Home / darulkautsar.net / Pemurnian Syariat / Ibadat / Puasa Dan Ramadhan / BID’AH HARI RAYA ENAM (HARI RAYA AL ABRAR)
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

BID’AH HARI RAYA ENAM (HARI RAYA AL ABRAR)

Abdullah bin Abdul Aziz At Tuwaijiri

 

Di antara perkara yang diada-adakan (bid’ah) pada bulan Syawwal adalah bid’ah hari raya Al Abrar (orang-orang baik) (atau dikenal dengan hari raya enam-.pent.), iaitu hari kelapan Syawwal.

Setelah menyelesaikan puasa bulan Ramadhan dan berbuka pada hari pertama bulan Syawwal -iaitu hari raya (iedul) fitri- mereka mula berpuasa enam hari pertama dari bulan Syawwal dan pada hari kelapan mereka membuat hari raya yang mereka namakan iedul abrar (biasanya dikenal dengan hari raya enam. Pent )

Syaikhul Islam lbnu Taimiyah –Rahimahullah- berkata: “Adapun mereka-reka tempoh tertentu selain masa yang disyariatkan seperti sebahagian malam bulan Rabi’ul Awwal yang disebut malam maulid, atau sebahagian malam bulan Rajab, tarikh 18 Zulhijjah, Jum’at pertama bulan Rajab, atau tarikh 8 Syawwal yang orang-orang jahil menamakannya dengan hari raya Al Abrar (hari raya enam) ; maka itu semua adalah bid’ah yang tidak disunnahkan dan tidak dilakukan oleh para salaf. Wallahu Subhanahu wata’ala a’lam.

Peringatan hari raya ini biasanya dilakukan di salah satu masjid yang terkenal, para wanitapun berikhtilat (bercampur) dengan laki-laki, mereka bersalam-salaman dan mengucapkan lafaz-lafaz jahiliyyah tatkala berjabatan tangan, kemudian mereka pergi ke tempat dibuatnya sebahagian makanan khusus untuk perayaan itu. (lihat : As Sunan wal mubtadi’at al muta’alliqah bil adzkar wassholawat karya Muhammad bin Abdis Salam As Syaqiriy hal. 166)**

(Kitab Al Bida’ Al Hauliyyah karya : Abdullah bin Abdul Aziz At Tuwaijiry. Cet. I Darul Fadhilah Riyadh, Hal. 350. Penterjemah : Muhammad Ar Rifa’i)

Hari kelapan dari syawwal ini orang umum menamakannya sebagai Iedul Abrar (hari raya orang yang baik) iaitu orang-orang yang telah puasa enam hari Syawwal. Namun hal ini adalah bid’ah. Maka hari ke delapan ini bukanlah sebagai hari raya, bukan untuk orang baik (abrar) dan bukan pula bagi orang jahat (Fujjar).

Sesungguhnya ucapan mereka (iaitu iedul abrar) mengandungi maksud bahawa orang yang tidak puasa enam hari dari Syawwal maka bukan termasuk orang baik; demikian ini adalah keliru. Kerana orang yang telah menunaikan kewajibannya maka dia, tanpa diragukan adalah orang yang baik walaupun tentunya sebahagian orang kebaikannya ada yang lebih sempurna dari yang lain.

(Syarhul Mumti’ Karya As Syaikh Ibnu Utsaimin jilid 6 bab shaum Tathawwu’)

 

Disaring dari www.darussalaf.or.id

**Nota: Walaupun tanpa amalan sebegini, menamakan hari selepas menunaikan puasa enam hari di bulan Syawal (tidak kira samada jatuh pada hari ke lapan dari bulan Syawal atau hari-hari lainnya) dengan sebutan ‘hari raya’ adalah bercanggah dengan syarak yang menetapkan hanya ada dua hari raya dalam Islam iaitu, eidul fitr dan eidul adha.

Check Also

PUASA DAN HIKMAH PENGISLAHAN AKHLAQ

Muhammad Hanief Awang Yahaya   Daripada Abu Hurayrah katanya, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Sesiapa yang tidak …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *