Home / darulkautsar.net / Pemurnian Syariat / Ibadat / Solat / TERTIDUR SEHINGGA SEMBAHYANG TERTINGGAL
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

TERTIDUR SEHINGGA SEMBAHYANG TERTINGGAL

 

Oleh: Ust Muhammad Hanief Awang Yahaya

 

Daripada Anas katanya Rasulullah s.a.w. bersabda, bermaksud: “Apabila seseorang itu tidur sehingga tertinggal sembahyang atau terleka daripadanya maka hendaklah dia bersembahyang apabila dia mengingatinya, kerana sesungguhnya Allah s.w.t. berfirman: Dirikanlah sembahyang untuk mengingati Aku. (Muslim)

Sebabnya:

Sesungguhnya tidak ada kecuaian pada tidur. Kecuaian ialah pada ketika jaga. Apabila seseorang itu terlupa akan sembahyang atau tertidur sehingga tertinggal sembahyang maka hendaklah dia bersembahyang apabila dia mengingatinya. (al-Nasa`i, al-Tirmizi, Ibn Majah)

Daripada ‘Abdullah bin Rabah al-Ansari katanya Abu Qatadah tealah menceritakan kepada kami bahawa Rasulullah s.a.w. dalam satu perjalanan safar lalu baginda melencong dari jalannya dan saya turut melencong juga. Baginda bersabda: “Perhatikan.” Saya berkata: “Ini seorang penunggang, ini pula dua orang, dan mereka itu tiga orang sehingga kami menjadi tujuh orang. Rasulullah s.a.w. bersabda” “Perhatikanlah untuk kami sembahyang kami ya’ni sembahyang Subuh. Lalu mereka tertidur dengan nyenyaknya. Mereka hanya terjaga daripada daripada tidur setelah terasa kepanasan cahaya matahari. Merekapun bangkit lalu terus berjalan untuk beberapa ketika kemudian berhenti dan berwuduk. Bilal mengazankan dan mereka bersembahyang sunat Subuh dan sembahyang Subuh. Selepas itu mereka menunggang kenderaan lalu ada beberapa orang bercakap sesama mereka, sesungguhnya kita telah mencuaikan sembahyang. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesungguhnya tidak ada kecuaian pada tidur. Kecuaian ialah pada ketika jaga. Apabila seseorang itu terlupa akan sembahyang atau tertidur sehingga tertinggal sembahyang maka hendaklah dia bersembahyang apabila dia mengingatinya (Abu Daud)

Check Also

MAULANA ASRI YUSOFF – HUKUM DOA BERJEMAAH SELEPAS SOLAT

Share...TwitterPrintPinterestLinkedinFacebookDigg

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *