Home / darulkautsar.net / Pemurnian Sejarah / Zaman Khilafah Islam / Marwan Al-Hakam – Peribadi Yang Enggan Diiktiraf Lumpur Sejarah
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

Marwan Al-Hakam – Peribadi Yang Enggan Diiktiraf Lumpur Sejarah

 

PETIKAN DARI BUKU ‘ISU-ISU KONTROVERSI DALAM SEJARAH KHULAFA’ AL-RASYIDIN’ TULISAN PROF MADYA DR MARZUKI HAJI MAHMOOD

Tentang Marwan bin al-Hakam r.a. yang dihebohkan sebagai fasiq dan jahat yang mendapat tempat istimewa ketika pemerintahan Khalifah Uthman adalah satu tuduhan yang melampau dan berat kerana menurut penyelidikan Ibn Arabi, dan Ibn Taimiyah dalam Minhaj al-Sunnahnya, Marwan ialah seorang yang bersifat adil di kalangan pembesar sahabat dan tabi’in serta fuqaha’ muslimin. Di kalangan sahabah, umpamanya, Sahl bin Saad al-Saidi pernah mengambil hadith daripada beliau.

Riwayatnya terdapat di dalam Sahih al-Bukhari dan lain-lain. Di kalangan tabi’in pula, pembesar tabi’in yang meriwayatkan hadith daripada beliau ialah seperti Zain al-Abidin, Ali bin al-Hassan, Said bin al-Musayyab dan sahabat- sahabat daripada fuqaha’ terkenal seperti Abu Bakar bin Ab. Rahman bin al-Harith bin Hisyam al-Makhzumi, Abaidillah bin Abdullah bin Utbah bin Mas’ud, Urwah bin al-Zubair dan lain-lain lagi.

Kalaulah Marwan dikenali sebagai fasiq dan berperibadi buruk seperti yang digambarkan oleh sesetengah sejarawan, maka sudah tentu tidak ada ulama sahabat atau tabi’in atau fuqaha’ muslimin yang sedia mengambil Hadith daripada beliau, bahkan merekalah orang pertama menolak dan menyanggahnya. Ini kerana pembesar-pembesar ulama dahulu bukanlah seperti sebahagian ulama zaman mutakhir ini yang begitu mudah menggadai kemurnian agama semata-mata kerana nama dan sesuap nasi.

Berdasarkan kepada tuduhan-tuduhan tidak berasas ini jelas menunjukkan bahawa pihak penentang kerajaan cuba mewujudkan beberapa sifat peribadi yang dirasakan buruk, kemudian dikaitkan dengan pegawai-pegawai kerajaan pimpinan Khalifah Uthman r.a. Memang telah dirancang bahawa pegawai-pegawai yang dikaitkan dengan sifat-sifat itu dipilih daripada individu-individu yang ada hubungan kekeluargaan dengan khalifah. Dengan itu akan tercapailah tujuan mereka iaitu bagi menarik perhatian orang ramai untuk mengatakan betapa buruknya pemerintahan Khalifah Uthman bin Affan r.a., kerana tidak mengambil kisah peribadi dan keimanan seseorang pegawai yang akan dipilih, tetapi yang penting pegawai itu mestilah ada hubungan kekeluargaan dengan beliau.

Sumber: ISU-ISU KONTROVERSI DALAM SEJARAH KHULAFA’ AL-RASYIDIN’, m.s. 79

Check Also

BENARKAH HAJJAJ SEORANG YANG SANGAT JAHAT?

  Video memaparkan kepalsuan dakwaan tersebut dan Hajjaj seorang yang baik berdasarkan hadits Shahih Bukhari …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *