Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #840 : SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID KETIKA IMAM MULA SOLAT FARDHU
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #840 : SOLAT SUNAT TAHIYATUL MASJID KETIKA IMAM MULA SOLAT FARDHU

Download PDF

af840 33311346 compressed

Soalan

Semasa saya sampai di masjid, imam sudah mendirikan solat fardhu. Adakah boleh saya solat sunat tahiyatul masjid cepat-cepat, kemudian baru bersama imam dan jemaah lain bersolat fardhu?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Solat sunat Tahiyyatul Masjid ialah solat dua rakaat yang dilakukan oleh setiap orang yang masuk ke dalam masjid sebelum dia duduk. Hal ini berdasarkan hadith daripada Abu Qatadah al-Sulami R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

إِذَا دَخَلَ أَحَدُكُمْ الْمَسْجِدَ فَلْيَرْكَعْ رَكْعَتَيْنِ قَبْلَ أَنْ يَجْلِسَ

Maksudnya: Jika salah seorang di antara kamu masuk masjid, hendaklah dia rukuk (solat) dua rakaat sebelum duduk.

Riwayat al-Bukhari (444)

Menjawab persoalan, apabila imam sudah mula melakukan solat fardhu, maka tidak boleh lagi kita melakukan solat sunat. Hal ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah R.A, Nabi SAW bersabda:

إِذَا أُقِيمَتْ الصَّلاَةُ فَلاَ صَلاَةَ إِلاَّ الْمَكْتُوبَةُ

Maksudnya: Jika iqamah solat sudah dikumandangkan, tidak ada solat lagi kecuali solat wajib.

Riwayat Muslim (710)

Oleh kerana ketika seorang makmum sedang masuk masjid di mana imam telah solat, maka hendaklah dia solat bersama imam.

Pengarang kitab al-Fiqh al-Manhaji menyebut: Tahiyyatul Masjid terhasil dengan sendirinya apabila melakukan solat fardhu atau solat-solat sunat yang lain. Tujuannya ialah supaya seseorang itu tidak harus duduk di dalam masjid tanpa bersolat terlebih dahulu.

Lihat al-Fiqh al-Manhaji (1/525)

Oleh itu, solat fardhu yang didirikan tersebut sudah memadai tanpa perlu melakukan solat sunat tahiyatul masjid. Penghormatannya adalah sama.

Semoga Allah memberikan kepada kefahaman dalam melaksanakan segala titah perintah-Nya.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

AL-KAFI #855 : SOLAT SUNAT KIFARATUL BAULI

Soalan : Assalamualaikum ustaz. Saya ingin bertanya. Saya menerima 1 mesej menerusi aplikasi whatsapp berkaitan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *