Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #792 : ADAKAH WUJUD PERASAAN HASAD DENGKI DI DALAM SYURGA?
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #792 : ADAKAH WUJUD PERASAAN HASAD DENGKI DI DALAM SYURGA?

Download PDF

Soalan

Apakah wujud di dalam Syurga perasaan hasad dengki dalam kalangan penghuninya?

Jawapan

Alhamdulillah, pujian dan syukur kepada Ilahi dengan pelbagai kurniaan dan anugerah yang tidak terhitung buat kita semua. Selawat dan salam ke atas Nabi SAW, keluarga, sahabat dan yang mengikut jejak langkahnya hingga hari kesudahan.

Semoga Allah jadikan kita semua ahli Syurga dan selarikan kehidupan kita di dunia lagi untuk melayakkan diri menjadi penghuni Syurga. Ini kerana kehidupan di dunia ini adalah lambang di akhirat kita. Begitu juga, sentiasa berdoa, beramal soleh, melakukan ketaatan dan menjauhi maksiat serta mati dalam Islam dan iman adalah prasyarat menujuk ke Syurga Allah.

Berkenaan dengan soalan di atas, di dalam syurga, kehidupan penuh dengan persaudaraan, perasaan kasih sayang dan sentiasa gembira tanpa sebarang hasad dengki, dendam kesumat dan segala sifat-sifat mazmumah yang wujud di dunia dahulu. Itulah negeri kekal yang penuh dengan kenikmatan yang agung yang akan didiami oleh orang-orang yang beriman.

Bagi menjelaskan hakikat ini, kami kemukakan firman Allah SWT:

وَالَّذِينَ آمَنُوا وَعَمِلُوا الصَّالِحَاتِ لَا نُكَلِّفُ نَفْسًا إِلَّا وُسْعَهَا أُولَـٰئِكَ أَصْحَابُ الْجَنَّةِ ۖ هُمْ فِيهَا خَالِدُونَ ﴿٤٢﴾ وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ تَجْرِي مِن تَحْتِهِمُ الْأَنْهَارُ ۖ وَقَالُوا الْحَمْدُ لِلَّـهِ الَّذِي هَدَانَا لِهَـٰذَا وَمَا كُنَّا لِنَهْتَدِيَ لَوْلَا أَنْ هَدَانَا اللَّـهُ ۖ لَقَدْ جَاءَتْ رُسُلُ رَبِّنَا بِالْحَقِّ ۖ وَنُودُوا أَن تِلْكُمُ الْجَنَّةُ أُورِثْتُمُوهَا بِمَا كُنتُمْ تَعْمَلُونَ ﴿٤٣﴾

Maksudnya: Dan orang-orang yang beriman serta beramal soleh – (dengan tidak menjadi keberatan kepada mereka, kerana) Kami tidak memberati diri seseorang (dengan kewajipan) melainkan sekadar yang terdaya olehnya, – merekalah ahli Syurga, mereka kekal di dalamnya. Dan Kami cabutkan segala dendam dan hasad dengki dari hati mereka, (di dalam Syurga) yang mengalir beberapa sungai di bawah (tempat) masing-masing, dan mereka pula bersyukur dengan berkata: “Segala puji tertentu bagi Allah yang telah memberi hidayah petunjuk untuk (mendapat nikmat-nikmat) ini, padahal Kami tidak sekali-kali akan memperoleh petunjuk kalau Allah tidak memimpin kami (dengan taufiqNya); sesungguhnya telah datang Rasul-rasul Tuhan kami dengan membawa kebenaran”. Dan mereka diseru: “Itulah Syurga yang diberikan kamu mewarisinya dengan sebab apa yang kamu telah kerjakan”.

(Surah al-A’raf: 42-43)

Allah SWT juga berfirman:

إِنَّ الْمُتَّقِينَ فِي جَنَّاتٍ وَعُيُونٍ ﴿٤٥﴾ ادْخُلُوهَا بِسَلَامٍ آمِنِينَ ﴿٤٦﴾ وَنَزَعْنَا مَا فِي صُدُورِهِم مِّنْ غِلٍّ إِخْوَانًا عَلَىٰ سُرُرٍ مُّتَقَابِلِينَ ﴿٤٧﴾ لَا يَمَسُّهُمْ فِيهَا نَصَبٌ وَمَا هُم مِّنْهَا بِمُخْرَجِينَ ﴿٤٨﴾

Maksudnya: Sesungguhnya orang-orang yang bertaqwa adalah ditempatkan di dalam beberapa taman Syurga, dengan matair-matair terpancar padanya. (Mereka dipersilakan oleh malaikat dengan berkata): “Masuklah kamu ke dalamnya dengan selamat sejahtera serta beroleh aman”. Dan Kami cabut akan apa yang ada dihati mereka dari perasaan hasad dengki sehingga menjadilah mereka bersaudara (dalam suasana kasih mesra), serta mereka duduk berhadap-hadapan di atas pelamin masing-masing. Mereka tidak akan disentuh susah payah dalam Syurga itu, dan mereka pula tidak sekali-kali akan dikeluarkan daripadanya.

(Surah al-Hijr: 45-48)

Semoga Allah kurniakan kepada kita untuk menghuni syurga pada hari Akhirat kelak. Ameen.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-283: KESAN DARIPADA WUDHUK

    Soalan: Apakah maksud maksud hadith seperti putih di kepala kuda?   Jawapan: Alhamdulillah, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *