Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #871: MAHRAM BAGI ANAK TAK SAH TARAF
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #871: MAHRAM BAGI ANAK TAK SAH TARAF

Download PDF

MAHRAM ATST.png

Soalan

Siapakah mahram bagi anak tak sah taraf? Dan bagaimana hubungannya dengan bapa asalnya?

 

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Istilah anak tak sah taraf membawa maksud:

  • Anak yang dilahirkan di luar nikah sama ada akibat zina atau rogol dan dia bukan daripada persetubuhan syubhah atau bukan daripada anak perhambaan.
  • Anak yang dilahirkan kurang dari 6 bulan 2 lahzah (saat) mengikut Takwim Qamariah daripada tarikh tamkin (setubuh)[1]

Menjawab soalan di atas, mahram anak tak sah taraf ialah emaknya dan keluarga sebelah emaknya seperti emak kepada emaknya, adik beradik emaknya dan lain-lain.

Adik beradiknya pula dikira sebagai adik beradik seibu. Oleh itu, mereka dianggap juga sebagai mahram bagi anak tak sah taraf tersebut.

Akan tetapi, dengan bapa asalnya, maka dikira hukum yang lain. Mazhab Syafie memberi hukum yang menggambarkan betapa tidak ada hubungan antara bapa tak sah taraf dan anak tak sah taraf.

Ini juga sebagaimana diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia yang menyebut:

Anak tak sah taraf tidak boleh dinasabkan kepada lelaki yang menyebabkan kelahirannya atau kepada sesiapa yang mengaku menjadi bapa kepada anak tersebut. Oleh itu mereka tidak boleh pusaka mempusakai, tidak menjadi mahram dan tidak boleh menjadi wali.[2]

Semoga Allah SWT memberi kefahaman kepada kita dalam mengamalkan segala suruhan dan menjauhi segala larangan-Nya. Amin.

 

Nota hujung:

[1] Ini sebagaimana yang diputuskan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali Ke-57 yang bersidang pada 10 Jun 2003.

[2] Lihat Kompilasi Pandangan Hukum Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di pautan: http://www.islam.gov.my/e-penerbitan/59-buku/669-kompilasi-muzakarah-mki-2016

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

BAYAN LINNAS SIRI KE- 154 : PENDIRIAN MUFTI WILAYAH PERSEKUTUAN BERHUBUNG ISU POLIS EVO 2

Mukadimah Sekitar seminggu yang lalu, saya didatangi YBhg. Dato’ Khairul Anwar Salleh, Naib Presiden Bahagian …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *