Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #728: BILAKAH BERLAKU ISRA' MIKRAJ?
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #728: BILAKAH BERLAKU ISRA' MIKRAJ?

SOALAN

Bilakah berlaku peristiwa Isra’ dan Mikraj?

JAWAPAN

Para ulama telah khilaf kepada beberapa pendapat:

  • Setahun sebelum hijrah: Inilah pendapat Ibn Mas’ud, al-Zuhri, Urwah bin al-Zubair, Ibn Sa’d dan Ibn Hazmin mendakwa ini adalah ijmak. Inilah yang dijazamkan oleh Imam al-Nawawi.
  • Berlaku pada tahun Baginda SAW diangkat menjadi nabi: Inilah pendapat al-Tabari.
  • Dua tahun sebelum hijrah.
  • Tiga tahun sebelum hijrah: Inilah yang dihikayatkan oleh Ibn al-Athir. Setepatnya berlaku 27 Rejab tahun kesepuluh kenabian. Inilah pendapat oleh al-Allamah Mansurfuri.
  • Lima tahun sebelum hijrah: Inilah pendapat al-Nawawi dan al-Qurtubi. Inilah pendapat al-Zuhri dan dihikayatkan daripadanya oleh Qadhi Iyad dan beliau mentarjihkannya dengan sepakat bahawa Khadijah pernah solat bersama Nabi SAW selepas difardukan solat.

Berkenaan dengan bulannya pula ada beberapa pendapat, antaranya:

  • Bulan Rabi’ul Awal. Syeikh al-Maraghi menyebut: “Peristiwa ini terjadi pada 17 Rabi’ al-Awwal, setahun sebelum Hijrah.” Inilah pendapat kebanyakan ahli tahqiq.
  • Bulan Rabiul Akhir. Inilah yang ditarjihkan oleh Ibn al-Munir.
  • Bulan Rejab. Inilah yang paling masyhur di kalangan orang ramai pada masa ini.

Berdasarkan pengamatan para ulama dan muhaqqiq, peristiwa Isra’ dan Mikraj berlaku pada bulan Rabiul Awal sama ada pada 12 Rabiul Awal atau 17 Rabiul Awal. Hal ini dikuatkan dengan hujah Ibn Kathir dalam kitabnya al-Bidayah wa al-Nihayah berdasarkan athar Jabir dan Ibn Abbas.

 

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Check Also

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-522: BERTAUBAT DARIPADA MENCURI DENGAN CARA BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Soalan Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Boleh tak saya bayar semula duit yang pernah dicuri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *