Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #820 : WANITA DALAM IDDAH RAJ'IE YANG KEMATIAN SUAMI
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #820 : WANITA DALAM IDDAH RAJ'IE YANG KEMATIAN SUAMI

Download PDF

Soalan :

Assalamualaikum ustaz, seorang perempuan yang dalam iddah raj’i, tiba-tiba suaminya meninggal dunia. Maka mestilah beriddah dengan cerai mati. Adakah tempoh iddah tersebut dikira dari saat kematian suami atau dari permulaan cerai yang pertama ( talak raj’i ). Mohon pencerahan ustaz

Jawapan :

Wa’alaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh, terima kasih kepada saudari yang bertanya. Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Seorang perempuan yang beriddah dengan iddah talak raj’I, apabila suaminya meninggal dunia ketika dia masih di dalam iddah tersebut maka dalam istilah fiqh ia dipanggil berpindah iddah ( انتقال العدةI ) Maka iddahnya berpindah kepada iddah kematian suami. Dengan kematian suaminya, maka terbatallah hukum iddah talak raj’I perempuan itu dan sabitlah ke atasnya iddah kematian suami iaitu empat bulan sepuluh hari yang bermula dari saat kematian suami dan bukannya dikira dari iddah raj’i.

Syeikh al-Khatib asy-Syirbini Rahimahullah berkata:

 وإن مات عن  مطلقة  رجعية انتقلت إلى  عدة  وفاة  بالإجماع كما حكاه ابن المنذر فتلغو أحكام الرجعة وسقطت بقية عدة الطلاق فتسقط نفقتها وتثبت أحكام عدة الوفاة من إحداد وغيره

Ertinya: “ Dan jika mati ( suami ) perempuan yang ditalak dengan talak raj’I maka berpindahlah iddahnya itu kepada iddah kematian suami. Ini berdasarkan ijma’ ulama, sebagaimana yang diceritakan oleh Ibnu Munzir. Maka batallah hukum-hakam iddah talak raj’I dan gugurlah baki iddah tersebut. Maka dengan itu juga gugur nafkahnya dan sabitlah hukum-hakam iddah kematian suami ( empat bulan sepuluh hari ) seumpama berkabung   (tinggalkan berhias kerana dukacita ) dan selainnya”

 Rujuk Mughni Muhtaj (3/396)

Kesimpulannya, ia adalah termasuk dalam iddah mati dan mengambil hukum iddah mati. Walaubagaimanapun, kami mengesyorkan agar saudari merujuk kepada Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk mendapatkan maklumat yang lebih lanjut.

Wallahu’alam

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-315: ISTERI KEPADA PEMBESAR MESIR DI DALAM SURAH YUSUF

        Soalan: Siapakah “امْرَأَتُ الْعَزِيزِ” (isteri kepada pembesar Mesir) di dalam surah …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *