Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #805: ADAKAH SUTUH MASJID DIANGGAP HUKUM MASJID ATAU TIDAK?
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #805: ADAKAH SUTUH MASJID DIANGGAP HUKUM MASJID ATAU TIDAK?

Download PDF

 

SOALAN:

Assalamu’alaikum SS Dato’ Seri Mufti. Adakah sutuh masjid dianggap hukum masjid atau tidak?

 

JAWAPAN:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.

Pertamanya, suka kami nyatakan bahawa masjid مسجِد)) merupakan nama tempat yang berasal dari perbuatan sujud, dan kalimah masjid boleh dibaca dengan masjid atau masjad. Tapi sebutan yang lebih masyhur adalah bacaan masjid . Dari segi syara’, masjid boleh didefinisikan dengan 3 makna:

PERTAMA: Imam al-Zarkasyi berkata: Setiap tempat di muka bumi ini adalah masjid, berdasarkan hadith Nabi SAW:

وَجُعِلَتْ لِي الأَرْضُ مَسْجِدًا وَطَهُورًا

Maksudnya: Dan dijadikan bagiku bumi ini sebagai tempat untuk beribadat dan suci.

                                               (Hadith Riwayat Al-Bukhari 1/95 dan Muslim 1/370)

KEDUA: Tempat solat di rumah. Ini berdasarkan hadith daripada Aisyah R.anha bahawa Nabi SAW telah memerintahkan supaya dibina masjid-masjid di rumah dan di kampung, serta dibersihkan dan diwangikan. (Hadith Riwayat Abu Daud 1/85, Tirmizi 1/151)

KETIGA: Masjid adalah tempat yang dikhaskan untuk solat lima waktu yang dilakukan secara berterusan padanya.

Justeru, kami katakan setiap tempat untuk diibadatkan padanya, maka ia dinamakan masjid, namun harus diambil kira juga enakmen undang-undang yang diperuntukkan dalam konteks Malaysia.

Persoalan di atas telah menjadi khilaf dalam kalangan para ulama’.

Pendapat pertama menyatakan, sutuh mengambil hukum masjid. Ini merupakan pendapat mazhab Hanafi, Syafie dan Hanbali. Imam al-Kasani berkata: Sutuh masjid mengikut hukum masjid, dan hukum yang mengikut adalah menurut hukum yang asal. (Rujuk Bada’ie as-Sona’ie, 1/243).

Manakala Imam an-Nawawi pula menyebut, dinding masjid samada di dalam atau di luar masjid mengambil hukum masjid itu sendiri, di mana ia wajib dipelihara dan dimuliakan, maka begitu juga dengan sutuh masjid. (Rujuk Al-Majmu’, 2/143 dan Tuhfatul Muhtaj, 3/464)

Pendapat kedua pula menyebut, sutuh tidak termasuk dalam hukum masjid. Ini merupakan pendapat mazhab Maliki. Ibn Rusyd berkata, ia tidak mewarisi masjid. Kebanyakan ulama’ Malikiyyah seperti al-Baaji juga berkata demikian.

TARJIH

Kami cenderung ke arah pendapat mazhab Hanafi, Syafi’e dan Hanbali, dimana ia termasuk dalam masjid. Hal ini demikian kerana apa-apa yang ada kena-mengena dengan masjid, maka ia dianggap sebagai sebahagian daripada masjid, seperti dinding, tiang dan juga sutuh. Maka ia mengambil hukum dan kehormatan masjid. Wallahu’alam.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-285: FADHILAT BERCELAK HARI ASYURA’

          Soalan: Apakah status hadith ini?   مَنِ اكْتَحَلَ بِالإِثْمِدِ يَوْمَ …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *