Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #932 : HUKUM MAKAN MAKANAN YANG MEMPUNYAI RASA SEPERTI KHINZIR
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #932 : HUKUM MAKAN MAKANAN YANG MEMPUNYAI RASA SEPERTI KHINZIR

Download PDF

 Screen Shot 2018 12 04 at 12.09.38 PM

SOALAN

Saya membeli dim sum yang dijual oleh orang muslim, dan diakui halal. Kemudian saya berkongsi dengan kawan saya yang non-muslim, lalu dia mengatakan dim sum itu rasanya seperti dim sum yang dibuat dengan Khinzir. Apakah dim sum itu masih halal?

 

JAWAPAN

Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT tuhan sekalian alam, selawat serta salam buat Nabi SAW, ahli keluarga baginda, isteri-isteri, para sahabat baginda, seterusnya mereka yang mengikuti jejak langkah baginda hingga ke hari akhirat.

Dim sum adalah sejenis makanan masyarakat Cina, yang diperbuat daripada ayam, sayur dan daging kemudian dimasak dengan pelbagai cara. Dim sum ini adalah makanan tradisi yang dihidangkan bersama teh.

Sebagai agama yang meliputi tentang semua aspek kehidupan, Islam telah meletakkan garis panduan utama dalam pemilihan makanan, dengan menganjurkan umatnya agar memilih makanan yang halal lagi baik berdasarkan firman Allah SWT:

 

وَكُلُوا مِمَّا رَزَقَكُمُ اللَّـهُ حَلَالًا طَيِّبًا

 

Maksudnya :“Dan makanlah daripada rezeki yang telah diberikan Allah kepada kamu, iaitu yang halal lagi baik.”

(Surah al-Maidah: 88)

 

Oleh itu, memilih makanan atau dalam konteks soalan ini dim sum, maka hendaklah menyemak seterusnya meyakini status halal makanan tersebut. Sebarang perasaan syak wasangka tidak akan sesekali menjejaskan status halal selagi mana tidak ada bukti yang membuahkan keyakinan yang hakiki. Ini melihatkan kepada kaedah fiqhiyah yang menyebut:

اليقين لا يزول بالشك

Maksudnya: “Keyakinan itu tidak akan terangkat dengan syak”

 

Selain itu, dim sum tersebut juga kekal status halal berdasarkan keadaan awal ketika pembeli itu membelinya di dalam keadaan halal. Sesekali tidak akan berubah kepada tidak halal berdasarkan kaedah yang lain:

 

الأصل بقاء ما كان على ما كان

Maksudnya: “Asal kepada sesuatu perkara kekal seperti sebelumnya”

 

Kesimpulan 

Berdasarkan nas dan penghujahan di atas, kami berpendapat bahawa makanan tersebut selagi mana diyakini status halalnya, maka makanan tersebut kekal status halal melainkan didatangani bukti yang jelas untuk mengharamkannya.

Namun begitu, pembeli perlulah menyemak terlebih dahulu kandungan atau bahan yang digunakan untuk membuat dim sum. Sekiranya bahan tersebut bebas daripada khinzir dan bahan-bahan yang haram, maka hukumnya adalah halal.

Selain itu, rujuk juga artikel kami yang bertajuk Bayan Linnas Siri 73: Penamaan Makanan Dan Minuman: Status Halal Dan Isunya[1]

Semoga Allah SWT mengurniakan kefahaman kepada kita dalam melaksanakan segala suruhan-Nya. Amin.

[1] http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/bayan-linnas/1109-bayan-linnas-siri-ke-73-penamaan-makanan-dan-minuman-status-halal-dan-isunya

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-318 : ADAKAH MATI KERANA SAKIT PERUT TIDAK AKAN DI AZAB DI KUBUR?

Soalan : Assalamualaikum ustaz. Semoga dalam keadaan yang sihat. Saya mahu bertanya dan ingin clarify …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *