Home / darulkautsar.net / Santapan Rohani / Cermin Keimanan / Kisah Dari Ikhwan Muslimin: Sikap Generasi Pertama
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Kisah Dari Ikhwan Muslimin: Sikap Generasi Pertama

 

Saya ingin ceritakan kepada anda kisah pembinaan masjid Ismailiah. Suatu ketika Pemimpin Ikhwan menyeru anggota-anggota Ikhwan supaya memberi sumbangan. Selepas tiga hari salah seorang yang bekerja sebagai tukang telah memberikan satu setengah pound sedangkan dia seorang tukang yang miskin. Dari mana dia memperolehi jumlah ini? Dia cuba berhutang tetapi belum bersedia kerana takut tidak mampu membayarnya. Lalu dia cuba memperolehi jumlah tersebut melalui cara lain tetapi tiada cara yang mudah. Akhirnya dia hanya ada satu sahaja pilihan iatu dia menjual basikal yang digunakan untuk berulang-alik ke tempat kerjanya yang terletak sejauh enam kilometer. Dia melaksanakan idea tersebut dan kemudian menyerahkan jumlah tersebut pada hari terakhir yang dijanjikan. Dengan ini telah memberikan sumbangannya dan menunaikan apa yang dijanjikannya.

Suatu ketika pemimpin Ikhwan menyedari dia selalu lewat menghadiri pengajian Isyak dan setiap kali tiba, dia kelihatan kepenatan. Pemimpin itu bertanya mengenainya tetapi dia tidak menjawab. Namun seorang sahabat yang mengetahui rahsianya menjawab bagi pihaknya dan memberitahu pemimpin tadi bahawa dia telah menjual basikalnya semata-mata untuk memberikan sumbangannya. Oleh itu dia terpaksa berlari ke tempat perjumpaan dan lewat menghadiri pengajian. Ketua dan semua Ikhwan bertakbir kagum dengan sikap menarik yang ditunjukkan itu. Mereka setuju menerima sumbangannya tetapi mereka juga telah bersetuju untuk mengumpul wang bagi membelikannya sebuah basikal baru yang lebih baik. Mudah-mudahan basikal baru ini akan menjadi bukti kesetiaannya.

-Hasan Al-Banna – disiarkan dalam bil 16 akhbar Ikhwan al-Muslimin bertarikh 13 Jamadil Awal 1353

(Dipetik dari buku “Himpunan Risalah Imam Hasan Al-Banna” terjemahan oleh Ust Salehan bin Ayub (terbitan Pustaka Salam Sdn Bhd) hal. 473 – 474)

Check Also

Seorang Miskin Membangun Masjid Paling Aneh di Dunia

Bentuknya boleh sederhana, namun jamaah sudah berdatangan dari penjuru desa sebelum waktu shalat masuk Mungkin …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *