Maka Nabi s.a.w. menyuruh kami menutup kepalanya dan meletakkan di kakinya rumput izqir. Ada di antara kami yang buahnya telah pun masak, dia akan memetiknya.”

٦٤٤٧- حَدَّثَنَا أَبُو الْوَلِيدِ حَدَّثَنَا سَلْمُ بْنُ زَرِيرٍ حَدَّثَنَا أَبُو رَجَاءٍ عَنْ عِمْرَانَ بْنِ حُصَيْنٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَاعَنْ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ اطَّلَعْتُ فِي الْجَنَّةِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا الْفُقَرَاءَ وَاطَّلَعْتُ فِي النَّارِ فَرَأَيْتُ أَكْثَرَ أَهْلِهَا النِّسَاءَ

تَابَعَهُ أَيُّوبُ وَعَوْفٌ وَقَالَ صَخْرٌ وَحَمَّادُ بْنُ نَجِيحٍ عَنْ أَبِي رَجَاءٍ عَنْ ابْنِ عَبَّاسٍ

Abu al-Walid telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Salm bin Zarir telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Rajaa’ telah meriwayatkan kepada kami daripada Imran bin Hushain daripada Nabi s.a.w. sabdanya: “Aku telah menjenguk/melihat ke dalam syurga lalu aku lihat kebanyakan ahlinya/ penghuninya adalah faqir-faqir dan aku lihat/jenguk ke dalam neraka lalu aku lihat kebanyakan ahlinya/penduduknya/penghuninya adalah perempuan.”

Ayyub dan ‘Auf menjadi mutabi’ kepadaya. Sokhr dan Hammad bin Najih berkata daripada Abi Rajaa’ daripada Ibnu Abbas.

٦٤٤٨- حَدَّثَنَا أَبُو مَعْمَرٍ حَدَّثَنَا عَبْدُ الْوَارِثِ حَدَّثَنَا سَعِيدُ بْنُ أَبِي عَرُوبَةَ عَنْ قَتَادَةَ عَنْ أَنَسٍ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُ قَالَلَمْ يَأْكُلْ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَلَى خِوَانٍ حَتَّى مَاتَ وَمَا أَكَلَ خُبْزًا مُرَقَّقًا حَتَّى مَاتَ

Abu Ma’mar telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abd al-Waris telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Sa`id bin Abi ‘Arubah telah meriwayatkan kepada kami daripada Qatadah daripada Anas, beliau berkata: “Nabi s.a.w. tidak pernah makan di meja sampai baginda wafat dan Nabi s.a.w. tidak pernah makan roti dari gandum halus sampai baginda wafat.”

٦٤٤٩- حَدَّثَنَا عَبْدُ اللَّهِ بْنُ أَبِي شَيْبَةَ حَدَّثَنَا أَبُو أُسَامَةَ حَدَّثَنَا هِشَامٌ عَنْ أَبِيهِ عَنْ عَائِشَةَ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهَا قَالَتْلَقَدْ تُوُفِّيَ النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَمَا فِي رَفِّي مِنْ شَيْءٍ يَأْكُلُهُ ذُو كَبِدٍ إِلَّا شَطْرُ شَعِيرٍ فِي رَفٍّ لِي فَأَكَلْتُ مِنْهُ حَتَّى طَالَ عَلَيَّ فَكِلْتُهُ فَفَنِيَ

Abdullah bin Abi Syaibah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Abu Usamah telah meriwayatkan kepada kami, katanya: Hisyam telah meriwayatkan kepada kami daripada ayahnya daripada Aisyah, katanya: “Sesungguhnya Nabi s.a.w. wafat dalam keadaan tidak ada di atas rak-rak di dapur rumahku sesuatu yang dapat dimakan oleh orang kecuali separuh bekas barli dalam rakku itu. Saya makan dengan mengambil tepung barli itu sehingga lama. Selepas itu saya pun menyukatnya dan habis tidak lama selepas itu.”

Check Also

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- Bab Permulaan Azan

Sahih al-Bukhari – Syarah Hadith – Kitab Azan – Sesi 1- 22 Okt 2016   …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *