Home / darulkautsar.net / Pemurnian Syariat / Pemurnian / Sejauh Mana Boleh Beramal Dengan Zikir Sufi Ini
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Sejauh Mana Boleh Beramal Dengan Zikir Sufi Ini

 Oleh: Muhammad Hanief Awang Yahya

 

Di antara zikir yang diamalkan secara meluas di kalangan masyarakat kita, terutamanya dalam majlis tahlil arwah ialah;

لا إله إلا الله محمد رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله

Tiada tuhan melainkan Allah, Muhammad pesuruh Allah, pada setiap pandangan dan nafas sebanyak mana yang diliputi oleh ilmu Allah.

Sebenarnya, zikir ini tidak diriwayatkan secara yang sahih dalam mana-mana kitab hadis yang mu’tabar. Walaupun ia mengandungi makna yang baik namun sesiapapun tidak boleh mendakwa ia lebih utama daripada apa yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. iaitu لا إله إلا الله. Apatah lagi untuk diamalkan secara berterusan pada setiap masa dan tempat untuk mendapatkan kelebihan dan pahala yang khusus.

Sebagai seorang muslim yang cintakan Allah dan Rasul-Nya, apa yang perlu diberikan keutamaan ialah berzikir dengan zikir yang diajarkan oleh Rasulullah s.a.w. seperti yang diriwayatkan imam-imam hadis. Sebagai contoh, zikir dengan kalimah tayyibah لا إله إلا الله, walaupun ringkas, ia mempunyai keberkatan dan kepastian kerana ia diriwayatkan secara sahih dan dinyatakan oleh Rasulullah s.a.w. sebagai yang paling utama.

عن طَلْحَة بْن خِرَاشٍ قَال سَمِعْتُ جَابِرَ بْنَ عَبْدِ اللَّهِ رَضِيَ اللَّهُ عَنْهُمَا يَقُولُ سَمِعْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُولُ أَفْضَلُ الذِّكْرِ لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ وَأَفْضَلُ الدُّعَاءِ الْحَمْدُ لِلَّهِ

Daripada Talhah bin Khirash katanya, saya mendengar Jabir bin ‘Abdullah berkata, saya mendengar Rasulullah s.a.w. bersabda: “Zikir yang paling utama ialah لَا إِلَهَ إِلَّا اللَّهُ dan doa yang paling utama ialah الْحَمْدُ لِلَّهِ .”(al-Tirmizi, Ibn Majah, al-Nasa`i, Ibn Hibban)

Adapun lafaz محمد رسول الله ia bukanlah lafaz zikir yang perlu diulang-ulangkan. Apa yang betul berkait dengan Rasulullah s.a.w. ialah berselawat kepadanya.

إِنَّ اللَّهَ وَمَلَائِكَتَهُ يُصَلُّونَ عَلَى النَّبِيِّ يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا صَلُّوا عَلَيْهِ وَسَلِّمُوا تَسْلِيمًا

Sesungguhnya Allah dan malaikat-Nya berselawat (memberi segala penghormatan dan kebaikan) kepada Nabi (Muhammad s.a.w); Wahai orang-orang yang beriman berselawatlah kamu kepadanya serta ucapkanlah salam sejahtera dengan penghormatan yang sepenuhnya. (Surah al-Ahzab: 6)

Rasulullah s.a.w. bersabda:

عَنْ عَبْدِ اللَّهِ بْنِ مَسْعُودٍ أَنَّ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ أَوْلَى النَّاسِ بِي يَوْمَ الْقِيَامَةِ أَكْثَرُهُمْ عَلَيَّ صَلَاةً

Daripada Ibn Mas’ud bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Orang yang paling dekat denganku pada hari Qiyamat ialah mereka yang paling banyak berselawat kepadaku.” (al-Tirmizi)

Asal Usul Zikir Ini

لا إله إلا الله محمد رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله

Shaykh ‘Abdul Rahman bin ‘Abdul Khaliq menyebutkan dalam kitabnya al-Fikr al-Sufi Fi Dau`i al-Kitab Wa al-Sunnah, hal. 284, bahawa Muhammad bin Salih al-Ja’fari yang merupakan seorang imam di Masjid al-Azhar sejak sekian lama, telah menyebutkan dalam kitabnya, Miftah Kunuz al-Samawat Wa al-Ard. Beliau menulis: Sidi Ahmad telah berkumpul dengan Rasulullah s.a.w. dalam rupanya dan bersamanya Khadir a.s.  Rasulullah s.a.w. menyuruh Khadir a.s. mengajarkan kepada saya zikir-zikir Tarikat Shaziliyyah lalu Khadir mengajarkan kepada saya di hadapan baginda. Kemudian baginda bersabda kepada Khadir: “Wahai Khadir ajarkanlah kepadanya sesuatu yang merangkumi sekalian zikir-zikir, selawat-selawat, istighfar dan yang paling utama pahala dan bilangannya. Beliau bertanya: “Apa dia wahai Rasulullah? Lalu baginda menjawab:

“لا إله إلا الله محمد رسول الله في كل لمحة ونفس عدد ما وسعه علم الله

Khadir a.s. mengucapkannya dan akupun mengucapkannya dan Rasulullah s.a.w. mengulang-ulangkannya sebanyak tiga kali.

Kemudian beliau berkata: “Hendaklah kamu mengucapkan;

اللهم إني أسألك بنور وجه الله العظيم إلى آخرة الصلاة العظيمية

Ya Allah, aku memohon dari Engkau dengan Cahaya Wajah Engkau yang agung

Hinggalah akhir selawat yang agung.

Kemudian baginda s.a.w. bersabda kepadanya: “Ucapkanlah;

استغفر الله الذي لا إله إلا هو الحي القيوم غفار الذنوب ذو الجلال والإكرام

Saya memohon ampun dari Allah yang tiada tuhan melainkan Dia yang maha hidup maha mentadbir, sangat mengampunkan dosa-dosa yang memiliki keagungan dan kemuliaan.

 Sehingga akhir istighfar utama. Maka sayapun mengucapkannya selepas mereka berdua dan saya memperolehi cahaya dan kekuatan Muhammadiyyah dan dikurniakan penglihatan ketuhanan.

Kemudian baginda s.a.w. bersabda: “Wahai Ahmad! Aku telah berikan kepada kamu kunci-kunci langit dan bumi dan ia zikir yang khusus, selawat yang agung, istighfar yang utama. Sekali mengucapkannya dikira menyamai dunia dan akhirat dan seisi-isinya dengan berkali-kali ganda. (Miftah Kunuz al-Samawat Wa al-Ard al-Makhzunah, hal. 8-9)

Ini menunjukkan bahawa zikir ini diperolehi dengan cara yang luar biasa yang tidak pernah dilalui oleh imam-imam hadis yang meriwayatkan hadis melalui perantaraan para perawi. Bahkan ahli sufi ini mendakwa bahawa dia menerima secara langsung daripada Rasulullah s.a.w. Jika begitu, sungguh istimewa kedudukannya di sisi Rasulullah s.a.w. sehinggakan ulama hadis yang seluruh hidup mereka didedikasikan untuk mengumpulkan hadis-hadis Rasulullah s.a.w. tidak pernah mendakwa berjumpa dan mempelajari hadis secara langsung daripada baginda sepertinya.

Sebenarnya, mendakwa berjumpa dan belajar daripada Rasulullah s.a.w. adalah mendustakan atas nama baginda dan ini menyebabkan ramai dari kalangan umat Islam terjebak dalam kesesatan dan kedunguan. Demikian juga, dakwaan yang dikemukakan oleh sesetengah ahli sufi bahawa mereka melihat dan bertemu dengan Khadir a.s. kerana mereka telah memperolehi penglihatan ketuhanan yang kononnya dapat menerobosi alam ghaib

Check Also

The Fiqh Principle Of Istihala – Changing From Impure To Pure

 The following is the transcription of the lecture given by Shaykh Muhammad Bazmool (hafidhahullah): (Taken …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *