Home / darulkautsar.net / Kemaskini Dari Web Rakan / Dari Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan / AL-KAFI #1084: TIDAK SAH SOLAT QASAR DI BELAKANG IMAM TAMAM
Klik Untuk Ke Laman Darulkautsar Indeks

AL-KAFI #1084: TIDAK SAH SOLAT QASAR DI BELAKANG IMAM TAMAM

Download PDF

SOLAT QASAR.JPG

SOALAN:

Saya telah menjadi imam untuk solat Qasar Jama` Ta’khir Asar Zohor dan saya mulakan dengan solat Zohor. Makmum pula mengikut saya dengan berniat solat Asar. Setelah solat, makmum bangun untuk sambung selesaikan lagi dua rakaat solat asarnya tadi dan saya pula terus ke sebelah makmum untuk mengikuti beliau solat. Ketika itu, saya berniat pula untuk solat Qasar Ta’khir Zohor Asar.

Soalannya; adakah sah solat saya bermakmumkan beliau, dalam keadaan saya tahu dia sedang solat Asar 4 rakaat. Jika tidak, adakah perlu untuk saya qada’ solat tersebut? Harap dapat beri pencerahan. Terima kasih.

 

JAWAPAN:

Kami mulakan dengan sah seseorang itu melakukan qasar solat ketika musafir berdasarkan nas:

وَإِذَا ضَرَبْتُمْ فِي الْأَرْضِ فَلَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَن تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلَاةِ

Maksudnya: Dan apabila kamu musafir di muka bumi, maka kamu tidaklah berdosa “mengqasarkan” (memendekkan) sembahyang.

(Surah al-Nisa’: 101)

Dan hadis, daripada Ya’la bin Umayyah, katanya:

قُلْتُ لِعُمَرَ بْنِ الْخَطَّابِ (لَيْسَ عَلَيْكُمْ جُنَاحٌ أَنْ تَقْصُرُوا مِنَ الصَّلاَةِ إِنْ خِفْتُمْ أَنْ يَفْتِنَكُمُ الَّذِينَ كَفَرُوا) فَقَدْ أَمِنَ النَّاسُ؟ فَقَالَ: عَجِبْتُ مِمَّا عَجِبْتَ مِنْهُ فَسَأَلْتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ ذَلِكَ. فَقَالَ: صَدَقَةٌ تَصَدَّقَ اللَّهُ بِهَا عَلَيْكُمْ فَاقْبَلُوا صَدَقَتَهُ

Maksudnya: “Aku mengatakan firman Allah kepada Umar bin al-Khattab RA yang maksudnya (tidaklah berdosa mengqasarkan sembahyang jika kamu takut diserang oleh orang-orang kafir). Bagaimana pula ketika keadaan orang ramai telah pun aman? Umar berkata: Aku juga tertanya-tanya tentang perkara yang engkau tanyakan itu. Lalu aku bertanya Rasulullah SAW tentang perkara tersebut. Baginda bersabda: Itu adalah pemberian Allah kepada kamu, maka terimalah pemberian-Nya.”

Riwayat Muslim (686) dan yang lainnya

Soalan di atas ini telah kami jawab dengan panjang lebar dalam artikel Al-Kafi #1051: Hukum Solat Orang Musafir Menjadi Imam Kepada Orang Mukim Dan Sebaliknya.

Secara ringkasnya, tidak sah solat qasar di belakang imam yang solat tamam (penuh empat rakaat) kerana tidak menepati syarat sah solat qasar. Rujuk al-Mu`tamad (1/473) oleh Syeikh Muhammad al-Zuhaili.

Mereka berdalilkan riwayat daripada Imam Ahmad daripada Ibn Abbas R.A bahawa beliau ditanyakan: ‘’Mengapakah orang musafir itu menunaikan solat dua rakaat ketika bersendirian dan solat empat rakaat apabila dia berimamkan kepada orang yang mukim ?’’ Maka jawab Ibn Abbas: ‘’Yang demikian itu adalah sunnah’’. Rujuk Mughni al-Muhtaj (1/525)

Syeikh Salim bin Sumair al-Hadrami antara lain menyebut: “Hendaklah dia tidak menjadi makmum kepada orang yang solat penuh pada sebahagian dari solatnya.” (Lihat al-Mujtaba fi Syarh Safinah al-Naja, hlm. 177)

Sebahagian ulama menaqalkan ijma’ terhadap hukum ini. Berkata Imam Ibn al-Munzir: Dan mereka (para ulama) telah berijma’ bahawa seseorang yang mukim apabila menjadi makmum kepada imam yang musafir, dan imam selesai memberi salam pada rakaat yang kedua, untuk makmum yang mukim itu menyempurnakan solat. Rujuk al-Ijma’ oleh Ibn Al-Munzir (1/41); al-Mauwsu`ah al-Fiqhiyyah al-Kuwaitiyyah (6/33)

Apabila solat qasar itu tidak mencukup syarat-syarat sahnya, maka tidak sah solat sebut jika tidak disempurnakan dengan empat rakaat. Wajib mengulangi semula solat itu secara tamam jika sudah keluar daripada musafir, dan boleh diqasarkan selama mana dalam musafir.

Kami berdoa kepada Allah, semoga Allah menjadikan kita faqih dalam agama serta dapat melaksanakan semua ibadat mengikut kehendak-Nya. Amin.

Source: Al-KAFILI AL-FATAWI

Download PDF

Check Also

AL-KAFI #1110: CARA MENZAHIRKAN RASA SYUKUR KEPADA ALLAH SWT

Soalan Assalamualaikum SS Dato’ Seri Mufti. Apakah cara kita menzahirkan rasa syukur kita pada Allah? …

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *