Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #1735 : ADAKAH WAJIB HADIR BERATUR UNTUK MENDAPAT TEMPAT BAGI SOLAT JUMAAT PADA FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)?
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #1735 : ADAKAH WAJIB HADIR BERATUR UNTUK MENDAPAT TEMPAT BAGI SOLAT JUMAAT PADA FASA PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN PEMULIHAN (PKPP)?

AK1735

SOALAN

Assalamualaikum WBT. Sepertimana yang sedia maklum, bagi fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP), masjid di zon hijau sudah dibenarkan untuk menerima jemaah dengan jumlah 1/3 daripada kapasiti masjid. Soalan saya, adakah diwajibkan ke atas saya yang berada di zon hijau untuk beratur mendapatkan tempat bagi solat Jumaat tersebut?

Mohon pandangan SS Mufti. Terimakasih.

RINGKASAN JAWAPAN

Dalam musim PKPP ini, terdapat kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan bagi menunaikan solat Jumaat dengan jumlah dan Standard Operating Procedure (SOP) tertentu. Dalam hal ini, adalah digalakkan untuk berusaha mendapat tempat bagi solat Jumaat dengan mengikut SOP yang telah disediakan oleh pihak masjid seperti mengisi borang sekiranya ada dan hadir awal ke masjid untuk beratur.

Walaubagaimanapun, pada masa yang sama, perkara asas yang perlu difahami ialah pematuhan kepada jumlah dan SOP yang telah ditetapkan dan ini memerlukan kepada kerjasama setiap ahli kariah untuk memastikan ianya berjalan dengan teratur dan sempurna.  Oleh itu, jika sekiranya kelihatan dengan sangkaan yang kuat (ghalabat al-dzann) bahawa bilangan jemaah di masjid sudah penuh dan mencukupi, maka sebagai mematuhi arahan pihak berkuasa tidak perlu untuk seseorang beratur bagi mengelakkan perkumpulan beramai-ramai.

WaAllahua’lam.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Check Also

IRSYAD AL-FATWA SIRI KE-522: BERTAUBAT DARIPADA MENCURI DENGAN CARA BERSEDEKAH KEPADA FAKIR MISKIN

Soalan Assalamualaikum, saya ada satu persoalan. Boleh tak saya bayar semula duit yang pernah dicuri …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *