Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #931 : AKAD NIKAH DALAM KEADAAN BERJUNUB
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #931 : AKAD NIKAH DALAM KEADAAN BERJUNUB

Download PDF

af931 34755903 compressed

Soalan :

Assalamualaikum. Saya ada soalan. Sah atau tidak jika akad nikah dijalankan dalam keadaan si lelaki tidak mandi wajib. Terima kasih.

Jawapan :

Waalaikumussalam. Alhamdulillah, segala puji bagi Allah SWT, selawat dan salam kepada junjungan besar Nabi Muhammad SAW, ahli keluarga baginda SAW, sahabat Baginda SAW serta orang-orang yang mengikuti jejak langkah baginda SAW.

Pernikahan mempunyai beberapa syarat yang perlu dipenuhi bagi membolehkan satu-satu perkahwinan itu dianggap sah. Antara syarat tersebut :

  1. Suami
  2. Isteri
  3. Wali
  4. Dua orang saksi
  5. Lafaz ijab dan Kabul (sighah)

Kata Sheikh Al-Baijuri :

“Yang disebut oleh penulis (penulis syarah Matan Abi Syuja’) adalah wali dan dua saksi. Berbaki rukun yang lain iaitu suami, isteri dan sighah. Kesemuanya ada 5 rukun seperti yang disebutkan.”

Rujuk Hasyiah al-Baijuri ‘ala syarh Ibn al-Qasim ‘ala matn Abi Syuja’(2/188)

Para Fuqaha ketika membincangkan berkenaan suami, ada beberapa syarat yang perlu diteliti untuk menjadikan pernikahan itu sah. Pengarang Al-Fiqh Al-Manhaji menyatakan bahawa syarat tersebut ialah :

  1. Dia bukan mahram kepada bakal isteri.
  2. Bakal suami ialah seorang yang telah ditentukan
  3. Bakal suami tidak berada di dalam keadaan ihram haji atau umrah. Ini berdasarkan kepada hadis :

لاَ يَنْكِحُ الْمُحْرِمُ وَلاَ يُنْكَحُ وَلاَ يَخْطُبُ

Maksudnya :” Orang yang berihram tidak boleh berkahwin. Tidak boleh dikahwinkan juga tidak boleh meminang.”

Riwayat Muslim(3512)

Kami berpandangan bahawa akad nikah yang dijalankan dalam keadaan si lelaki tidak mandi wajib atau dalam kata lainnya berjunub, pernikahannya adalah sah. Ini kerana mandi wajib tidak termasuk di dalam syarat sah pernikahan. Cuma kami nasihatkan, jika dalam keadaan berjunub, elakkan dari masuk ke dalam masjid. Ini berdasarkan kepada hadis Nabi SAW :

إِنَّ الْمَسْجِدَ لاَ يَحِلُّ لِجُنُبٍ وَلاَ لِحَائِضٍ

Maksudnya :” Sesungguhnya masjid tidak halal untuk dimasuki oleh orang yang berjunub dan wnaita yang sedang dalam keadaan haid.”

Riwayat Abu Daud (232) & Ibnu Majah (645)

Berkenaan dengan perihal adakah boleh bagi orang berjunub masuk ke dalam masjid telah kami bahaskan di dalam ruangan Al-Kafi lil al-Fatawi siri ke 906[1]

Wallahu’alam.

[1] http://muftiwp.gov.my/ms/artikel/al-kafi-li-al-fatawi/2781-al-kafi-906-hukum-wanita-haidh-masuk-ke-masjid

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-318 : ADAKAH MATI KERANA SAKIT PERUT TIDAK AKAN DI AZAB DI KUBUR?

Soalan : Assalamualaikum ustaz. Semoga dalam keadaan yang sihat. Saya mahu bertanya dan ingin clarify …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *