Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #771: BERNAZAR AQIQAH KETIKA WAKTU KORBAN
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #771: BERNAZAR AQIQAH KETIKA WAKTU KORBAN

Download PDF

Soalan:

Saya telah bernazar untuk aqiqah anak saya dengan seekor kambing. Tetapi malangnya kambing tersebut telah dicuri sebelum akikah dibuat. Pada raya haji tahun lepas saya telah mengambil satu bahagian untuk mengaqiqahkan anak saya. Bagaimanakah nazar saya, adakah sudah terlaksana?

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur diucapkan kepada Allah SWT, selawat dan salam kami panjatkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, kepada ahli keluarga Baginda, para sahabat, serta golongan yang mengikuti jejak langkah Baginda Rasulullah SAW sehingga hari kiamat.

Kami menerima persoalan berkenaan aqiqah untuk anak yang baru lahir. Aqiqah merupakan satu ibadah yang biasa dilakukan dalam masyarakat melayu oleh ibubapa kepada anak yang baru dilahirkan. Aqiqah ialah haiwan yang disembelih kerana bayi atau untuk bayi yang dilahirkan dan haiwan yang disembelih itu mengalirkan darah bukan kerana jenayah. Hukum melakukan aqiqah menurut mazhab syafie adalah sunat yang dituntut (Sunat muakkad) (Fiqh Manhaji, 3/56).

Ia berlainan dengan nazar. Sesuatu perkara pada asalnya ia adalah sunat apabila dinazarkan maka perkara tersebut akan mejadi wajib.

Firman Allah SWT di dalam Al-Quran:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَوْفُوا بِالْعُقُودِ

Bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian”

(Surah Al-Maidah, 1)

Melalui persoalan yang diajukan, asal hukum aqiqah anak adalah sunat muakkad. Namun begitu, aqiqahnya telah bertukar menjadi wajib kerana beliau telah berniat nazar bagi perkara tersebut. Nazar aqiqah akan terangkat sekiranya haiwan sembelihan disembelih walaupun haiwan sembelihan telah disediakan tetapi dicuri atau mati. Maka dalam keadaan tersebut, jika beliau mampu, maka gantilah dengan kambing yang baharu untuk melaksanakan ibadah aqiqah tersebut. Jika tidak mampu dan mahu membatalkan nazar tersebut, maka dituntut ke atasnya untuk membayar kafarah sumpah.

مَنْ نَذَرَ نَذْرًا لَمْ يُسَمِّهِ فَكَفَّارَتُهُ كَفَّارَةُ يَمِينٍ

Maksudnya: “Sesiapa yang bernazar dengan satu nazar, namun dia tidak mampu melakukannya, maka kafarahnya adalah kafarah sumpah.”

(Hadis riwayat Ibnu Majah, No. 2128)

Maka wajib pada dirinya untuk menunaikan dengan mengantikan dengan menunaikan kafarah sumpah itu iaitu:

  1. Memberi makan kepada sepuluh orang miskin; atau
  2. Memberi pakaian kepada sepuluh orang miskin; atau
  3. Memerdekakan seorang hamba sahaya.

Jika 3 perkara tersebut tidak dapat untuk ditunaikan, maka orang tersebut perlu menunaikan puasa selama 3 hari. Hal tersebut telah difirmankan oleh Allah SWT di dalam Al-Quran:

لا يُؤَاخِذُكُمُ اللَّهُ بِاللَّغْوِ فِي أَيْمَانِكُمْ وَلَكِنْ يُؤَاخِذُكُمْ بِمَا عَقَّدْتُمُ الأيْمَانَ فَكَفَّارَتُهُ إِطْعَامُ عَشَرَةِ مَسَاكِينَ مِنْ أَوْسَطِ مَا تُطْعِمُونَ أَهْلِيكُمْ أَوْ كِسْوَتُهُمْ أَوْ تَحْرِيرُ رَقَبَةٍ فَمَنْ لَمْ يَجِدْ فَصِيَامُ ثَلاثَةِ أَيَّامٍ ذَلِكَ كَفَّارَةُ أَيْمَانِكُمْ إِذَا حَلَفْتُمْ وَاحْفَظُوا أَيْمَانَكُمْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ

Bermaksud: Allah SWT tidak menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpahmu yang tidak dimaksud (untuk bersumpah), tetapi Dia menghukum kamu disebabkan sumpah-sumpah yang kamu sengaja, Maka kafarah (melanggar) sumpah itu ialah memberi Makan sepuluh orang miskin, iaitu dari makanan yang biasa kamu berikan kepada keluargamu atau memberi pakaian kepada mereka atau memerdekakan seorang budak. Barang siapa tidak sanggup melakukan yang demikian, Maka kafarahnya puasa selama tiga hari. yang demikian itu adalah kafarah sumpah-sumpahmu bila kamu bersumpah (dan kamu langgar). dan jagalah sumpahmu. Demikianlah Allah menerangkan kepadamu hukum-hukum-Nya agar kamu bersyukur (kepada-Nya).

(Surah Al-Maidah, 89)

Walau bagaimanapun beliau telah mengambil satu bahagian ketika raya haji / korban dan diniatkan untuk menyelesaikan nazar aqiqah anaknya, maka dengan keadaan tersebut juga tidak terangkat nazar aqiqah anaknya. Hal ini adalah kerana, beliau telah bernazar untuk aqiqah dengan seekor kambing, maka ia perlu dilunaskan dengan menyembelih seekor kambing. Jika tidak mampu, maka cukup dengan melaksanakan kaffarah sumpah sebagaimana dinyatakan di atas.

Wallahu A’lam.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

IRSYAD AL-HADITH SIRI KE-283: KESAN DARIPADA WUDHUK

    Soalan: Apakah maksud maksud hadith seperti putih di kepala kuda?   Jawapan: Alhamdulillah, …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *