Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #1147: MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA UNTUK TUJUAN SELAIN AZAN
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #1147: MENGGUNAKAN PEMBESAR SUARA UNTUK TUJUAN SELAIN AZAN

Download PDF

PEMBESAR SUARA.JPG

Soalan

Assalamualaikum Dato’ Saya ingin bertanya apakah hukum bacaan kuat selain azan menggunakan pembesar suara sebelum waktu solat seperti bacaan al-Quran, berzikir dan qasidah. Semoga Dato’ boleh memberi pencerahan. Terima kasih.

 

Jawapan

Waalaikumussalam. Alhamdulillah bersyukur kehadrat Allah S.W.T dengan kurniaan nikmat Iman dan Islam. Selawat dan Salam ke atas junjungan Nabi Muhammad S.A.W serta keluarga,sahabat-sahabat Baginda, serta seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang dirahmati Allah S.W.T sekalian.

 

Azan Sebelum Waktu

Pada hukum asal azan disyariatkan ketika masuknya waktu solat yang wajib. Ini kerana tujuannya untuk pemberitahuan masuknya waktu solat. Hadis yang diriwayatkan oleh Malik bin Huwairis RA sabda Nabi SAW:

وَإِذَا حَضَرَتِ الصَّلاَةُ فَلْيُؤَذِّنْ لَكُمْ أَحَدُكُمْ

Maksudnya: Apabila tibanya waktu solat, maka azanlah salah seorang daripada kamu

Sahih al-Bukhari (6008)

Akan tetapi diharuskan melaungkan azan sebelum masuknya waktu solat dan ini dikhususkan ketika waktu subuh. Jumhur ulama juga menggunakan dalil azan sebelum subuh seperti hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Umar, Nabi SAW sabda:

إِنَّ بِلاَلاً يُؤَذِّنُ بِلَيْلٍ فَكُلُوا وَاشْرَبُوا حَتَّى يُؤَذِّنَ ابْنُ أُمِّ مَكْتُومٍ

Maksudnya: Sesungguhnya Bilal melaungkan azan pada waktu malam, kemudian beliau makan dan minum sehingga Ibn Ummi Maktum melaungkan azan.

Sahih Muslim (1092)

Imam Nawawi dalam syarahnya menyatakan “Padanya dianjurkan melaungkan azan sebanyak dua kali, pertamanya sebelum masuk waktu fajar dan kemudian setelah masuk waktu fajar” (Rujuk: Syarah al-Nawawi ala Muslim, 7/202).

Syarat untuk melaungkan azan adalah ketika masuknya waktu solat fardhu tidak sah sekiranya melakukannya sebelum waktu solat fardhu melainkan ketika azan solat subuh. Mengikut pandangan Imam Malik, Imam Syafie’, Imam Ahmad dan Abu Yusuf diharuskan melaungkan azan sebelum masuknya waktu. Menurut pendapat Imam Syafie’, Imam Hanbali dan Abi Yusufwaktu melaungkan azan sebelum subuh ketika seperdua daripada penghujung malam dan mengikut pandangan Mazhab Maliki dua pertiga daripada penghujung malam sebelum masuknya waktu subuh (Rujuk: al-Mausua’h al-Fiqhiyah al-Kuwaitiah: 2/363)

Dalam mazhab Hanafi, Imam al-Kasani menyatakan dalam kitabnya: “Azan bertujuan untuk menyeru manusia dan merupakan tanda telah masuk waktu solat yang difardhukan dan apabila tujuan itu bercanggah dengan tujuan asalnya. Ini seperti azan sebelum masuk waktu dan ia merupakan satu penipuan dan juga berkhianat serta tidak amanah. ini kerana melaungkan azan sebelum waktu subuh boleh memberi kemudharatan kepada manusia disebabkan mengganggu waktu tidur serta mengganggu waktu orang yang bertahajjud pada awal malam. Dan perbuatan ini makruh” (Rujuk Bada’i al-Sana’i fi Tartib al-Shara’i, 1/155)

Memetik pendapat Darul Ifta’ Misriyah hukum melaungkan azan setengah jam sebelum waktu subuh dengan menyatakan:

“Pengamatan Sunnah ini seharusnya meneliti dan meraikan keadaan penduduk kariah yang berdekatan. Sekiranya tidak memudharatkan dan memberi mudharat kepada agama. Di samping itu sekadar untuk menyampaikan tujuan dan matlamat kepada penduduk kariah. Ini seperti menyeru untuk berbuka, melakukan qiamullail dan hal-hal lain. Begitu juga cukup sekadar untuk mencapai tujuan dan tidak berlebihan dalam melakukannya sehingga boleh mendatangkan perasaan kurang senang penduduk kariah”. (Rujuk: Dar Ifta’ Misriyah, Fatwa no.317)

Begitu juga dalam hal bertasbih serta berzikir mengikut pendapat Ibn Rajab al-Hanbali dalam syarahnya menyatakan: “Sesungguhnya zikir dan tasbih secara kuat pada penghujung malam tidak mengapa, kerana bertujuan membangunkan orang tidur. Terdapat sebilangan yang mengingkarinya, dan berpendapat ini merupakan bida’h, daripadanya Abu al-Farj Ibn al-jauzi” (Rujuk: Fathul al-Bari li Ibn Rajab, 5/333)

 

Kesimpulan

Menjadi kebiasaan masyarakat melayu pada sesetengah tempat mendendangkan bacaan al-Quran atau berzikir menggunakan pembesar suara di masjid-masjid dan surau sebelum melaungkan azan. Berbalik kepada persoalan dan nas yang diberikan dapat disimpulkan bahawa dibenarkan penggunaan pembesar suara sekiranya masa di antara berzikir dan azan tidak mengambil masa yang lama serta kadar bunyi pembesar suara yang baik dan tidak terlalu kuat. Walaubagaimanapun melakukan azan pertama itu lebih baik sebagaimana pandangan jumhur dan lebih menepati Sunnah.

Selain itu AJK masjid memainkan peranan penting bagi meninjau serta mendapat respon daripada jamaah dan penduduk di sekitarnya. Adakah ia bersesuaian dengan keadaan dan situasi tempat. al-Quran mengajar kita supaya bersederhana dalam membaca doa dan bersembahyang sehingga tidak mengganggu jiran-jiran. Ini seperti firman Allah SWT:

وَلَا تَجْهَرْ بِصَلَاتِكَ وَلَا تُخَافِتْ بِهَا وَابْتَغِ بَيْنَ ذَٰلِكَ سَبِيلًا

Maksudnya: Dan janganlah engkau nyaringkan bacaan doa atau sembahyangmu, juga janganlah engkau perlahankannya, dan gunakanlah sahaja satu cara yang sederhana antara itu.

Surah al-Isra’ (110)

Sekali lagi kami nyatakan, fiqh meraikan antara masyarakat terutamanya umat Islam ketika menunaikan ibadat agar kesemua mereka merasa selesa tanpa sebarang gangguan adalah perkara yang amat dituntut untuk keharmonian masyarakat. Pada saat yang sama, mengikut apa yang diajar oleh Rasulullah SAW adalah amat dituntut dalam kehidupan ini.

 

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

AL-KAFI #1158: SOLAT JENAZAH GHAIB KEPADA WARGA MUSLIM NEW ZEALAND

Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti, bolehkah kita solat jenazah ghaib kepada warga Muslim New …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *