Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #1093: CARA QADHA SOLAT YANG TERTINGGAL SEWAKTU MUSAFIR
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #1093: CARA QADHA SOLAT YANG TERTINGGAL SEWAKTU MUSAFIR

Download PDF

qadha musafir.PNG

Soalan:

Saya pernah tertinggal solat Zohor dan Asar kerana tertidur sewaktu saya bermusafir tempoh hari. Adakah saya perlu qadha penuh (empat rakaat) bagi kedua-dua solat, ataupun saya boleh qadha dengan dua rakaat?

 

Jawapan:

Alhamdulillah, segala puji dan syukur dipanjatkan kepada Allah S.W.T. Selawat dan salam kami ucapkan ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W, para isteri dan keluarga baginda, para sahabat, seterusnya golongan yang mengikuti jejak langkah baginda sehingga hari kiamat.

Sabda Nabi Muhammad SAW:

إِذَا رَقَدَ أَحَدُكُمْ عَنِ الصَّلاَةِ أَوْ غَفَلَ عَنْهَا فَلْيُصَلِّهَا إِذَا ذَكَرَهَا فَإِنَّ اللَّهَ يَقُولُ أَقِمِ الصَّلاَةَ لِذِكْرِي

Maksudnya: Jika salah seorang dari kamu meninggalkan solat kerana tertidur atau terlupa, hendaklah dia menggantikannya apabila teringat, kerana Allah SWT telah berfirman: “Dirikanlah solat untuk mengingati-Ku”.

Sahih Muslim (684)

Menurut para ulama mazhab Hanafi dan Maliki, seseorang itu perlu mengqadha solat yang ditinggalkan mengikut keadaan sewaktu ia ditinggalkan. Maka, seorang musafir perlu mengqadha solat yang ditinggalkan sewaktu dalam keadaan muqim secara penuh (empat rakaat), manakala seorang muqim perlu mengqadha solat yang ditinggalkan ketika musafir secara qasar (dua rakaat). (Rujuk Al-Bahr al-Ra’iq 2/86, Al-Fatawa al-Hindiyyah 1/121, Al-Mudawwanah 1/206 dan Al-Syarh al-Saghir 1/365)

Menurut mazhab Syafi’e pula, qaul yang azhar ialah solat yang ditinggalkan sewaktu qasar harus untuk diqadha secara qasar jika dia masih dalam keadaan musafir, dan diqadha penuh jika dalam keadaan muqim. Namun terdapat tiga pandangan lain dalam isu ini:

  1. qadha secara penuh samada dalam musafir atau muqim
  2. qadha secara qasar dalam musafir atau muqim
  3. qadha secara qasar jika dalam musafir, dan qadha secara penuh jika dalam keadaan muqim atau dalam permusafiran yang lain

(Rujuk Minhaj al-Thalibin 1/19, Raudhah al-Thalibin 1/389 dan Al-Taqrirat al-Sadidah Qism al-Ibadah, hal. 316-317)

Menurut ulama mazhab Hanbali pula, hendaklah qadha secara penuh, kerana qasar merupakan rukhsah dalam permusafiran, dan rukhsah itu gugur dengan berakhirnya permusafiran. Imam Ahmad pula memfatwakan perlu solat secara penuh atas dasar ihtiyath (berhati-hati), dan ini juga pandangan Imam al-Auza’ie dan Daud al-Zahiri. (Rujuk Al- Mughni 2/127, Al-Mubdi’ Syarh al-Muqni’ 2/102, Al-Rawdh al-Murbi’ Syarh Zad al-Mustaqni’ 2/387)

 

Rumusan

Kesimpulannya, kami cenderung kepada pandangan mazhab Syafi’e dan Hanbali, iaitu diharuskan untuk qadha solat yang ditinggalkan sewaktu musafir secara qasar, dengan syarat dia masih dalam keadaan musafir. Adapun jika dalam keadaan muqim, maka dia perlu qadha secara penuh. Begitu juga jika dia meninggalkan solat sewaktu dalam keadaan muqim dan ingin mengqadhanya sewaktu bermusafir, hendaklah qadha secara penuh.

Wallahu a’lam.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

ALKAFI #1241 HUKUM BERNIKAH KETIKA HAMIL BERZINA DAN BERCERAI SELEPAS MENGANDUNG

Soalan Apakah hukum seorang lelaki akan berkahwin dengan perempuan mengandung akibat perbuatan zina yang dilakukan …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *