Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #878: SALAH GUNA LABEL KOSMETIK MESRA WUDUK
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #878: SALAH GUNA LABEL KOSMETIK MESRA WUDUK

Download PDF

af878 compressed

 

Soalan:

Assalamualaikum wbt Dr. Zul,

Ini pertanyaan saya sebab saya kurang jelas. Apakah maksud kosmetik
“mesra wudhu” kerana banyak sangat produk sekarang yang mesra wudhu’? Kebimbangan saya adakah ia sekadar untuk menghalalkan suatu yang tidak dibolehkan oleh syarak sebab itu ia dipanggil mesra. Adakah ia halal disebabkan tidak najis dengan halal menggunakan bahan kosmetik berdasarkan hukum. Bagi saya, itu dua benda yang berbeza. Harap Dr. Zul boleh memberi penerangan yang jelas.

 

Jawapan:

Waalaikumussalam wbt, 

Alhamdulillah segala puji dan syukur kami panjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Terima kasih kerana bertanya. Berkenaan dengan definisi kosmetik mesra wuduk, kami mendapati istilah ini tidak ada dalam Kamus Dewan yang boleh kami rujuk. Namun begitu, kami rumuskan konsep “mesra wuduk” dalam artikel kami, Bayan Linnas Siri Ke- 88: Isu Kosmetik Mesra Wuduk, sebagai bahan kosmetik yang memiliki ciri berikut:

  • Produk kosmetik yang mudah ditanggalkan agar tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit.
  • Produk kosmetik yang telap air yakni tidak menghalang air wuduk sampai ke kulit, seperti minyak zaitun dan warna inai.

Berdasarkan rumusan di atas, maka terkeluarlah daripada senarai yang diharuskan, bahan-bahan kosmetik yang kami dimaklumkan menggunakan konsep mesra wuduk tetapi sebenarnya bukan dan mengelirukan pengguna. Contohnya, seperti penggunaan bulu mata palsu yang dilekatkan dengan menggunakan gam yang pastinya menghalang air untuk sampai ke bulu mata dan kulit. Kami tegas menyatakan hukum penggunaannya adalah haram kerana menghalang taharah bahkan bertambah haram apabila melibatkan penyambungan bulu atau rambut yang ditegah oleh syarak. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-250 : Hukum Menyambung Bulu Mata Dengan Kaedah Eyelash Extension.

Adapun berkenaan hukum berdandan itu sendiri, maka kami bahagikan kepada beberapa tujuan dan keadaan wanita yang berdandan itu sendiri. Rujuk Irsyad Al-Fatwa Siri Ke-265 : Hukum Menyuntik Kolagen Pada Tubuh Badan Untuk Kelihatan Cantik Di Hadapan Suami. Secara ringkas, kami tegaskan haram berdandan dengan tujuan menunjukkan kecantikan kepada lelaki asing, menggunakan bahan yang bernajis, atau berbahaya untuk kesihatan, tanpa kebenaran suami, dan mengubah ciptaan Allah. Adapun jika berdandan untuk suami, menggunakan bahan yang suci, tidak berbahaya, dan tidak mengubah ciptaan Allah, maka hukumnya harus. Ini dapat dilihat bahawa para wanita pada Rasulullah SAW memakai inai, mewarnakan rambut dan kuku, memakai celak, memerahkan pipi, dan memakai anting-anting sebagai perhiasan.

Semoga penjelasan ini dapat memberikan kefahaman yang jelas kepada penanya. Wallahua’lam.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

BAYAN LINNAS SIRI KE- 154 : PENDIRIAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERHUBUNG ISU POLIS EVO 2

Mukadimah Sekitar seminggu yang lalu, saya didatangi YBhg. Dato’ Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Bahagian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *